My Readers

Wednesday, March 14, 2012

lepas bunga, ikan pulak =)

hahaha..macam-macam la idea yang keluar semester ni...beberapa hari lepas pi cari pokok bunga dah dapat pokok bunga matahari...tetiba sekarang teringin pulak nak bela ikan...akuarium dah ada( kebas yang member je)..so apa lagi kena la masukkan dengan ikan kan...ikan apa yang aku nak bela ek?? serius aku tak pernah bela ikan dalam akuarium..ni pertama kali tau..harap-harap ikan tu tak kiok awal la sebab aku kan..hehe.. ada cadangan ikan apa??tolong la k..baru la meriah hidup ni =)

 
Blue Base Golden Crossback AROWANA ..tak mampu den

 
ke ikan emas ni?mesti mahal jugak...

 
teringin nak bela ikan flowerhorn ni..hehe

 
tak pun ikan kaloi..boleh nyanyi lagu mak iloi-iloi =)

 
wowww..cantiknya ikan ni...

 
tak pun bela jela ikan laga atau ada orang panggil ikan gapi ni..cantik pun cantik..hehe

Monday, March 12, 2012

Perlawanan Akhir All England..syabas Chong Wei!!!


aku baru je habis tonton perlawanan badminton akhir all England..rasanya semua pun dah tahu yang Chong Wei terpaksa menarik diri atas kecederaan di bahu yang dialaminya dari semalam lagi..set pertama Chong Wei kalah dengan 21-19...memang dah nampak dia menanggung kesakitan yang teramat tadi..mungkin kelebihan buat Lin Dan yang memang tahu Chong Wei mengalami kecederaan kan..memang banyak bola tangkis dituju ke arah backhand Chong Wei...adat la strategi perlawanan kan..sape tak nak menang..tapi Chong Wei tetap memberikan yang terbaik...sekali lagi aku masih berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh Chong Wei..aku suka sangat tengok bila dua orang sahabat ni berlawan...dalam gelanggang memang dieorang musuh tapi kat luar tetap kawan baik..sebelum ni aku tak suka dengan Lin Dan sebab aku anggap dia sombong... lepas perlawanan tadi terus mengubah persepsi aku...dua sahabat ni siap bertukar jersi masing-masing... Lin Dan ternyata amat menghormati Chong Wei dan meminta untuk memberikan tepukan yang gemuruh untuk Chong Wei..terbaik lahhh!! syabas Lin Dan atas kemenangan di Final All England..syabas juga buat Chong Wei yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami semua peminat anda!!!
















my sunshine =)

my sunshine =)



cantik kan??

excited sebenarnya ni...petang tadi pergi kedai nak cari pokok bunga..nampak pokok bunga matahari ni terus aku berkenan...apa lagi terus capai la..ni first time aku beli pokok bunga sepanjang 4 tahun lebih aku belajar kat kedah ni...aku beli pokok bunga matahari ni sebab warnanya sangat ceria...kalau pandang bunga dia memang sentiasa nak tersenyum la kan...dapat jugak mengubat hati yang tengah sedih ni kan...nak jaga pokok ni elok-elok..nasib baik ada kawan aku, sezairi yang memang dah pakar tentang penjagaan pokok-pokok bunga ni kan...kalau nak tau kat rumah sewa aku ni dah ada macam-macam jenis pokok..dari serai,salad,cili dan kangkung yang bolah guna untuk masak, pokok bunga jangan kata la kan..pokok bunga ros, bunga raya, dan bermacam lagi lah yang mana aku tak tau namanya..haha..aku pun suka sebenarnya...teringat kat arwah abah yang memang sangat suka tanam pokok..cuma anak dia ni je yang malas sikit...huhu...dah ramai jugak orang datang umah melawat pokok-pokok bunga...tak lama lagi dah boleh bukak nursery  la kan..cewahhh...pape pun akan ku siram dan bajakan ia menjadi tanaman yang sentiasa segar..setiap pagi sebelum pergi kelas mesti nak kena tengok bunga matahari ni...baru boleh dapat mood gembira dan semnagat nak belajar..kan?? =)

