My Readers

Wednesday, February 23, 2011

tak sabar nak mengundi...

rasa besemangat la pulak nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia kan...baru -baru ni aku dah daftar sebagai pengundi...sebelumnya aku memang risau takut tak dapat mengundi sebab dengarnya tarikh daftar sebagai pengundi dah tutup bulan 12 yang lepas..sangat teruja mengisi borang dan sah untuk bergelar pengundi...hehehe...aku nak rasa sendiri pengalaman pertama sebagai pengundi pada pilihanraya umum yang akan datang...aku tak mahu terlepas untuk sama-sama memilih calon atau pemimpin yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat bagi kawasan aku walaupun sebenarnya aku dah ada pilihan kan...kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih mana-mana calon yang kita rasa layak dan ini memang dah termaktub dalam perlembagaan persekutuan...rugilah kalau kita sebagai rakyat tak jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan...


aku sebenarnya teringin jugak nak jadi wakil rakyat ni..sebabnya???aku sangat suka untuk membantu mereka yang memerlukan..memerlukan bukan sahaja dari segi duit tapi dalam pelbagai aspek yang lain seperti kebajikan, keprihatinan dan juga masalah-masalah yang mereka hadapi..ada la jugak angan-angan nak gantikan Najib untuk parlimen Pekan satu hari nanti..hahaha..tapi aku tahu itu semua hanya angan-angan...cukuplah kan..hehe..bila agaknya tarikh pilihanraya umum ek???itu semua masih menjadi teka teki dan jawapannya hanya ada pada Najib seorang...tak sabar dah ni..cepatlah pilihanraya datang...



aku bakal menggantikan beliau untuk parlimen Pekan..hehehe

cakap pasal pilihanraya ni, UiTM Kedah pun tak terkecuali mengadakan pilihanraya MPP bagi sesi 2011/2012... sekalung tahniah aku ucapkan buat dua calon pilihan aku iaitu Shalik dan Akmal Hijaz kerana berjaya memenagi 2 kerusi untuk fakulti FSPPP...ingat, janji sudah ditabur..amanah sudah diletakkan..maka, jangan sesekali memungkiri janji dan mengkhianati amanah  dan kepercayaan yang telah diberikan..walaupun korang lepas ni adalah ahli MPP tapi kebajikan FSPPP mesti diutamakan kerana koranglah harapan kami...aku rasa aku telah membuat keputusan yang tepat dan sekarang kenjadi kewajipan korang pulak untuk memperjuangkan segala hasrat,harapan dan luahan mahasiswa UiTM Kedah!!!

kalau tak dengar lagi tak tau la nak cakap apa kan..hehe

No comments:

Post a Comment