My Readers

Tuesday, October 30, 2012

abah dan mak...maafkan man

alhamdulillah...hampir seminggu aku balik beraya dekat kampung...buat pertama kalinya tahun ni kami semua 7 beradik berkumpul masa hari raya aidiladha...kalau sebelum ni, hanya aku dan adek je yang memang ada dekat rumah temankan abah dan mak...tahun pertama jugak sambut aidiladha tanpa mak dan abah..terasa sangat-sangat...mungkin sebab tu jugak lah abang-abang dan kakak-kakak aku buat keputusan untuk balik beraya bersama kan...aku bersyukur punyai adik beradik yang ramai...tak sunyi sangat...ada je menda yang nak digaduhkan bila berkumpul...macam biasa la pagi raya lepas je sembahyang raya, kami semua ke kubur untuk ziarah pusara abah dan mak...kali ni mungkin aku yang terlebih emosi berbanding adik...pandang je batu nisan arwah abah dan mak, aku terus sebak...aku cuba untuk tahan air mata dari jatuh sebab aku tak nak sedih bila datang ziarah abah dan mak tapi aku tak boleh...maafkan man mak,abah...man sedih sangat sebab man tak sempat nak bahagiakan mak dan abah...sekarang man dah semester akhir degree... dah hampir 5 tahun man dekat kedah ni...tahun kedua man kat sini, Allah ambik mak dari kami...tahun lepas pulak, abah dijemput Dia...perjalanan man selama 5 tahun ni memang sangat mencabar buat man... beberapa bulan je lagi man akan tamat pengajian...man teringin sangat nak kongsi dengan abah dan mak yang man akan berkonvo...alangkah indahnya kalau mak dan abah ada dekat sisi man sama-sama bergambar dengan man memakai jubah dan topi...mesti seronok kan?? bila man fikirkan pasal tu, terus air mata man keluar...besar rupanya dugaan yang man kena lalui sebelum man dapat habiskan pengajian man...walau apa pun, man redha...man yakin pasti Allah punya sebab untuk semuanya ni...mak,abah jangan risau...kami adik beradik baik-baik je...siap berkhelah dekat belakang rumah lagi ramai-ramai...man nak abah dan mak bangga dengan kami semua..insyaAllah akan man buktikan suatu hari nanti...doakan man moga sentiasa kuat hadapi hari-hari mendatang ye...man sayang sangat mak dan abah.........

Sunday, October 21, 2012

MITI bersama IPTA di UUM...