Friday, March 9, 2012

Thursday, March 8, 2012

aku dikejutkan...

rasa terkejut pagi ni..tepat jam 5.23 pagi tadi aku dikejutkan oleh seseorang...mata masih terpejam...badan rasa menggeletar...nak kata kawan-kawan serumah aku kejutkan memang tak la sebab pagi sangat kot.. aku cuba nak bukak mata tapi tak boleh..hanya mampu merasai badan aku dikejutkan...memang terbayang muka arwah abah sebab abah memang sentiasa kejutkan aku pada awal pagi...aku cuba nak pandang ke sisi badan aku tapi aku tak mampu..eku tak tahu kenapa...beberapa detik kemudian aku capai handphone dan tengok jam..Ya Allah, mungkinkah aku terlalu rindukan abah?? moga dia sentiasa tenang dan bahagia di sana....


Monday, March 5, 2012

untuk kali yang kedua aku mimpikan kau...

aku nak tujukan entry ni khas buat sahabat baik aku yang dah lama aku tak jumpa...sihat doe? aku harap kau baik-baik saja sebab semalam aku mimpikan kau lagi...kau datang jumpa aku kat rumah aku...makan durian sama-sama...sembang dan gelak sama-sama..kita keluar lepak-lepak sambil tengok wayang...serius, aku tak tahu kenapa aku mimpikan kau sampai macam ni sekali...mungkin sebab dah lama sangat kita tak jumpa kot..aku memang tergamam bila tersedar dari mimpi semalam sebab aku ingatkan memang betul-betul kita dapat jumpa dan lepak sama-sama kan...rasa sedih pun ada sebab itu cuma mimpi.. sepanjang hidup aku, tak pernah aku mimpi sampai macam ni sekali tau..kalau dah lama tak jumpa sekali pun tak da plak sampai termimpi kan.. aku masih mencari apa maksud di sebalik mimpi aku semalam...pape pun, aku tahu kau bahagia dengan jalan yang kau pilih sekarang kan?? aku sentiasa doakan kebahagiaan kau..walau apa pun aku nak kau tahu aku takkan pernah lupakan kau sebagai sahabat aku sampai bila-bila,,,aku janji doe!!

Sunday, March 4, 2012

timetable for this semester...

kalau ikut timetable ni tak ada terlalu padat jadual aku semester ni kan...aku harap aku dapat disiplin dengan jadual belajar dan sentiasa dapat menguruskan masa dengan baik..pape pun pelajaran tetap nombor satu kan... memetik kata abang Raja Shamri 

"SUCCESS IS NOT ALL ABOUT TECHNIQUES BUT SUCCESS IS ALL ABOUT WAY OF LIFE"

kelas pertama di hari pertama semester lima...

excited sebenarnya nak masuk kelas Dr Zauyah tadi...kena la datang awal kan..kalau tak memang cari nahas la jawabnya..tadi pun ada beberapa orang yang masuk lewat..dia tak hangin la sebab kelas pertama kot..tapi dia memang dah ingatkan tadi yang dia tak suka pelajar lewat..bagi aku mana-mana lecturer pun tak suka kan pelajar lewat sebab dikira mengganggu proses pembelajaran..yela..sorang masuk nak kena berhenti bersyarah...pastu nak sambung balik ada lagi yang baru nak masuk..aku pun sakit hati kan...hehe..aku rasa tu termasuk dalam salah satu adab untuk menuntut ilmu kan(ok panjang plak aku bersyarah)... sambung balik citer pasal kelas pagi tadi..aku ingatkan Dr Zauyah ni jenis yang sangat serius sampaikan semua orang takut nak bersuara...rupanya-rupanya tak la macam tu pun..sangat baik orangnya..sangat lembut berbicara..cewaahhh..hehe..dia boleh menerima jawapan pelajar walaupun salah (aku la tu orangnya)... dengar dia bagi syarahan sampai terlupa masa sah nak habis..terbaik kan??hehe...pape pun aku suka kelas research tadi..sekarang tengah fikir tajuk atau bidang apa yang nak dibuat kajian...any idea??let me know ok =)

