My Readers

Tuesday, July 5, 2011

syukur...


hari ni cakap pasal syukur..tahu tak apa itu syukur??syukur adalah  bila mana kita menerima berita baik kita akan melafazkan syukur tanda terima kasih kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang dikurnia...kadang-kadang kita sebagai manusia sering kali alpa dengan segala nikmat yang telah Allah bagi...sentiasa berasa tidak cukup dan mahu lagi dan lagi...cuba kita fikir balik, kadang-kadang Allah datangkan nikmat yang baik kepada kita tanpa kita minta pun..Dia adalah Raja Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Allah tak pernah berkira dengan hambaNya..Dia takkan sesekali memilih hamba yang disukaiNya sahaja untuk diberi nikmat yang baik...Dia Maha Adil...seringkali dalam doa kita sehari-harian kita meminta dari Dia untuk memberi pelbagai kebaikan kepada kita...bila Allah tak makbulkan Doa kita bukan bermakna Dia tak sayang kita...yakinlah kalau bukan sekarang doa kita dimakbulkan mungkin satu hari nanti...atau mungkin Dia makbulkan kepada orang yang kita sayang...jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah...syukurlah dengan apa sahaja nikmat yang telah kita hirup sampai ke hari ini...

Dia telah berjanji jika kita sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya nescaya Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut kepada kita...kadang-kadang aku juga sering lalai untuk bersyukur atas apa yang diberi...sesetengah orang menafsirkan yang bila kita tak puas hati dengan apa yang kita dapat bermakna kita tidak bersyukur dengan setiap pemberianNya..bagi aku, pertamanya memang kita kena bersyukur dengan apa sahaja yang kita dah dapat tapi kita harus tekadkan di dalam hati untuk terus berusaha dengan lebih baik agar kita mampu mendapat sesuatu yang lebih baik kerana sebenarnya kita mampu..melainkanlah kalau kita sudah berusaha yang terbaik dan anggaplah itu bukan rezeki kita...dalam keadaan ni, Allah suka hamba-Nya yang sentiasa terus berusaha dan bergantung harap kepada-Nya..jangan pernah untuk berputus asa dan sentiasa berdamping dengan-Nya ketika susah dan senang...mak angkat aku selalu pesan supaya aku buat sujud syukur kalu dapat sesuatu berita yang baik...alhamdulillah, aku jugak bersyukur sebab masih ada orang yang sentiasa akan ingatkan aku tika aku lupa untuk membuat sujud syukur...setiap kali buat sujud syukur memang hati akan rasa tenang sangat sebab kita tak lupa dengan Dia yang menganugerahkan nikmat itu kepada kita...sentiasalah bersyukur dari terus meminta supaya hidup kita sentiasa di dalam redha Dia...amin...



BACAAN SUJUD SYUKUR




Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta


Sunday, July 3, 2011

tak puas hati...


hari ni memang aku tak puas hati..dengan sapa???dengan diri sendiri..huhu...ari ni aku mula kerja tapi aku tak dapat berikan yang terbaik untuk ari yang pertama ni..sebabnya???sebab aku tak berapa paham sangat dengan kerja aku...aku macam blur...ada beberapa perkara yang menyerabutkan aku sebenarnya...salah satu adalah sebab aku pikirkan tentang program yang bakal berlangsung minggu ni kat skolah lama aku...nak je aku tolong tapi aku tak dapat balik...huhu..aku harap semuanya berjalan dengan baik la...aku memang akan rasa bersalah kalau porgram tu gagal...so far sara cakap ok..so lega sikit la aku...aku ada bagi sedikit tips belajar yang berkesan beserta kata-kata semangat untuk diletakkan dalam file pelajar-pelajar tu nanti...tu pun kalau dieorang nak guna la kan..aku cuba bagi yang terbaik tapi aku tahu aku masih punya banyak kelemahan yang perlu dibaiki...kadang-kadang kita cuba untuk bagi yang terbaik walhal itu masih belum baik...yup..masih belum!!!aku kena pastikan yang esok akan lebih baik dari hari ni...aku tak nak lagi rasa bersalah sebab tak buat yang terbaik...moga hati ini akan puas esok dengan lakukan perkara yang lebih baik dari hari ini
insyaAllah...

Saturday, July 2, 2011

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2011/2012 mulai 1 Julai 2011 ini. Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM

Kemasukan dan Program Pengajian

Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut;

Kemasukan November 2011

  • Program Asasi Undang-Undang  dan Diploma

Kemasukan November/Disember 2011

  • Program Profesional – CAT, CBA, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM, LW222 dan LW601

Kemasukan Februari 2012

  • Program Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kemasukan

Program Yang Ditawarkan

  • Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.
  • Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.
  • Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (Online) di laman web www.online.uitm.edu.my.
  • Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011/2012 akan ditutup pada 31 Julai 2011.