hari ni awal-awal pagi lagi dah berkumpul dekat UiTM...Pukul 7 lebih terus gerak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk program MITI bersama IPTA...sampai je dalam pukul 9 terus kena tarik ke belakang...katanya sebagai wakil student leaders untuk breakfast bersama Dato' Mukhriz Mahathir...aku pun macam blur lagi tetiba je nak kena join...so pergi jela...masuk-masuk je memang program dah nak mula...MC terus bagi kata-kata aluan dan terus baca doa makan... ingatkan lepas sarapan dah boleh gerak masuk ke dewan besar la tapi ada pulak ucapan dari naib YDP MPP UUM...lepas tu Dato' Mukhriz pulak berucap...aku memang kagum dengan beliau... beri ucapan memang tak perlu tengok teks ucapan...spontan je dan apa yang diucapkan memang bagus..aku tertarik dengan apa yang dia cakap berkaitan kepimpinan...sebagai seorang pemimpin, kita memang perlukan populariti untuk pastikan kita dapat kuasa tapi apa yang lagi penting adalah apa yang kita buat setelah kita diberikan mandat...pemimpin yang baik seharusnya dapat membuat keputusan yang mana difikirkan terbaik untuk rakyat...bukan hanya mengikut populariti di mana kalau semua orang nak kita mesti ikut...pemimpin harus bijak untuk fikirkan apa yang bakal berlaku hasil dari keputusan yang telah dibuat...bukan untuk jangka masa pendek tapi yang lebih penting demi masa depan negara...semuanya memang berasas...aku jugak nak jadi macam beliau.. sangat sempoi dan mesra rakyat...aku rasa orang-orang dia memang tak dibenarkan untuk menghalang sesiapa je yang nak ambil gambar dengan beliau...dengan sabar dan sentiasa senyum, sorang demi sorang dilayan dengan sangat baik...aku rasa itu bukan hipokrit sebab dari perwatakan dan apa yang diucapkan memang aku nampak segalanya dibuat dari hati yang berjiwa rakyat..sepertimana aku kagum dengan ayahanda beliau, aku turut kagum dengan kredibiliti dan karisma yang ada pada beliau...habis pasal tu, aku pergi tengok pameran-pameran yang dianjurkan...dalam dok melawat sekitar situ, kawan baik aku datang...rahzihan namanya...kami tak pernah jumpa pun..kena pun melalui facebook..kedua-dua kami sangat rapat dengan abang raja shamri...apa lagi bila dah jumpa memang banyak la yang nak disembangkan...kiteorang keluar lepak dekat cafe dekat dengan hostel dia...rasa 40 minit tu macam sekejap je...pastu terus kena gerak ke dewan semuala sebab dah nak balik...seperti yang aku jangka, seorang lagi pelajar hebat telah aku jumpa...dengan perancangan hidup dia, minat dia yang mendalam dengan apa yang dia lakukan, menggunakan sepenuhnya kelebihan dan kekuatan yang dia ada membuatkan aku jugak terus bersemangat..memang benar, anak didik abang raja ni memang hebat!! sebelum naik bas sempat la bergambar kenangan kan... ingatkan nak balik terus rupanya singgah Alor Setar dulu...cadangnya nak makan dekat nasi kandar yasmeen tapi tutup la pulak hari ni...nak tau makan kat mane je?nasi ayam tat...huhu...ramai yang nak suruh singgah nasi royal sebab semuanya macam dah mengidam sangat tapi nasi royal bukak lambat...pukul 4 lebih atau pukul  5 baru bukak...semua dok kecewa tak dapat nak pergi kan...dalam 5 lebih sampai Merbok...masing-masing dah penat memang semua pakat nak balik tido la...haha...apa pun pengalaman yang sangat menarik hari ni..selain dapat tambahkan ilmu dan melawat tempat orang, aku sangat happy sebab dapat jumpa rahzihan...ada masa kita jumpa lagi..boleh borak lama-lama sikit...hehe


aku dengan rahzihan

Thursday, October 18, 2012

rupanya ramai jugak yang takut dengan polis...

hari ni agak terkejut la bila sana sini ada sekatan jalan raya oleh polis...habis je klas, nak keluar dari UiTM tadi, kat pagar UiTM dah kena cek dengan polis...macam biasa la memang akan tengok lesen dan cukai jalan...petang tadi masa nak ke sungai petani, lepas je dari traffic light semeling, aku rasa pelik tengok banyak sangat motor dan kereta berhenti tepi jalan...aku rasa tak sedap hati jugak la..ingatkan ada sesuatu berlaku...kemalangan ke kan...naik je jambatan tengok tak ada apa lagi...jalan dah mula sesak...turun je jambatan tengok ada polis buat sekatan...memang dah dapat jawapan kenapa banyak sangat motor dan kereta berhenti tepi jalan..semuanya takutkan polis... sebab apa dieorang takut ek?? memang jelas ramai yang ada masalah... antaranya yang aku agak adalah tak ada lesen memandu dan tak bayar cukai jalan...salah siapa???bila kena saman, semuanya akan maki dan kutuk polis..kata polis saja nak cari duit sebab kerajaan dah tak de duit...logik ke?? bagi aku kalau kita tak salah, buat apa nak takut?? aku tak mahu bias kepada mana-mana pihak tapi kalau kita sedar tanggungjawab kita sebagai rakyat, kita akan sentiasa ikut peraturan yang telah ditetapkan...macam cukai jalan...memang dah wajib pun untuk kita bayar... dengan duit cukai tu la kerajaan nak sumbangkan balik utnuk rakyat...perbaiki jalan, lebarkan jalan, adakan banyak lagi pembangunan dan banyak lagi lah...kalau tengok laporan yang dikeluarkan oleh LHDN, berapa ramai je dari keseluruhan rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai tak jalankan tanggungjawab untuk bayar cukai??jangan sekali kita persoalkan apa yang kerajaan dah buat untuk kita kalau kita sendiri tak jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat...kalau kita tengok, ada asasnya polis buat sekatan...bukan selalu pun...sebulan sekali je tak pun waktu musim perayaan.. tu pun nak pastikan yang kita mematuhi peraturan jalan raya...kalau kita seorang yang bertanggungjawab, kita tak perlu langsung takut dengan polis..mereka pun hanya jalankan tugas yang telah diamanahkan...bagi sesetengah yang asyik tak puas hati je, jangan cepat nak melatah...cek diri kita dulu sebelum kita nak salahkan orang...kadang-kadang aku tak puas hati dengan sikap sesetangah orang yang nak senang je....hmmm..

