Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Tuesday, December 7, 2010
lepak di klcc...
baru je sampai umah..tengah minum milo panas..menulis la sekejap kan...hari ni aku kluar sekejap...ada urusan sikit,.hehehe..sempat la jugak p tengok wayang dan makan tengahari kat subway...dalam pukul 4 aku p klcc jumpa dengan bulan ,ari dan encik koordinator...tak sangka la pulak rupa rupanya masih dalam pakej tapi kurang satu la..ecah..hehehe...tapi kami tetap enjoy..lepak ngan dieorang dan jalan-jalan kat klcc...dah lama tak bergelak ketawa ngan minah dua orang tu.makin comey la plak kan...hehehe..pukul 6 lebih lepak dekat depan klcc..ala kat depan air pancut tu...romantik la kejap kan...hahaha..pukul 7 lebih cam tu habib plak sampai..best jugak la dapat sembang ngan dia...antara bekas presiden terbaik dipac tu..aku harp aku jugak dapat cemerlang macam dia..esok plan nak balik kampung...tapi sebelum tu nak kena selesaikan beberapa urusan...harap dapat selesaikan secepat mungkin..semalam tepon abah kat umah...dia tak berapa sihat...maklumla cuaca tak menentu kat kampung...kerap hujan plak tu...nak balik jaga abah...masak untuk dia..erm..walau sibuknya kita,tanggungjawab sebagai anak harus kita sentiasa ingat...tetiba rindukan arwah mak...moga mak sentiasa tenang dan bahagia di sana..amin...
Monday, December 6, 2010
citer best!!!!!!!
ni ade satu crite yang slalu aku dengar dan wat aku sedar siapa aku…aku nak share sama2 buat pengajaran kita semua sebagai hamba di atas dunia ni...
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar
di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia
terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi…. aauuummmmm!! !
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni.. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar,
kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham
dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan…. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!…
Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya.. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah
tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang
ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir
lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus
dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar
satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, ‘Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.’ kerana setitik madu si hamba
Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan
buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu …
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu…
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa
pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...moga kita sentiasa di bawah rahmat dan payungan hidayah Allah....amin...
berakhirnya 1431 hijrah...
berakhir sudah hari yang terakhir di bulan yang terkhir dalam kalendar islam..alhamdulillah bersyukur kepada Tuan Empunya alam ini kerana masih memberikan aku kesempatan untuk aku terus bernafas dan menghirup udara dia atas muka bumi ini...banyak perkara yang aku lalui sepanjang tahun ni...pelajar tahun akhir diploma pentadbiran awam amat mencabar diri ini untuk terus memberikan yang terbaik demi menjamin hidup yang lebih cemerlang pada masa hadapan...sebagai seorang insan biasa dan hamba Allah yang mudah alpa dan lalai dengan keindahan,kenikmatan dunia yang dianggap segala galanya buat kita...kadang-kadang kesibukan dunia membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita bukan hanye sebagai pelajar dan anak malahan yang lebih penting sebagai hamba Allah yang hanya selayaknya mengabdikan diri kepada-Nya...aku akui kadang-kadang kesibukan aku dengan pelbagai perkara membuatkan aku lalai..bila hati resah,gelisah dan kosong barulah kita akan kembali ingat Tuhan...rasa berdosanya diri ini dengan Yang Maha Pencipta...sempena tahun baru dan di bulan yang baru ini jugak aku berazam untuk terus memperbaiki segala kelemahan diri..memang kita tak sempurna tapi seharusnya ada usaha untuk merubah diri kita kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya..aku tak mahu lagi ulangi kesilapan yang bodoh yang pernah aku lakukan..biarlah tahun yang akan aku hadapi ini menjadi sebuah tahun yang lebih bermakna dari sebelumnya terutamanya menjadi hamba yang lebih taat dan setia kepada Tuannya, insan yang lebih matang, pelajar yang sentiasa akan lebih berusaha untuk cemerlang dalam belajar, sahabat yang lebih dan sentiasa menghargai sahabatnya walaupun jarang dihargai, anak yang sentiasa memahami dan menyayangi abah dan keluarga walau apa pun terjadi dan mula melangkah menjadi seorang yang dewasa pemikirannya dan memperkukuhkan jati diri agar mampu menjadi seorang yang berguna kepada keluarga,bangsa,agama dan negara..InsyaAllah...
coretan sepanjang MAHA International 2010..
semalam dah berakhirnya MAHA International 2010...seminggu aku kat sana...sangatlah penatnya tapi enjoy...
bukan senang nak dapat peluang macam ni..walaupun sesetengah orang anggap tak ada apa yang patut dibanggakan tapi aku sangat bangga ngan diri aku sendiri...semakin banyak event yang aku sertai semakin banyak pengalaman yang aku dapat..pengalaman yang berbeza untuk setiap satunya memberikan pengajaran yang cukup berharga buat aku...sepanjang seminggu ni,banyak perkara yang aku belajar terutamanya mengawal emosi dan keadaan apabila sesuatu perkara yang tak dijangka berlaku...aku jugak dapat kenal dengan ramai kawan baru...kawan sekerja merangkap satu team dengan aku kat MAHA ni antaranya ayuob yang perangainya macam siot jew..hahaha...dia ni la yang selalu buat kite orang gelak...buat lawak bodoh tapi dia la yang banyak mengawal keadaan...din dan mamat plak memang sempoi..din ni jenis simple dan relaxx jew...otak pun boleh tahan gila-gilanya...banyak gak la cerita hidup yang aku share ngan dia...yang si mamat plak otak lagi la gila-gila...budak skola kan...daus n budi plak jenis yang cool jew..tak banyak cakap plak tapi kerja mesti jalan..tu yang bagosnya...aku bangga ngan sikap setiakawan yang ada pada din,ayoub dan daus..walaupun mereka mempunyai latar belakang dan kisah hidup yang berbeza tapi persahabatan mereka ni sangat mengangumkan aku...macam mane teroknya diri kita,tapi dengan usaha yang sedikit demi sedikit untuk berubah menjadi yang lebih baik adalah lagi bagus dari mereka yang tak pernah berfikir dan berusaha untuk berubah...erm...sepanjang kat MAHA ni,aku tak sempat pun nak pergi jalan-jalan...sibuk...ramai customer yang nak dilayan...ada la jumpa muaz...tak sempat nak sembang panjang ngan dia..faiz pun sama...dia sekarang pun dah mula berjaya dengan busness dia..aku harap aku pun dapat mengecapi kejayaan seperti dia...bukan mudah nak berjaya...aku berusaha untuk belajar bersungguh sungguh supaya aku tak akan duduk di tempat yang bawah..amatlah perit sebenarnya berada di bawah tapi pengalaman berada di bawah la yang akan menjadi inspirasi untuk kita supaya dapat berada di atas...bila dah ada di atas kita akan sentiasa ingat tentang bawah...tak akan pernah melupakan yang kita jugak pernah berada di bawah...sentiasa menghargai akan mereka yang berada dia bawah...insyaAllah,aku akan teroskan usaha untuk mencapai setiap impian dah harapan orang yang sayangkan aku...
