alhamdulillah...3 november merupakan tarikh aku dilahirkan...yang pastinya aku rindukan insan yang melahirkan dan membesarkan aku, arwah mak dan abah...terima kasih sangat-sangat atas segala kasih sayang yang telah mak abah berikan...Allah pinjamkan 20 tahun je mak untuk aku dan Allah bagi kesempatan 22 tahun buat aku bersama abah..aku redha...aku tahu Dia merancang yang terbaik buat aku...apa pun aku nak ucapkan terima kasih buat semua sahabat yang mengirimkan ucapan selamat..aku berdoa agar segalanya akan dikabulkan Allah...selamat dan sejahtera jugak buat kalian semua...banyak yang dah aku pelajari sehingga ke hari ni...pengalaman yang sentiasa memberi aku peringatan bahawa aku semakin dewasa...aku harus berubah..aku mesti sentiasa berjalan ke hadapan...walau ada kalanya cukup perit tapi aku harus tetap berjalan... hanya dengan itu aku akan dapat kejar apa yang selama ini aku citakan...bebrapa hari ni aku demam..bermula tarikh 31 oktober lepas...tarikh ni memang sangat dekat dengan aku..tarikh hari ulangtahun abah...reminder "hand phone" aku tak pernah lupa untuk mengingatkan aku akan hari lahir abah...kalau ikutkan abah akan mencecah 63 tahun...selamat hari lahir abah...moga abah sentiasa tenang dan bahagia dekat sana...malam 31 oktober tu demam aku makin teruk dan buat pertama kalinya dalam tahun ni aku ke klinik...TERPAKSA...yup, untuk mengelakkan keadaan aku jadi lebih teruk dan desakan kakak dan mak angkat aku supaya aku jumpa doktor...suhu badan memang panas..39 darjah celcius...aku pun risau...dapat beberapa ubat...terima kasih untuk kawan aku, khairul yang bawak aku ke klinik, belikan aku makanan, bagi aku makan ubat dan jaga aku untuk malam tu..esoknya dah kebah sikit then aku ingat dah ok la..rupanya petang tu jadi balik demam...3 hari dah aku demam malam...sampai ke hari ni aku masih demam tapi gagahkan diri untuk buat jugak kerja yang sedia berlambak ni..kalau tak memang nahas la aku sebab semuanya nak kena hantar minggu depan...tatkala demam ni lah banyak perkara yang aku fikirkan...banyak jugak perkara yang aku kecewa dalam hidup...rasa macam dah letih sangat..tak larat dah nak hadap semua yang ada dekat sini...baik orangnya jugak keadaan sekeliling aku...aku tak tahu kenapa aku rasa teruk sangat..kawan-kawan cakap mungkin aku tengah stress dengan kerja yang berlambak ditambah dengan demam yang melanda...mungkin ada betulnya tapi sebab sebenarnya biar aku je yang simpan...tahun ni jugak amat bermakna buat aku sebab ni tahun terakhir aku sebelum aku habiskan 5 tahun pengajian aku dekat merbok ni...lama tu...dah banyak yang aku tempuh... banyak jugak yang dah aku belajar...terima kasih untuk 5 tahun ni...untuk hari jadi aku tahun ni, aku tak sambut apa-apa pun...almaklumlah tengah demam...lebih banyak aku habiskan masa dengan merenung kembali apa yang telah aku capai sehingga ke hari ni...pada sahabat yang aku telefon dan mesej, terima kasih sangat-sangat sebab sudi dengar masalah aku dan ceriakan aku...aku tau korang memang kawan yang baik...insyaAllah aku dah tanam beberapa azam yang aku tekad akan laksanakan sebaiknya...doakan aku k...
No comments:
Post a Comment