My Readers

Thursday, June 16, 2011

damainya Damai Park Resort...

Damai Park Resort Alor Setar - Cooling Waterfall
ni la cooling waterfall nyer!!!

Damai Park Resort Alor Setar - Chalet Exterior
Chalet Exterior..sangat tradisional kan??

Damai Park Resort Alor Setar - Homestay Exterior
homestay pun ada kat sini...

hallooo..dah makan?aku baru je balik makan...masa tengah menaip ni kepala masih lagi lagi terasa benak.benak?benak tu macam tingtong la jugak..pening-pening sebab lama sangat mandi..haha..petang tadi aku ngan kawan-kawan(keroll,shaiful n akim) pergi mandi manda dekat depan Damai Park Resort...jalan nak masuk pun memang kehijauan..masih terlindung hutan-hutan di kawasan tue..sampai-sampai je memang rasa sangat damai dan tenang...masa tu ada la beberapa orang tengah mandi tapi dalam 10 minit lepas tue dah kosong..memang sangat best la..kami je yang ada..rasa sungguh heaven ok...hehe...aku macam biasa la berenang la sepuas puasnya...yang lain-lain plak tak pandai terapung..nak ajar pun aku tak tau camane..syaratnya???korang kena slalu mandi sungai..hehe.dulu masa aku skola rendah slalu aku ikut abang aku pi mandi sungai tau..siap main kejar-kejar lagi dalam sungai...teknik terapung ni aku pun dapat secara semulajadi...tak blajar pun..aku try je tros boleyh..hehe..sampai kol 7 lebih jugak la kiteorang kat sana...pape pun Damai Park Resort memang best..sangat sesuai untuk mereka yang nak rasa betul-betul suasana kampung..harga chalet kat situ pun murah-murah je...nanti kalau aku konvo dgree, bolehla ajak abah n keluarga lepak dekat sini..serius sangat mendamaikan...nak buat aktiviti lasak pun memang la sangat sesuai sebab kat situ jugakla tempat kem PLKN...dari uitm pun dalam 10 minit je naik motor...masa dah sampai umah ada satu drama la pulak berlaku..hahaha..

bapak: hangpa pi mana ni?asai aku tak dak kat rumah ja hangpa hilang..pi melilau sana sini...ish la...
anak2: eh2, kami ka bapak yang menghilang?bapak yang selalu tak dak kat rumah...buat rumah ni macam hotel ja kan...maklumlah, bapak kan bzzzzz memanjang...agenda sana sini...
bapak: dah la pi tak ajak aku skali...lepas tu balik basah2...
anak2: dia yang tak dak macam mana nak ajak...mesyuarat sana sini...letih kami tengok tau...dah kami p mandi takkan la balik nak kering?ish la bapak ni...
bapak : betoi jugak kan...arghhhh!!tak kira...hangpa tetap salah!!!
anak: giler ke ape orang tua ni!!pape jela bapak...

haha..lawak sungguh bila anak dimarahi bapak..dialog tue aku menambah je banyak k...korang tau sape bapak tue?hehe..mestilah orang paling tua dalam umah kami iaitu suzairi kan...anak2??sudah tentu la aku,shai dan keroll...hehe...bukan ape..saje suka bergurau macam ni dalam umah...tengah letih pun boleh hilang tau sebab gelak..haha..ok lah..mata dah mengantuk...esok ada banyak menda perlu dibuat..ops lupa!!!nak tido tapi dok risau result yang akan keluar tengah malam ni dieorang cakap...so nak tunggu ke tak???emmmm...

apa la agaknya result exam aku..nanti dah tengok aku update k =)

animation...