Monday, November 29, 2010
penatnya.........
huhuhu..dah lama tak penat macam ni tau..baru je habis kerja..baru jugak lepas makan..esok pulak ke MAHA..jom la kawan2 jumpa kat sana...aku di booth HS Nada Sdn Bhd...nak rasa meat ball dan kambing golek yang sedap dan walah datang la k..hehehe..hari ni aku tak join lagi MAHA sebab aku masuk kilang meatball..panas seyh..tau je la buat meatball kan..harap-harap esok semuanya berjalan lancar...mata ni dah berat sangat rasanya..huhuhu...
Saturday, November 27, 2010
Kematian itu pasti!!!
kematian adalah sesuatu yang pasti...kita tak tahu bila ajal kita..kita jugak tak tahu bila ajal orangorang yang kita sayang...aku sudah kehilangan seorang yang teramat aku sayang pada 30 Jun 2009 yang lepas...mak pergi dalam keadaan yang amat tenang..aku redha Ya Allah kerana aku tahu dia adalah milikMu...hati aku tersentak lagi apabila aku mendapat khabar yang kawan sekelas aku semasa di sekolah rendah meninggal dunia semalam..walaupun hanya rakan sekelas,dia seorang yang baik erhadap aku..sesiapa pun tak boleh sangka dan meramalkan bila dia akan mati kerana ini adalah urusan Allah..Kepergian dia yang amat bermakna dalam hidup aku ternyata meningalkan satu kesan yang mendalam buat aku..bukan untuk menafikan takdir yang telah ditentukan oleh Allah,tapi aku rasa kehilangan itu bagaikan mencarik kebahagiiaan yang sedang aku dan keluarga miliki...aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi kesempatan oleh Tuan Empunya Alam ini untuk terus menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya...aku harap aku tak leka dalam nikmat dunia yang sementara ni...aku bermohon kepada Mu Ya Allah untuk terus melimpahkan rahmat dan memayungi aku dengan hidayahMu agar aku tidak tersesat walaupun di jalan yang terang...hidup hanya sekali..hargailah kehidpan yang kita miliiki untuk terus memberikan yang terbaik agar kita takkan menyesal di kemudian ari....
Friday, November 26, 2010
menuggu........
hahaha..aku sebenarnya tengah menunggu kawan baik aku,bashah...aku baru je sampai sungai petani pukul 7 pagi tadi...sementara dia nak sampai,aku pun lepak la kat nasi kandar nasmir..biasalah,online...ini jela perkara yang mampu aku buat dari dok tercanguk kat stesen bus kan...order minum je sebab aku dah janji nak sarapan dengan en.koordinator...tanpa pakej dia ok..hehehe...aku datang sini sebab ada sikit urusan yang nak kena selesaikan...harap-harap dapat selesaikannya secepat mungkin:)..dah la dalam bus semalam tak dapat nak tidor lena..bus Utama Ekspress yang sepatutnya aku naik pulak rosak..ganti bus laen..sepatutnya single seat dapat plak double seat..redha jela...nasib baik driver tu bagus...ramai jugak la yang tak puas hati sebab tukaq bas laen...pape pun aku dah selamat sampai..cuaca kat sungai petani pagi ni mendung ja...cepatla bashah sampai..aku dah mulai bosan kat sini..huhuhu
Wednesday, November 24, 2010
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010
Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010 Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara. OBJEKTIF MAHA
*sumber dari laman web rasmi Kementerian Pertanaian dan Industri Asas Tani Malaysia |
nak cuti lagi....
kalau ikutkan hati tak puas rasanya duduk kat kampung...nak cuti lagi tapi macam dah tak dapat nak rehat-rehat kat umah..esok malam bus aku balik ke sungai petani pukul 9 malam..sampai je hari jumaat pagi aku dah mula nak kena siapkan beberapa perkara..habis je siapkan semuanya,aku terus kena gerak ke kuala lumpur..sepatutnya aku akan terlibat dengan pameran MAHA dekat Serdang bermula 26 november sampai 5 disember tapi aku datang lewat sikit la sebab nak kena ke sungai petani dulu..kawan-kawan yang ada kelapangan bolehlah berkunjung ke pameran MAHA...boleh kita jumpa..hehehe..dengarnya ada penyertaan dari lrbih 22 negara..aku suka pergi ke pameran seperti MAHA atau MIHAS sebab aku dapat jumpa ramai orang dan kenal jugak dengan orang yang hebat-hebat..aku cuba jugak untuk timba pengalaman dan asah skills terutamanya bab komunikasi dan jugak perhubungan awam...bukan senang kita nak dapat kepercayaan orang tau!!!erm....rasa sekejap je seminggu lebih aku kat kampung..kalau tahun lepas rasanya 3 hari je aku stay kat kampung dan selebihnya aku penuhkan waktu cuti dengan kerja...bukan apa..nak kena cari duet sikit sebagai persiapan aku sambung belajar..yuran untuk dgree pun dah nak dekat 6 ratus..walaupun abang aku dah janji nak bantu tapi sekurang-kurangnya aku kena usaha jugak cari duit belanja sikit-sikit...erm..aku harap aku dapat lalui hari-hari mendatang dengan penuh cekal,tabah dan sabar...hidup tak bermakna la kalau tak ada cabaran kan...so,jangan cepat mengalah atau berputus asa kerana itu adalah ciri-ciri orang yang GAGAL....bila dah start keja ni makanya jarang la aku boleh menulis tapi kalau ada masa aku akan menulis lagi....daaaaaa........
inilah MAHA yang aku maksudkan..moh kita meriahkan beramai-ramai k!!!