Pilihanraya BASiC Sesi 2012/2013

pertamanya aku ingin ucapkan tahniah buat semua calon yang telah berani bertanding pada pilihanraya kali ni...ternyata bukan senang kita nak lihat ramai pelajar untuk turut serta... yang menariknya, bagi kerusi presiden kali ni ada seorang calon perempuan...sebelum ni tak pernah ada calon perempuan bertanding untuk calon presiden...satu perkembangan yang positif... seramai 25 orang calon terlibat samada bagi kerusi perwakilan mahupun presiden...aku paling bangga dengan beberapa orang calon yang berani masuk ke kelas, memohon keizinan pensyarah untuk berkempen sekejap...ini adalah usaha yang aku kira sangat bagus sebab dieorang ni sungguh-sungguh berkempen...malam debat presiden dan manifesto bagi setiap perwakilan yang berlangsung ahad lepas sangat menarik...setiap calon cuba sebaiknya untuk meyakinkan pengundi...ada jugak yang kelihatan sangat gementar sampai tak tahu nak cakap apa...debat presiden paling menarik...sir helmi yang bertindak selaku moderator memang memainkan peranan penting..soalan-soalan yang dikemukakan memang mencabar dan calon presiden ada jugak yang panik dan tak tahu nak jawab apa...sekali lagi aku bangga dengan calon presiden yang langsung tak gentar bercakap di khalayak ramai dan cuba sehabis baik untuk meyakinkan penyokong yang hadir...teringat waktu aku di tempat mereka dulu...memang cuak...tapi apa aku buat, sepanjang debat presiden tu aku sentiasa senyum sebab senyum memang boleh hilangkan rasa gementar..jawab dengan yakin dan habiskan ucapan dengan baik....esoknya terus berlangsung pilihanraya...aku kira perang poster kurang meriah berbanding kami dulu..tak banyak yang tampal poster...hanya di sekitar bangunan akademik B je...kami dulu sampai ke kiosk gantung poster...mungkin sekarang semua banyak guna facebook je kan...lagi senang dan tak pakai duit pun...kalau ikut pilihanraya kali ni peratusan mengundi memang meningkat...serius aku bangga dengan penglibatan para pelajar dalam menjalankan tanggungjawab dan hak mereka untuk mengundi...ada kesilapan semasa pengiraan peratusan di mana bukan 90.5 % tetapi jumlah sebenar adalah 93%... memang dah cukup tinggi untuk kali ni...petang tu berlangsung pengiraan undi...wakil calon bawa peti undi ke bilik khas dan terlibat dalam proses pengiraan undi...prosesnya sangat telus..semua orang puas hati dan tak ada sebarang isu timbul...persaingan sengit antara calon presiden Ehsan dan Alif semasa pengiraan undi... kiraan undi di semester 1 dan 2 memang alif kuasai tapi bila dah naik ke semester seterusnya ehsan ambil alih sampailah ke habis...menang dengan majoriti besar, ehsan diangkat sebagai presiden dengan 220 undi daripada keseluruhan 372 undi...tahniah ehsan!!! aku memang dah jangkakan dari awal lagi sebab dia merupakan calon pilihan ramai...begitu jugak dengan calon yang menang untuk setiap perwakilan dari semester 1-6..tak ada pertandingan sengit berlangsung...semuanya memang dengan majoriti mudah...sekarang, jawatankuasa baru dah dibentuk..selamat menjalankan tugas untuk ehsan dan yang lain-lain...gunakan segala apa yang ada untuk berikan yang terbaik kepada pelajar..bekerja dengan ikhlas dan laksanakan tugas dengan penuh komitmen...korang adalah yang terbaik yang telah dipilih pelajar..kini adalah masa untuk membuktikannya...teruskan!!!

