My Readers

Monday, November 29, 2010

penatnya.........

huhuhu..dah lama tak penat macam ni tau..baru je habis kerja..baru jugak lepas makan..esok pulak ke MAHA..jom la kawan2 jumpa kat sana...aku di booth HS Nada Sdn Bhd...nak rasa meat ball dan kambing golek yang sedap dan walah datang la k..hehehe..hari ni aku tak join lagi MAHA sebab aku masuk kilang meatball..panas seyh..tau je la buat meatball kan..harap-harap esok semuanya berjalan lancar...mata ni dah berat sangat rasanya..huhuhu...

Saturday, November 27, 2010

Kematian itu pasti!!!

kematian adalah sesuatu yang pasti...kita tak tahu bila ajal kita..kita jugak tak tahu bila ajal orangorang yang kita sayang...aku sudah kehilangan seorang yang teramat aku sayang pada 30 Jun 2009 yang lepas...mak pergi dalam keadaan yang amat tenang..aku redha Ya Allah kerana aku tahu dia adalah milikMu...hati aku tersentak lagi apabila aku mendapat khabar yang kawan sekelas aku semasa di sekolah rendah meninggal dunia semalam..walaupun hanya rakan sekelas,dia seorang yang baik erhadap aku..sesiapa pun tak boleh sangka dan meramalkan bila dia akan mati kerana ini adalah urusan Allah..Kepergian dia yang amat bermakna dalam hidup aku ternyata meningalkan satu kesan yang mendalam buat aku..bukan untuk menafikan takdir yang telah ditentukan oleh Allah,tapi aku rasa kehilangan itu bagaikan mencarik kebahagiiaan yang sedang aku dan keluarga miliki...aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi kesempatan oleh Tuan Empunya Alam ini untuk terus menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya...aku harap aku tak leka dalam nikmat dunia yang sementara ni...aku bermohon kepada Mu Ya Allah untuk terus melimpahkan rahmat dan memayungi aku dengan hidayahMu agar aku tidak tersesat walaupun di jalan yang terang...hidup hanya sekali..hargailah kehidpan yang kita miliiki untuk terus memberikan yang terbaik agar kita takkan menyesal di kemudian ari....

Friday, November 26, 2010

menuggu........

hahaha..aku sebenarnya tengah menunggu kawan baik aku,bashah...aku baru je sampai sungai petani pukul 7 pagi tadi...sementara dia nak sampai,aku pun lepak la kat nasi kandar nasmir..biasalah,online...ini jela perkara yang mampu aku buat dari dok tercanguk kat stesen bus kan...order minum je sebab aku dah janji nak sarapan dengan en.koordinator...tanpa pakej dia ok..hehehe...aku datang sini sebab ada sikit urusan yang nak kena selesaikan...harap-harap dapat selesaikannya secepat mungkin:)..dah la dalam bus semalam tak dapat nak tidor lena..bus Utama Ekspress yang sepatutnya aku naik pulak rosak..ganti bus laen..sepatutnya single seat dapat plak double seat..redha jela...nasib baik driver tu bagus...ramai jugak la yang tak puas hati sebab tukaq bas laen...pape pun aku dah selamat sampai..cuaca kat sungai petani pagi ni mendung ja...cepatla bashah sampai..aku dah mulai bosan kat sini..huhuhu

Wednesday, November 24, 2010

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010


 
Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
OBJEKTIF MAHA
  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa
*sumber dari laman web rasmi Kementerian Pertanaian dan Industri Asas Tani Malaysia

nak cuti lagi....

