My Readers

Sunday, October 21, 2012

MITI bersama IPTA di UUM...


hari ni awal-awal pagi lagi dah berkumpul dekat UiTM...Pukul 7 lebih terus gerak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk program MITI bersama IPTA...sampai je dalam pukul 9 terus kena tarik ke belakang...katanya sebagai wakil student leaders untuk breakfast bersama Dato' Mukhriz Mahathir...aku pun macam blur lagi tetiba je nak kena join...so pergi jela...masuk-masuk je memang program dah nak mula...MC terus bagi kata-kata aluan dan terus baca doa makan... ingatkan lepas sarapan dah boleh gerak masuk ke dewan besar la tapi ada pulak ucapan dari naib YDP MPP UUM...lepas tu Dato' Mukhriz pulak berucap...aku memang kagum dengan beliau... beri ucapan memang tak perlu tengok teks ucapan...spontan je dan apa yang diucapkan memang bagus..aku tertarik dengan apa yang dia cakap berkaitan kepimpinan...sebagai seorang pemimpin, kita memang perlukan populariti untuk pastikan kita dapat kuasa tapi apa yang lagi penting adalah apa yang kita buat setelah kita diberikan mandat...pemimpin yang baik seharusnya dapat membuat keputusan yang mana difikirkan terbaik untuk rakyat...bukan hanya mengikut populariti di mana kalau semua orang nak kita mesti ikut...pemimpin harus bijak untuk fikirkan apa yang bakal berlaku hasil dari keputusan yang telah dibuat...bukan untuk jangka masa pendek tapi yang lebih penting demi masa depan negara...semuanya memang berasas...aku jugak nak jadi macam beliau.. sangat sempoi dan mesra rakyat...aku rasa orang-orang dia memang tak dibenarkan untuk menghalang sesiapa je yang nak ambil gambar dengan beliau...dengan sabar dan sentiasa senyum, sorang demi sorang dilayan dengan sangat baik...aku rasa itu bukan hipokrit sebab dari perwatakan dan apa yang diucapkan memang aku nampak segalanya dibuat dari hati yang berjiwa rakyat..sepertimana aku kagum dengan ayahanda beliau, aku turut kagum dengan kredibiliti dan karisma yang ada pada beliau...habis pasal tu, aku pergi tengok pameran-pameran yang dianjurkan...dalam dok melawat sekitar situ, kawan baik aku datang...rahzihan namanya...kami tak pernah jumpa pun..kena pun melalui facebook..kedua-dua kami sangat rapat dengan abang raja shamri...apa lagi bila dah jumpa memang banyak la yang nak disembangkan...kiteorang keluar lepak dekat cafe dekat dengan hostel dia...rasa 40 minit tu macam sekejap je...pastu terus kena gerak ke dewan semuala sebab dah nak balik...seperti yang aku jangka, seorang lagi pelajar hebat telah aku jumpa...dengan perancangan hidup dia, minat dia yang mendalam dengan apa yang dia lakukan, menggunakan sepenuhnya kelebihan dan kekuatan yang dia ada membuatkan aku jugak terus bersemangat..memang benar, anak didik abang raja ni memang hebat!! sebelum naik bas sempat la bergambar kenangan kan... ingatkan nak balik terus rupanya singgah Alor Setar dulu...cadangnya nak makan dekat nasi kandar yasmeen tapi tutup la pulak hari ni...nak tau makan kat mane je?nasi ayam tat...huhu...ramai yang nak suruh singgah nasi royal sebab semuanya macam dah mengidam sangat tapi nasi royal bukak lambat...pukul 4 lebih atau pukul  5 baru bukak...semua dok kecewa tak dapat nak pergi kan...dalam 5 lebih sampai Merbok...masing-masing dah penat memang semua pakat nak balik tido la...haha...apa pun pengalaman yang sangat menarik hari ni..selain dapat tambahkan ilmu dan melawat tempat orang, aku sangat happy sebab dapat jumpa rahzihan...ada masa kita jumpa lagi..boleh borak lama-lama sikit...hehe


aku dengan rahzihan

No comments:

Post a Comment