Sunday, October 14, 2012

tak cukup tidur...

syoknya jadi baby...tido je kan kejanya...

rasanya sepanjang minggu ni memang aku tak cukup tidur..banyak kerja yang nak kena siapkan...sampai semalam pun masih aku tidur lewat...bukan semalam cuti ke?? memang tak ada cuti untuk minggu ni...minggu depan pun sama...nak rasa bercuti tunggu raya haji la..kena guna sepenuhnya cuti yang ada beraya dekat kampung...alahai tak sabarnya nak balik nak jumpa adik beradik aku...untuk pertama kalinya pulak raya haji tahun ni kami semua 7 beradik akan berkumpul..best kan??mestilah seronok...bukan senang nak dapat berkumpul ramai-ramai... tak cukup tidur pun takpe janji kerja siap...biar berkorban sekarang supaya nanti aku tak menyesal... biar letih sekarang supaya ke depan nanti aku boleh tersenyum...kata nak berjaya kan??? ye...memang la nak berjaya tapi................ tak ada tapi-tapi nyer.... ingat nak berjaya ni senang ke?? semua orang yang hebat hari ni dahulunya bersusah payah dulu tau!!! ok-ok.. tak ada lasan dah...jom sambung kerja!!!

Saturday, October 13, 2012

i will definitely success!!!




terima kasih abang raja sebab sentiasa buatkan aku terus bersemangat untuk terus berusaha...aku tak layak lagi nak diletakkan sebaris dengan nama yang lain yang abang raja sebutkan tu tapi aku akan berusaha untuk bersama mereka mencipta yang terbaik yang aku mampu..memang aku bangga dengan pencapaian mereka yang lain tu...yang penting aku takkan sesekali putus asa.. aku juga akan berjaya!!!



dah bubar...

apa yang dah bubar??adakah Perdana Menteri dah bubarkan parlimen??haishhh...mana mungkin..hehe...kalau PM dah bubarkan pastinya bukan aku orang pertama yang tahu... nak bagitau yang Jawatankuasa BASiC 2011/2012 dah dibubarkan secara rasminya isnin yang lepas bersamaan 8 oktober 2012...aik, kenapa nak ada bubar-bubar plak ni??mestila...sebab bila bubar, pilihanraya baru akan diadakan...kalau ikutkan, BASiC cuba ikut praktis demokrasi yang sebenar di mana semua proses akan sama seperti proses pilihanraya yang sebenar...aku sangat sokong sebab bagus untuk didedahkan perkara macam ni...baru lah kita boleh praktikkan apa yang dah belajar dalam kelas...betol tak??hehe...sekarang ni merupakan waktu berkempen untuk semua calon untuk kerusi presiden dan kerusi setiap perwakilan... memang meriah dengan pelbagai poster yang ada antaranya sangat unik...yang paling aku respect dekat calon-calon yang baru ni adalah mereka ni sanggup masuk ke kelas untuk berkempen tetapi dengan kebenaran pensyarah la...semata-mata nak pastikan pengundi kenal dieorang dan tentunya akan memilih untuk mengundi dieorang...usaha yang sangat bagus dan betul-betul ada semangat untuk bertanding...tahniah!!! 

