haha..mesti korang gelak guling-guling kan bila aku cakap aku tak sabar nak ambik final exam kali ni...tapi tolonglah percaya yang aku sangat-sangat tak sabar nak habiskan peperiksaaan akhir untuk semester aku yang terakhir ni insyaAllah..harapnya tak ada apa-apa masalah la...dan lepas tu dah boleh bergraduasi...yeaaaayyyyyyy!!!hehe..korang ingat senang aku nak habiskan degree aku ni?susah woooo..macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku...nanti aku cerita satu persatu k...harapnya esok dah boleh hantar ke kedai research aku untuk dijilidkan dan terus aku boleh tumpu untuk exam...malas dah nak fikir menda lain...aku cuma mahu lakukan yang terbaik je untuk semester yang terakhir kali ni...ikutkan kepada test yang telah pun dapat tahu markahnya, aku rasa bersyukur sangat walaupun dalam rasa tak yakin dengan jawapan yang aku tulis tapi semuanya baik-baik saja...moga dapat teruskanlah untuk peperiksaan akhir nanti..semester ni aku ada 5 paper tapi 3 je yang ada peperiksaan akhir...memang seronok...jarak antara satu paper ke paper yang lain pun agak mencukupi untuk aku bersedia sepenuhnya...banyak dah masa aku luangkan untuk siapkan research dan laporan praktikal..jadinya, aku kena bayar balik lah untuk hari-hari yang terluang ni tumpu sepenuhnya pulak pada subjek-subjek lain...kita ni kena adil barulah semua akan puas hati...ye tak??hehe...al-maklumlah kesian jugak aku dengan 3 paper ni..selalu je terabai..nasib baik time test aku tak abaikan dieorang..kalau tak memang aku akan menyesal tak sudah...huhu... mulai hari ni aku dah rasa lapang sangat tau..semuanya sebab research...beberapa minggu kebelakangan ni memang aku rasa hidup aku serabut sangat...sampaikan makan dan tido aku tak teratur..yang paling sedih, motor pun aku lupa isi minyak...nasib baik motor mati dekat rumah kalau kat tengah jalan tak naya aku dibuatnya...walau apa pun aku bersyukur dengan segalanya dan aku yakin setiap apa dugaan yang menimpa pasti ada hikmahnya yang Dia mahu tunjukkan...kadang-kadang kita rasa sesuatu tu dah terbaik untuk diri kita tapi kita kena ingat, baik untuk kita tak semestinya baik di sisi Dia..jadinya, jika kita tak dapat apa yang kita mahukan, terima seadanya kerana pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita...sekian sahaja syarahan saya pada hari ini dan saya sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
No comments:
Post a Comment