skarang aku kat dalam klas..baru je habis kuiz..memang tak dapat jawab la kan..huhuhu..entahla apa yang aku mengarut dalam kertas jawapan tu tadi...yang penting tak kosong..hehehe...kalau entry sebelum ni aku update pasal projek csc tentang imaga dan text tapi kali ni aku nak cakap pasal animation...sebelum tu credit jugak buat shaiful yang banyak bantu kami dalam siapkan mini project csc ni...tau ape tu animation?untuk projek ni kami buat berempat..aku,keroll.shaiful dan jugak suzairi... kiteorang kena cari satu kartun dan kena edit kartun tue..kena tambah audio,kena ubah atau tambah dialog sikit...kena ada sound effect..contohnya bunyi kucing atau burung...kiteorang jugak kena reka dialog yang sesuai untuk dimasukkan dalam anime tue..macam korang baca manga online la kan...disebabkan ni jugak la aku terpaksa bukak komik dan baca manga online tau..memang pelik la bagi aku untuk bukak dan baca semua tu kan...pape pun semuanya berjalan dengan lancar...memang lawak la masa berlakon untuk dialog yang nak letak dalam anime tu kan...aku sebagai watak utama..haha...minggu depan kiteorang kena present tentang animation yang telah dibuat ni..nak tengok draftnya?/?mari aku tunjukkan....yang siapnya tunggu minggu depan ek =)





 cuba korang reka apa dialog yang sesuai untuk dimasukkan dalam animation ni...hehe



Wednesday, June 15, 2011

Project CSC...

image tape

hollaa...baru je balik dari test 2 CSC 413 tadi...ok ke?erm..ok lar..ada jugak soalan yang aku tak dapat jawab..minggu depan pulak dah start final exam..20 haribulan ADS 410 dan 23 haribulan plak CSC...cuak?sangatlah cuak ok...sekarang adalah waktu yang amat kritikal bagi aku...beberapa hari je lagi final exam nak mula tapi esok masih ada kelas lagi...huhu..untuk projek csc ni aku kena buat 4 projek...yang pertama tentang audio...yang kedua plak text effect..yang ketiga image dan yang terakhir animation...kerja ni kena buat secara partner...aku partner ngan keroll...member serumah aku...dia ni memang sangat minat ngan subjek ni dan memang sentiasa dijadikan rujukan oleh member-member klas la...dia sangat banyak membantu aku..korang tau jela yang aku memang tak minat subjek ni dan banyak yang aku bergantung kat dia...aku memang sangat berterima kaseh kat dia sebab paham yang aku ni bermasalah nak siapkan semua tugasan ni..dia pun sanggup bersengkang tahan mata sampai kol 3 pagi sebab nak tolong aku dan aku hargai jasa baik dia sepanjang menyiapkan projek csc ni...ingat nanti nak blanje dia makan sebagai tanda terima kaseh aku...harap-harap dia tak serik la kan nak bekerjasama ngan aku lagi kan...huhu...pape pun terima kaseh skali lagi keroll!!!nak tahu apa hasilnya???jom aku tunjukkan...ada 21 kesemuanya tapi aku tunjuk beberapa je la ek..yang kata atas tue salah satu la...tentang animation nanti aku update kemudian k..=)

text effect blue fire

text effect rainbow


text effect creating 3D box

text effect summer grass

 Image glamorous

 Image Chili

Image reflection

image time

Tuesday, June 14, 2011

cuak tunggu result...



tetiba je rasa berdebar-debar padahal 3 hari lagi baru result nak keluar kan...risau sebab semester ni 8 paper yang aku ambik...takut kalau-kalau dapat result yang teruk..huhu...apa yang aku boleh buat sekarang hanya berdoa dan terus berdoa moga segalanya baik-baik sahaja...brape yang aku target??tak banyak..dapat 6A 2B pun jadila..dah macam PMR la plak kan...hehe.tapi tu la yang aku target...tak tahu la boleh dapat ke tak...ni merupakan semester 3 tapi semester 1 bagi aku untuk dgree ni...Ya Allah, makbulkanlah doaku...aku dah buat yang terbaik...segalanya terserah pada-Mu...