Friday, March 2, 2012

aku dah bersedia!!!


bersedia apa ni man oiii??hadoiii...buat gempak je kan...ye, aku dah bersedia nak mulakan semester baru..dengan semangat yang lebih berkobar-kobar...tapi.................. macam takut pun ada bila tengok jadual yang mana kelas pertama adalah pada hari ahad pukul 8.00 pagi adalah kelas research methodology and data analysis bersama Dr Zauyah..cuak seyh..memang cuak..mana tak nya kebanyakan senior cakap memang nahas la jawabnya kalau kelas dia...tapi................ni jugak buat aku tak sabar nak timba ilmu dengan beliau...yela...lecturer yang paling berpengalaman dekat UiTM Kedah ni...mengajar pun style Dr la kan...aku rasa mungkin ini bagus untuk mengajar aku lebih banyak perkara..yang penting fikiran kena sentiasa positif..jangan mudah menyerah sebelum mencuba...mana tau tetiba boleh jadi suka sangat dengan cara pengajaran beliau kan...yang penting jangan lihat dengan siapa kita menuntut ilmu tetapi lihat kepada apa ilmu yang diajarkan..betoi tak?niat kena sentiasa betol..menuntut ilmu dengan ikhlas kerana Allah S.W.T...yeah!! sekali lagi nak cakap yang aku dah bersedia!!! =)

basah kuyup...

mowning semua...time aku tengah update entry ni aku memang tengah selesema...semuanya dek kerana basah kuyup semalam..ceritanya macam ni....petang semalam aku keluar kejap..balik umah pun dah dalam 7.30 malam...member serumah aku pun tegur la"man, tak pi malam restu ilmu dan solat hajat untuk budak diploma ka?"yeahhh..memang aku dah terlupa...pastu cepat-cepat la aku bersiap...tapi kat luaq dah gelap sangat-sangat nak hujan...tapi sebab niat nak pi jugak aku cepat-cepat la bersiap...sampai je dekat gate belakang UiTM hujan bukan main lebat beserta ribut dan angin kuat..gempak kan??haha...dah la gate belakang tak bukak..nasib la bila bawak kereta tak berbumbung ni kan...habis basah lencun aku dibuatnya...pikir-pikir balik, kalau nak masuk UiTM jugak memang aku bersolat dalam kebasahan la..so patah la balik umah...ingat nak tukar baju dan pergi semula tapi awan pulak tak berhenti menangis...lepas tu main kuat plak dia menangis siap tersedu sedan lagi...apa lagi boleh buat??duduk diam-diam jela kat umah...pape pun untuk presiden DiPAC, mr pojan aku mintak maaf sangat sebab tak dapat join...ingat nak berkenalan dengan MT Exco DiPAC sebeblum korang start bercuti untuk study week kan tapi tak ada rezeki...mungkin sebelum korang habis final exam mungkin dapat buat perjumpaan sekejap kan...aku doakan yang terbaik untuk final exam adik-adik diploma...buat yang terbaik k!!!

Tuesday, February 28, 2012

aku akan tetap terus berusaha!!!

yeah...sebenarnya dah tak sabar nak mulakan semester baru di tahun akhir pengajian peringkat ijazah..excited sangat...aku dah bersedia mental dan fizikal nak hadapi semester lima yang paling menggerunkan...sebabnya?? semester ni banyak paper yang susah dan jam kreditnya banyak plak tu...walau sesibuk mana pun perjalanan semester ni yang aku anggap memang gila dengan pelbagai program dan tugasan yang mesti disiapkan, aku akan tetap akan terus berusaha sebaiknya dan beri yang terbaik yang aku mampu...itu janji aku dengan diri sendiri sebab aku tak mahu mengalah dan takkan mengalah sebab aku bukan pengalah!!!