jap-jap..aku rasa dah lari topik ni...haha... sebenarnya aku sedih jugak la bila dah dibubarkan ni...bermakna aku sudah menjadi mantan presiden BASiC...apa pun aku nak ucapkan bebanyak terima kasih buat semua MT Exco aku yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh pelajar... pahit manis, suka mahu pun duka yang dah kita lalui bersama akan menjadi kenangan yang indah buat aku di UiTM Merbok ni...aku memang serius dalam kerja..aku tak suka main-main...aku nak buat yang terbaik sebab aku takut aku akan kecewakan pelajar... memang ada di antara exco aku yang tak puas hati bila kadang-kadang aku nakkan yang lebih baik dari apa yang telah dieorang buat...aku tahu korang bagus sebab tu pelajar pilih korang...so aku akan cuba sehabisnya untuk pastikan korang jugak bagus dalam buat kerja...aku mintak maaf jika sepanjang aku memimpin korang, aku tak dapat berikan yang terbaik untuk korang...setakat tu je yang aku mampu...buat semua pelajar juga, aku rasa aku dah langsaikan manifesto yang telah aku janjikan pada malam debat presiden yang lepas... aku dah kembalikan BASiC Family Day untuk diadakan pada setiap semester...aku dah bawak balik Regional Conference of Art of Management and Social Science (RECAMSS) yang mana menghimpunkan semua kajian yang sedang atau telah dilakukan oleh pelajar untuk dibentangkan...insyaAllah jika tak ada halangan RECAMSS yang seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan dengan penglibatan FSPPP seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Shah Alam, Melaka dan Terengganu...aku dah bawa usul ini ke persidangan mahasiswa FSPPP dan Dekan menyokong sepenuhnya ususl ini...cumanya bagi peringkat dalaman UiTM Kedah aku tukar nama kepada Colloquium of Social Science...aku juga dah buktikan sepanjang aku memimpin, aku tetap utamakan akademik...perkembangan terbaru, beberapa orang pelajar BAS akan dibawa ke Prince of Songkla University untuk lawatan hujung bulan 11 nanti.. juga dah tertunai janji untuk bawak pelajar BAS ke luar negara...terima kasih untuk penasihat, Encik Tunku Nashril sebab sangat sporting..tak pernah menghalang atau membantah untuk aku lakukan sesuatu yang aku rasa baik untuk dilaksanakan... sentiasa menasihati aku mana yang terbaik dan aku bebas untuk membawa haluan BASiC ke mana yang aku mahu...dia jugak dah merealisasikan hasrat untuk membawa pelajar ke luar negara...terima kasih sangat-sangat sebab memahami dan membantu kami semua...sekarang aku turun dengan hati yang sangat tenang...aku dah lunaskan segalanya dan aku puas hati dengan apa yang telah aku lakukan... banyak pengalaman yang dapat aku timba selama setahun ni...gembira, sedih, kecewa sampai ada kalanya menangis sebab nak pertahankan anak buah aku..semuanya aku dah rasa...terima kasih untuk pengalaman yang sangat berharga buat aku dalam mempersiapkan diri menjadi seorang pemimpin yang baik suatu hari nanti insyaAllah!!!


Monday, October 8, 2012

mimpikan abah...

sebenarnya agak lama aku tak dapat mimpikan abah...baru-baru ni mimpikan mak...semalam dalam kepenatan menyiapkan report, aku terlelap.. mimpikan abah..abah macam marah kat aku... pastu abah jugak mintak air...apa tandanya ek??emmm...aku kena lebih selalu doakan abah...baca yassin untuk abah dan mak...seikhlasnya nak sedekahnya semua pahala untuk mak abah... insyaAllah, berazam untuk tak tinggal bacaan yassin setiap hari..kalau tak lepas subuh pun lepas maghrib... moga Allah permudahkan...

Friday, October 5, 2012

seriau...

korang tau apa maksud seriau tu??aku boleh agak memang ramai dari korang tak tau...hehe.. seriau ni merupakan bahasa utara yang mana perkataan ni membawa maksud risau atau takut atau kecut perut...lebih kurang macam tu la...semalam aku memang kecut perut sangat bila dengar 2 student UiTM Merbok terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian...memang sedih sangat bila dengar berita tu tambah-tambah lagi salah seorangnya adalah pelajar Diploma Pentadbiran Awam semester 2..seriau aku..memang benar mati itu pasti...bila-bila je Allah putuskan, ia pasti benar akan terjadi..tidak terlambat atau tercepat sedikit pun...kejadian ni sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang kematian...tentang hidup kita dekat atas dunia ni...tentang bagaimana pula keadaan kita nanti...nak bawak laju pun aku dah rasa takut...kena lebih berhati-hati...al-maklumlah dekat area Merbok ni banyak lori besar lalu lalang..laju pulak tu..tadi pun masa balik Penang hujan lebat... syukur sebab semuanya ok je...hmm...banyak perkara yang aku fikirkan malam ni...yang penting aku cuba untuk terus memperbaiki diri aku sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik =)