kalau ikutkan hati tak puas rasanya duduk kat kampung...nak cuti lagi tapi macam dah tak dapat nak rehat-rehat kat umah..esok malam bus aku balik ke sungai petani pukul 9 malam..sampai je hari jumaat pagi aku dah mula nak kena siapkan beberapa perkara..habis je siapkan semuanya,aku terus kena gerak ke kuala lumpur..sepatutnya aku akan terlibat dengan pameran MAHA dekat Serdang bermula 26 november sampai 5 disember tapi aku datang lewat sikit la sebab nak kena ke sungai petani dulu..kawan-kawan yang ada kelapangan bolehlah berkunjung ke pameran MAHA...boleh kita jumpa..hehehe..dengarnya ada penyertaan dari lrbih 22 negara..aku suka pergi ke pameran seperti MAHA atau MIHAS sebab aku dapat jumpa ramai orang dan kenal jugak dengan orang yang hebat-hebat..aku cuba jugak untuk timba pengalaman dan asah skills terutamanya bab komunikasi dan jugak perhubungan awam...bukan senang kita nak dapat kepercayaan orang tau!!!erm....rasa sekejap je seminggu lebih aku kat kampung..kalau tahun lepas rasanya 3 hari je aku stay kat kampung dan selebihnya aku penuhkan waktu cuti dengan kerja...bukan apa..nak kena cari duet sikit sebagai persiapan aku sambung belajar..yuran untuk dgree pun dah nak dekat 6 ratus..walaupun abang aku dah janji nak bantu tapi sekurang-kurangnya aku kena usaha jugak cari duit belanja sikit-sikit...erm..aku harap aku dapat lalui hari-hari mendatang dengan penuh cekal,tabah dan sabar...hidup tak bermakna la kalau tak ada cabaran kan...so,jangan cepat mengalah atau berputus asa kerana itu adalah ciri-ciri orang yang GAGAL....bila dah start keja ni makanya jarang la aku boleh menulis tapi kalau ada masa aku akan menulis lagi....daaaaaa........

inilah MAHA yang aku maksudkan..moh kita meriahkan beramai-ramai k!!!
26 november-5 disember 
tempat: serdang

Sunday, November 21, 2010

berserah kepada Dia...

hari ni baru 21 november 2010..lambat lagi result nak keluar..hehehe..tapi tetiba aku jadi risau..ini semua sebab ramai kawan-kawan aku sibuk bercerita tentang tarikh result akan keluar..aku pun jadi cuak jugak la...kurang dari 3 minggu lagi result akan keluar..lepas tu keputusan untuk pengajian peringkat dgree jugak akan keluar...paper terakhir baru je berlalu seminggu yang lepas...walaupun agak sukar tapi aku dah buat yang terbaik...sehabis baik yang mungkin..usaha telah dilakukan makan tibalah masa untuk berdoa.bertawakal dan berserah kepada Allah S.W.T kerana Dia adalah penentu segalanya...seorang pensyarah berpesan kepada aku agar banyakkan berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati dan dipermudahkan pensyarah untuk menanda kertas jawapan kita..apa sahaja boleh berlaku...tu sebabnya kita perlu sentiasa dekat kepada Tuhan dan mengharapkan belas ihsannya untuk memberi kejayaan kepada kita...mak angkat aku slalu nasihatkan aku agar mintalah bersungguh-sungguh kepada Allah..dengan mengganggap kita sebagai.hambaNya yang amat lemah...berdoa dengan perasaan yang amat rendah hati dan menangislah sepuas-puasnya,merayulah kepadaNya agar makbulkan doa kita...Allah Maha Mendengar..Dia Maha Mengetahui..Dia juga Maha Mengasihani hambanya yang sentiasa tunduk syukur tatkala mendapat sesuatu nikmat dan menadah tangan berdoa bila mana inginkan sesuatu yang baik...aku harapkan aku juga tidak pernah lupa untuk sentiasa bermohon keredaan Allah dan mengharapkan hasil yang terbaik setelah aku berusaha sehabis baik...usaha yang mampu aku lakukan kini hanyalah berserah kepada DIA....

