My Readers

Monday, March 14, 2011

risau,sedih dan kecewa...


kusut sangat rasanya sekarang...

lama tak menulis..bukannya apa, sibuk sangat dengan pelbagai perkara..kelmariin baru je balik dari lawatan ke Parlimen dan Sri Perdana..nanti aku update k...erm..sebenarnya hati ni tengah risau,sedih dan kecewa...

Risau???

yup..jujurnya aku sangat risaukan tentang kesihatan abah..aku harap dia akan cepat sembuh..suaranya sekarang dah lain..masih sakit..aku risau dengan keadaan dia..nasib baiklah dia tinggal bersama kakak aku sekarang..sekurang kurangnya adalah yang menemaninya...lega sikit bila dengar dia dah makin berselera makan..ikutkan hati nak je aku balik jaga dia di rumah tapi apakan daya perjuangan belum selesai kat UiTM Kedah ni..aku memang sengaja untuk tak share setiap post aku yang sedih dan risaukan keadaan abah di facebook..sebabnya?aku tak nak adik aku baca..aku tak nak dia risau..dia lagi sebulan je nak habis kat Kolej Matrikulasi Pahang..aku betul-betul nak dia fokus..

Sedih???

aku sangat sedih mengenangkan diri ni berjauhan dengan abah...aku jugak sedih sebab aku rasa makin terpinggir...aku perlukan sahabat-sahabat aku tapi aku sedar yang mereka juga ada masalah mereka sendiri..aku sebolehnya tak mahu mengganggu mereka dengan masalah yang aku hadapi tapi nak buat macam mana memang aku rasa keseorangan sangat sekarang...macam mane pun aku kena kuat untuk teruskan perjuangan...jangan terlalu berharap yang orang akan faham kita dan sentiasa bersama dengan kita di kala kita sedang bersedih..ok man??bergantung kepada diri sendiri k!!!


kecewa dengan diri sendiri

Kecewa???

aku kecewa dengan diri sendiri..prestasi aku semakin merosot...aku makin tak kenal diri sendiri..aku jadi macam orang bodoh..sangat blur dan tak tau nak hadapai semuanya sendiri...seperti yang aku cakapkan tadi, kita tak boleh nak harapkan orang sentiasa faham kita..teman yang terbaik adalah diri kita sendiri..pijak atas kaki sendiri...sedarlah yang kau bukan siapa-siapa..kembalilah bangkit sebab kalau terus begini, maka hidup kau akan hancur!!!jangan mudah mengalah man...kalau dulu kau boleh bergantung harap kepada orang lain tapi sekarang tidak lagi..situasi dan keadaan sudah berubah...biasakan diri untuk bersendiri hadapi segala liku-liku hidup ni...arghhhhhhhh!!!apa nak jadi dengan diri aku ni???tolonglah datang kembali wahai semangat yang kian hilang...



cuba untuk tidak berputus asa...

No comments:

Post a Comment