Universiti tempatan dipenuhi ‘hampas’?

memang menarik tajuk artikel dalam utusan malaysia beberapa hari yang lepas...betul ke apa yang diperkatakan?bagi aku ada kebenarannya di mana yang tinggal hanyalah pelajar yang sederhana sahaja dan semua yang terbaik yang kita ada dah dihantar ke luar negara...kes ramai pelajar yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi tak nak balik ke Malaysia memang sangat merugikan...kerajaan dah berbelanja besar tetapi pulangan tidak seperti yang diharapkan..pape pun aku juga punya niat untuk sambung belajar ke luar negara tapi tidaklah sampai untuk tinggal terus kat sana..cukuplah sekadar pengalaman yang ditimba di sana dibawa untuk dikongsi dan dipraktikkan di  negara sendiri...yang penting aku dapat mencurahkan sesuatu untuk kejayaan bangsa, agama dan negara..InsyaAllah...

KUALA LUMPUR 9 Jun - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berpendapat langkah menghantar pelajar cemerlang ke luar negara menyebabkan universiti-universiti tempatan kini menjadi tempat lambakan mahasiswa yang kurang berkualiti.Faktor itu, katanya, menyebabkan institusi pengajian tinggi tempatan sukar melonjakkan prestij masing-masing ke tahap lebih tinggi setanding dengan universiti terbaik dunia.“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik?“Universiti luar negara mendapat manfaat kerana mereka menerima pelajar terbaik kita dan universiti tempatan terpaksa bergantung dengan pelajar yang tinggal,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Enculturing Innovation: Seven Pillars di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara hari ini.Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan bimbang kesan yang mungkin dialami oleh universiti tempatan jika semua pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Menurut Zaini, apa yang lebih membimbangkan ialah kumpulan pelajar cemerlang itu bukan dihantar ke universiti-universiti terbaik dunia, sebaliknya universiti bertaraf sederhana sahaja.Katanya, negara-negara seperti Singapura dan India telah mengambil langkah sebaliknya dalam menguruskan pelajar cemerlang mereka dan kaedah itu membantu melonjakkan kredibiliti universiti di negara berkenaan.“Singapura menempatkan pelajar terbaiknya di National University of Singapore manakala India pula menawarkan mereka tempat di Indian Institute of Technology yang diakui sebagai universiti yang memiliki reputasi baik di dunia,” katanya.Sehubungan itu, Zaini mencadangkan supaya pemberian biasiswa untuk pelajar cemerlang dipakejkan dengan tawaran belajar di universiti dalam negara.“Setiap kali cuti semester, mereka boleh dihantar ke kem musim panas yang dianjurkan universiti ternama seperti Oxford dan Havard. Untuk menyertai kem musim panas di universiti-universiti itu adalah lebih mudah berbanding melanjutkan pelajaran di sana,” katanya.Menurutnya, UTM telah mula melaksanakan langkah itu dengan menghantar lima penuntut ke kem berkenaan tahun lepas untuk mendedahkan mereka dengan budaya pembelajaran di luar negara.

Monday, June 13, 2011

rindu...



rindukan sesuatu...mungkin juga seseorang...rindukan segala kenangan tue...skarang aku hanya mampu untuk merindu...tak mungkin waktu dapat diputar kembali...hanya dengan merindu segala itu membuat aku senyum dan berharap suatu hari nanti kenangan itu dapat dikembalikan...terima kaseh Tuhan atas rasa rindu ni....

Sunday, June 12, 2011

ada apa dengan mata???

assalamualaikum...sihat??erm..dalam beberapa hari ni aku kurang sihat..tidor tak cukup...banyak kerja yang nak kena siapkan...so kesihatan pun terganggu la kan...cuaca pulak tak menentu je..dalam pada sakit tu, aku rasa ada sesuatu yang semakin teruk..apa dia ek???rupa rupanya mata aku...meh aku nak citer sikit sejarah kenapa boleh aku pakai cermin mata yang tebal ni...




