My Readers

Thursday, October 18, 2012

Pilihanraya BASiC Sesi 2012/2013

pertamanya aku ingin ucapkan tahniah buat semua calon yang telah berani bertanding pada pilihanraya kali ni...ternyata bukan senang kita nak lihat ramai pelajar untuk turut serta... yang menariknya, bagi kerusi presiden kali ni ada seorang calon perempuan...sebelum ni tak pernah ada calon perempuan bertanding untuk calon presiden...satu perkembangan yang positif... seramai 25 orang calon terlibat samada bagi kerusi perwakilan mahupun presiden...aku paling bangga dengan beberapa orang calon yang berani masuk ke kelas, memohon keizinan pensyarah untuk berkempen sekejap...ini adalah usaha yang aku kira sangat bagus sebab dieorang ni sungguh-sungguh berkempen...malam debat presiden dan manifesto bagi setiap perwakilan yang berlangsung ahad lepas sangat menarik...setiap calon cuba sebaiknya untuk meyakinkan pengundi...ada jugak yang kelihatan sangat gementar sampai tak tahu nak cakap apa...debat presiden paling menarik...sir helmi yang bertindak selaku moderator memang memainkan peranan penting..soalan-soalan yang dikemukakan memang mencabar dan calon presiden ada jugak yang panik dan tak tahu nak jawab apa...sekali lagi aku bangga dengan calon presiden yang langsung tak gentar bercakap di khalayak ramai dan cuba sehabis baik untuk meyakinkan penyokong yang hadir...teringat waktu aku di tempat mereka dulu...memang cuak...tapi apa aku buat, sepanjang debat presiden tu aku sentiasa senyum sebab senyum memang boleh hilangkan rasa gementar..jawab dengan yakin dan habiskan ucapan dengan baik....esoknya terus berlangsung pilihanraya...aku kira perang poster kurang meriah berbanding kami dulu..tak banyak yang tampal poster...hanya di sekitar bangunan akademik B je...kami dulu sampai ke kiosk gantung poster...mungkin sekarang semua banyak guna facebook je kan...lagi senang dan tak pakai duit pun...kalau ikut pilihanraya kali ni peratusan mengundi memang meningkat...serius aku bangga dengan penglibatan para pelajar dalam menjalankan tanggungjawab dan hak mereka untuk mengundi...ada kesilapan semasa pengiraan peratusan di mana bukan 90.5 % tetapi jumlah sebenar adalah 93%... memang dah cukup tinggi untuk kali ni...petang tu berlangsung pengiraan undi...wakil calon bawa peti undi ke bilik khas dan terlibat dalam proses pengiraan undi...prosesnya sangat telus..semua orang puas hati dan tak ada sebarang isu timbul...persaingan sengit antara calon presiden Ehsan dan Alif semasa pengiraan undi... kiraan undi di semester 1 dan 2 memang alif kuasai tapi bila dah naik ke semester seterusnya ehsan ambil alih sampailah ke habis...menang dengan majoriti besar, ehsan diangkat sebagai presiden dengan 220 undi daripada keseluruhan 372 undi...tahniah ehsan!!! aku memang dah jangkakan dari awal lagi sebab dia merupakan calon pilihan ramai...begitu jugak dengan calon yang menang untuk setiap perwakilan dari semester 1-6..tak ada pertandingan sengit berlangsung...semuanya memang dengan majoriti mudah...sekarang, jawatankuasa baru dah dibentuk..selamat menjalankan tugas untuk ehsan dan yang lain-lain...gunakan segala apa yang ada untuk berikan yang terbaik kepada pelajar..bekerja dengan ikhlas dan laksanakan tugas dengan penuh komitmen...korang adalah yang terbaik yang telah dipilih pelajar..kini adalah masa untuk membuktikannya...teruskan!!!

No comments:

Post a Comment