hari ni agak terkejut la bila sana sini ada sekatan jalan raya oleh polis...habis je klas, nak keluar dari UiTM tadi, kat pagar UiTM dah kena cek dengan polis...macam biasa la memang akan tengok lesen dan cukai jalan...petang tadi masa nak ke sungai petani, lepas je dari traffic light semeling, aku rasa pelik tengok banyak sangat motor dan kereta berhenti tepi jalan...aku rasa tak sedap hati jugak la..ingatkan ada sesuatu berlaku...kemalangan ke kan...naik je jambatan tengok tak ada apa lagi...jalan dah mula sesak...turun je jambatan tengok ada polis buat sekatan...memang dah dapat jawapan kenapa banyak sangat motor dan kereta berhenti tepi jalan..semuanya takutkan polis... sebab apa dieorang takut ek?? memang jelas ramai yang ada masalah... antaranya yang aku agak adalah tak ada lesen memandu dan tak bayar cukai jalan...salah siapa???bila kena saman, semuanya akan maki dan kutuk polis..kata polis saja nak cari duit sebab kerajaan dah tak de duit...logik ke?? bagi aku kalau kita tak salah, buat apa nak takut?? aku tak mahu bias kepada mana-mana pihak tapi kalau kita sedar tanggungjawab kita sebagai rakyat, kita akan sentiasa ikut peraturan yang telah ditetapkan...macam cukai jalan...memang dah wajib pun untuk kita bayar... dengan duit cukai tu la kerajaan nak sumbangkan balik utnuk rakyat...perbaiki jalan, lebarkan jalan, adakan banyak lagi pembangunan dan banyak lagi lah...kalau tengok laporan yang dikeluarkan oleh LHDN, berapa ramai je dari keseluruhan rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai tak jalankan tanggungjawab untuk bayar cukai??jangan sekali kita persoalkan apa yang kerajaan dah buat untuk kita kalau kita sendiri tak jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat...kalau kita tengok, ada asasnya polis buat sekatan...bukan selalu pun...sebulan sekali je tak pun waktu musim perayaan.. tu pun nak pastikan yang kita mematuhi peraturan jalan raya...kalau kita seorang yang bertanggungjawab, kita tak perlu langsung takut dengan polis..mereka pun hanya jalankan tugas yang telah diamanahkan...bagi sesetengah yang asyik tak puas hati je, jangan cepat nak melatah...cek diri kita dulu sebelum kita nak salahkan orang...kadang-kadang aku tak puas hati dengan sikap sesetangah orang yang nak senang je....hmmm..
No comments:
Post a Comment