kalau ikutkan ayah aku pakai lagi tebal dari aku tau...aku ni memang keturunan sebenarnya ada rabun..ayah aku punya rabun jauh yang sangat teruk sampaikan satu tahap yang mana sangat menyeksakan memakai cermin mata yang sangat tebal..tapi sekarang alhamdulillah dia dah tak pakai cermin mata...tahun lepas abang aku bawak abah pergi dapatkan rawatan dekat Hospital Tun Hussein Onn...cuma sekarang dia masih pakai cermin mata hitam sebab masih silau...aku???masih macam ni la..cermin mata macam nyawa aku..aku hanya buang bila tidur dan mandi sahaja..mata aku memang sepet dari kecik ok..hehe..tu sebab dulu aku selalu dipanggil apek sebab mata aku sepet...aku mula pakai cermin mata sejak darjah tiga rasanya...masa tu aku susah nak catat apa yang cikgu tulis kat papan hitam..ada la sorang cikgu ni perasan...terus dia suruh aku buat cermin mata..masa tu power cermin mata aku pun dah menjangkau 400 lebih kalau tak silap..dasyat kan??dari tahun ke tahun power cermin mata aku makin meningkat sampailah sekarang dah mencecah seribu lebih...tu sebabnya aku nak mintak maaf sangat kat sape-sape yang aku tak tegur walaupun kadang-kadang korang lalu dekat dengan aku..aku menghadapi masalah untuk fokus dengan sesuatu objek..kalau korang lambai dari jauh aku nampak tapi aku belum pasti dapat cam korang sapa...
sebab tu ramai cakap aku sombong lah...luper member la...tolongla kawan..kalau korang terserempak ngan aku tolong lah tegur aku..tu sebab aku hanya mampu diam bila orang kata buruk pasal aku bila aku macam buat tak tegur je bila jumpa kawan...bukan semua orang boleh faham kita kan?yang aku risaukan sekarang mata aku rasanya dah semakin teruk..tambah-tambah menghadap laptop untuk jangka masa yang lama disebabkan nak kena siapkan projek dan assignment...aku rasa macam dah nampak kelibat nyamuk-nyamuk tapi tak ada pun sebenarnya...memang aku nak pergi hospital tapi bila???minggu ni dan minggu depan sangatlah bz..tunggu habis final exam la kowt...dulu masa aku kat sekolah teknik pun aku hadapi perkara yang sama...doktor cakap kemungkinan retina aku bocor...aku memang nak dapatkan rawatan yang lebih lanjut tentang mata aku ni...yup, aku memang perlukan pembedahan atau laser...tapi belum sesuai lagi...doktor tak syorkan aku untuk buat sebab mata aku masih lagi stress..aku masih belajar..nanti dah waktu kerja ok la..dia sarnkan aku agar pakai contact lense tapi aku tak nak...susah nak jaga..sapa nak pakaikan untuk aku?kalau hilang sapa nak carikan?

ingin rasanya hidup tanpa cermin mata...berat tau sebenarnya..InsyaAllah satu hari nanti mungkin?pada mereka yang tidak bercermin mata, jagalah kesihatan mata baik-baik ye..sekali dah pakai cermin mata susah nak tanggal dah...hargailah mata yang 'cerah' itu sebelum menjadi kabur...mata adalah anugerah Allah yang sangat berharga...doakan moga kesihatan mata aku baik-baik saja ye kawan-kawan..terima kaseh...
satu hari nanti nak pakai cermin mata hitam plak kan..tak nak dah yang ada power...

Thursday, June 9, 2011

test...