Sunday, February 26, 2012

terima kasih mak...

 tahniah mak punya anak yang baik macam amini...

serius jeles..teringin jugak nak pakai selempang tu..huhu


tadi aku pergi rumah mak angkat aku dekat Bayan Baru, Penang...sangat rindukan dia sebenarnya..sedih sangat bila beberapa hari lepas dia ada hantar mesej bagitau yang dah lama aku tak hubungi dia...Ya Allah, memang aku rasa sangat menyesal...serius, aku bukan sengaja tak nak hubungi dia tapi aku nak tunggu result exam aku keluar dulu...macam nak kasi suprise la kat dia tapi akhirnya dia plak yang dah terasa hati..maafkan man mak..man janji lepas ni man akan lebih selalu hubungi mak...rasanya dah dua tahun lebih aku punyai mak lagi setelah arwah mak pergi...dia sangatlah baik orangnya...selalu doakan aku setiap kali aku nak ambil test atau pun final exam...selalu nasihatkan aku tentang banyak perkara...selalu jadi tempat rujukan aku kalau hal-hal yang berkaitan agama...terima kasih banyak-banyak mak sebab sudi anggap man macam anak sendiri.. beri peluang kat man untuk menumpang kasih...man sangat hargainya...Ya Allah, Kau lindungilah dia dan berikanlah dia kesihatan yang baik kerna aku sayangkan dia...amin..

Saturday, February 25, 2012

aku sayang keluarga aku...

keluarga adalah segalanya bagi aku...sejak aku lahir aku punya mak,abah,3 orang kakak,2 orang abang dan seorang adik...walaupun keluarga kami bukan keluarga yang senang tapi kami sangat bahagia dengan apa yang kami ada...abah sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak  dia..setiap dari kami dilayan dengan penuh kasih sayang...abah akan cuba penuhi apa sahaja yang kami nak...abah garang tapi sangat lembut sebenarnya..kadang-kadang kalau kami tak berani nak cakap ngan abah kami akan cakap ngan mak...mak la yang akan tolong pujuk abah...aku memang tak rapat dengan abang sulung aku..dia pun garang macam abah... aku ingat lagi aku pernah nak kena lempar dengan dia dari beranda rumah sebab degil...sepanjang 17 tahun hidup aku, aku memang jarang sangat dapat jumpa kakak sulung aku sebab dari kecik lagi dia tinggal dengan tok aku dekat Penang sedangkan kami kat Pahang...nak balik Penang untuk beraya memang tak la sebab jauh...lagi pun kami mana ada duit nak balik ditambah keluarga kami yang besar....dulu aku sangat manja dengan kakak kedua aku...dia pun tak belajar tinggi sebab keluarga kami susah...lama jugak la dia kerja kat Kuala Lumpur kan...setiap kali balik mesti dia akan belikan hadiah untuk kami...aku dan adik la paling beruntung...yela..anak-anak bongsu kan...dengan abang aku yang kedua pulak tak sekepala sangat...yela, aku ni baik dia plak nakal kan..hehe...aku ingat lagi dia pernah kantoi dengan adik aku sebab hisap rokok dalam jamban....siap merayu-rayu lagi kat adik aku jangan bagitau abah pasal ni..haha..aku plak pernah kena baling selipar dengan dia sebab aku bising kat dia..yela, aku kan pengawas dekat sekolah...so ramai la kawan aku bercerita cakap selalu nampak abang aku merempit kat ladang kan..memang tepat selipar tu kena dekat dahi aku..sakit woo...kakak ketiga aku plak rasanya yang paling aku rapat dulu..ke mana dia pergi aku selalu nak ikut...lawak kan?haha...paling aku tak boleh lupa masa dia nak pergi keluar dating dengan boyfriend dia (sekarang dah jadi suami dia pun), dia bagitau ayah aku yang dia nak kena pergi Pekan sebab nak siapkan port folio yang nak kena hantar...ayah aku memang dah tau perangai anak dia ni so suruhlah aku ikut temankan dia..nak tak nak dia kena la bawak aku jugak kan...aku la yang banyak simpan rahsia dia..biasa la kan...adik yang baik..hehe...dengan satu-satunya adik perempuan aku ni plak aku memang selalu la ngan dia dekat rumah...dia sangat manja dengan mak abah...dia ni sangatlah lemah lembut...kena usik sikit je mesti menangis,,kadang-kadang bosan aku tau sebab bila dia menangis aku la yang kena marah balik...huhu...sekarang banyak yang dah berubah...banyak sangat...mak dan abah dah pergi dulu dijemput Allah...semua kakak aku plak dah kawen...aku skarang ada empat orang anak sedara tau...semua panggil aku cik man...hehe..kami tiga teruna ni masih lagi bujang... dengarnya abang aku hujung tahun ni atau tahun depan nak kawen..aku doakan yang terbaik buat dia..dah bayak sangat rasanya yang telah dia korbankan untuk keluarga kami...dia pun berhak untuk bahagia dengan orang yang dia sayang kan...aku plak?hujung tahun jugak aku akan kawen tapi......................tak tahulah tahunnya bila kan...aku kena balas dulu segala jasa dan pengorbanan semua abang dan kakak aku.. lepas tu baru lah aku boleh pikir diri sendiri kan...ape pun yang terjadi, aku sangat sayangkan keluarga aku..adik beradik aku adalah tinggalan mak abah untuk aku...terima kasih mak abah sebab lahirkan dan besarkan kami dengan penuh kasih sayang..mana taknya tengoklah badan kami semua kan...memang sihat belaka semuanya..hehe...ya Allah, terima kasih atas kurniaanMu yang tak terhingga ni...

