My Readers

Thursday, February 21, 2013

selamat pengantin baru abang amin dan kak hidayah

setelah sekian lamanya, baru sekarang aku ada masa untuk bercerita berkenaan perkahwinan abang aku yang berlangsung baru-baru ni...alhamdulillah...seorang lagi adik beradik aku telah kahwin... majlis akad nikah telah berlangsung dengan meriahnya di rumah pengantin perempuan di Behrang Stesen, Tanjung Malim...aku rasa ini adalah saat-saat yang amat ditunggu oleh abang setelah memberi sepenuh hidup dia buat keluarga kami...abang amin adalah abang sulung aku...seorang yang agak panas baran macam abah..kalau ada yang tak kena je, pasti dia melenting...masa kecik-kecik dulu, aku pernah nak kena humban dengan dia dari beranda rumah sebab degil sangat...haha..kalau ingat balik memang rasa lawak sangat masa tu... rasanya tak terkira pengorbanan dia buat kami semua...aku masih ingat segala detik-detik yang mengecewakan hidup dia bila dia terpaksa lupakan segala yang dia impikan semata-mata untuk memberi laluan buat adik-adik dia yang lain...dia merupakan abang yang sangat ambil berat walaupun dia jarang sangat nak tunjuk dekat kami semua...aku rasa aku takkan dapat sambung belajar dan habiskan lima tahun pengajian aku kalau abang amin tak ada...pernah satu ketika aku dah hampir putus asa untuk sambung belajar dan aku rasa kerja adalah yang terbaik buat aku tapi abang amin tak bagi..dia nak aku teruskan cita-cita aku...dia yang sungguh-sungguh mintak aku mohon UiTM sambung belajar...masa aku susah, abang amin la tempat aku tuju...walaupun kadang-kadang aku kena bebel dengan dia sebab katanya aku ni boros, dia tetap akan bagi duit dekat aku...dia selalu nasihat supaya jangan boros sebab bukan senang nak cari duit...selain dari abah, dia merupakan orang yang banyak memberi tunjuk ajar dekat aku..melalui perbuatan dan tingkah laku dia, aku tahu yang dia sentiasa sayangkan kami adik beradik.. bila mana mak dijemput Allah, abang amin adalah tempat kami untuk menangis...dia peluk kami dan minta kami agar bersabar...tak sempat rasanya hasrat abang amin nak bawak mak jalan-jalan..aku ingat lagi bila aku pergi ke hospital menjaga mak, mak dengan gembiranya cakap yang mak nak keluar hospital cepat-cepat sebab abang amin dah janji nak bawak kami semua pergi jalan-jalan...alhamdulillah, sebelum abah pergi menghadap Ilahi, abang amin sempat bawak abah dan kami semua jalan-jalan...raya dua tahun lepas, kami pergi tasik chini...lepas tu ke Bukit Gambang Waterpark..yang paling buat abah gembira bila dapat peluang untuk balik kampung...kami memang jarang balik ke Penang sebab jauh dan kami juga bukan keluarga yang senang...kebetulan pulak ada kenduri kawen sepupu aku dekat sana...saat ni la abang amin bawak ke mana saja abah nak pergi...jumpa kawan-kawan lama dia, melawat kampung, makan laksa janggus dan macam-macam lagi lah..paling besar dan bermakna buat arwah abah bila abang amin bawak abah untuk operate buang selaput dekat mata abah..kalau nak tahu, abah memang menghadapi rabun yang sangat teruk...walaupun sempat buat untuk sebelah mata je, tapi ianya amat bermakna untuk abah dapat melihat seperti orang biasa...bila mak dan abah dah tak ada, abang amin jadi ketua keluarga...pembelajaran aku dan adek tak pernah dia abaikan...apa je yang aku perlu, aku akan mintak dengan dia...walaupun lambat, abang amin tetap adakan jugak....tanggungjawab dekat adik-adik dia memang tak pernah dia abaikan...aku tak mampu nak duduk lama dalam majlis akad nikah dia sebab aku takut tak boleh nak tahan sedih.. akhirnya, memang aku menangis jugak bila peluk dia lepas majlis tu...tak terkira rasanya segala susah payah dia untuk aku...sempat dia pesan lepas ni, tanggungjawab tu akan beralih dekat aku...insyAllah aku akan lakukan yang terbaik yang aku mampu...siapa pun pilihan dia, aku terima dengan hati yang sangat terbuka...kalau nak tahu, abang amin ni memang ramai yang sukakan dia sampai aku tak tahu dengan sapa la bakal dia kahwin...akhirnya dengan seorang doktor bernama norhidayah... aku mula agak terkejut sebab aku tak pernah kenal bakal kakak ipar aku ni...bila dah tengok muka dan kenal dengan dia, alangkah bersyukurnya aku punyai seorang kakak ipar yang gojes sangat, peramah, menerima keluarga kami seadanya dan gila-gila jugak la...hehe...sekepala jugak la kan...masa awal-awal je macam segan nak bersembang...sama cantik dan sama padan...majlis di Tanjung Malim dan majlis sambut menantu dekat rumah aku pun berjalan dengan meriahnya..memang ramai sungguh orang kampung dan sahabat handai dia yang datang... pertama kali jugak rasanya aku jadi penyambut tetamu dan kena bagi ucapan sebagai wakil keluarga untuk tetamu yang hadir...spontan jela...entah apa aku merepek pun aku tak tahu...haha...yang pasti aku bahagia dengan adik beradik aku...untuk abang amin dan kak hidayah, selamat pengantin baru...moga berbahagia sehingga ke syurga...tak sabar rasanya nak dapat anak saudara lagi...doakan moga adikmu ini juga cepat kahwin...hahaha (mampus aku kalau abang amin baca ni).. terima kasih untuk segala-galanya..selamat melayari bahtera rumah tangga...macam tak percaya je tinggal abang hadi, aku dan adek cah je lagi yang masih bujang....cepatlah masa untuk berkonvo sebab aku nak jumpa semua adik beradik aku..abang amin dan kak dayah wajib datang ok!!!