Keputusan Permohonan

Status dan keputusan permohonan boleh disemak di laman web UiTM – Bahagian Pengambilan Pelajar.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke UiTM ini boleh menghubungi talian 03 5544 3164/  3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau fax 03 5544 3170.
  • Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email :uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my

ikutkan hati...

ikutkan hati semua aku nak buat...nak je aku pergi pejabat menteri-menteri tu..nak je aku turun KL untuk hadiri meeting tu..nak je aku balik Kuantan untuk buat persiapan program tu..nak je aku pergi sekolah tolong uruskan semua hal yang berkaitan...dan nak je aku balik untuk hadiri Program Bersama Pelajar Sekolah Mnengah Teknik Kuantan...hakikatnya tak semua yang kita nak akan mampu untuk kita lakukan...memang aku rasa down sangat sekarang sebab tak dapat join kawan-kawan untuk pogram  minggu depan..maafkan aku sara...aku tau ko dah berhempas pulas untuk pastikan semuanya berjalan lancar...aku memang nak sangat jumpa adek-adek SMTK untuk share pengalaman dengan dieorang tapi mungkin bukan rezeki kowt...pape pun aku sentiasa mendoakan moga segalanya berjalan dengan baik...aku tahu yang korang mampu lakukannya...SELAMAT BERJAYA BATCH SMTK 05/06 untuk PROGRAM TAUTAN KASIH: HARGAI, PERBAIKI DAN MANTAPKAN DIRIMU...
minta maaf sangat-sangat...=(

Thursday, June 30, 2011

Jin Sun Mi..i love u!!!

korang ada tak pelakon yang korang suka sangat tengok muka dia?mesti ada kan...aku sangat suka ngan sorang pelakon korea ni...walaupun watak dan penampilan dia di luar lain dengan apa yang dia lakonkan di dalam drama, aku tetap suka tengok muka dia...sangat comel...bila dia senyum memag sangat cute...dia menangis lagi la cantik..aduh, camne ni??haha..aku pernah tengok sekali je lakonan dia...drama yang pernah main kat tv 3 dulu..ALL ABOUT EVE...memang sepadan lah sangat hero dan heroin dia...sape yang aku maksudkan tu? mestilah Park Chae Rim 










sangat comel kan??? =)

genap 2 tahun...



hari ni genap 2 tahun mak pergi menghadap Ilahi...sekejap rasanya masa berlalu...mak, man sangat rindukan mak..man sebak sangat bila man dapat diploma mak tak ada sekali...man hanya mampu tengok airmata abah mengalir bila kerana ingatkan mak...man yakin mak mesti bahagia di sana...mak mesti tengok man dari jauh kan...mak mesti bangga ngan mak kan?mak, ingin sekali man nak peluk cium mak..man selalu doa moga man dipertemukan dengan mak walaupun hanya di dalam mimpi sebab itulah detik yang sangat bahagia buat man mak...mak, man janji man akan terus berusaha dan menjadi anak yang baik untuk mak...man tak nak mak sedih dengan man...mak nak mak sentiasa gembira dan bangga dengan man walaupun mak di sana....mak adalah insan yang paling mulia dan terbaik yang Allah kurniakan buat man...walaupun hanya 20 tahun man dapat bersama mak, man redha mak sebab Allah lebih sayangkan mak...suatu hari nanti jugak kita pasti akan dipertemukan kembali...moga hari-hari yang bakal man lalui akan terus bersinar  dengan kenangan bersama mak...
al fatihah buat arwah mak FARIDAH BINTI YUSOF yang telah pergi pada 30 Jun 2009..
AL FATIHAH...

raya terakhir bersama mak pada tahun 2008...






Tuesday, June 28, 2011

surat untuk kamu..