26 november-5 disember
tempat: serdang
26 november-5 disember
tempat: serdang
Sunday, November 21, 2010
berserah kepada Dia...
hari ni baru 21 november 2010..lambat lagi result nak keluar..hehehe..tapi tetiba aku jadi risau..ini semua sebab ramai kawan-kawan aku sibuk bercerita tentang tarikh result akan keluar..aku pun jadi cuak jugak la...kurang dari 3 minggu lagi result akan keluar..lepas tu keputusan untuk pengajian peringkat dgree jugak akan keluar...paper terakhir baru je berlalu seminggu yang lepas...walaupun agak sukar tapi aku dah buat yang terbaik...sehabis baik yang mungkin..usaha telah dilakukan makan tibalah masa untuk berdoa.bertawakal dan berserah kepada Allah S.W.T kerana Dia adalah penentu segalanya...seorang pensyarah berpesan kepada aku agar banyakkan berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati dan dipermudahkan pensyarah untuk menanda kertas jawapan kita..apa sahaja boleh berlaku...tu sebabnya kita perlu sentiasa dekat kepada Tuhan dan mengharapkan belas ihsannya untuk memberi kejayaan kepada kita...mak angkat aku slalu nasihatkan aku agar mintalah bersungguh-sungguh kepada Allah..dengan mengganggap kita sebagai.hambaNya yang amat lemah...berdoa dengan perasaan yang amat rendah hati dan menangislah sepuas-puasnya,merayulah kepadaNya agar makbulkan doa kita...Allah Maha Mendengar..Dia Maha Mengetahui..Dia juga Maha Mengasihani hambanya yang sentiasa tunduk syukur tatkala mendapat sesuatu nikmat dan menadah tangan berdoa bila mana inginkan sesuatu yang baik...aku harapkan aku juga tidak pernah lupa untuk sentiasa bermohon keredaan Allah dan mengharapkan hasil yang terbaik setelah aku berusaha sehabis baik...usaha yang mampu aku lakukan kini hanyalah berserah kepada DIA....
Saturday, November 20, 2010
selamat jalan teman...
sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini
Lirik lagu ni sangat bermakna buat aku...dah lama rasanya nak menulis tentang hidup aku sepanjang 3 tahun bersama teman-teman diploma pentadbiran awam tapi sekarang baru berkesempatan...23 disember 2007 merupakan tarikh keramat buat aku di mana hari tersebut merupakan hari pertama aku di uitm kedah...banyak sebenarnya kenangan pahit dan manis aku semasa diploma ni...yang pahit biarlah aku buang jauh-jauh walaupun pada hakikatnya ianya takkan dapat aku lupa...biarlah yang manis menjadikan aku tersenyum setiap kali aku teringatkannya...DPA 1C sampailah DPA 6C...aku kekal di kelas C selama 6 semester...aku jugak class rep untuk kelas c sepanjang 6 semester...bukan senang sebenarnya nak puaskan hati semua orang..aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk member-member klas aku...btol tak??hehehe..apa pun aku sangat berterima kaseh kat semua sebab percayakan aku...bukan senang sebenarnya buat aku untuk laksanakan tugas yang diberikan sebaiknya...tambahan member-member klas aku pun bukannya jenia yang suka bertegor..masa semester satu pun aku hanya kenal beberapa orang dak pompuan klas aku..tu pun marni,juju dan nana..yang lain tak bertegur sangat...3 orang ni la yang selalu buat aku gelak,usik aku dan suka nak merajuk ngan aku..aku pernah gelarkan mereka bertiga ni 3 DARA PINGITAN tau..hehehe..kalau yang lelaki aku cuma rapat dengan azmir..first time aku kenal dia,aku ingatkan umur dia dah 20 lebih sebab memang nampak matang..cool jew..hehehe..selain tu budak-budak bilik aku jela yang aku rapat..afiq,edi,topui a.k.a yazid...start semester dua la baru ak agak aktif..hehehe..aku rapat ngan ket a.k.a shaker sham..dia ni umuq dah sebaya ngan abang aku..tu yang aku dah anggap dia macam abg..aku slalu mintak pandangan dia kalau aku ada masalah termasuklah soal "cinta" sebab dia kan berpengalaman..hehe..lepas tu baru aku rapat ngan aizat a.k.a nora..di ni muka sebijik cam cina..tu sebab sir mahad pun panggil dia apek..dia sebilik ngan aku sampailah semester 6...dia ni banyak simpan rahsia aku..dia ni memang penyimpan rahsia yang amat baik...aku percaya dia dan dia pun slalu gak gtau rahsia dia kat aku..aku ula kenal ngan member-member klas lain bila naik semester tiga..ada acara sports day.pastu berterusan dengan lawatan dbkl dan kpkt,program akademik tahun 2 dan tiga dan yang terakhir asean day...pengalaman bekerja bersama sama jayakan setipa program tu amat bermakna buat aku...ingat lagi aku dan kawan2 nyanyi ramai2 dekat belakang stadium mini..cam tu jugak di jamuan raya dipac 2010..sangat best!!!...semester 6 iaitu semester terakhir merupakan semester yang paling takkan aku lupakan...aku dan kawan-kawan serumah iaitu bad,edi,patrick,aizat,hakin dan kudus pergi bercuti ke langkawi...jalan2,shopping,dan ireland hopping membuatkan aku tertunggu tunggu bila la saat tu akn tiba lagi..makan bersama kawan2 sekelas dan semua batch lelaki di tanjung dawai,lepak sambil berbuka puasa di dataran bandar sungai petani dan bermandi manda di bukit merah lake town resort..tak lupa jugak masa semster akhir ni aku rapat dengan ecah.ari dan bulan..sebab???mungkin kami bawah supervisor yang sama dan lagi satu setiap kali aku keluar ngan sir mahadir,mesti dieorang ni ada..dalam pakej la plak kan..semua ni amat manis bagi aku..apa yang aku coretkan adalah secebis dari transkrip hidupku sepanjang bergelar pelajar diploma pentadbiran awam...lepas ni mungkin segelintir dari batch DPA DISEMBER 2007-DISEMBER 2010 akan ku jumpa kembali di peringkat dgree tapi mungkin sebahagian besarnya akan membawa haluan masing-masing..ada yang menukar course pengajian...ada yang akan bertukar tempat pengajian..ada yang akan pergi jauh..ada yang akan memilih bidang kerjaya dan ada yang mungkin akan berkahwin..mana lah tahu kan...hehehe..walau apau pun aku doakan kalian agar senantiasa cekalkan hati dan teruskan perjuangan..ukhuwah yang telah terbina selama 3 tahun kita di sini tak mungkin akan terlerai..moga kita kan berjumpa lagi dalam suasana yang gembira..aku sayang kalian semua..terima kaseh kerna membawa keceriaan dan kebahagiaan buat aku sepanjang tiga tahun ni...selamat jalan wahai teman:)
anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di Universiti of Oxford!!!