kalau aku kurus, mesti aku lagi handsome dari dia kan??haha..

ni masa majlis akad nikah...

kami tujuh beradik....

ni masa majlis persandingan... 

selamat pengantin baru abang amin dan kak hidayah

Friday, February 15, 2013

Result : ANC (Vice Chancellor Award)

teruja tengok semuanya berselendang pink =)

alhamdulillah...email yang masuk dalam inbox pada jam 1:28 pagi tadi membawa khabar gembira..  mission complete!!! hehe...apa yang aku target akhirnya menjadi seperti yang aku harapkan..bukan harap je tapi aku sangat berusaha keras untuk pastikan ianya menjadi realiti...semua paper aku dapat A walaupun ada A- dan mendapat anugerah naib cancelor..untuk pengetahuan korang, anugerah ni diberikan kepada pelajar yang mendapat anugerah dekan untuk setiap semester (GPA 3.5 ke atas)..cepat-cepat aku ambil wuduk dan buat sujud syukur sabagai tanda terima kasih aku buat Dia yang memberi nikmat kegembiraan ini...tetiba jadi sebak..teringatkan arwah mak dan abah...alangkah bahagianya jika kejayaan ini dapat aku kongsikan dengan mereka...aku tahu dan aku yakin abah dan mak sentiasa senyum di sana melihat kejayaan aku...inilah yang ingin aku buktikan lepas spm dulu....aku juga mampu berjaya seperti mereka yang lain...terima kasih buat semua yang bersama-sama dengan aku, membantu aku memperbaiki diri dan terus fokus untuk dapatkan yang terbaik.. sepertimana yang aku ucap dalam facebook

tak terkira rasanya segala jasa dan pengorbanan mereka semua untuk aku...tak lupa juga buat penasihat akademik aku yang aku panggil encik koordinator yang sentiasa ambil berat pasal pelajaran aku, sentiasa bantu aku saat aku dalam kesusahan dan terus beri semangat kat aku bila aku hampir putus asa...kepada sahabat baik aku, bashah, thanks bro!!aku takkan pernah lupa segala jasa kau dekat aku..untuk pakar motivasi aku, abang raja shamri terima kasih sangat-sangat bang sebab sentiasa meyakinkan saya bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita benar-benar mahukannya... "insan biasa yang berusaha secara luar biasa".. aku sentiasa ingat ayat ni.. kalau abang raja yang kurang upaya boleh berjaya, apatah lagi aku seorang insan yang sempurna sifatnya...terharu jugak bila abang raja update tentang aku


walau apa pun, aku akan sentiasa ingat segala tunjuk ajar dan nasihat mereka yang tak jemu-jemu mahukan aku terus berjaya dan capai apa yang aku impikan...aku mengaku yang aku pernah gagal sebelum ini tapi aku tak sesekali patah semangat.. terima kasih semua...dah ada beberapa plan lepas ni dan aku harap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang...mohon doa kalian agar aku dapat melalui segalanya dengan baik...