assalamualaikum...kamu sihat?walau ape pun aku harap kamu sentiasa sihat..kalau sakit cepat-cepat makan ubat..aku tak mahu tengok kamu sedih atau sakit...sebenarnya aku sangat rindukan kamu...setiap saat pun aku masih tak dapat lupakan kamu...setiap kali aku buka laptop, aku akan ingat kamu sebab nama kamu aku jadikan sebagai password laptop aku...aku sentiasa harapkan yang kita akan kembali bersama...lagu kembali pulang dari kangen band adalah lagu harapan aku agar satu hari nanti kamu akan pulang kepada aku dan saat itu aku takkan lepaskan kamu lagi...sampai sekarang lagu itu masih menjadi harapan buat aku...aku tak pasti ianya akan terus jadi harapan aku atau mungkin satu hari nanti Allah akan satukan kita kembali...aku selalu cerita dekat arwah mak yang satu hari nanti aku nak bawak dia naik kapal terbang untuk pergi meminang kamu..tapi sekarang mak dah tak ada...tapi harapan aku tak pernah padam...aku teringin sangat nak jumpa kamu...kamu selalu cakap yang satu hari nanti kita akan bertemu jugak..aku akan menunggu dan terus menunggu untuk saat itu tiba...kamu tahu tak yang aku sentiasa cuba untuk lupakan kamu..sentiasa cuba untuk mencari kebahagiaan bersama orang lain tapi sampai sekarang aku masih gagal..aku menolak insan yang sentiasa menunggu dan mencintai aku...aku biarkan dia merana sebab aku tidak mahu menerimanya..bodoh kan aku?yup..memang aku bodoh..kawan aku sendiri pun cakap aku bodoh kerana tak menerima cinta dari insan yang sangat mencintai aku...haruskan aku menerimanya?sejauh manakah aku mampu untuk bahagiakan dia?seteguh mana hati aku untuk percaya yang dialah jodoh aku?aku masih mencari jawapannya...aku tak mahu dia tersiksa lagi sebab aku...aku harap sangat dia akan jumpa insan yang dapat menyayangi dia dengan seikhlas hati...bukannya aku yang hanya membuatkan dia sakit dan menangis...kamu, aku cukup gembira jika kamu bahagia...aku tak pernah salahkan kamu tika mana kamu minta perpisahan dari aku...kalau benar kamu bukan jodoh aku, aku terima dengan redha...tapi jika kamu yang tertulis untuk aku, aku akan jadikan kamu yang halal bagiku...itu janji aku...kita takkan dapat duga apa yang akan berlaku kelak...aku juga bahagia begini..adanya keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong aku...aku rasa biarlah aku terus begini.. kamu tahu kan yang aku mempunyai banyak impian yang aku ingin capai...kamu juga begitu kan?walau apa pun yang berlaku, jangan pernah putus asa kerana jika kamu sedih aku akan turut sedih..aku doakan moga kamu sentiasa di bawah lindungan Dia...jadilah wanita yang solehah, taat kepada ibu kamu dan jika kamu bertemu jodoh dengan siapa sekalipun aku harap kamu akan jadi isteri yang baik...itu sudah cukup buat aku terus tersenyum...terima kasih buat kamu yang pernah bahagiakan aku...

Friday, June 24, 2011

dah habis tapi...

final exam dah habis tapi masih banyak urusan kat sini yang belum selesai..pape pun esok aku nak balik penang jap...nak mandi laut...nak masak mee kuah...nak makan kek yang sedap...nak jumpa mak angkat..
tersangat rindukan semua tu...=) 

Wednesday, June 22, 2011

finally!!!


dah siap..dah hantar..dah present..dah diberi markah...dah lega...akhirnya!!!alhamdulillah..syukur sangat sebab dah tak payah nak ingat pasai mini project csc...skarang dah boleh fokus study untuk exam csc petang esok...pape pun sir shahadan memang sporting!!!terima kaseh sir sebab sangat memahami kami...hehe..skali lagi untuk partner aku bagi projek csc ni,  keroll thanx banyak-banyak bro sebab ko sangat penyabar mengajar aku yang sangat bermasalah untuk projek ni...markah yang sir bagi pun not bad...sama jugak buat sepul yang banyak bantu aku...korang memang cikgu yang baik hati..hehe...rasa macam nak kena dapatkan A jugak untuk paper ni...boleh ke?mesti boleh kalau usaha..dah habis???ok man...start study!!!
gambatte kudasai!!!!!!!!!!

1 paper lagi!!!

one more!!

kamis petang ni ada satu lagi paper..yang mencabar bagi aku sebab aku tak berapa nak suka kan...aku harap aku akan dapat buat yang terbaik untuk paper ni...ingat nak study tadi tapi akhirnya tak jugak...huhu..awal pagi esok kena mula study dah..satu je lagi man..usaha sehabis baik insyaAllah hasilnya juga akan baik nanti...csc je pownnnn(saje nak sedapkan hati yang memang sangat cuak ngan paper ni) =)

Sunday, June 19, 2011

coretan untuk abah...