aku sangat kagum dengan pencapaian anak melayu ini..dia adalah Dr Muhammad Afifi al-Akiti...
sape dia ni?? nak tau lebih lanjut sila baca ni..aku amek dari wilkipedia...
Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as Shaykh Afifi is Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of Theology, University of Oxford, and is a Fellow of Worcester College, Oxford. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.
Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) - his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.
Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy andHistory of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.
In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.
In 2010, Dr al-Akiti was appointed Privy Councillor to the State of Perak, Malaysia, by the Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
gempak tak???moga ianya menjadi inspirasi buat kita anak melayu untuk capai kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh beliau...satu perkara yang aku ingat dalam ucapan beliau ketika diwawancara oleh wartawan tv3 sempena hari raya korban ini adalah "kalau kita nak berada di tempat yang kita mahu berada, kita mesti lakukan pengorbanan"
aidiladha yang penuh makna...
buat pertama kalinya untuk aidiladha setelah beberapa tahun kami adek bradik dapat berkumpul bersama sama ketika aidiladha...kebiasaannya kami berkumpul hanya ketika hari raya aidilfitri..cuma kali ini kak ayu je yang tiada bersama sama...bagi aku aidiladha kali ini bukan sahaja mengajar kepada aku erti pengorbanan malah amat berharga buat aku sebab aku dapat rapat sangat dengan orang yang sebelum ini sangat sukar untuk aku duduk bersembang,bergelak ketawa dan berkongsi pendapat...orang tersebut adalah abang aku sendiri....raya kali ni amat berlainan bagi aku...aku dapat bersembang dengan dia..dia jugak seronok bersembang dengan aku berkenaan life dia di uitm dulu...aku ingatkan pada zaman aku je nama atau gelaran pelik-pelik diberi oleh senior tapi dah lama menda ni berlaku...abang aku dulu pun macam tu jugak...aku pulak dah tak ingat apa nama yang senior bagi kat aku..hehehe...sangat gembira bila dia seronok nak bersembang,bercerita malah aku tak sangka dapat gelak sama sama ngan dia..tak ada lagi marah- marah...sebelum ni memang dia seorang yang agak panas baran sampaikan kami adek-adek dia takut nak bersembang ngan dia..ya,aku faham yang dia punya tanggungjawab yang besar..dia bukannya seorang yang jenis suka melepak dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia sia...dia seorang anak yang sangat bertanggungjawab...dia banyak bantu aku...tiap-tiap kali dia bagi duet belanja kat aku mesti dia pesan supaya berjimat sebab bukan senang nak dapat duit..hakikatnya memang dia keja keras untuk pastikan dia dapat bantu adek-adek dia..dia ada cakap kat aku lepas aku dah habis blajar ni dia pulak yang nak sambung belajar...tak sabar rasanya aku nak menggalas tanggungjawab yang sedang dia pikul sekarang....hari kedua aidiladha,semua dah bertolak balik..abg-abg dan akak-kakak aku semuanyya dah kembali bekerja...kat umah sekarang tinggal aku ngan adek aku jew...ikutkan nak kerja tapi abg aku tak bagi...selagi ada cuti dan peluang duduk kat umah,duduk je jaga abah...lagipun itu dah menjadi tanggungjawab aku..nak harapkan kakak aku pun dia dah berkeluarga dan ada banyak tanggungjawab lain...yup,aku putuskan untuk stay kat umah je...beberapa hari ni rasa malas lagi nak wat keja..nak rehat dulu..pastu baru nak siapkan banyak kerja yang terbengkalai kat umah ni..heheheni pun nak kena basuh kain...ada masa aku tulis lagi..banyak menda nak cerita..tunggu k...
Thursday, November 11, 2010
Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Ya Allah,berikan aku kekuatan...
tatkala hati ini mula rasa berputus asa..
tatkala diri ini tak mampu lagi berdiri..
tatkala kecewa menguasai diri..
tatkala rasa sedih menghantui diri..
Ya Allah,berikan aku kekuatan...
walaupun diri ini sering melupakan Mu..
walaupun diri ini sering meninggalkanMu..
kerna aku tahu..
Kau takkan pernah melupakanku..
Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redhai..
Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Kerna Kau lah tempat aku berlindung..
Kau lah tempat aku bermohon..
Kau lah yang selayaknya aku meminta..
Kerna diriku adalah hamba....
Ya Allah,berikan aku kekuatan..
kerna solatku..
ibadatku...
hidupku dan..
matiku...
hanya untuk Mu....
Wednesday, November 10, 2010
di saat aku mencintaimu....
tetiba jiwang plak pagi2 n..ni kes sebab malam semalam ada sorang kawan baik aku ni datang bilik..ah la time tu aku tengah tengok cerita hantu...main sergah je...ish la...dia suruh la aku ukak you tube cari lagi DADALI-DI SAAT AKU MENCINTAIMU...apa yang bestnya??hahaha...bila dah download memang best pown..sama best macam lagu kesukaan aku sebelum ni iaitu KEMBALI PULANG... nak tengok klip vedeo?? jom!!!