 raya 2008...raya terakhir dengan arwah mak

 raya aidilfitri tahun 2009

 raya aidilfitri 2010 diserikan dengan kelahiran anas haikal

raya aidilfitri 2011..raya terakhir bersama abah...







Friday, February 24, 2012

pesanan aku buat kamu...





Jika ada yang bilang ku lupa kau

Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Karena kau yang aku inginkan

Bila ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Bila ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya padaku
Sedihnya aku
Jika lebih dengar mereka
Sakit hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau 

hormatilah orang yang lebih tua...


hari ni aku rasa sangat rindu dekat arwah mak dan abah...tapi aku harus bersyukur kerana Allah hadirkan seorang mak angkat buat aku pengganti mereka yang telah pergi...aku bahagia dengan adik beradik aku yang sangat mengambil berat dan penyayang...aku beruntung sebab masih mempunyai sahabat-sahabat yang setia di sisi aku tatkala aku susah dan senang..aku hargai semua insan yang sering meyakinkan aku bahawa apa pun terjadi hidup mesti diteruskan...aku hormati mereka semua kerana mereka semua ternyata lebih tua dari aku...bukan sahaja umur yang aku maksudkan tetapi pengalaman hidup dalam menjadikan diri lebih matang...sebab tu aku sangat hormati mereka-mereka ini...kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk tunjukkan rasa hormat terhadap orang yang kita sayang tetapi tanggapan kita tak semestinya sama dengan apa yang mereka pandang...mungkin juga aku bisa terlupa untuk tunjukkan rasa itu walaupun dalam lubuk hati ni aku amat sayangkan mereka...mungkin ada hati yang terguris dengan aku  dan aku sangat kesal dengan semuanya... alasan sibuk mungkin diterima walaupun berat..sekali lagi aku kesal...aku tak mahu ada lagi titisan air mata yang keluar disebabkan kelalaian aku ini...Ya Allah, aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina...bimbinglah aku untuk terus menjadi anak yang sentiasa menghormati orang-orang yang aku sayang...insyaAllah aku berazam untuk sentiasa tunjukkan rasa hormat dan sayang aku pada mereka kerna hanya mereka yang aku ada di atas dunia ini...