Wednesday, October 3, 2012

kenangan dan air mata...

bagi aku kenangan dan air mata sangat secocok terutama bagi mereka yang menghargai setiap detik bersama insan yang mereka sayangi...begitu jugak aku...tadi aku ada tengok gambar kawan lama baru berkonvokesyen meraikan ijazah yang telah diperoleh..alhamdulillah, tahniah buat kamu kawan..betapa indahnya kenangan itu untuk dikenang...tiba-tiba aku teringat kenangan masa aku berkonvo untuk diploma...seronok sangat tengok abah gembira dan aku tekad untuk terus bahagiakan dia sebagaimana janji aku dengan mak...aku nak pastikan yang konvokesyen kali kedua aku akan lebih meriah dengan keputusan yang lebih baik...abah hanya senyum...sekarang sudah lebih 9 bulan abah pergi mengikut mak yang terlebih dahulu dijemput Ilahi...aku di semester akhir... tekadku masih sama...untuk lakukan yang terbaik dan bagi hadiah yang terindah buat abah dan mak...Ya Allah, aku tak dapat bayangkan bagaimana saat aku akan berkonvo nanti...tanpa abah dan mak...setiap senyuman yang terukir di wajah mereka tak pernah luput dari ingatan aku...takkan pernah...janji aku untuk berbakti kepada mereka juga takkan pernah padam walaupun mereka dah tak ada lagi di atas dunia ni..aku kena terus kuat..aku harus tetap bersemangat..jika tak macam mana adik yang aku sayang akan mampu untuk terus jalani hidup...aku sayangkan dia...aku tak nak tengok dia terus menangis setiap kali ingatkan abah dan mak...aku berjanji dengan diri aku sendiri sebolehnya aku akan sembunyikan air mata aku kerana rindukan abah dan mak dari adik...aku kena tahu betapa dia perlukan semangat dari aku...aku sedar bahawa adik merupakan amanah abah dan mak untuk aku jaga walaupun aku juga punya abang dan kakak yang amat sayangkan adik..aku akan sebolehnya untuk buat adik tersenyum gembira..ya, aku mesti boleh lakukan semua ni untuk abah dan mak...ternyata kenangan ni buat air mata aku jatuh lagi...Ya Allah, kuatkan hatiku... moga abah dan mak bahagia dan tenang senantiasa di sana...al fatihah...




syukur masih punya seorang ibu angkat untuk aku menumpang kasih

Tuesday, October 2, 2012

saya nak skor...


hahaha...dah macam SPM pun ada bila dok bagitau yang aku nak skor...macam aku bagitau sebelum ni yang aku cuba nak dapatkan result yang paling bagus semester ni...sekarang dah masuk minggu keempat...masih berbaki 10 minggu kuliah...fuhh, rasa sekejap je masa berlalu...dah hampir sebulan rupanya aku di semester terakhir...setakat ni untuk tiga paper yang ada final exam aku boleh catch up...harapnya sampai ke sudah pun aku boleh la kan...untuk practical report pun dah separuh...research?? haaaa...ni satu masalah aku...masih di chapter 1 dan chapter 3... dah nampak apa fokus untuk kajian aku ni cumanya nak kena banyak membaca lagi untuk Literature Review...supaya aku dapat gambaran untuk buat "conceptual framework"... sekarang ni aku dah makin bersemangat nak pastikan aku dapat semua bahan...tengah usaha lagi...cari kat mana yang boleh...kalau ikutkan malam ni aku nak sambung buat research tapi mata dah mengantuk sangat.. semalam tak cukup tidur dan dalam kelas en.mie tadi pun aku hilang fokus... penyelesaiannya adalah dapatkan tidur yang berkualiti agar esok bangun dengan penuh tenaga...kata nak skor kan..hehe