My Readers

Wednesday, December 26, 2012

Jelajah Pantai Merdeka...

jelajah la sangat kan..haha...nak bagitahu sebenarnya ni pertama kali aku ke Pantai Merdeka sepanjang 5 tahun aku dekat Kedah ni..macam tak percaya kan tapi itulah...bukan apa, sebelum ni tak berpeluang nak pergi...yela...kawan baik semua dah takde..nasib baik la masih ada beberapa kawan yang sporting boleh diajak berjalan-jalan kan...terima kasih sangat untuk kawan-kawan aku ni...kite orang pergi kelmarin...hari tu memang fikiran agak berceramuk dan aku nak sangat keluar ambil angin...ingatkan Pantai Merdeka ni dekat la rupanya jauh jugak la...kiteorang gerak dari Merbok pukul 5.30 petang dan samapi sejam lepas tu...memang kematu habih la utara cakap kan...kalau tak paham pi bukak kamus..hehe...sampai je memang ramai sangat orang...maklumlah musim cuti sekolah kan...ramai la keluarga bawak anak jalan-jalan berkhelah bagai...aku ni memang suka laut...sangat tenang bila nampak laut...hilang segala serabut yang melanda...dengan angin sepoi-sepoi bahasa lagi la membuatkan laut ni nampak cantik...ingat nak terjun je tapi tak bawak baju ganti la pulak kan...hehe...pantai jugak bersih, terjaga dan memang menjadi tarikan pelancong pun..mana taknya, masa kiteorang sampai berderet bas-bas persiaran kat tepi tu...disebabkan sampai pun dah leat tak boleh la nak lepak lama...dah nak dekat maghrib kan...dalam perjalanan nak balik tu singgah la dekat  restoran ZnA...agak terkejut bila masuk sebab dekorasi dia sangat cantik...semua meja kayu, ada kolam ikan, pelbagai pokok hiasan dan landskap dia yang buat kita rasa tenang je makan kat sini...yang istimewanya pulak tentang restoran ni adalah hidangan nasi arab dia la...memang terliur...lagi satu nasi goreng daging harimau menangis...memang menangis wa cakap lu...haha...aku tak rasa pun sebab aku leih berkenan dengan nasi arab kambing dia...rasa sekali memang nak sepuluh kali lagi..hehe...habis je makan terus gerak balik rumah..badan pun dah penat sangat, perut pun dah kenyang dan mata lagi la layu dah nak tido...ape pun, akan ada siri jelajah untuk kali kedua...tungguuuuu...hehehe

 my good friends...

 damainya...........





 my good friend, khairul..

inilah rupanya nasi arab kambing =)

No comments:

Post a Comment