Lirik Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Monday, November 8, 2010
drama korea....
hahaha..aku nak merapu kejap..nak study tak ada mood untuk malam ni so baik aku menconteng...hehehe... aku suka drama korea...ala,sememangnya budak-budak perempuan gilakan..satu batch ngan aku pun ramai..adek aku pun sama..al maklumlah ramai jejaka idaman mereka di sana...aku suka drama korea terutamanya my girl... walaupun cerita tu dah lama tapi tak bosan..yang terbaru aku tegok adalah sassy girl...mesti ramai yang cakap'alah,tu citer lama...baru skarang nak tengok??'...yes sebab dulu aku tak bepeluang nak tengok drama-drama kat tv..ayah aku tak suka sangat anak-anak dia leka dengan tv..blajar lagi baik kan...bila dah masuk universiti ni baru rasa nak tengok balik cerita-cerita yang aku tak dapat tengok dulu...aku teringin nak tengok cerita All About Eve(sape tau???)...mesti ramai yang tak tau kan..kalaulah boleh di beri ranking untuk drama korea sudah mestinya MY GIRL menjadi pilihan..lepas tu baru la SASSY GIRL..lepas tu baru la BOYS OVER FLOWER...citer lain yang best gak full house,coffee prince, oh my lady ,you are beautiful, dan personal taste... teruk giler aku ni kan??asyik buang masa je..dapat tau kat abang n ayah aku mesti dia mengamuk..bukan apa takut study lingkup kan tapi InsyaAllah aku takkan biarkan study aku lingkup k...meh la kongsi lagi drama korea apa lagi yang best..hehehe..ada masa terluang aku tengok la...bagi aku kebanyakan drama koea mempunyai plot yang hampir sama...berkenalan,bercinta, lepas tu hadirnya orang ketiga yang mengganggu..salah seorang berkorban..lari dan jumpa balik dalam beberapa tahun...pastu ok semual..cuma yang bestnya pelakon korea ni sangat pandai bawak watak masing-masing..kalaulah drama Malaysia sebegitu kan best!!ada jugak drama melayu yang aku suka..Nur Kasih dan Adamaya... yang lain ada jugak yang best tapi belum sempat nak tengok kot..hahaha..merapu je aku ni kan..maaflah sebab aku tak berapa nak betul malam ni....huhuhu...
ni yang paling aku suka dalam sassy girl...
konsep pencarian ilmu....
sesapa yang membaca post ni boleh komen k...sebelum tu nan cerita sikit tentang aktiviti aku hari ni...ap lagi pukul 8.30 aku ada perjumpaan dengan encik Koordinator...pukul 10 pagi aku akan start bertapa di library sebab aku dah janji nak tolong adek-adek part 1 untuk paper PAD 120 dieorang besok...aku sangat suka belajar dan berkongsi ilmu(tak boleh sebut mengajar sebab aku bukan pensyarah atau guru k..)abang raja pernah pesan dekat aku dulu yang kita nak berjaya buukan sorang-sorang tapi kalau boleh kita nak sama-sama berjaya...bagi aku ada betolnya apa yang dia cakap...tapi proses untuk mendapatkan ilmu bukannya mudah..kita kena berusaha keras untuk pastikan yang kita mendapat segala ilmu tu...kita kena bersusah payah, tebalkan muka bertanya walaupun orang anggap soalan tu remeh dan yang paling penting kita kena berdamping dengan mereka yang berilmu supaya kita jugak dapat ilmu tu sebagaimana dia dapat...aku sangat kagum dan tabik dengan mereka yang belajar ketika zaman dahulu..kemudahan asas yang tidak cukup,terpaksa bergelap sebab elektrik tak ada,mandi pakai air telaga,pergi sekolah berjalan kaki dan yang sangat bagus kesungguhan mereka untuk mendapatkan ilmu..walaupun tanpa kemudahan asas yang lengkap, mereka tetap bersabar dan sentiasa dahagakan untuk mendapat ilmu..abang aku pernah cerita kat aku yang dia dulu pergi sekolah untuk kelas tambahan pada waktu malam naik basikal...lampu tak ada..so, dia ambik tin milo dan tebuk beberapa lubang di bahagian bawah tin..lepas tu dia letak lilin kat dalam tin tu...betapa sungguhnya dia untuk dapatkan ilmu dan ternyata memang dia berjaya...kita pada zaman sekarang sangat berbeza,,semua kemudahan dah disediakan..bagi pelajar baru,kolej disediakan dengan blik yang besar,almari sorang satu,katil dan juga meja belajar...pergi kuliah je, bilik kuliah semuanya berhawa dingin..tak ada dah kipas macam kat sekolah dulu...amat bertuahnya kita kerana disediakan segalanya tanpa perlu bersusah payah...belajar???bagi mereka yang menghargai segala kelengkapan dan peluang belajar yang diberikan,aku pasti mereka juga sedang meniti kejayaan tapi alangkah sedihnya bagi mereka yang masih tidak sedar akan betapa berharganya untuk mereka belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang...ibu dan bapa sentiasa berharap agar anak-anak mereka dapat pulang dengan kejayaan..ibu dan bapa jugalah yang sentiasa bertanyakan kepada anak-anak mereka bagaimana tentang belajar,duit cukup atau tak dan sentiasa berpesan agar belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya...punyalah sayang dan bangga mereka dengan anak-anak sampaikan sanggup sesetengahnya sanggup mengikat perut untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa...berbalik kepada konsep pencarian ilmu tadi,adakah ilmu itu datang dengan sendirinya??? hello kawan, kalau nak berjaya,kena la ada lagak seperti orang nak berjaya...jangan hanya nak berpeluk tubuh dan mengharapkan korang akan berjaya dalam exam..selalu la dekat dengan mereka yang berilmu,korek ilmu tu dan pastikan korang pun pandai macam dia...kalau ada yang tak faham, ringankanlah kaki untuk pergi jumpa pensyarah..dia amat suka kalau kita datang jumpa dia,tanyakan beribu soalan yang kita tak tahu dan pastikan yang kita keluar dari bilik dia dengan kepuasan sebab segala persoalan telah terjawab...kena la bersusah payah sikit kan...lagi satu,jangan sesekali tinggalkan solat dan kalau boleh solatlah di awal waktu sebab kita bukan nak berjaya atas dunia je tapi kita jugak nak berjaya di akhirat...Allah adalah tempat kita bergantung harap..kejayaan kita juga datangnya dari keizinan-Nya tapi selepas kita berusaha yang terbaik!!aku harap kita sama-sama dapat menjadi di antara mereka yang BERJAYA..SUCCESS!!!!!!!!!