Saturday, November 20, 2010

selamat jalan teman...



sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

Lirik lagu ni sangat bermakna buat aku...dah lama rasanya nak menulis tentang hidup aku sepanjang 3 tahun bersama teman-teman diploma pentadbiran awam tapi sekarang baru berkesempatan...23 disember 2007 merupakan tarikh keramat buat aku di mana hari tersebut merupakan hari pertama aku di uitm kedah...banyak sebenarnya kenangan pahit dan manis aku semasa diploma ni...yang pahit biarlah aku buang jauh-jauh walaupun pada hakikatnya ianya takkan dapat aku lupa...biarlah yang manis menjadikan aku tersenyum setiap kali aku teringatkannya...DPA 1C sampailah DPA 6C...aku kekal di kelas C selama 6 semester...aku jugak class rep untuk kelas c sepanjang 6 semester...bukan senang sebenarnya nak puaskan hati semua orang..aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk member-member klas aku...btol tak??hehehe..apa pun aku sangat berterima kaseh kat semua sebab percayakan aku...bukan senang sebenarnya buat aku untuk laksanakan tugas yang diberikan sebaiknya...tambahan member-member klas aku pun bukannya jenia yang suka bertegor..masa semester satu pun aku hanya kenal beberapa orang dak pompuan klas aku..tu pun marni,juju dan nana..yang lain tak bertegur sangat...3 orang ni la yang selalu buat aku gelak,usik aku dan suka nak merajuk ngan aku..aku pernah gelarkan mereka bertiga ni 3 DARA PINGITAN tau..hehehe..kalau yang lelaki aku cuma rapat dengan azmir..first time aku kenal dia,aku ingatkan umur dia dah 20 lebih sebab memang nampak matang..cool jew..hehehe..selain tu budak-budak bilik aku jela yang aku rapat..afiq,edi,topui a.k.a yazid...start semester dua la baru ak agak aktif..hehehe..aku rapat ngan ket a.k.a shaker sham..dia ni umuq dah sebaya ngan abang aku..tu yang aku dah anggap dia macam abg..aku slalu mintak pandangan dia kalau aku ada masalah termasuklah soal "cinta" sebab dia kan berpengalaman..hehe..lepas tu baru aku rapat ngan aizat a.k.a nora..di ni muka sebijik cam cina..tu sebab sir mahad pun panggil dia apek..dia sebilik ngan aku sampailah semester 6...dia ni banyak simpan rahsia aku..dia ni memang penyimpan rahsia yang amat baik...aku percaya dia dan dia pun slalu gak gtau rahsia dia kat aku..aku ula kenal ngan member-member klas lain bila naik semester tiga..ada acara sports day.pastu berterusan dengan lawatan dbkl dan kpkt,program akademik tahun 2 dan tiga dan yang terakhir asean day...pengalaman bekerja bersama sama jayakan setipa program tu amat bermakna buat aku...ingat lagi aku dan kawan2 nyanyi ramai2 dekat belakang stadium mini..cam tu jugak di jamuan raya dipac 2010..sangat best!!!...semester 6 iaitu semester terakhir merupakan semester yang paling takkan aku lupakan...aku dan kawan-kawan serumah iaitu bad,edi,patrick,aizat,hakin dan kudus pergi bercuti ke langkawi...jalan2,shopping,dan ireland hopping membuatkan aku tertunggu tunggu bila la saat tu akn tiba lagi..makan bersama kawan2 sekelas dan semua batch lelaki di tanjung dawai,lepak sambil berbuka puasa di dataran bandar sungai petani dan bermandi manda di bukit merah lake town resort..tak lupa jugak masa semster akhir ni aku rapat dengan ecah.ari dan bulan..sebab???mungkin kami bawah supervisor yang sama dan lagi satu setiap kali aku keluar ngan sir mahadir,mesti dieorang ni ada..dalam pakej la plak kan..semua ni amat manis bagi aku..apa yang aku coretkan adalah secebis dari transkrip hidupku sepanjang bergelar pelajar diploma pentadbiran awam...lepas ni mungkin segelintir dari batch DPA DISEMBER 2007-DISEMBER 2010 akan ku jumpa kembali di peringkat dgree tapi mungkin sebahagian besarnya akan membawa haluan masing-masing..ada yang menukar course pengajian...ada yang akan bertukar tempat pengajian..ada yang akan pergi jauh..ada yang akan memilih bidang kerjaya dan ada yang mungkin akan berkahwin..mana lah tahu kan...hehehe..walau apau pun aku doakan kalian agar senantiasa cekalkan hati dan teruskan perjuangan..ukhuwah yang telah terbina selama 3 tahun kita di sini tak mungkin akan terlerai..moga kita kan berjumpa lagi dalam suasana yang gembira..aku sayang kalian semua..terima kaseh kerna membawa keceriaan dan kebahagiaan buat aku sepanjang tiga tahun ni...selamat jalan wahai teman:)



anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di Universiti of Oxford!!!

aku sangat kagum dengan pencapaian anak melayu ini..dia adalah Dr Muhammad Afifi al-Akiti...
sape dia ni?? nak tau lebih lanjut sila baca ni..aku amek dari wilkipedia...


Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as Shaykh Afifi is Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of TheologyUniversity of Oxford, and is a Fellow of Worcester College, Oxford. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.
Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) - his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.
Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy andHistory of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.
In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.
In 2010, Dr al-Akiti was appointed Privy Councillor to the State of Perak, Malaysia, by the Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

gempak tak???moga ianya menjadi inspirasi buat kita anak melayu untuk capai kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh beliau...satu perkara yang aku ingat dalam ucapan beliau ketika diwawancara oleh wartawan tv3 sempena hari raya korban ini adalah "kalau kita nak berada di tempat yang kita mahu berada, kita mesti lakukan pengorbanan"

aidiladha yang penuh makna...

buat pertama kalinya untuk aidiladha setelah beberapa tahun kami adek bradik dapat berkumpul bersama sama ketika aidiladha...kebiasaannya kami berkumpul hanya ketika hari raya aidilfitri..cuma kali ini kak ayu je yang tiada bersama sama...bagi aku aidiladha kali ini bukan sahaja mengajar kepada aku erti pengorbanan malah amat berharga buat aku sebab aku dapat rapat sangat dengan orang yang sebelum ini sangat sukar untuk aku duduk bersembang,bergelak ketawa dan berkongsi pendapat...orang tersebut adalah abang aku sendiri....raya kali ni amat berlainan bagi aku...aku dapat bersembang dengan dia..dia jugak seronok bersembang dengan aku berkenaan life dia di uitm  dulu...aku ingatkan pada zaman aku je nama atau gelaran pelik-pelik diberi oleh senior tapi dah lama menda ni berlaku...abang aku dulu pun macam tu jugak...aku pulak dah tak ingat apa nama yang senior bagi kat aku..hehehe...sangat gembira bila dia seronok nak bersembang,bercerita malah aku tak sangka dapat gelak sama sama ngan dia..tak ada lagi marah- marah...sebelum ni memang dia seorang yang agak panas baran sampaikan kami adek-adek dia takut nak bersembang ngan dia..ya,aku faham yang dia punya tanggungjawab yang besar..dia bukannya seorang yang jenis suka melepak dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia sia...dia seorang anak yang sangat bertanggungjawab...dia banyak bantu aku...tiap-tiap kali dia bagi duet belanja kat aku mesti dia pesan supaya berjimat sebab bukan senang nak dapat duit..hakikatnya memang dia keja keras untuk pastikan dia dapat bantu adek-adek dia..dia ada cakap kat aku lepas aku dah habis blajar ni dia pulak yang nak sambung belajar...tak sabar rasanya aku nak menggalas tanggungjawab yang sedang dia pikul sekarang....hari kedua aidiladha,semua dah bertolak balik..abg-abg dan akak-kakak aku semuanyya dah kembali bekerja...kat umah sekarang tinggal aku ngan adek aku jew...ikutkan nak kerja tapi abg aku tak bagi...selagi ada cuti dan peluang duduk kat umah,duduk je jaga abah...lagipun itu dah menjadi tanggungjawab aku..nak harapkan  kakak aku pun dia dah berkeluarga dan ada banyak tanggungjawab lain...yup,aku putuskan untuk stay kat umah je...beberapa hari ni rasa malas lagi nak wat keja..nak rehat dulu..pastu baru nak siapkan banyak kerja yang terbengkalai kat umah ni..heheheni pun nak kena basuh kain...ada masa aku tulis lagi..banyak menda nak cerita..tunggu k...

