My Readers

Saturday, July 2, 2011

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke UiTM pengambilan kedua sesi 2011/2012 mulai 1 Julai 2011 ini. Permohonan kemasukan ini bagi mengikuti program pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui UiTM

Kemasukan dan Program Pengajian

Pengambilan kedua UiTM ini adalah untuk kemasukan dan program pengajian berikut;

Kemasukan November 2011

  • Program Asasi Undang-Undang  dan Diploma

Kemasukan November/Disember 2011

  • Program Profesional – CAT, CBA, ACCA, CIMA, CPA, ICSA, CIM, LW222 dan LW601

Kemasukan Februari 2012

  • Program Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kemasukan

Program Yang Ditawarkan

  • Calon boleh memohon mana-mana program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan.
  • Perlu diingatkan bahawa tidak semua program pengajian dibuka untuk permohonan.
  • Sila rujuk laman web UiTM – Senarai Program Pengajian untuk maklumat lanjut.

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan ke UiTM pengambilan kedua ini adalah melalui aplikasi dalam talian (Online) di laman web www.online.uitm.edu.my.
  • Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sendiri, di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan di laman Web Aplikasi Elektronik UiTM dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011/2012 akan ditutup pada 31 Julai 2011.

Keputusan Permohonan

Status dan keputusan permohonan boleh disemak di laman web UiTM – Bahagian Pengambilan Pelajar.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke UiTM ini boleh menghubungi talian 03 5544 3164/  3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau fax 03 5544 3170.
  • Jika menghadapi masalah teknikal semasa mengisi permohonan, sila hubungi talian 03 5521 1376/ 1381/ 1383 atau fax : 03 5544 2197 atau email :uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment