My Readers

Sunday, June 5, 2011

Belajarlah dari sebatang pensil...




 Pensil itu hanya sekejap sahaja disimpan oleh pembuatnya sebelum dimasukkan ke dalam kotak...Ada lima perkara yang perlu kita ketahui..katanya pada pensil, "sebelum kau ku kirimkan ke seluruh dunia, haruslah kau ingat ini selalu..jangan sesekali kau lupa walaupun kau menjadi sebatang pensil yang hebat nanti"


PERTAMA...
Kau akan melakukan banyak perkara yang hebat , tetapi hanya bila kau mahu membiarkan dirimu dipegang di tangan seseorang...

KEDUA...
Kau akan menderita setiap kali diasah, tetapi kau perlukannya agar kau dapat menjadi pensil yang lebih baik...

KETIGA...
Kau boleh memperbetulkan setiap  kesalahan yang telah kau lakukan...

KEEMPAT...
ngga akhir hayat kita...

Bahagian terpenting kamu adalah apa yang ada dalam dirimu...

KELIMA...
Pada setiap kali kau digunakan, tinggalkanlah jejakmu...Apa pun yang terjadi, kau tetap harus menulis...

Pensil itu memahami dan berjanji akan mengingatinya dan memasuki kotak dengan penuh azam...Belajarlah dari pensil itu..ingatlah setiap apa yang dinasihati dan pasti kita akan menjadi orang yang hebat dan terbaik!!!

PERTAMA...
Kita akan dapat melakukan bayak perkara yang hebat dalam hidup, tetapi hanya apabila kita sentiasa memastikan diri kita dipegang dalam tanganNya..dan membenarkan orang lain memanfaatkan bakat yang kita ada...

KEDUA...
Kita akan menderita tatkala diuji dengan pelbagai masalah tetapi kita memerlukannya untuk menjadikan kita seorang manusia yang lebih tabah dan kuat...

KETIGA...
Kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki setiap kesilapan yang kita lakukan sehiKEEMPAT...
Bahagian yang paling penting yang ada pada diri kita adalah hati..jagalah ia sebaiknya agar hati kita sentiasa bersih dan terhindar dari titik-titik hitam yang mampu merosakkannya...

KELIMA...
Dalam kita melewati setiap lembaran hidup, kita harus meninggalkan jejak yang baik...Membuat perkara yang bermanfat untuk diri kita dan orang lain...Tidak kira dalam apa pun situasi, suka atau tidak, pedih atau dukanya apa yang kita rasa..hidup perlu diteruskan..tanggungjawab harus dijalankan...setiap amanah yang ditinggalkan harus ditunaikan...



Dengan mengerti, menghayati dan mengingatinya, bersamalah kita teruskan hidup di atas muka bumi ini berbekalkan sebuah tekad yang penuh suci di dalam hati kita...InsyaAllah... 




ucapan takziah buat sahabatku Azaroll yang mana umi beliau telah kembali ke rahmatullah semalam..al fatihah buat allahyarhamah dan juga buat nak yang hapir dua tahun meninggalkan aku...moga mereka sentiasa tenang dia sana dan mendapat kemuliaan di sisiNya..amin...

No comments:

Post a Comment