My Readers

Monday, March 21, 2011

Lawatan ke Kompleks Seri Perdana,Parlimen Malaysia dan Memorial Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn Siri 1

Pada 9,10 dan 11 Mac yang lepas, pelajar semester 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran UiTM Kedah yang mengmabil kursus Malaysian Premiership Studies telah mengadakan lawatan ke Kompleks Seri Perdana, Parlimen Malaysia dan Memorial Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn(ayat dalam report..haha)...ok,nak habaq mai ni...kami geng-geng yang belajar tentang keperdanamenterian Malaysia ni p trip ke KL minggu lepas..kami gerak dalam pukul 9 malam dan sampai di UiTM Puncak Alam pada pukul 2 pagi...sampai je kat gate UiTM Puncak Alam tue, semua dah macam jakon..hahaha..maklumla ada sesetengahnya tak pernah sampai ke situ kan...lagi la jakon melihat Kolej Angsana dan Rafflesia terletak betul-betul di puncak..dah nama pun puncak alam kan..haha...sampai je kat depan Kolej Rafflesia, aku pun turun sebab nak tolong aki (member baik aku a.k.a ajk penginapan) pergi amek cadar dan kunci bilik...muka koya semacam je dia time tue..almaklumlah baru terjaga dari lena..haha..

 hepi je walaupun tengah bawak cadar yang berat tue..hehe

 Pagi tue sepatutnya pukul 7 dah gerak ke Kompleks Seri Perdana tapi akhirnya pukul 8 pagi baru gerak..sebabnya?ayam tak berkokok..so terlajak la tido.hahaha...kami sampai dekat sana dekat-dekat 10.30 pagi..lambat giler..disebabkan abang driver salah faham..kami dah terangkan yang kami akan ke Seri Perdana di Putrajaya tapi dia ingat kami nak ke Galeri Seri Perdana..so terpaksa la berpatah balik dari tengah-tengah bandar KL tue ke Putrajaya...sampai-sampai je pihak Seri Perdan dah sedia menunggu..kami diberi sedikit taklimat sebelum masuk oleh encik Safwan...Seri Perdana ni memang dikawal ketat oleh petugas keselamatan..yela..kediaman rasmi Perdana Menteri kan..nak cari nahas kalau tak kawal rapi?hehe...kami tak dibenarkan mengambil sebarang gambar masa dalam tue..Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ni mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.(fakta ni tau..hehe)..jom kita ushar apa gambar yang dapat..hehe



Kompleks Seri Perdana
Kompleks Seri Perdana yang tersergam indah...

Bilik Tetamu Utama
bilik tetamu utama


Bilik Tetamu Khas
bilik tetamu khas

Dewan Bankuet
dewan banquet

Galeri Pameran
galeri pameran


bergambar kenangan di Kompleks Seri Perdana

Kompleks Seri Perdana,Putrajaya

ada gaya tak nak jadi bakal Perdana Menteri seterusnya?hehe

sempat jugak bergambar dengan En.Mujibu (pegawai pengiring a.k.a pensyarah kami)

Habis je lawatan di Seri Perdana, kami bergegas plak ke Parlimen Malaysia..masa tue jam dah pukul 12 tengahari..kami kena sampai sana sebelum 2.30 petang..kalau lambat alamatnya duduk di luar jela kan..hehe..ada cerita menarik sebelum kami sampai di Parlimen..nanti aku update dalam Siri 2 k..yang bestnya sidang parlimen pada petang tue, kami bertembung sekali dengan students UiTM Kampus Bandaraya Melaka..memang syok la sebab dapat jumpa kawan baik aku noraizat dan qudus..tapi hampeh je..bukan dapat sembang pown..dieorang plak gerak balik awal berbanding kiteorang...huhu...isu yang dibahaskan pada petang tak la berapa menarik...cuma bila ada perbalahan antara sesama mereka tue la yang baru rasa menarik nak tengok...dalam pukul 5. petang kami keluar..hajatnya nak jalan-jalan di sekitar Parlimen dan bergambar bersama menteri-menteri..haha..nasib baikla ada encik Rashid yang cukup sporting nak bawak kami jumpa dengan ramai menteri..terima kaseh banyak-banyak encik Rashid..jom tengok apa gambar yang aku dapat masa dalam parlimen...