Thursday, February 14, 2013

rindu kasih pada ayahbonda

Ya Allah..hanya Kau Yang Maha Mengetahui akan segala yang hambaMu rasa..bagaimanakah keadaan mak abah dekat sana??damaikah mereka??Ya Allah..aku mohon kepadaMu jangan Kau seksa mereka di atas segala perbuatan buruk yang telah aku lakukan...kasihanilah mereka Ya Allah...mereka adalah insan yang paling aku sayang...tanpa mereka, tiada maknanya hidup aku di atas dunia ini..Ya Allah, hambaMu ini terlalu rindukan mereka...dah tak terbendung rasa rindu ini melihat mereka pergi dahulu menghadapMu...tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMu yang beriman Ya Allah...kebelakangan ini aku kerap mimpikan mereka...masih terbayang kenangan dek di setiap kesempatan yang telah Kau berikan bersama mereka...sebak rasa bila difikirkan aku sudah tidak punya mereka di atas dunia ini Ya Allah...aku ingin terus berbakti buat mereka...aku ingin mereka terus bangga kerana telah melahirkan dan membesarkan aku dengan sempurna... segala jasa dan pengorbanan mereka terhadap aku menjadikan siapa aku pada hari ini Ya Allah...terima kasih Ya Allah untuk sepanjang kesempatan yang telah Kau kurniakan bersama mereka...benar, kenangan takkan boleh diputar tetapi memori itu akan terus kekal abadi di dalam hati ini sampai aku mati...mak abah, doakan man ye...esok keputusan peperiksaan man akan keluar...insyaAllah man harap kali ni man dapat banggakan mak abah dengan kejayaan man..man nak terus berjaya dan jadi seorang anak yang berguna buat mak abah...man janji!!!

selamat hari lahir untuk kamu..

hari ni merupakan hari istimewa untuk seseorang yang bermakna buat aku...niat di hati memang nak sambut hari lahir dia tapi dia pulak balik kampung kan...tak apelah...ape pun selamat hari lahir untuk kamu...ya, memang kamu bermakna buat aku...kamu yang sentiasa inginkan hubungan kita cepat-cepat menjadi halal..aku faham bila kamu marah sebab aku tak mahu nikahi kamu buat masa ini...aku minta maaf sangat-sangat...bukan aku tidak suka malah kamu adalah kesayangan aku... aku cuma mohon ruang dan waktu untuk aku capai impian aku...kehidupan sebenar aku baru saja hendak bermula..mana mungkin aku bersifat pentingkan diri sendiri tika adikku masih memerlukan aku?mana mungkin aku dengan senangnya masuk meminang kamu sedangkan aku masih punya tanggungjawab yang besar terhadap keluarga?mana mungkin aku berbahagia sedangkan adik beradikku belum bahagia??aku tidak akan sesekali membiarkan semua hal ini berlalu tanpa aku melunaskan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba, anak, mahupun sahabat...aku tak pernah salahkan kamu jika kamu tolak aku...siapa yang tak ingin bahagia??siapa yang tak ingin bersama dengan orang yang disayanginya??tetapi...jika aku hanya fikirkan tentang aku dan kamu, aku rela korbankan semua rasa ini...mungkin bukan jodoh kita...mungkin akan ada yang lebih baik buat kamu...aku terima dan aku bahagia melihat kamu bahagia...buat kamu, selamat hari lahir..moga kamu senantiasa diberikan kemudahan untuk menghabiskan pengajian kamu dengan cemerlang...mohon ditetapkan imanmu dan terus menjadi seorang wanita solehah yang dbanggakan oleh Dia..aku bangga dapat mengenali dan bersahabat dengan kamu...bak kata kamu, kita tetap sahabat baik kan =)

tomorrow is Friday =)

ada apa dengan esok???emmm...aku rasa semua pelajar degree akan peka betapa pentingnya hari esok...hehe...tambah-tambah lagi pelajar semester akhir..esok adalah harinya untuk result bagi peperiksaan akhir akan keluar...cuak tak??mahu tak cuak...hahaha..aku mengharapkan result yang terbaik sebelum aku bergelar graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian...berdasarkan apa yang dah aku jawab masa pepriksaan akhir hari tu dan ditambah dengan perkembangan positif research dan juga report praktikal, aku kalau boleh nak dapat semua A...tak kisahlah kalau ada A- sekalipun..ada orang pesan dekat aku supaya jangan yakin sangat nanti akan kecewa...aku rasa target aku ni aku buat berdasarkan apa yang aku dah tempuh dan aku rasa ni realistik untuk dicapai...cewaahhhh...haha..yup, aku harap macam tu lah..dapat naikkan pointer aku sikit lagi kan...apa pun, kita tunggu esok sebab esok akan menjawab semua persoalan yang aku tunggu sekian lama...moga-moga azam pertama aku untuk tahun 2013 ni akan menjadi kenyataan...amin...

