hahaha...dah macam SPM pun ada bila dok bagitau yang aku nak skor...macam aku bagitau sebelum ni yang aku cuba nak dapatkan result yang paling bagus semester ni...sekarang dah masuk minggu keempat...masih berbaki 10 minggu kuliah...fuhh, rasa sekejap je masa berlalu...dah hampir sebulan rupanya aku di semester terakhir...setakat ni untuk tiga paper yang ada final exam aku boleh catch up...harapnya sampai ke sudah pun aku boleh la kan...untuk practical report pun dah separuh...research?? haaaa...ni satu masalah aku...masih di chapter 1 dan chapter 3... dah nampak apa fokus untuk kajian aku ni cumanya nak kena banyak membaca lagi untuk Literature Review...supaya aku dapat gambaran untuk buat "conceptual framework"... sekarang ni aku dah makin bersemangat nak pastikan aku dapat semua bahan...tengah usaha lagi...cari kat mana yang boleh...kalau ikutkan malam ni aku nak sambung buat research tapi mata dah mengantuk sangat.. semalam tak cukup tidur dan dalam kelas en.mie tadi pun aku hilang fokus... penyelesaiannya adalah dapatkan tidur yang berkualiti agar esok bangun dengan penuh tenaga...kata nak skor kan..hehe
No comments:
Post a Comment