masa tengah study tadi tetiba dapat satu mesej mengucapkan selamat hari bapa kat aku..motif?haha..mungkin entry aku sebelum ni ada sebut yang aku nak jadi seorang bapa yang baik nanti...mungkin support buat aku kot..tapi macam terasa aku dah tua la plak diucap sebegitu kan...pape pun hari ni 19 Jun 2011 merupakan hari bapa yang disambut oleh beberapa negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe...hari bapa disambut sempena memperingati semua para bapa di dunia...bapa merupakan insan yang paling mulia selepas ibu...


semua orang punya bapa...aku juga punya bapa yang aku panggil abah...aku sangat manja dengan abah berbanding arwah mak...aku tak pernah kena pukul dengan abah...kalau nak dihitung segala jasa abah dekat aku memang tak terkira...semenjak kecik lagi abah menjaga dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang.abahla orang yang akan pujuk aku kalau aku menangis kena marah dengan mak atau pun merajuk...abah adalah insan yang paling setia menghantar dan mengambil aku pulang dari sekolah...dia takkan benarkan aku balik berjalan kaki dari sekolah ke rumah..abah selalu pesan "tunggu abah kat pagar sekolah kalau abah lewat"kebiasaannya aku datang awal ke sekolah..sebelum pukul 7 pagi abah dah hantar...abah memang tak suka kami adik beradik bangun lewat..kata abah, rezeki tak masuk kalau malas bangun awal..setiap hari kalau ada antara adik beradik aku yang bangun lepas matahari terbit memang siaplah mendidih telinga mendengar abah marah...abah mendidik kami adik beradik dengan adab sopan supaya kami menjadi anak  yang baik...abah tak pernah biarkan kami adek beradik tak makan..kadang-kadang abah menipu dia cakap yang dia dah makan tapi sebenarnya dia tak makan lagi...dia hanya beli makanan untuk kami je..bila aku tanya abah kata dia dah kenyang padahal dia sangat lapar..abah tak pernah halang aku untuk buat apa yang aku suka..kalau aku nak masuk sekolah asrama, abah akan usahakan jugak supaya dapat bayar yuran ketika mendaftar...masa dekat asrama pun abah tak pernah melawat aku..biasanya aku yang akan balik rumah...mata abah bukannya macam orang lain..abah hadapi rabun yang sangat teruk...dia terpaksa bergantung kepada cermin mata yang sangat tebal...tapi sekarang aku bersyukur sebab abah dah tak pakai cermin mata lepas dapatkan rawatan...ingat lagi adek bagitau yang selama ni abah tak pernah nampak yang muka adek sebenarnya putih...begitu teruknya tahap rabun abah sebelum ni...beberapa bulan yang lepas abah dimasukkan ke hospital...kata doktor, jantung abah bengkak...berat badan abah betul-betul dah susut...bila dapat tahu yang abah masuk hospital, aku cepat-cepat balik kampung...kami adek beradik berkumpul di hospital...aku pegang tangan abah...aku cium pipi abah...aku rindukan abah...aku takut kalau sesuatu yang buruk berlaku dekat abah...aku tak sanggup kehilangan abah...sebelum aku balik ke kempus semula, aku cium tangan abah...air mata aku tak berhenti mengalir...aku harapkan abah cepat sembuh..sepanjang di hospital abah langsung tak ada selera nak makan...lagi la aku risau...beberapa hari lepas tu, abah dibenarkan keluar...kesihatan dia makin baik...dia dah ada selera nak makan..kakak aku cakap abah dah mula selera makan nasi..hanya satu yang aku dapat ucapkan.. alhamdulillah.. syukur padamu Ya Allah kerana Kau dah sembuhkan abah...



buat abah, man sangat sayangkan abah...man tahu yang abah takkan baca apa yang man tulis ni...man mintak ampun dan maaf atas segala dosa man kat abah...man nak ucapkan terima kasih buat abah kerana dah besarkan man dengan penuh kasih sayang..man janji yang man takkan kecewakan abah..man tau yang abah sangat harapkan man berjaya capai impian man...terima kasih abah sebab sentiasa faham dan sokong man...terima kasih abah sebab tak pernah halang man buat apa yang man suka...man akan sentiasa ingat pesan abah...man nak bahagiakan abah...man tak nak dah tengok abah susah..man janji akan jadi anak yang baik untuk abah...hanya abah yang man ada selepas mak pergi hampir dua tahun lepas..man doakan abah sentiasa sihat sejahtera dan diberikan petunjuk serta hidayah oleh Allah..
selamat hari bapa, abah...