Wednesday, January 16, 2013

end of my journey at UiTM Merbok...

alhamdulillah...bersyukur kepada Allah sebab dah selesai menjawab paper yang terakhir...susah ke?? sekali lagi alhamdulillah...aku dapat jawab kesemua soalan dengan baik...harapnya keputusan nanti baik-baik saja la kan...hari ni jugak bermakna hari terakhir aku dapat jumpa kawan-kawan sekelas aku yang kebanyakan dari diorang dah bersama dengan aku sejak diploma lagi...sejak semalam sampai pagi tadi aku rasa cuak sangat sebab paper yang terakhir ni susah...tapi bila dah dapat jawab semua rasa sangat lega dan senyum je keluar dewan exam tadi...dah pesan siap-siap dekat kawan sekelas supaya jangan balik awal...ni jela peluang yang aku ada untuk bergambar dengan diorang buat kali terakhir sebelum semuanya membawa haluan masing-masing nanti..cewahhh...hehe...serius aku sayang semua kawan-kawan aku..dieorang semua hebat.kami sangat bersatu padu..kami boleh bekerjasama dengan baik...kami jugak akan bersikap professional untuk tugas yang telah diberikan...di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk semua kawan-kawan terutama yang sekelas dengan aku sebab tanpa korang semua aku tak rasa aku akan berada di tahap yang aku dapat capai sekarang...aku ingat lagi masa aku buat keputusan untuk bertanding bagi merebut jawatan presiden, semua bersatu hati bersetuju, membantu aku naikkan poster, berkempen untuk aku, bersorak dengan semangatnya masa malam manifesto dan datang bagi sokongan semasa keputusan pilihanraya diumumkan... aku tak pernah rasa dihargai sebegitu sekali oleh kawan yang nakkan aku jadi seorang pemimpin yang baik..alhamdulillah aku telah berikan yang terbaik yang aku mampu... anugerah tokoh kepimpinan yang aku dapat hari tu merupakan tanda terima kasih aku buat korang semua...pada semua kawan-kawan aku, moga kita semua akan sentiasa diberikan jalan yang terbaik dalam hidup dan bahagia dunia akhirat...sekali lagi nak ingatkan kahwin nanti jangan lupa jemput aku...jemput awal sikit tau takut nanti jadual aku dah penuh dengan aktiviti...hehehe...semoga kita berjumpa lag suatu hari nanti..yang pasti aku nak korang semua ada masa konvokesyen nanti ok...masa tu bolehlah kita bersembang panjang lagi tentang hidup masing-masing =)








inilah KAM 228 6B Bachelor of Administrative Science UiTM Kedah 2011-2013...korang semua memang terbaikkkkkk

Saturday, January 12, 2013

last exam paper for final semester!!!


excited!!!! itu je yang boleh aku gambarkan untuk paper yang terakhir bagi menamatkan degree aku...hehe...tak sabar rasanya nak jawab soalan-soalan yang bakal keluar dalam paper STRATEGIC MANAGEMENT tu nanti...senior kata paper ni agak susah..tu sebab 4 kredit...mahu tak risau aku bila tengok soalan-soalan final exam yang lepas memang agak mencabar la...tapi semua tu tak mustahil kalau kita dapat memberi sepenuhnya tumpuan untuk memahami semua konsep yang ada...kan???betul jugak tu...ada 3 hari lagi ni dan aku akan buat persediaan secukupnya...syukur alhamdulillah sebab dah sampai ke paper yang terakhir...untuk paper-paper sebelum ni pun aku boleh jawab...tapi tak tahu la result nanti macam mana kan...setakat ni aku puas hati dengan apa yang dah aku usahakan...moga berterusan untuk yang terakhir kalinya ni...wow...cepatnya masa belalu..kurang beberapa hari je lagi aku akan menamatkan pengajian aku.. selain tu, aku jugak akan menempuh satu dunia yang baru..dunia yang akan membuatkan aku sentiasa merindui zaman aku belajar...setelah 5 tahun, aku rasa inilah masanya yang laing sesuai untuk aku masuk ke dalam industri...memberi sedikit sumbangan untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik...ok cukup lah tu man...lain kali kau sambung menulis ye...hehe... doakan aku ya kalian!!!

Thursday, December 27, 2012

pesta penang 2012!!!

 

nak habaq yang baru-baru ni jugak aku berkesempatan ke pesta penang 2012....kemeriahannya macam tahun-tahun lepas jugak..memang dah jadi tradisi setiap hujung tahun pesta penang akan berlangsung dekat sungai nibong...ala..sebelah je dengan terminal bas sungai nibong...tahun lepas aku pergi jugak dengan sahabat baik aku, bashah...tahun ni dia tak dapat nak join sebab tengah bulan satu ni baru dia balik bercuti ke Malaysia...tak ape bad, nanti kita pi tempat-tempat lain yang lagi best ek..hehe...tiket masuk macam biasala...dewasa RM4 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak...masuk-masuk je memang meriah dengan lampu kelip-kelip...apa yang menarik pasal pesta penang ni, bermacam-macam promosi diadakan selain dari pelbagai permainan baik untuk kanak-kanak sampai la ke orang dewasa...makcik-makcik mesti suka sebab boleh borong karpet kan...hahaha...aku sempat la beli seluar sehelai..tu pun di "sponsor" oleh kakak aku..hehe... maklumlah dekat-dekat hujung semester ni memang poket agak kering la kan...permainan memang banyak lagi dari tahun lepas rasanya...aku ingat nak naik jugak coaster tu tapi tak de gang la plak..so tengok jela anak buah aku main macam-macam...dari kereta, train, sampai la ke kuda...nak ajak masuk rumah hantu mula la tak mau..penakut betoi!!haha...satu lagi yang best ada tempat macam kat i-city shah alam tu...pokok-pokok semua bercahaya...memang cantik lah...sempat la jugak bergambar kan...so pada yang tak sempat nak pergi lagi, sila-sila lah berkunjung ke pesta penang 2012...datang ngan keluarga baru seronok...riuh dan meriah...rasanya tinggal beberapa hari je lagi ni...jom-jom pakat mai!!!
