Sunday, November 7, 2010
sangat kecewa!!!
peningnya kepala..mungkin tak ckup tido kot...takpe..jap lagi bayar balik ek..hehehe..aku baru je lepas jawab paper PAD 390(Development Admin)..Alhamdulllah...semuanya soalan facts..memang makanan aku..hehehe...yang penting aku dah buat yang terbaik tadi...minggu depan ada lagi satu paper yang aku rasa sangat sukar..sebabnya???carry mark aku rendah..huhuhu..sedih sangat...tapi aku akan berusaha sebaik mungkin untuk skor paper ni...langkah harus diteruskan walau sedalam mana pun kita kecewa dengan sesuatu perkara...aku ada satu perkara yang sangat mengecewakan aku sejak sekian lama..aku cuba berperang dengan diri sendiri agar aku dapat buang kekecewaan tu tapi akhirnya bertambah parah...kekecewaan yang bagi aku sukar untuk diubati...kenapa macam ni??aku pun tak suka dengan perasaan ni...takkan la sebab kecewa ni ak perlu tinggalkan segala cita-cita aku?atau haruskah aku tunduk dengan kekecewaan itu dan berserah segalanya pada Yang Maha Esa???kalaulah itu yang aku lakukan memang aku adalah seorang yang GAGAL...jujurnya aku tak sukakan kegagalan..sesiapa pun di atas dunia ni tak sukakan kegagalan tapi kadang-kadang kita kena tempuh kegagalan tu untuk menuju kejayaan...siapa yang mampu merawat kekecewaan aku ni???tolongla...aku dah letih untuk terus memujuk hati dan cuba menafikan yang aku kecewa..aku cuba untuk mengatakan pada hati yang itu semua salah aku.tapi aku rasa aku berhak untuk itu..aku berhak untuk rasa dihargai..aku berhak untuk dapat yang lebih baik dari itu sebab aku dah usaha!!!aku dah berusaha sehabis baik...apa lagi yang dimahukan??bukan ini yang pertama kali aku terasa seperti ni tapi dah lama..aku rasa aku tak dah tak boleh lagi nak berhadapan dengan situasi ni...sabar man...usaha yang terbaik k...mungkin ada hikmahnya semua ni terjadi..mungkin ko kena lebih berusaha sebab usaha yang ko lakukan selama ni masih tak cukup...usaha lagi keras man!!!(pujuk hati sendiri..)aku menanti akan saatnya kekecewan ini akan terbalas dengan senyuman kepuasan...sentiasa berharap saat itu akan tiba...
Wednesday, November 3, 2010
hari lahir yang bahagia!!!!!
alhamdulillah...genap 21 tahun umurku hari ini..setinggi syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan buat hamba ini untuk terus bernafas dia atas muka bumi ini...aku bersyukur kerana masih dapat meneruskan tanggungjawab sebagai hamba,anak,pelajar dan sahabat buat teman2...tepat jam 12.00 tengah malam semalam,adek aku adalah orang yang pertama hantar sms ucapkan selamat hari lahir buat aku... tidak lupa juga buat sahabat dan teman2 yang beri ucapan tak kira lah melalui sms atau di facebook...sangat-sangat aku hargai...awal pagi tadi dapat sms dari mak angkat aku dengan doa moga aku berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang aku pilih dan menempuh alam dewasa...syukurnya aku kerana Allah hadirkn buat aku seorang lagi emak yang sentiasa ambil berat dan doakan yang terbaik buat aku...mesej dari kakak-kakak aku yang sentiasa terus menyokong dan sayangkan aku membuatkan aku bertambah gembira...abang-abang aku??erm..sibuk ngan kerja masing-masing..lagipun aku memang tak pernah dapat ucapat selamat hari lahir dari dieorang...jam 11.15 pagi tadi abah telefon...dia ucapkan selamat hari lahir.."man,abah ucapkan selamat hari lahir yang ke 21..moga man sentiasa sihat dan dapat buat yang terbaik dalam exam"..ucapan dari abah yang sangat buat aku sebak...walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan abah...tengahari tadi ajak bad keluar makan dengan niat nak beli kek sambut kat rumah ngan kawan-kawan...tetiba celebrate dengan 'sahabat' kat village mall..alhamdulillah...sambutan hari jadi yang cukup bermakna buat aku..balik umah je kawan2 umah ramai2 nyanyikan lagu selamat hari jadi buat aku dan hakim...tarikh lahir kami sama..hehehe..kena calit krim ckit kat muka..seronok tengok semua happy makan kek tu..gelak ramai2..kenangan bersama semua teman2 tak akan aku lupakan sampai bila2..hari ni jugak adalah hari yang sangat bermakna sebab selain hari lahir aku,hari ni jugak kawan baikku akan melangsungkan pernikahan..tak sangka pulak yang dia akan bernikah hari ni...agak sedih sebab tak dapat tengok dia akad nikah...huhuhu..tapi nak buat macam mana kan...tanggungjawab aku kat sini belum selesai.ada 2 paper lagi yang masih menunggu..kalau dekat dah lama aku pecut balik tapi jauh kan..aku hanya mampu berdoa moga segalanya berjalan lancar dan dia selamat diijabkabulkan...aku harap dia kan sentiasa bahagia hingga anak cucu...aku bahagia bila tengok orang lain bahagia..genap usia aku 21 tahun jugak,aku dah tanamkan azam baru...aku akan berusaha untuk capai cita2 yang aku impikan...aku takkan biarkan ianya pergi meninggalkan aku sebab aku akan berlawan habis habisan untuk menjadi seorang pemenang dan buktikan yang aku akan berjaya suatu hari nanti...aku harap dengan usia 21 tahun ni akan lebih mematangkan aku dalam semua perkara....InsyaAllah..