Saturday, June 18, 2011

Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Qari Negeri Sembilan, qariah Johor juara
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bharian.com.my
2011/06/18

AMIRAHMAN   bersama Suraya  selepas  muncul johan qari dan qariah pada  Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Islam  Sarawak, Kuching, malam tadi.
AMIRAHMAN bersama Suraya selepas muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, malam tadi.
Johan tilawah bawa pulang RM15,000, terima pakej haji 

KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.Johan tilawah masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadat haji.Sementara qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayub muncul naib johan qari dan qariah. Tempat ketiga dimenangi qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan kategori qariah pula dimenangi juara bertahan, Nor Azrah Ayub. Pemenang naib johan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga. Pemenang sagu hati menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang. Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah. Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Seramai 15 qari dan 14 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu. Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia. 

Pertandingan Tilawah Al Quran merupakan satu pertandingan di mana semua gari dan qariah terbaik dari seluruh negara akan berkumpul memperdengarkan alunan bacaan Al Quran mereka..pertandingan ni diadakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi dan merupakan salah satu acara wajib setiapa tahun dalam mengembangkan lagi aktiviti berentak keislaman...aku sempat la jugak tengok beberapa peserta seperti qari perak yang aku rasa memang hebat bacaannya...memang seronok dan tenang sangat mendengar mereka mengalunkan ayat-ayat Allah...selalu kalau ada pertandingan ni bermakna bulan puasa makin dekat...satu lagi acara yang ditunggu-tunggu adalah Pertandingan Tilawan Al Quran Peringkat Antarabangsa...yang ni lagi la aku suka...bermacam-macam cara bacaan dan sebutan yang dapat aku tengok..selalunya kalau kat kampung dulu kami sekeluarga akan menghadap depan tv bila pertandingan ni berlangsung...arwah mak cukup suka..abah pun suka...dan sudah tentu la anak-anak dia pun suka kan...kadang-kadang kami akan berteka teki sape la yang akan menang..biasanya pilihan abah akan tepat..aku?kadang-kadang kena la jugak...teringin rasanya nak tengok program ni secara live..satu hari nanti mungkin...yang aku tahu walaupun anak muda zaman sekarang jarang nak tengok program macam  ni tapi aku percaya masih ada segelintir yang setia mengikutinya sebab dah dibiasakan oleh ibu bapa dieorang...macam semalam masa khutbah jumaat ada cakap...ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab untuk mendidik dan mencorak anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi...anak kecil masih lagi suci dan bersih..terpulang kepada ibu bapa samada mahu menjadikan anak mereka yahudi,nasrani atau pun majusi...perasan tak selalu orang sebut macam ni  bila anak dia buat perkara buruk "ala, dia kecik lagi, bukan tau apa" tapi bagi aku dari kecik la perlu didik sebab apa yang mereka buat adalah hasil dari didikan ibu bapa..kalau baik maka baiklah didikannya...tak perlu la nak bagi alasan budak tu kecik lagi...bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya..kalau dah jadi buluh, memang langsung dah tak boleh lentur kan...sebagai bakal bapa aku akan pastikan anak-anak aku nanti diberi didikan yang cukup terutama agama..
InsyaAllah sebab saya nak jadi seorang bapa yang baik =)

laptop baru...





ni la rupanya laptop aku..baru?bagi aku baru la..hehe..nak tau sebab apa?sebab aku dah format balik laptop ni...rasa macam laptop ni sangat suci k,..bersih dari segala virus dan sebagainya..sebenarnya nak dekat 2 tahun dah aku pakai laptop ni..masih lagi setia dengan yang ni...sepanjang aku pakai laptop ni memang tak pernah bagi aku apa-apa masalah..yela..aku bukannya pakai untuk main game kan...yang aku tau aku guna laptop ni untuk buat assignment,online dan jugak tengok movie...tu je...aku memang puas hati pakai laptop ni..memang rasa  giler la kalau sehari aku tak bukak laptop kan...laptop ni sebenarnya abang aku yang bagi...dah aku mengadu nak beli laptop sebab nak buat assignment tapi dia suruh amek laptop dia je..so aku pun pakai jela dia punya kan...aku sangat suka dan bertambah sayang dengan laptop aku sebab dah di update dengan macam-macam menda...kalau sebelum ni aku tak berani nak format sebab aku takut abang aku marah..baik punya adik kan??hehe..tapi hari tu jumpa abang aku dia cakap nak format semua yang baru dalam laptop tu format la...yang penting aku dapat guna untuk buat kerja kan...yup, terima kasih abang sebab memahami...lepas ni aku akan jaga dengan lebih baik lagi...kalaulah rosak memang sakitlah aku kan...sekarang nak buat kerja dan online laju jew...syok baq hang!!! =)