Wednesday, December 26, 2012

Jelajah Pantai Merdeka...

jelajah la sangat kan..haha...nak bagitahu sebenarnya ni pertama kali aku ke Pantai Merdeka sepanjang 5 tahun aku dekat Kedah ni..macam tak percaya kan tapi itulah...bukan apa, sebelum ni tak berpeluang nak pergi...yela...kawan baik semua dah takde..nasib baik la masih ada beberapa kawan yang sporting boleh diajak berjalan-jalan kan...terima kasih sangat untuk kawan-kawan aku ni...kite orang pergi kelmarin...hari tu memang fikiran agak berceramuk dan aku nak sangat keluar ambil angin...ingatkan Pantai Merdeka ni dekat la rupanya jauh jugak la...kiteorang gerak dari Merbok pukul 5.30 petang dan samapi sejam lepas tu...memang kematu habih la utara cakap kan...kalau tak paham pi bukak kamus..hehe...sampai je memang ramai sangat orang...maklumlah musim cuti sekolah kan...ramai la keluarga bawak anak jalan-jalan berkhelah bagai...aku ni memang suka laut...sangat tenang bila nampak laut...hilang segala serabut yang melanda...dengan angin sepoi-sepoi bahasa lagi la membuatkan laut ni nampak cantik...ingat nak terjun je tapi tak bawak baju ganti la pulak kan...hehe...pantai jugak bersih, terjaga dan memang menjadi tarikan pelancong pun..mana taknya, masa kiteorang sampai berderet bas-bas persiaran kat tepi tu...disebabkan sampai pun dah leat tak boleh la nak lepak lama...dah nak dekat maghrib kan...dalam perjalanan nak balik tu singgah la dekat  restoran ZnA...agak terkejut bila masuk sebab dekorasi dia sangat cantik...semua meja kayu, ada kolam ikan, pelbagai pokok hiasan dan landskap dia yang buat kita rasa tenang je makan kat sini...yang istimewanya pulak tentang restoran ni adalah hidangan nasi arab dia la...memang terliur...lagi satu nasi goreng daging harimau menangis...memang menangis wa cakap lu...haha...aku tak rasa pun sebab aku leih berkenan dengan nasi arab kambing dia...rasa sekali memang nak sepuluh kali lagi..hehe...habis je makan terus gerak balik rumah..badan pun dah penat sangat, perut pun dah kenyang dan mata lagi la layu dah nak tido...ape pun, akan ada siri jelajah untuk kali kedua...tungguuuuu...hehehe

 my good friends...

 damainya...........





 my good friend, khairul..

inilah rupanya nasi arab kambing =)

Sunday, December 23, 2012

tak sabar nak jawab exam =)