assalamualaikum...dah lama tak update...memang sangatlah sibuk..bila dah sibuk ni nak update pun rasa tak syok sebab banyak menda lagi nak kena buat...ni pun ada lagi test yang bakal menjelma isnin depan...mini project untuk csc pun nak kena hantar lusa...tadi baru je habis test ADS 410 iaitu Introduction to Public Sector Quality Management...paper ni tak la susah mana...tapi aku je yang gopoh sangat tadi...dapat je soalan terus aku buat draft...tengok soalan dua  b ada perkataan Deming je terus aku ingat soalan tu nak 14 Deming Points..dah habis jawab 2a tetiba baru perasan yang soalan nak tentang Deming Chain Reaction...alamak!!!camane aku boleh buat silap macam ni?selama aku exam aku rasa tak pernah lagi aku buat silap macam ni tau...tapi nasib baik la sebab cover...aku pun terus tukar jawab soalan nombor 3...soalan ni aku tak ingat satu point...puas cuba ingat tapi tetap jugak tak nampak...at last masa aku dah buat silap untuk soalan 2 tue, tetiba Allah bagi aku ingat point yang aku tak ingat tue..Alhamdulillah..syukur sangat..terus aku pulun jawab..sampai habis masa aku masih lagi menulis...ingatkan dah tak sempat sebab aku dah bazirkan masa untuk soalan 2 tapi masih sempat..cuma tangan tak henti menulis la..tulisan pun memang dah langsung tak teratur..main tulis jew..janji sempat siap...moral of the story baca la soalan betul-betul ek...kalau tak memang aku dah habis awal...tulisan pun tak lah serabut kan...harap-harap ok la...memang aku down sikit la tadi bila aku dah tersilap tapi masih ada masa..masih diberi ruang...sempat jugak akhirnya...kalau diberi pilihan memang aku tak nak ambik intersesi ni..banyak sebab antaranya kelas hari-hari dan memang langsung tak ada rehat dengan nak kena siapkan assignment, mini projek 1.2.dan 3, dua test bagi csc dan satu test untuk TQM..memang sangat letih..tambahan lagi jumaat dan sabtu ni da kelas ganti...lagi la tak da masa nak rehat..sedih kan???tapi lumrahla orang cakap sebagai mahasiswa kan...nanti tme dah kerja lagi la penat...latihan je ni..sabar man..minggu depan dah habis...
yahoooooooo!!!!

Sunday, June 5, 2011

Belajarlah dari sebatang pensil...




 Pensil itu hanya sekejap sahaja disimpan oleh pembuatnya sebelum dimasukkan ke dalam kotak...Ada lima perkara yang perlu kita ketahui..katanya pada pensil, "sebelum kau ku kirimkan ke seluruh dunia, haruslah kau ingat ini selalu..jangan sesekali kau lupa walaupun kau menjadi sebatang pensil yang hebat nanti"


PERTAMA...
Kau akan melakukan banyak perkara yang hebat , tetapi hanya bila kau mahu membiarkan dirimu dipegang di tangan seseorang...

KEDUA...
Kau akan menderita setiap kali diasah, tetapi kau perlukannya agar kau dapat menjadi pensil yang lebih baik...

KETIGA...
Kau boleh memperbetulkan setiap  kesalahan yang telah kau lakukan...

KEEMPAT...
ngga akhir hayat kita...

Bahagian terpenting kamu adalah apa yang ada dalam dirimu...

KELIMA...
Pada setiap kali kau digunakan, tinggalkanlah jejakmu...Apa pun yang terjadi, kau tetap harus menulis...

Pensil itu memahami dan berjanji akan mengingatinya dan memasuki kotak dengan penuh azam...Belajarlah dari pensil itu..ingatlah setiap apa yang dinasihati dan pasti kita akan menjadi orang yang hebat dan terbaik!!!

PERTAMA...
Kita akan dapat melakukan bayak perkara yang hebat dalam hidup, tetapi hanya apabila kita sentiasa memastikan diri kita dipegang dalam tanganNya..dan membenarkan orang lain memanfaatkan bakat yang kita ada...

KEDUA...
Kita akan menderita tatkala diuji dengan pelbagai masalah tetapi kita memerlukannya untuk menjadikan kita seorang manusia yang lebih tabah dan kuat...

KETIGA...
Kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki setiap kesilapan yang kita lakukan sehiKEEMPAT...
Bahagian yang paling penting yang ada pada diri kita adalah hati..jagalah ia sebaiknya agar hati kita sentiasa bersih dan terhindar dari titik-titik hitam yang mampu merosakkannya...

KELIMA...
Dalam kita melewati setiap lembaran hidup, kita harus meninggalkan jejak yang baik...Membuat perkara yang bermanfat untuk diri kita dan orang lain...Tidak kira dalam apa pun situasi, suka atau tidak, pedih atau dukanya apa yang kita rasa..hidup perlu diteruskan..tanggungjawab harus dijalankan...setiap amanah yang ditinggalkan harus ditunaikan...