Tuesday, November 2, 2010
kembali pulang....
bintang terlihat terang saat dirimu datang..bintang yang dulu hilang kini kembali terang..apa la aku jiwang malam ni kan..ermmm...entahla tapi aku suka sangat lagu ni,KEMBALI PULANG....pernah suatu ketika aku kehilangan dia yang amat aku sayang..aku harap sangat dia kan kembali pulang...rupa-rupanya aku hanya berangan...kenangan bersamanya hanyalah suatu memori manis yang takkan aku lupa..aku sedar yang dia takkan kembali pulang...aku harus terima hakikat yang dia takkan pernah menjadi milik aku...aku doakan moga dia sentiasa sihat sejahtera dan bahagia walau dengan siapa pun...terima kasih sebab pernah buat aku bahagia mempunyai seorang yang amat aku sayang...kadang kadang aku tak dapat mengelak untuk terus ambil berat dan risau tentang dia..macam mana keadaan dia,belajar dia,hidup dia disana,sakit dia...jujurnya aku memang dah tak mengharapkan apa-apa dari dia tapi cukup susah untuk elakkan dari perkara yang aku sentiasa buat untuk dia...tak salah kan???ataukah aku yang masih gila bayang???aku rasa tidak...yang penting sekarang aku cukup bahagia dengan kehidupan aku...ada sahabat,teman,keluarga yang sentiasa bersama aku..aku sangat cinta dan sayang mereka semua kerana mereka lah yang membuat aku tersenyum...bukan mudah untuk kita mencipta rasa kasih tanpa ada sayang..tu sebab kasih dan sayang tak dapat dipisahkan..aku harapkan suatu hari nanti aku dapat jumpa dengan seorang yang dapat menghargai aku seadanya dan tentunya dia adalah permaisuri hidup aku..walau siapa pun jodoh aku, aku akan terimanya dengan penuh kasih dan sayang..InsyaAllah...
Saturday, October 30, 2010
selamat tinggal current affair..sayang kamu sangat2...
rasa lega sangat bila dah habis jawab paper current affair tadi..empat soalan je yang aku tau dari 8 soalan tu..nasib baik la kena jawab 4 soalan je..kalau kena jawab lebih dari 4 soalan memang masak la aku...huhu.. alahamdulillah..setinggi tinggi syukur buat Yang Maha Pencipta kerana aku dapat jawab soalan tadi dengan baik...lega sangat2...ni la paper yang paling buat aku stress sepanjang 3 tahun aku kat sini dan akhirnya dah lepas pown..macam tak percaya je aku leh jawab tadi.hehehe..yang buatkan aku termenung bukannya sebab pikirkan apa point tapi pikirkan apa nak merapu dalam pendahuluan..tak ada idea maaaa.....pape pun terima kasih banyak2 buat miss irwana nooridayu binti muhamad hakimi atas nasihat dan tunjuk ajar anda..juga untuk en.adnan aminuddin..terima kasih atas tunjuk ajar tuan...seminggu lagi baru ada paper seterusnya..so jom kluaq main bowling!!!!!hehehe...
Wednesday, October 27, 2010
sahabat...
sahabat....
dia adalah orang yang selalu ada untuk kita saat seluruh dunia menjauhi kita,
sahabat...
adalah orang yang selalu membuka pintunya untuk kita walau hari telah malam,
sahabat...
adalah orang yang selalu memaafkan kita sebelum kita menyedari kesalahan kita,
sahabat..
adalah orang yang mengerti apa yang ada difikiran kita sebelum kita mengutarakannya..
sahabat...
adalah buah yang hadir disetiap musim,
hadiah yang selalu dapat kita buka setiap saat....
sahabat...
adalah orang yang ketika susah kita menjadi air matanya dan senang kita menjadi tawanya...
habis satu paper...
alhmadulillah...dah habis paper law..setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana dapat menjawab dengan baik... kebanyakan soalan yang aku spot naik..so pilih la yang terbaik tadi..aku harap boleh skor untuk paper business law tadi...satu perkara yang buat aku seronok sangat sebelum nak amek exam tadi bila dapat mesej dari kakak2 aku yang ucapkan semoga aku berjaya..begitu jugak dengan adek, kawan2,dia dan abang raja...sangat bersemangat dan aku rasa macam ada satu suntikan agar aku dapat buat yang terbaik...tapi sebenarnya aku tertunggu tunggu mesej ucap selamat berjaya dari seseorang...orang yang sentiasa aku sanjungi sampai bila-bila iaitu abang aku sendiri...mungkin dia sibuk kot...maklumlah kerjanya yang sebegitu memang susah nak ada masa free kan tapi aku masih bersyukur punyai adek bradik yang sentiasa menyokong aku dari belakang...abah yang sentiasa mahukan aku berjaya capai apa yang aku nak,sahabat2 yang tak putus-putus memberi kata semnagat..bagi aku, perkara ini lah antara perkara yang memotivasikan aku dan membuat aku bersemangat untuk terus melangkah dengan yakin...aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan dalam menempuh hidup ni kerana mereka yang aku sebutkan sentiasa ada di sisi aku...aku harapkan aku dapat capai apa yang aku impikan dengan secepatnya yang mungkin sebab aku tak sabar nak berbakti dan balas segala jasa jasa mereka.. terdetik jugak di hati ni yang aku ni hanya menyusahkan orang kan..tak habis-habis nak mintak tolong orang..erm...entahla...sabarlah wahai hati kerana Allah sentiasa mendengar rintihanmu...sentiasalah berdoa moga dibuang segala kedukaan yang ada dan diganti dengan kebahagiaan...kuatkan semangat man!!!
Tuesday, October 26, 2010
perjuangan bakal bermula!!!