haha..mesti korang gelak guling-guling kan bila aku cakap aku tak sabar nak ambik final exam kali ni...tapi tolonglah percaya yang aku sangat-sangat tak sabar nak habiskan peperiksaaan akhir untuk semester aku yang terakhir ni insyaAllah..harapnya tak ada apa-apa masalah la...dan lepas tu dah boleh bergraduasi...yeaaaayyyyyyy!!!hehe..korang ingat senang aku nak habiskan degree aku ni?susah woooo..macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku...nanti aku cerita satu persatu k...harapnya esok dah boleh hantar ke kedai research aku untuk dijilidkan dan terus aku boleh tumpu untuk exam...malas dah nak fikir menda lain...aku cuma mahu lakukan yang terbaik je untuk semester yang terakhir kali ni...ikutkan kepada test yang telah pun dapat tahu markahnya, aku rasa bersyukur sangat walaupun dalam rasa tak yakin dengan jawapan yang aku tulis tapi semuanya baik-baik saja...moga dapat teruskanlah untuk peperiksaan akhir nanti..semester ni aku ada 5 paper tapi 3 je yang ada peperiksaan akhir...memang seronok...jarak antara satu paper ke paper yang lain pun agak mencukupi untuk aku bersedia sepenuhnya...banyak dah masa aku luangkan untuk siapkan research dan laporan praktikal..jadinya, aku kena bayar balik lah untuk hari-hari yang terluang ni tumpu sepenuhnya pulak pada subjek-subjek lain...kita ni kena adil barulah semua akan puas hati...ye tak??hehe...al-maklumlah kesian jugak aku dengan 3 paper ni..selalu je terabai..nasib baik time test aku tak abaikan dieorang..kalau tak memang aku akan menyesal tak sudah...huhu... mulai hari ni aku dah rasa lapang sangat tau..semuanya sebab research...beberapa minggu kebelakangan ni memang aku rasa hidup aku serabut sangat...sampaikan makan dan tido aku tak teratur..yang paling sedih, motor pun aku lupa isi minyak...nasib baik motor mati dekat rumah kalau kat tengah jalan tak naya aku dibuatnya...walau apa pun aku bersyukur dengan segalanya dan aku yakin setiap apa dugaan yang menimpa pasti ada hikmahnya yang Dia mahu tunjukkan...kadang-kadang kita rasa sesuatu tu dah terbaik untuk diri kita tapi kita kena ingat, baik untuk kita tak semestinya baik di sisi Dia..jadinya, jika kita tak dapat apa yang kita mahukan, terima seadanya kerana pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita...sekian sahaja syarahan saya pada hari ini dan saya sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)


lamanya tak menulis...

memang dah berhabuk blog aku ni...rasa lama sangat tak menulis...rasa rindu sangat nak kembali aktif macam dulu sebab aku sangat suka menulis...insyaAllah lepas ni akan ada selalu masa untuk aku menulis...asyik dok pendam je rasa ni sampai lah ke sekarang...bukan apa...aku memang terlampau sibuk dengan pelbagai kerja termasuklah research, report praktikal,assignment dan macam-macam lagi...al makulmlah semester akhir kan...memang banyak menda yang nak diselesaikan...lepas ni insyaAllah akan memulakan kehidupan yang sebenar kat luar sana tu...takut?risau?ada jugak la...mana taknya...dah lima tahun aku kat universiti kan...aku harap semester ni akan berakhir dengan baik...tadi baru je habis presentation viva untuk research...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik...masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki...dah tak sabar sangat nak hantar ke kedai untuk dijilidkan...dah letih sangat seminggu ni sampai hari-hari tidur pukul 4 pagi...bangun pulak awal untuk siapkan segala kerja...aku harapkan semua penat ni akan berbaloi nanti...petang tadi balik je rumah terus collapse...terjaga je dah pukul 10 malam..tu pun nasib baik kawan baik aku telefon untuk ajak makan..kalau tak, memang sampai ke pagi esok la jawabnya aku tido..huhu...keluar bilik tengok rumah kosong...semua housemate keluar...hadoiii... stress sekejap sebab aku ditinggalkan...haha...aku rasa dieorang semua ni keluar pergi meraikan sempena tamatnya presentation viva research...memang terbaik lah!!!mana taknya...memang patut meraikan sebab dah penat sangat menghadap laptop untuk siapkan research...emmm, final exam akan start 2 minggu lagi...skarang aku tak prepare apa pun lagi..cuma nak selesaikan research dulu..lepas tu memang akan fokus untuk final exam je..teruja dan tak sabar nak ambik final exam kali ni sebab ni exam aku yang terakhir kat UiTM Merbok ni sebelum bergraduasi...hehe...serius tak sabar!!! ok..cukup la kot entry kali ni...haha...esok aku update lagi..banyak menda ni nak cerita...hehehe

Thursday, December 6, 2012

Tonight will be the night for us,...


ada apa dengan ini malam??hehe...agak excited la sebab saat ni memang dinantikan oleh aku dan semua kawan-kawan aku..semester akhir adalah semester yang akan meninggalkan kenangan yang amat bermakna buat kami semua...malam ni adalah Malam Pra Graduan atau malam penghargaan buat semua bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian UiTM Kedah... semua kawan-kawan pun dok kelam kabut nak prepare yang sebaiknya malam ni..yang pastinya aku harapkan semuanya akan bergembira dan meraikan saat bakal bergelar graduan tak lama je lagi...jumpa malam ni!!!

Saturday, December 1, 2012

buat kamu...


Aku tidak marah..
Aku tidak cemburu..
karena kamu bukan hakku..
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa..
Sungguh senang untuk jatuh cinta..
Dan memang tidak dinafikan disaat ini 
ada sedikit cinta dihatiku untukmu..
Aku teringin kau mengetahui 
apa yang ada dalam hatiku saat ini..