Thursday, November 11, 2010

Ya Allah,berikan aku kekuatan..

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
tatkala hati ini mula rasa berputus asa..
tatkala diri ini tak mampu lagi berdiri..
tatkala kecewa menguasai diri..
tatkala rasa sedih menghantui diri..

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
walaupun diri ini sering melupakan Mu..
walaupun diri ini sering meninggalkanMu..
kerna aku tahu..
Kau takkan pernah melupakanku..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redhai..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Kerna Kau lah tempat aku berlindung..
Kau lah tempat aku bermohon..
Kau lah yang selayaknya aku meminta..
Kerna diriku adalah hamba....

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
kerna solatku..
ibadatku...
hidupku dan..
matiku...
hanya untuk Mu....



Wednesday, November 10, 2010

di saat aku mencintaimu....

tetiba jiwang plak pagi2 n..ni kes sebab malam semalam ada sorang kawan baik aku ni datang bilik..ah la time tu aku tengah tengok cerita hantu...main sergah je...ish la...dia suruh la aku ukak you tube cari lagi DADALI-DI SAAT AKU MENCINTAIMU...apa yang bestnya??hahaha...bila dah download memang best pown..sama best macam lagu kesukaan aku sebelum ni iaitu KEMBALI PULANG... nak tengok klip vedeo?? jom!!!

Lirik Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Monday, November 8, 2010

drama korea....

hahaha..aku nak merapu kejap..nak study tak ada mood untuk malam ni so baik aku menconteng...hehehe... aku suka drama korea...ala,sememangnya budak-budak perempuan gilakan..satu batch ngan aku pun ramai..adek aku pun sama..al maklumlah ramai jejaka idaman mereka di sana...aku suka drama korea terutamanya my girl... walaupun cerita tu dah lama tapi tak bosan..yang terbaru aku tegok adalah sassy girl...mesti ramai yang cakap'alah,tu citer lama...baru skarang nak tengok??'...yes sebab dulu aku tak bepeluang nak tengok drama-drama kat tv..ayah aku tak suka sangat anak-anak dia leka dengan tv..blajar lagi baik kan...bila dah masuk universiti ni baru rasa nak tengok balik cerita-cerita yang aku tak dapat tengok dulu...aku teringin nak tengok cerita All About Eve(sape tau???)...mesti ramai yang tak tau kan..kalaulah boleh di beri ranking untuk drama korea sudah mestinya MY GIRL menjadi pilihan..lepas tu baru la SASSY GIRL..lepas tu baru la BOYS OVER FLOWER...citer lain yang best gak full house,coffee prince, oh my lady ,you are beautiful, dan personal taste... teruk giler aku ni kan??asyik buang masa je..dapat tau kat abang n ayah aku mesti dia mengamuk..bukan apa takut study lingkup kan tapi InsyaAllah aku takkan biarkan study aku lingkup k...meh la kongsi lagi drama korea apa lagi yang best..hehehe..ada masa terluang aku tengok la...bagi aku kebanyakan drama koea mempunyai  plot yang hampir sama...berkenalan,bercinta, lepas tu hadirnya orang ketiga yang mengganggu..salah seorang berkorban..lari dan jumpa balik dalam beberapa tahun...pastu ok semual..cuma yang bestnya pelakon korea ni sangat pandai bawak watak masing-masing..kalaulah drama Malaysia sebegitu kan best!!ada jugak drama melayu yang aku suka..Nur Kasih dan Adamaya... yang lain ada jugak yang best tapi belum sempat nak tengok kot..hahaha..merapu je aku ni kan..maaflah sebab aku tak berapa nak betul malam ni....huhuhu...

ni yang paling aku suka dalam sassy girl...


konsep pencarian ilmu....