parlimen Malaysia..

ada gaya tak macam ahli parlimen?hehe

bersama Tok Pa..

bersama Datuk Seri Shafie Apdal yang kemudiannya blanja kami makan..hehe

bersama ahli parlimen Silam..

bersama Datuk Mukhriz Mahathir..

ni yang paling puas hati..hehe

Dah penat bergambar dengan menteri, kami pun gerak balik...aku ingatkan singgah makan di Seksyen 7 rupa-rupanya di Puncak Perdana..mintak maaf sangat buat sahabat aku, Fuad dan jugak Kayla sebab tak dapat nak jumpa kowang..huhu...pagi esoknya..kami gerak ke Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Hussein Onn..ingat nak ke Memorial Tun Abdul Razak tapi disebabkan masa sangat cemburukan kami,so tak dapatlah pergi kan...jom tengok sedikit gambar sewaktu di Memorials ni..

give me 5 Tunku..hehe

ada gaya tak?hehe

sama tak?hehe

di Memorial Tun Hussein Onn

bersama kawan2..

hahaha..tengah lapar + sedap...

semua nampak happening giler bila habis lawatan..lepas tue ada satu pengumuman dibuat yang membuatkan semua terdiam..haha..encik Mujibu cakap dia nak buat kuiz berkenaan lawatn kami dan semua terlopong...aku dah menggaru kepala..hakikatnya, memang semua dah macam blur je nak jawab 13 soalan tentang Parlimen,Seri Perdana dan juga Memorials...hahaha..so petang tue sebelum gerak balik ke Merbourke terchenta, kami pun singgah la sekejap di Mid Valley(sekejap je k....hehe)...sempat la tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa dan main bowling..aku kalah satu mata je ngan akim..cissss!!!hehe..dalam pukul 7 malam kami gerak balik..singgah sekejap di Tapah untuk makan dan solat..pukul 2 pagi sampai..leteyh beb tapi enjoyyyy!!!

bergambar di Kolej Rafflesia sebelum bergerak pagi tue...


hahaha..disebabkan happy sangat tidor pun boley senyum2 lagi..=)


p/s: tunggu siri ke 2..aku akan cerita pengalaman di sana bersama sama kawan baik aku =)

Sunday, March 20, 2011

selamat ulangtahun kelahiran =)

hari ni 20 mac 2011..ada apa dengan hari ni??sebenarnya hari ni hari lahir khalilah sari binti roslan...awak,selamat hari lahir tang ke 22..maaf semalam saya tidur awal tak dapat ak jadi orang terawal wish kat awak kan..pape pun saya doakan moga awak sentiasa sihat,diberi kekuatan untuk terus menuntutilmu dan juga berjaya capai segala impian awak..saya sentiasa doakan yang terbaik dan sentiasa sokong awak k..saya mintak maaf atas segala salah silapa saya kat awak...dah dapat kad blom?saya dah poskan beberapa hari yang lepas..moga kita akan sentiasa bersama =)



awak dah tua..hehehe



HADIAH AWAK SAYA HOLD DULU K =)



Saturday, March 19, 2011

Niat Terbaik Dalam Mengejar Kejayaan...



Niat menjadi pendorong terbesar buat Anda dalam apa jua yang Anda lakukan. Sebagai contoh,kenapa Anda bersembahyang? Sebab Anda niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Anda bersembahyang kerana Anda disuruh bersembahyang.
Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.
Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.
Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentukkejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.
Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

lagi vedeo tsunami di jepun..


moga kita semua dapat ambil iktibar darinya...

Friday, March 18, 2011

dinner BASIC...

