hari ni aku rasa sangat rindu dekat arwah mak dan abah...tapi aku harus bersyukur kerana Allah hadirkan seorang mak angkat buat aku pengganti mereka yang telah pergi...aku bahagia dengan adik beradik aku yang sangat mengambil berat dan penyayang...aku beruntung sebab masih mempunyai sahabat-sahabat yang setia di sisi aku tatkala aku susah dan senang..aku hargai semua insan yang sering meyakinkan aku bahawa apa pun terjadi hidup mesti diteruskan...aku hormati mereka semua kerana mereka semua ternyata lebih tua dari aku...bukan sahaja umur yang aku maksudkan tetapi pengalaman hidup dalam menjadikan diri lebih matang...sebab tu aku sangat hormati mereka-mereka ini...kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk tunjukkan rasa hormat terhadap orang yang kita sayang tetapi tanggapan kita tak semestinya sama dengan apa yang mereka pandang...mungkin juga aku bisa terlupa untuk tunjukkan rasa itu walaupun dalam lubuk hati ni aku amat sayangkan mereka...mungkin ada hati yang terguris dengan aku dan aku sangat kesal dengan semuanya... alasan sibuk mungkin diterima walaupun berat..sekali lagi aku kesal...aku tak mahu ada lagi titisan air mata yang keluar disebabkan kelalaian aku ini...Ya Allah, aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina...bimbinglah aku untuk terus menjadi anak yang sentiasa menghormati orang-orang yang aku sayang...insyaAllah aku berazam untuk sentiasa tunjukkan rasa hormat dan sayang aku pada mereka kerna hanya mereka yang aku ada di atas dunia ini...
No comments:
Post a Comment