alhamdulillah..baru je lepas study business law dan buat sedikit analisa berkenaan soqlan2 semester lepas... rehat jap..tu yang menulis blog ni...esok bermulalah perjuangan aku untuk semester yang terakhir bagi diploma pentadbiran awam..first paper adalah LAW 379 iaitu Business Law...agak mencabar berbanding Admin Law dan Malaysian Legal System..aku harap sangat aku dapat tempuhi first paper esok dengan baik...sekejap je rasa kan..tak sangka dah nak habis pun diploma..lepas ni aku akan melalui satu peringkat lagi iaitu ijazah...rasa berdebar debar la plak sementara nak tunggu esok..smalam pun cuba nak tido pukul 12..baring je atas katil rasa macam tak leh tido la plak..bermacam menda yang pikir termasuklah exam esok...persediaan aku esok dah 80%.. hari ni nak tumpukan dekat bahagian A dan jawab semua soalan2 semester yang lepas..aku tak nak terlebih yakin sebab takut aku akan tersungkur..apa yang penting aku akan usaha yang terbaik sebab aku yakin setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dan beri yang terbaik InsyaAllah kita juga akan mendapat hasil yang terbaik...Allah Maha Adil,Dia Maha Bijaksana dan Dia jugalah Yang Maha Berkuasa dan Mengasihani setiap makhluknya...kita sebagai makhluknya hanya perlu berusaha dan selebihnya adalah urusan-Nya...di saat2 macam ni aku harap sangat tiada dugaan besar yang datang kepada aku..aku berdoa moga segalanya baik buat aku..aku memohon agar aku diberi ketenangan jiwa, fikiran yang bersih dan dipermudahkan untuk aku menjawab setiap soalan nanti...ingat, mulakan dangan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah..sentiasa ada wuduk sebab ia akan menghindarkan syaitan dari mengganggu dan masuk dewan dengan langkah kanan..jangan sesekali serabutkan fikiran dengan perkara yang lain..fokus ketika menjawab setiap soalan..baca soalan sekurang kurangnya dua kali dan highlight kehendak soalan dan setiap jawapan yang diberikan(untuk essay question)..kalau tak ingat,tenangkan diri sekejap..pejamkan mata dan berdoa moga Allah membantu mengingat semula point tu..ingat man!!! aku harap aku jugak tak lupa untuk amalkan semua ni ketika menjawab setiap paper nanti..amin....
Sunday, October 24, 2010
thanx abang raja!!!
sekalai lagi aku harus berasa gembira sebab dapat jumpa dengan abg raja..esok dia ada program dekat mrsm merbok so malam ni aku keluar la ngan dia p makan kat jeti...sangat best!!!tak puas rasanya 2 jam bersembang dengan dia...lau boleh nak sembang berjam-jam lagi ngan dia..banyak pengetahuan yang aku dapat...dia sangat mengagumkan...banyak pengalaman yang aku dapat ambil dari dia terutamanya dalam aspek kepimpinan..dia seorang bekas pemimpin pelajar yang sangat berani dalam menyuarakan pendapat...dia bijak dan hebat!!! semuanya kurniaan Allah buat insan yang hebat yang dilahirkan cacat sebelah kaki...banyak perkara yang diceritakannya telah membuka mata dan minda aku...aku semakin yakin untuk melangkah dan mencipta kejayaan..InsyaAllah,aku akan usaha yang terbaik!!!
sabar itu kan sebahagian dari iman..
aku selalu katakan pada diri sendiri..'man,sentiasa sabar dengan segala kejahatan yang orang lakukan pada kita..doakan moga dia diberi hidayah untuk berubah'..aku bukan seorang yang sukakan pergaduhan..aku bencikan pergaduhan..aku tak suka bila terlibat dalam pergaduhan..bagi aku, semuanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik..aku akui yang aku masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu..aku sentiasa berdoa moga Allah hindarkan aku dari segala kejahatan,buruk sangka orang,hasad dengki dan rasa tidak puas hati orang kepada aku..abah sentiasa ingatkan aku agar jangan sesekali cari pasal dengan orang lain..biarlah orang buat jahat ngan kita tapi jangan sesekali kita balasnya dengan kejahatan juga..aku sentiasa bersabar dalam engharungi setiap apa yang berlaku dalam hidup ni...termasuk jugak belajar..bila aku rasa malas, aku bersabar dan pujuk hati ni agar teruskan belajar agar aku dapat bahagiakan orang-orang yang aku sayang dan telah banyak berkorban buat aku selama ini..kalau aku perlu lakukan sesuatu yang aku tak suka walhal ianya tugas aku.aku sentiasa bersabar dan cuba lakukan tugasan itu sebaiknya..kalau aku perlu menghadap seseorang yang aku tak suka,aku juga berdoa moga segalanya baik dan tidak ada perselisihan faham yang berlaku antara aku dan dia..kerja tetap kerja so aku perlu profesional dalam bekerja walaupun aku tak suka..aku takkan biarkan hanya kerana rasa tidak suka menjejaskan sesebuah organisasi..apa pun yang berlaku,komitmen perlu dipenuhi dengan sebaiknya agar semuanya berjalan dengan lancar..kalau bab belajar, aku rasa aku memang sangat bersabar..stress,tension,kecewa dan sedih sebab tak paham apa lecturer ajar,dapat result yang teruk,tak dapat buat yang terbaik dalam assignment mahupun exam atau malasnya nak menghadap buku adalah antara perkara yang memerlukan aku sabar sangat-sangat...kadang-kadang ada paper yang aku tak suka dan aku tahu kalau aku teruskan rasa tak suka tu,aku memang akan fail..so aku sangat bersabar,pujuk hati ni agar sukakan subjek tu sebab kalau aku fail aku akan lagi stress dan tension..macam jugak nak dapatkan kejayaan..mana ada kejayaan kalau kita malas.. malas nak bukak buku,malas solat, malas buat tutorial,malas pegi kelas, dan pelbagai malas lagi la..kalau nak berjaya aku kena sabar dalam tunaikan setiap kehendak untuk menjadi seorang yang berjaya..sabar habiskan baca buku buku,sabar tunaikan solat pada awal waktu walaupun aku tau kadang-kadang aku leka dan juga sabar mengawal nafsu yang smemangnya tak mahukan aku belajar dan leka ngan menda lain..aku harapkan aku sentiasa sabar...tetiba teringat cerita IP MAN(sangat best!!!!)
Saturday, October 23, 2010
nak enpon tu!!!!!
macam lawak pun ada..orang dok sibuk study tapi aku dok pilih mana satu enpon nak beli...terok btol kan... tapi yang penting aku dah habis study 3 chapter...dah ok la tu buat hari ni kan...aku semenanya nak beli enpon baru tapi tak tau la bila nak beli..aku berkenan kat enpon nokia X6..aku ni memang kurang arif sangat bab bab enpon ni..lau rasa cantik,function pun best n harga pun ok aku nak beli jela...tengokla camane nanti...habisan study dulu..nak sambung sejam lagi..pastu dah boleh tutup buku untuk ari ni...go!!!!!!!!!!!
ni la nokia x6 yang aku maksudkan..ok x???
Subscribe to:
Posts (Atom)