macam pelik je..aku tak pergi dinner BASIC tapi aku pulak yang nak update pasal dinner tu malam smalam di SP INN Hotel...huhu..pertama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak buat en.koordinator dan puan penasihat BASIC sebab aku tak join dinner smalam...alasan yang aku berikan adalah tak de member dan segan sebab tak da baju yang sesuai...erm...hanya alasan semata-mata...sebenarnya aku sedih sangat sebab tak dapat join dinner smalam..cuma alasan sebenar aku tak pergi sebab aku tak nak lagi sedih bila mereka diraikan semalam..dua orang pensyarah yang pernah mengajar aku dan aku akui aku memang rapat dengan mereka..entahla..apa la nak jadi semester depan bila dah kedua-duanya tak ada...mungkin banyak menda akan bertukar..dari koordinator,penasihat sampai pensyarah... walau ape pun, aku memang tak dapat halang dieorang pergi sebab dieorang nak sambung PHD..InsyaAllah aku juga berhasrat nak ikut jejak langkah mereka...dua pensayarah yang berasal dari sabah..sekampung dan memang sangat kuat bekerja...kadang2 aku pun naik takut tengok cara mereka bekerja..langsung tak pikir pasal rehat..dieorang berdua adalah inspirasi aku...bila la akan berjumpa lagi bila kedua-duanya dah terbang ke luar negara..pape pun hidup mesti diteruskan..langkah harus diayun..berbekalkan nasihat mereka, aku tekad untuk berjaya seperti mereka!!!

Destructive Japan tsunami caught on film

vedeo tsunami yang melanda Jepun...moga mereka tabah menghadapi segalanya...




lagi kes kematian akibat Adenovirus...

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini pagi semalam selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti 'Adenovirus'.Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu.Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada Selasa minggu lalu selepas dirawat selama lima hari di unit rawatan sama.

Mohd Redzuan yang berasal dari Bandar Sungai Buaya, Rawang dimasukkan ke HKL sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi.

Bapa Mohd Redzuan, Ishak Daharin, 48, menyifatkan kematian anak sulung daripada tiga beradik itu sebagai suratan takdir dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.

“Walaupun saya kehilangan seorang anak yang sangat baik, saya reda... Selepas doktor memberitahu keadaan anak saya semakin kritikal malam tadi (semalam), kami sekeluarga, datuk serta neneknya sentiasa berada di sampingnya sehinggalah dia meninggal dunia. 
“Dari kecil dia (Mohd Redzuan) memang mahu menjadi seorang inspektor dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat galian minyak dan gas semata-mata untuk mengejar cita-citanya itu,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Ishak dan isterinya, Nur Faridah Anum Isa, 48, turut mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana banyak membantu dari segala segi termasuk sokongan moral sepanjang anaknya dirawat di HKL.


*sumber: berita harian online

Thursday, March 17, 2011

selamat hari lahir...


hari ni merupakan hari lahir 2 orang yang amat aku sanjung..pertamanya adalah mak angkat aku..dia tinggal kat Bayan Baru Penang..kalau berkesempatan nak je aku balik Penang sambut hari lahir dia...aku sentiasa harapkan agar dia sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W T...sebenarnya aku sangat bersyukur punyai emak lagi..dia memang seorang yang amat aku sayang..dia lah yang sentiasa mendoakan aku ketika aku sakit..dia lah yang tak putus-putus akan hubungi bertanyakan khabar aku..setiap kali aku nak hadapi test atau peperiksaan,dia jugak yang akan membacakan yassin dan berdoa moga aku dapat menjawab setiap soalan dengan baik...aku sangat bersyukur dipertemukan dengan dia...tadi ingat nak bersembang dengan dia lepas maghrib tapi tak angkat la pulak kan...takpe..jap lagi aku cuba sekali lagi...mak, man cuma harap mak sentiasa sihat dan gembira..terima kaseh mak untuk segalanya..sesungguhnya hanya Allah je yang dapat balas semua kebaikan mak kepada man...



seorang lagi adalah kawan baik aku..sejak semester tiga diploma sampailah sekarang aku rapat ngan dia..hasanah...dia ni memang la bijak orangnya..tak perlu kot aku nak perkenalkan lagi memang satu batch aku tau..hari ni hari lahir dia..semalam sempat la aku pergi carikan hadiah...simple2 je tapi aku harap di suka..aku memang tak pandai beli hadiah tapi aku akan cuba pilih yang terbaik yang aku mampu sebagai tanda aku amat menghargai persahabatan kami...senah, thanx sangat tau sebab sentiasa support aku time aku down...aku memang takkan pernah lupakan segala kebaikan hang buat aku..aku harap persahabtan kita akan kekal buat selama-lamanya,,,semoga angka 22 tahun ni akan membawa sejuta kebahagiaan buat hang...walau ape pun terjadi, aku akan sentiasa support hang k..senyum selalu k macam hadiah tue =)



moga abah terus sembuh...