Tapi
biarlah Dia yang lebih mengetahui 
apa yang wujud didalam hati ketika saat ini 
sedangkan Dia yang menjadikan hati 
dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku..
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku..
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan 
dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Karena aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk 
atau membeku dengan perlahan-lahan..

Ya Allah,
Tak Perlu biarkan hatiku tertambat 
pada cinta yang belum tentu menjadi milikku..
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta palsu..
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu..
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
karena di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu ya ALLAH yang kuharap, 
karena cinta pada-Mu sampai ke syurga..

Sunday, November 18, 2012

menghitung hari...

serius..ni la yang aku buat skarang...haha
(gambar sekadar hiasan)

menghitung hari detik demi detik....cewahhh nyanyi la pulak kan...haha...memang aku tengah menghitung hari pun...nak bagitau yang lagi 34 hari je aku akan habiskan belajar...lepas tu dah boleh bersedia untuk final exam...dalam tengah bulan Januari secara rasminya aku akan tamat belajar...habis 3 tahun Diploma Pentadbiran Awam aku sambung pulak 2 tahun lagi untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran...kental jugak hati aku ek..hehe...bukan senang nak jadikan sabar sebagai rencah hidup...kena betul-betul ada tekad yang tinggi...yang penting kena kekal fokus dan jangan sesekaili berputus asa..eh, ceramah motivasi ke ni??haha...memang aku suka bagi motivasi pun kan..setidak-tidaknya untuk mencabar diri aku supaya buat lebih baik dari hari ke hari kan...kali ni aku rasa betul-betul tak sabar nak habis...siap countdown lagi tau...haha...bukannya apa..dah 5 tahun aku kat sini...baru sekarang aku rasa dah puas sangat bertapa di merbok ni...tak sabar nak hadapi dunia luar yang lagi mencabar...walau apa pun sabaran yang sedia ada ni kena la aku tempuh dengan jayanya dulu...esok ada dua presentation..dua-dua di waktu pagi plak tu...ingat nak tidur awal malam ni tapi macam tak je sebab masih banyak kerja yang nak buat termasuk untuk update blog ni kan...rajin kan saya??:?hehehe..ok kembali menghitung hari....jom!!!

Sunday, November 4, 2012

ditekan oleh tekanan yang sangat membuat aku tertekan...

memang tekanan kan baca tajuk entri aku kali ni kan...tapi tu la hakikatnya...aku memang tertekan sangat sekarang...dengan keadaan aku yang masih demam, kerja yang semakin banyak dan susana sekeliling yang buat aku nak pergi jauh dari sini...setakat ni aku hanya mampu berangan jela untuk keluar dari keadaan ni...2 bulan je lagi...sabar wahai hati...jangan sesekali membuat tindakan bodoh yang hanya akan buatkan diri mrnyesal di kemudiannya...senyumlah walau di sebaliknya tersimpan duka...berjalanlah walau kaki sudah tertusuk duri..biar berdarah...biarkan luka itu sembuh sendiri... insyaAllah di hujung sana nanti pasti akan hadir pelangi indah...jangan pernah berhenti berbuat kebaikan kerana diri ini yakin dengan itu akan mengubat satu persatu duka yang membelenggu... tekanan ni sedikit sebanyak mengubah diri aku...insyaAllah aku yakin perubahan itu adalah ke arah kebaikan...benar kata sahabat, bersyukurlah jika diri ini diuji sebab ada sesuatu yang Dia mahu mengajarmu....sedikit demi sedikit aku diperlihatkan hikmahNya...yang pasti dengan ujian ini membuatkan aku lebih dekat denganNya...alhamdulillah....

ulang tahun kelahiranku...


