Qari Negeri Sembilan, qariah Johor juara
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bharian.com.my
2011/06/18
AMIRAHMAN bersama Suraya selepas muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, malam tadi.
KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.Johan tilawah masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadat haji.Sementara qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayub muncul naib johan qari dan qariah. Tempat ketiga dimenangi qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan kategori qariah pula dimenangi juara bertahan, Nor Azrah Ayub. Pemenang naib johan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga. Pemenang sagu hati menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang. Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah. Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Seramai 15 qari dan 14 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu. Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia.
Pertandingan Tilawah Al Quran merupakan satu pertandingan di mana semua gari dan qariah terbaik dari seluruh negara akan berkumpul memperdengarkan alunan bacaan Al Quran mereka..pertandingan ni diadakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi dan merupakan salah satu acara wajib setiapa tahun dalam mengembangkan lagi aktiviti berentak keislaman...aku sempat la jugak tengok beberapa peserta seperti qari perak yang aku rasa memang hebat bacaannya...memang seronok dan tenang sangat mendengar mereka mengalunkan ayat-ayat Allah...selalu kalau ada pertandingan ni bermakna bulan puasa makin dekat...satu lagi acara yang ditunggu-tunggu adalah Pertandingan Tilawan Al Quran Peringkat Antarabangsa...yang ni lagi la aku suka...bermacam-macam cara bacaan dan sebutan yang dapat aku tengok..selalunya kalau kat kampung dulu kami sekeluarga akan menghadap depan tv bila pertandingan ni berlangsung...arwah mak cukup suka..abah pun suka...dan sudah tentu la anak-anak dia pun suka kan...kadang-kadang kami akan berteka teki sape la yang akan menang..biasanya pilihan abah akan tepat..aku?kadang-kadang kena la jugak...teringin rasanya nak tengok program ni secara live..satu hari nanti mungkin...yang aku tahu walaupun anak muda zaman sekarang jarang nak tengok program macam ni tapi aku percaya masih ada segelintir yang setia mengikutinya sebab dah dibiasakan oleh ibu bapa dieorang...macam semalam masa khutbah jumaat ada cakap...ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab untuk mendidik dan mencorak anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi...anak kecil masih lagi suci dan bersih..terpulang kepada ibu bapa samada mahu menjadikan anak mereka yahudi,nasrani atau pun majusi...perasan tak selalu orang sebut macam ni bila anak dia buat perkara buruk "ala, dia kecik lagi, bukan tau apa" tapi bagi aku dari kecik la perlu didik sebab apa yang mereka buat adalah hasil dari didikan ibu bapa..kalau baik maka baiklah didikannya...tak perlu la nak bagi alasan budak tu kecik lagi...bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya..kalau dah jadi buluh, memang langsung dah tak boleh lentur kan...sebagai bakal bapa aku akan pastikan anak-anak aku nanti diberi didikan yang cukup terutama agama..
InsyaAllah sebab saya nak jadi seorang bapa yang baik =)
No comments:
Post a Comment