abah,man doakan abah cepat sembuh k..

salah satu perkara yang amat merisaukan aku adalah abah...setiap hari aku akan kol umah tanyakan keadaan dia..alhamdulillah..dari suaranya dan percakapannya,dia nampak semakin sembuh...masih bergantung sepenuhnya dengan ubat doktor...aku memang tak benarkan dia ambil ubat lain sebab tak nak bercampur dengan ubat hospital...terharu aku bila abah cakap"man, abah semakin sihat,makan pun dah sangat selera..abah tak mau anak2 abah risau kalau abah terus sakit"..alangkah sukanya aku dengar...kami memang tak sanggup tengok abah sakit tambah2 lagi kami jauh kan..minggu depan kalau takde pape abah akan datang ke Penang..ada kenduri kat umah mak lang..tak sabar nak jumpa dia...moga dia akan sentiasa gembira...aku akan cuba untuk teruskan berusaha dan buat yang terbaik demi abah..aku nak balas segala jasa abah..aku nak jadi anak yang baik buat dia...tadi sempat lagi dia nasihatkan aku supaya jangan pikir pasal perempuan lagi..hanya fokus pasal belajar..hehehe..macam tau-tau je abah ni kan..biasalah naluri seorang ayah kan...aku pun jawabla kat abah "eh,tak de la abah..jangan risau..lambat lagi..biar abg2 kawen dulu k..hehehe"...

LAPORAN KEJADIAN KLUSTER INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DI PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL), JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian kluster ILI yang berlaku dalam kalangan pelatih konstabel dan inspektor Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 
Hasil siasatan mendapati pada 5 Mac 2011 terdapat 3 pelatih PULAPOL yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami gejala ILI. 
Siasatan lanjut mendapati sejumlah 1,000 pelatih konstabel mula berdaftar dan menjalani latihan di pusat ini sejak 1 Februari 2011 manakala 1,000 lagi pelatih Inspektor yang mula mendaftar dan menjalani latihan bermula 1 Mac 2011. Jumlah keseluruhan pelatih dan kakitangan di PULAPOL adalah seramai 2,800 orang. 
Sehingga 8 Mac 2011 jam 8.30 malam, seramai 210 pelatih didapati mengalami gejala ILI dimana 2 kes di ICU, 26 kes di wad biasa dan 182 pelatih diisolasi di PULAPOL.

Terdapat satu kematian melibatkan seorang pelatih lelaki berumur 25 tahun yang mula mengalami gejala ILI pada 15 Februari 2011. Memandangkan gejala yang dialaminya masih berterusan, beliau telah dibawa oleh pihak PULAPOL untuk mendapatkan rawatan di hospital dan terus dimasukkan ke wad pada 28 Februari 2011. Beliau dirujuk ke ICU pada 5 Mac 2011 kerana memerlukan rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mac 2011 jam 8.30 malam disebabkan oleh Community Acquired Pneumonia with multiorgan failure.
Maklumat lanjut yang diperolehi mendapati semenjak melaporkan diri di PULAPOL, beliau hanya menjalani aktiviti latihan kawad dan sentiasa berada di pusat latihan tersebut walaupun pada hujung minggu. 
Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa kes kematian yang dinyatakan di atas dan dua (2) kes yang kini dirawat di ICU didapati positif terhadap jangkitan Adenovirus. keadaan pelatih-pelatih yang dirawat di wad biasa adalah stabil.

Hasil siasatan di lapangan juga menunjukkan terdapat jangkitan Adenovirus dalam kalangan pelatih yang diisolasi di PULAPOL. Ini adalah berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel swab tekak (90%) adalah positif bagi Adenovirus.
Di samping itu, 3 daripada 4 sampel najis juga positif bagi Adenovirus. Justeru aktiviti kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari.