Dengan mengerti, menghayati dan mengingatinya, bersamalah kita teruskan hidup di atas muka bumi ini berbekalkan sebuah tekad yang penuh suci di dalam hati kita...InsyaAllah... 




ucapan takziah buat sahabatku Azaroll yang mana umi beliau telah kembali ke rahmatullah semalam..al fatihah buat allahyarhamah dan juga buat nak yang hapir dua tahun meninggalkan aku...moga mereka sentiasa tenang dia sana dan mendapat kemuliaan di sisiNya..amin...

Saturday, June 4, 2011

aku permata

aku tak layan pun mentor sbenarnya..tapi semua dok cakap yang Salma Mentor 5 best kan soa aku nak tau jugak la apa yang bestnya...satu video je yang aku tengok..masa final yang dia nyanyi lagu baru tajuk dia AKU PERMATA...memang sangat superb!!!suara dia memang memukau...vokal dia tak yah nak cakap la kan...lagu satu mungkin sebab lagu ni melodi dan lirik dia sangat indah...Taja Meet Uncle Hussein yang buat kan..memang aku tak nafikan la Taja punya bakat..lagu Pokok pun dia jugak yang buat..jom layan!!!aku lebih suka dengar dia nyanyi live berbanding rakaman...walaupun ada sedikit kekurangan tapi masih lagi superb!!!

AKU PERMATA-SALMA MENTOR 5






Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar-


Friday, June 3, 2011

tanya sama pokok...



Lirik Lagu Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9 – Pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok






Wednesday, June 1, 2011

stress!!!



entahla..rasa stress..tension yang amat sangat skarang..nak kena keluar jap dari sini...tapi nak pergi mana???huhuhu..serius..rasa dah macam tepu otak ni...mungkin sebab terlalu banyak menda yang nak kena pikir dan selesaikan...mungkin jugak letih dengan kerenah manusia yang kadang-kadang sangat menguji kesabaran aku...satu demi satu masalah timbul...habis satu selesai, satu lagi datang..langsung tak ada ruang nak bernafas..aku perlu keluar.lari kejap dari semua ni...nak kena buat sesuatu yang dapat menenangkan jiwa...nak balik penang...nak lepak kat pantai yang selalu aku lepak kalau aku serabut tapi macam tak boleh balik penang je minggu ni..so mana aku nak pergi??entahla...yang aku tahu aku nak keluar kejap dari sini..mendaki gunung jerai mungkin?erm..

csc...

CSC 134..satu kod kursus yang pernah aku ambik time diploma dulu...masa aku semester satu..sangat tak suka...sebab?tak reti dan tak nak belajar...teruk kan?tapi tu la hakikatnya...dulu masa aku semester satu, aku selalu ponteng klas ni dan test memang aku adalah antara yang tercorot markahnya...tak percaya??? tolonglah percaya sebab aku memang sangat bermasalah dengan subjek ni..masa tu carry mark aku cuma 21 ja..antara yang terendah dalam klas aku..sebab takut fail punya pasal, aku struggle giler untuk final exam..tapi aga terlambat la kan...dapat B je..





untuk intersesi kali ni, sekali lagi aku kena amek subjek ni..huhu..csc 413...untuk info, csc adalah satu subjek computer science yang mana kena belajar macam-macam berkenaan multimedia.. belajar tentang text, graphic, sound, animation dan jugak video...kena edit gambar, buat video, remix lagu dan macam-macam la berkaitan multimedia..memang menarik tapi aku je yang tak dapat nak catch up..bukan lambat sikit tapi lambat banyak tau..huhu...semalam test memang hancus la..soalan subjektif plak banyak kan..untuk paper csc kali ni pun aku akan cuba sehabis baik yang aku boleh..harapan tak tinggi cuma  B+ je...kawan kawan aku confirm kebanyakannya akan target A paper ni..aku tengok dieorang senang je wat menda ni semua...erm..tak boleh benci tapi kena lebihkan kasih sayang kat paper ni...sayang CSC...=)