sesapa yang membaca post ni boleh komen k...sebelum tu nan cerita sikit tentang aktiviti aku hari ni...ap lagi pukul 8.30 aku ada perjumpaan dengan encik Koordinator...pukul 10 pagi aku akan start bertapa di library sebab aku dah janji nak tolong adek-adek part 1 untuk paper PAD 120 dieorang besok...aku sangat suka belajar dan berkongsi ilmu(tak boleh sebut mengajar sebab aku bukan pensyarah atau guru k..)abang raja pernah pesan dekat aku dulu yang kita nak berjaya buukan sorang-sorang tapi kalau boleh kita nak sama-sama berjaya...bagi aku ada betolnya apa yang dia cakap...tapi proses untuk mendapatkan ilmu bukannya mudah..kita kena berusaha keras untuk pastikan yang kita mendapat segala ilmu tu...kita kena bersusah payah, tebalkan muka bertanya walaupun orang anggap soalan tu remeh dan yang paling penting kita kena berdamping dengan mereka yang berilmu supaya kita jugak dapat ilmu tu sebagaimana dia dapat...aku sangat kagum dan tabik dengan mereka yang belajar ketika zaman dahulu..kemudahan asas yang tidak cukup,terpaksa bergelap sebab elektrik tak ada,mandi pakai air telaga,pergi sekolah berjalan kaki dan yang sangat bagus kesungguhan mereka untuk mendapatkan ilmu..walaupun tanpa kemudahan asas yang lengkap, mereka tetap bersabar dan sentiasa dahagakan untuk mendapat ilmu..abang aku pernah cerita kat aku yang dia dulu pergi sekolah untuk kelas tambahan pada waktu malam naik basikal...lampu tak ada..so, dia ambik tin milo dan tebuk beberapa lubang di bahagian bawah tin..lepas tu dia letak lilin kat dalam tin tu...betapa sungguhnya dia untuk dapatkan ilmu dan ternyata memang dia berjaya...kita pada zaman sekarang sangat berbeza,,semua kemudahan dah disediakan..bagi pelajar baru,kolej disediakan dengan blik yang besar,almari sorang satu,katil dan juga meja belajar...pergi kuliah je, bilik kuliah semuanya berhawa dingin..tak ada dah kipas macam kat sekolah dulu...amat bertuahnya kita kerana disediakan segalanya tanpa perlu bersusah payah...belajar???bagi mereka yang menghargai segala kelengkapan dan peluang belajar yang diberikan,aku pasti mereka juga sedang meniti kejayaan tapi alangkah sedihnya bagi mereka yang masih tidak sedar akan betapa berharganya untuk mereka belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang...ibu dan bapa sentiasa berharap agar anak-anak mereka dapat pulang dengan kejayaan..ibu dan bapa jugalah yang sentiasa bertanyakan kepada anak-anak mereka bagaimana tentang belajar,duit cukup atau tak dan sentiasa berpesan agar belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya...punyalah sayang dan bangga mereka dengan anak-anak sampaikan sanggup sesetengahnya sanggup mengikat perut untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa...berbalik kepada konsep pencarian ilmu tadi,adakah ilmu itu datang dengan sendirinya??? hello kawan, kalau nak berjaya,kena la ada lagak seperti orang nak berjaya...jangan hanya nak berpeluk tubuh dan mengharapkan korang akan berjaya dalam exam..selalu la dekat dengan mereka yang berilmu,korek ilmu tu dan pastikan korang pun pandai macam dia...kalau ada yang tak faham, ringankanlah kaki untuk pergi jumpa pensyarah..dia amat suka kalau kita datang jumpa dia,tanyakan beribu soalan yang kita tak tahu dan pastikan yang kita keluar dari bilik dia dengan kepuasan sebab segala persoalan telah terjawab...kena la bersusah payah sikit kan...lagi satu,jangan sesekali tinggalkan solat dan kalau boleh solatlah di awal waktu sebab kita bukan nak berjaya atas dunia je tapi kita jugak nak berjaya di akhirat...Allah adalah tempat kita bergantung harap..kejayaan kita juga datangnya dari keizinan-Nya tapi selepas kita berusaha yang terbaik!!aku harap kita sama-sama dapat menjadi di antara mereka yang BERJAYA..SUCCESS!!!!!!!!!