Wednesday, February 22, 2012

result???sedih dalam gembira...



semalam punya la tak boleh tidur bila memikirkan tentang result final exam kan...dalam pukul 1 pagi cam tu baru dapat email dari uitm berkenaan result aku...sangat tak terduga aku masih boleh maintain GPA macam sem lepas...tak naik jugak tak turun...sama je..harap-harap masih boleh sama la untuk dua semester terakhir ni atau pun lagi baik kan...syukur yang tak terhingga sebab emosi aku masih belum stabil masa nak amek final exam tu..aku dah bayangkan yang result aku akan teruk...tapi ternyata Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... aku dah usaha yang terbaik untuk final exam hari tu..aku dah cuba sehabis baik untuk tumpukan sepenuhnya pada paper-paper yang aku amek...sedih tu memang tak terkata la...masih aku ingat malam selepas pengebumian abah tu abang raja ada telefon...dia nak aku buat yang terbaik untuk final exam kali ni dan pastikan final exam kali ni adalah yang terbaik dari sebelumnya sebagai hadiah buat arwah abah...memang aku bersemnagat pun nak amek exam lepas abg raja cakap macam tu..lupakan sekejap kesedihan..jadikannya sebagai kekuatan untuk dapatkan yang terbaik...dan hasilnya aku berjaya...tengok je result aku terus tersenyum dan tak lekang untuk mengucap syukur ke atas Nya..masa solat subuh pagi tadi sempat buat sujud syukur...itu yang selalu mak angkat aku pesan bila dapat sesuatu berita baik...dalam pada tu aku sedih sebab tak dapat nak tunjuk kat abah yang aku dapat keputusan yang baik...Ya Allah, kirimkanlah peluk cium kerinduan aku buat abah dan mak...khabarkan kepada mereka yang aku akan terus usaha yang terbaik dan jadi seorang anak yang berguna suatu hari nanti...aku sayang sangat pada mereka ya Allah...

kisah sepanjang cuti...


assalamualaikum....lama tak mengemaskini blog ni..selalu je jenguk tapi tak ada perasaan nak menulis...ni pun baru nak seru balik rasa tu.hehe..alhamdulillah aku dah sampai balik merbok semula setelah sebulan bercuti..awalnya???sebenarnya masih berbaki seminggu lebih lagi cuti tapi aku putuskan untuk balik awal sebab ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan...lagipun rindu la kat merbok..hehe...sepanjang sebulan cuti ni biasala kan...aku banyak habiskan masa dekat kampung dengan adik beradik aku...sebelum balik Pahang, ada bawak adik aku jalan-jalan kat Penang kan...naik Bukit Bendera, makan pasembuq kat Padang Kota, lepak sambil sambut birthday adik aku dekat Queensbay Mall...memang seronok bila dengan family kan...kat kampung memang buat kerja-kerja kampung la..sebenarnya dah lama aku tak buat menda-menda ni semua tapi kali ni kena buat jugak sebab kalau aku tak buat sape lagi nak buat..rumah pusaka yang abah dengan mak tinggal menyimpan sejuta memori yang takkan aku lupa sampai bila-bila...tambah-tambah plak banyak pokok-pokok tanaman abah sangat subur dan mengeluarkan hasil...pokok tebu..rasanya memang sangat manis tau...pokok manggis ada sikit lagi buah...duku memang sangat rimbun buahnya..tapi sayang sebab tak masak lagi...buahnya masih masam dan kelat...kelapa muda?memang banyak...aku petik sendiri tau..tak percaya???tolonglah percaya..hehe...sebabnya pokok kelapa tu memang rendah...hehe...kopek kelapa??lagi aku pakar..keh keh keh...padahal rasa macam dah nak tercabut tangan tarik sabut kelapa tu tau..huhu...masa cuti jugak ada buat kenduri tahlil untuk arwah abah dengan mak..alhamdulillah semuanya berjalan lancar...cepat je masa berlalu...dah 62 hari abah pergi...terlalu rindukan senyuman dia..Ya Allah moga kedua ibu bapaku bahagia di sana..amin...habis je daftarkan adik masuk semula UMP, terus naik ke KL dengan abang...seminggu jugak la aku lepak KL..sempatla jumpa dengan kawan baik aku masa sekolah menengah teknik dulu...jugak kawan baik aku masa diploma dulu...dan dengan sahabat baik aku masa aku kerja dulu...sebulan cuti rasa macam sangat sekejap je...tapi puas...sekarang dah bersedia nak hadapi semester baru dengan lebih bersemangat..yeah!!!