alhamdulillah...3 november  merupakan tarikh aku dilahirkan...yang pastinya aku rindukan insan yang melahirkan dan membesarkan aku, arwah mak dan abah...terima kasih sangat-sangat atas segala kasih sayang yang telah mak abah berikan...Allah pinjamkan 20 tahun je mak untuk aku dan Allah bagi kesempatan 22 tahun  buat aku bersama abah..aku redha...aku tahu Dia merancang yang terbaik buat aku...apa pun aku nak ucapkan terima kasih buat semua sahabat yang mengirimkan ucapan selamat..aku berdoa agar segalanya akan dikabulkan Allah...selamat dan sejahtera jugak buat kalian semua...banyak yang dah aku pelajari sehingga ke hari ni...pengalaman yang sentiasa memberi aku peringatan bahawa aku semakin dewasa...aku harus berubah..aku mesti sentiasa berjalan ke hadapan...walau ada kalanya cukup perit tapi aku harus tetap berjalan... hanya dengan itu aku akan dapat kejar apa yang selama ini aku citakan...bebrapa hari ni aku demam..bermula tarikh 31 oktober lepas...tarikh ni memang sangat dekat dengan aku..tarikh hari ulangtahun abah...reminder "hand phone" aku tak pernah lupa untuk mengingatkan aku akan hari lahir abah...kalau ikutkan abah akan mencecah 63 tahun...selamat hari lahir abah...moga abah sentiasa tenang dan bahagia dekat sana...malam 31 oktober tu demam aku makin teruk dan buat pertama kalinya dalam tahun ni aku ke klinik...TERPAKSA...yup, untuk mengelakkan keadaan aku jadi lebih teruk dan desakan kakak dan mak angkat aku supaya aku jumpa doktor...suhu badan memang panas..39 darjah celcius...aku pun risau...dapat beberapa ubat...terima kasih untuk kawan aku, khairul yang bawak aku ke klinik, belikan aku makanan, bagi aku makan ubat dan jaga aku untuk malam tu..esoknya dah kebah sikit then aku ingat dah ok la..rupanya petang tu jadi balik demam...3 hari dah aku demam malam...sampai ke hari ni aku masih demam tapi gagahkan diri untuk buat jugak kerja yang sedia berlambak ni..kalau tak memang nahas la aku sebab semuanya nak kena hantar minggu depan...tatkala demam ni lah banyak perkara yang aku fikirkan...banyak jugak perkara yang aku kecewa dalam hidup...rasa macam dah letih sangat..tak larat dah nak hadap semua yang ada dekat sini...baik orangnya jugak keadaan sekeliling aku...aku tak tahu kenapa aku rasa teruk sangat..kawan-kawan cakap mungkin aku tengah stress dengan kerja yang berlambak ditambah dengan demam yang melanda...mungkin ada betulnya tapi sebab sebenarnya biar aku je yang simpan...tahun ni jugak amat bermakna buat aku sebab ni tahun terakhir aku sebelum aku habiskan 5 tahun pengajian aku dekat merbok ni...lama tu...dah banyak yang aku tempuh... banyak jugak yang dah aku belajar...terima kasih untuk 5 tahun ni...untuk hari jadi aku tahun ni, aku tak sambut apa-apa pun...almaklumlah tengah demam...lebih banyak aku habiskan masa dengan merenung kembali apa yang telah aku capai sehingga ke hari ni...pada sahabat yang aku telefon dan mesej, terima kasih sangat-sangat sebab sudi dengar masalah aku dan ceriakan aku...aku tau korang memang kawan yang baik...insyaAllah aku dah tanam beberapa azam yang aku tekad akan laksanakan sebaiknya...doakan aku k...

Tuesday, October 30, 2012

abah dan mak...maafkan man

alhamdulillah...hampir seminggu aku balik beraya dekat kampung...buat pertama kalinya tahun ni kami semua 7 beradik berkumpul masa hari raya aidiladha...kalau sebelum ni, hanya aku dan adek je yang memang ada dekat rumah temankan abah dan mak...tahun pertama jugak sambut aidiladha tanpa mak dan abah..terasa sangat-sangat...mungkin sebab tu jugak lah abang-abang dan kakak-kakak aku buat keputusan untuk balik beraya bersama kan...aku bersyukur punyai adik beradik yang ramai...tak sunyi sangat...ada je menda yang nak digaduhkan bila berkumpul...macam biasa la pagi raya lepas je sembahyang raya, kami semua ke kubur untuk ziarah pusara abah dan mak...kali ni mungkin aku yang terlebih emosi berbanding adik...pandang je batu nisan arwah abah dan mak, aku terus sebak...aku cuba untuk tahan air mata dari jatuh sebab aku tak nak sedih bila datang ziarah abah dan mak tapi aku tak boleh...maafkan man mak,abah...man sedih sangat sebab man tak sempat nak bahagiakan mak dan abah...sekarang man dah semester akhir degree... dah hampir 5 tahun man dekat kedah ni...tahun kedua man kat sini, Allah ambik mak dari kami...tahun lepas pulak, abah dijemput Dia...perjalanan man selama 5 tahun ni memang sangat mencabar buat man... beberapa bulan je lagi man akan tamat pengajian...man teringin sangat nak kongsi dengan abah dan mak yang man akan berkonvo...alangkah indahnya kalau mak dan abah ada dekat sisi man sama-sama bergambar dengan man memakai jubah dan topi...mesti seronok kan?? bila man fikirkan pasal tu, terus air mata man keluar...besar rupanya dugaan yang man kena lalui sebelum man dapat habiskan pengajian man...walau apa pun, man redha...man yakin pasti Allah punya sebab untuk semuanya ni...mak,abah jangan risau...kami adik beradik baik-baik je...siap berkhelah dekat belakang rumah lagi ramai-ramai...man nak abah dan mak bangga dengan kami semua..insyaAllah akan man buktikan suatu hari nanti...doakan man moga sentiasa kuat hadapi hari-hari mendatang ye...man sayang sangat mak dan abah.........