Sunday, November 7, 2010

sangat kecewa!!!

peningnya kepala..mungkin tak ckup tido kot...takpe..jap lagi bayar balik ek..hehehe..aku baru je lepas jawab paper PAD 390(Development Admin)..Alhamdulllah...semuanya soalan facts..memang makanan aku..hehehe...yang penting aku dah buat yang terbaik tadi...minggu depan ada lagi satu paper yang aku rasa sangat sukar..sebabnya???carry mark aku rendah..huhuhu..sedih sangat...tapi aku akan berusaha sebaik mungkin untuk skor paper ni...langkah harus diteruskan walau sedalam mana pun kita kecewa dengan sesuatu perkara...aku ada satu perkara yang sangat mengecewakan aku sejak sekian lama..aku cuba berperang dengan diri sendiri agar aku dapat buang kekecewaan tu tapi akhirnya bertambah parah...kekecewaan yang bagi aku sukar untuk diubati...kenapa macam ni??aku pun tak suka dengan perasaan ni...takkan la sebab kecewa ni ak perlu tinggalkan segala cita-cita aku?atau haruskah aku tunduk dengan kekecewaan itu dan berserah segalanya pada Yang Maha Esa???kalaulah itu yang aku lakukan memang aku adalah seorang yang GAGAL...jujurnya aku tak sukakan kegagalan..sesiapa pun di atas dunia ni tak sukakan kegagalan tapi kadang-kadang kita kena tempuh kegagalan tu untuk menuju kejayaan...siapa yang mampu merawat kekecewaan aku ni???tolongla...aku dah letih untuk terus memujuk hati dan cuba menafikan yang aku kecewa..aku cuba untuk mengatakan pada hati yang itu semua salah aku.tapi aku rasa aku berhak untuk itu..aku berhak untuk rasa dihargai..aku berhak untuk dapat yang lebih baik dari itu sebab aku dah usaha!!!aku dah berusaha sehabis baik...apa lagi yang dimahukan??bukan ini  yang pertama kali aku terasa seperti ni tapi dah lama..aku rasa aku tak dah tak boleh lagi nak berhadapan dengan situasi ni...sabar man...usaha yang terbaik k...mungkin ada hikmahnya semua ni terjadi..mungkin ko kena lebih berusaha sebab usaha yang ko lakukan selama ni masih tak cukup...usaha lagi keras man!!!(pujuk hati sendiri..)aku menanti akan saatnya kekecewan ini akan terbalas dengan senyuman kepuasan...sentiasa berharap saat itu akan tiba...

Wednesday, November 3, 2010

hari lahir yang bahagia!!!!!