Sunday, January 29, 2012

sahabat, aku rindu kamu!!!

semalam aku mimpi jumpa dengan sahabat aku yang dah agak lama aku tak jumpa...yang banyak memberi aku sokongan tatkala aku sangat kecewa dulu...mungkin disebabkan keadaan dulu dan sekarang berbeza, masing-masing ada jalan hidup masing-masing...dia sekarang dah pun bekerja...aku masih lagi belajar dan akan terus belajar kalau tiada halangan...serius, aku tak sangka dapat jumpa dengan dia, lepak seharian dengan dia.. sembang macam-macam dengan dia walaupun hanya dalam mimpi...mungkin sebab aku rindukan persahabatan kami kowt... macam aku bagitau sebelum ni, aku memang sangat pentingkan persahabatan..takkan pernah aku lupa sampai bila-bila..sahabat, aku doakan moga kau sentiasa sihat sejahtera...bahagia dengan orang-orang yang ko sayang dan aku berdoa moga satu hari nanti kita dapat lepak macam dulu...insyaAllah...






Tuesday, January 24, 2012

selamat jalan sahabat...



macam biasa la bila final exam dah habis kan...semuanya sibuk nak balik ke rumah masing-masing... aku rasa aku la yang balik paling awal..hehe...sebabnya?ada urusan penting yang perlu diselesaikan sebelum aku kembali semula ke merbok hari ni...giler ke ape dah balik rumah balik universiti semula kan?haha..tak gila lah sebab masih ada beberapa urusan yang perlu aku selesaikan...tanggungjawab dan amanah yang diberi harus aku pikul sebaiknya sebab di situlah letaknya kejujuran dan kepercayaan orang terhadap kita..betul tak?balik je merbok ni beberapa orang kawan aku dah balik...tinggal la bertiga lagi..so petang tadi adalah sesi menghabiskan semua makanan yang ada..sambil sembang-sembang ..buat nasi goreng...pastu goreng keropok..ada plak roti..buat sandwich telur dengan mayonis..ada milo panas bersama ketulan ais..maka lengkaplah hidangan petang kami..hehe...aku rasa memang ni aktiviti wajib setiap kali hujung semester kan?tak tau korang camane kan... ops, terlupa nak cerita tentang sahabat baik aku yang dah pulang semula ke Sydney sabtu lepas... beberapa hari sebelum tu sempat la  keluar minum-minum ngan dia kan..nak ajak makan nasi goreng ni dia bukan nak.; maklumlah orang Aussie la katakan..hehe..kami lepak skali ngan geng-geng serumah masa diploma dulu la...walaupun sekejap tapi cukup lah kan...ada masa dan kesempatan kita jumpa lagi...tahun depan lah kowt baru nak dapat jumpa dia lagi..pape pun cuti sudah bermula..bagi yang bekerja, selamat bekerja kawan-kawan...yang tak ada kerja, jangan duduk saje kat rumah tu..tolonglah mana yang patut kan..hargai masa terluang untuk rapatkan kasih sayang antara keluarga...jadual aku pun dah penuh rasanya untuk cuti ni...macam-macam menda nak buat...lagipun ada 6 minggu je.. aku aku gunakan sepenuhnya waktu cuti yang ada..hehe..hingga ketemu lagi sahabat! =)