alhamdulillah...genap 21 tahun umurku hari ini..setinggi syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan buat hamba ini untuk terus bernafas dia atas muka bumi ini...aku bersyukur kerana masih dapat meneruskan tanggungjawab sebagai hamba,anak,pelajar dan sahabat buat teman2...tepat jam 12.00 tengah malam semalam,adek aku adalah orang yang pertama hantar sms ucapkan selamat hari lahir buat aku... tidak lupa juga buat sahabat dan teman2 yang beri ucapan tak kira lah melalui sms atau di facebook...sangat-sangat aku hargai...awal pagi tadi dapat sms dari mak angkat aku dengan doa moga aku berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang aku pilih dan menempuh alam dewasa...syukurnya aku kerana Allah hadirkn buat aku seorang lagi emak yang sentiasa ambil berat dan doakan yang terbaik buat aku...mesej dari kakak-kakak aku yang sentiasa terus menyokong dan sayangkan aku membuatkan aku bertambah gembira...abang-abang aku??erm..sibuk ngan kerja masing-masing..lagipun aku memang tak pernah dapat ucapat selamat hari lahir dari dieorang...jam 11.15 pagi tadi abah telefon...dia ucapkan selamat hari lahir.."man,abah ucapkan selamat hari lahir yang ke 21..moga man sentiasa sihat dan dapat buat yang terbaik dalam exam"..ucapan dari abah yang sangat buat aku sebak...walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan abah...tengahari tadi ajak bad keluar makan dengan niat nak beli kek sambut kat rumah ngan kawan-kawan...tetiba celebrate dengan  'sahabat' kat village mall..alhamdulillah...sambutan hari jadi yang cukup bermakna buat aku..balik umah je kawan2 umah ramai2 nyanyikan lagu selamat hari jadi buat aku dan hakim...tarikh lahir kami sama..hehehe..kena calit krim ckit kat muka..seronok tengok semua happy makan kek tu..gelak ramai2..kenangan bersama semua teman2 tak akan aku lupakan sampai bila2..hari ni jugak adalah hari yang sangat bermakna sebab selain hari lahir aku,hari ni jugak kawan baikku akan melangsungkan pernikahan..tak sangka pulak yang dia akan bernikah hari ni...agak sedih sebab tak dapat tengok dia akad nikah...huhuhu..tapi nak buat macam mana kan...tanggungjawab aku kat sini belum selesai.ada 2 paper lagi yang masih menunggu..kalau dekat dah lama aku pecut balik tapi jauh kan..aku hanya mampu berdoa moga segalanya berjalan lancar dan dia selamat diijabkabulkan...aku harap dia kan sentiasa bahagia hingga anak cucu...aku bahagia bila tengok orang lain bahagia..genap usia aku 21 tahun jugak,aku dah tanamkan azam baru...aku akan berusaha untuk capai cita2 yang aku impikan...aku takkan biarkan ianya pergi meninggalkan aku sebab aku akan berlawan habis habisan untuk menjadi seorang pemenang dan buktikan yang aku akan berjaya suatu hari nanti...aku harap dengan usia 21 tahun ni akan lebih mematangkan aku dalam semua perkara....InsyaAllah..

Tuesday, November 2, 2010

kembali pulang....

bintang terlihat terang saat dirimu datang..bintang yang dulu hilang kini kembali terang..apa la aku jiwang malam ni kan..ermmm...entahla tapi aku suka sangat lagu ni,KEMBALI PULANG....pernah suatu ketika aku kehilangan dia yang amat aku sayang..aku harap sangat dia kan kembali pulang...rupa-rupanya aku hanya berangan...kenangan bersamanya hanyalah suatu memori manis yang takkan aku lupa..aku sedar yang dia takkan kembali pulang...aku harus terima hakikat yang dia takkan pernah menjadi milik aku...aku doakan moga dia sentiasa sihat sejahtera dan bahagia walau dengan siapa pun...terima kasih sebab pernah buat aku bahagia mempunyai seorang yang amat aku sayang...kadang kadang aku tak dapat mengelak untuk terus ambil berat dan risau tentang dia..macam mana keadaan dia,belajar dia,hidup dia disana,sakit dia...jujurnya aku memang dah tak mengharapkan apa-apa dari dia tapi cukup susah untuk elakkan dari perkara yang aku sentiasa buat untuk dia...tak salah kan???ataukah aku yang masih gila bayang???aku rasa tidak...yang penting sekarang aku cukup bahagia dengan kehidupan aku...ada sahabat,teman,keluarga yang sentiasa bersama aku..aku sangat cinta dan sayang mereka semua kerana mereka lah yang membuat aku tersenyum...bukan mudah untuk kita mencipta rasa kasih tanpa ada sayang..tu sebab kasih dan sayang tak dapat dipisahkan..aku harapkan suatu hari nanti aku dapat jumpa dengan seorang yang dapat menghargai aku seadanya dan tentunya  dia adalah permaisuri hidup aku..walau siapa pun jodoh aku, aku akan terimanya dengan penuh kasih dan sayang..InsyaAllah...