KKM ingin memaklumkan bahawa wabak Adenovirus pernah dilaporkan di dalam institusi tentera di Amerika Syarikat. Oleh itu berdasarkan keputusan-keputusan makmal dan tanda-tanda klinikal serta kejadian yang sama pernah dilaporkan di institusi ketenteraan, kejadian di PULAPOL ini berkemungkinan besar berpunca daripada jangkitan Adenovirus.
Namun begitu, pihak KKM masih meneruskan siasatan bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan lain yang boleh
menyebabkan kejadian ini. Untuk makluman, Adenovirus menyebabkan jangkitan respiratori yang
ringan, cirit-birit dan konjunktivitis. Lazimnya ia menyebabkan jangkitan yang ringan namun begitu kejadian komplikasi dan kematian pernah juga dilaporkan oleh CDC Atlanta, USA.
Di kalangan kes di PULAPOL, sebahagian besar menunjukkan gejala jangkitan respiratori yang ringan dan 50% daripada mereka juga mengalami cirit-birit ringan. Adenovirus boleh menular melalui perhubungan rapat (direct contact)
dengan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air daripada pesakit yang batuk atau bersin.

Penularan jangkitan Adenovirus boleh dicegah melalui amalan kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan sanitizer, mengamalkan adab batuk dan tidak mengunjungi tempat tumpuan orang ramai terutamanya mereka yang mengalami gejala ILI.

Buat masa ini, kejadian ini hanya terhad di kalangan pelatih-pelatih di PULAPOL. Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini dalam masyarakat. KKM telah mengambil tindakan kawalan termasuk mengisolasi kes-kes yang tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar dari institusi latihan
ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih.

KKM sentiasa memantau perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh: 9 Mac 2011

Wednesday, March 16, 2011

demi kawan...

dramatik je kan bunyinya..hehehe..ari ni aku nak tulis tentang demi kawan...aku ni jenis yang sanggup buat apa sahaja untuk kawan aku sampai kadang-kadang aku diperli,dimaki sebab kawan..prinsip aku sangat senang..sentiasa berbuat baik dan menghargai kawan kita...walaupun kita tahu yang tak semua kawan akan hargai apa yang kita lakukan...aku sekali pun tak pernah harapkan yang kawan aku akan faham setiap apa yang aku buat adalah sebab aku sangat menghargai dia..cukuplah bagi aku kalau suatu hari nanti dia akan sentiasa ingat dan ceritakan kepada anak cucu dia bahawa aku adalah kawan dia...aku memang jenis yang langsung tak kisah untuk buat apa sahaja demi kawan...bagi aku duit kita boleh cari tapi kawan yang betul-betul susah dan senang dengan kita memang sangat sukar dicari..aku sangat takut akan kehilangan kawan sebab aku bukannya jenis yang mudah percaya dan menganggap seseorang sebagai sahabat aku kalau aku tak betol-betol kenal hati budi dia...minggu lepas kawan baik aku turun kedah..memng sangatlah hepi kan..bukan selalu nak dapat jumpa dia sebab sekarang dah berbeza kampus..masa aku nak pegi amek tiket untuk dia balik melaka,cuaca dah memang sangat mendung...tapi hati aku tetap cakap yang aku nak pergi amek tiket untuk dia..masa pergi tu ok je tapi masa nak balik tue tetiba hujan bukan main lebatnya..selebat-lebatnya lah orang kata...memang basah lencun la jawabnya..aku hanya senyum je...rasa macam bodoh je redah hujan lebat tapi takpe..demi kawan beb...aku langsung tak kisah...ni aku baru je balik..keadaan yang sama jugak berlaku..hujan lebat waktu nak balik..tujuannya aku nak pergi cari kad ucapan hari lahir buat mak angkat aku...juga buat sahabat aku..basah pun aku memang tak kisah sebab aku puas hati dapat belikan kad sebagai tanda aku ingat kat mereka..sebagai tanda aku sentiasa hargai mereka.....

10 kata-kata hikmah...






























Monday, March 14, 2011

risau,sedih dan kecewa...


kusut sangat rasanya sekarang...

lama tak menulis..bukannya apa, sibuk sangat dengan pelbagai perkara..kelmariin baru je balik dari lawatan ke Parlimen dan Sri Perdana..nanti aku update k...erm..sebenarnya hati ni tengah risau,sedih dan kecewa...

Risau???

yup..jujurnya aku sangat risaukan tentang kesihatan abah..aku harap dia akan cepat sembuh..suaranya sekarang dah lain..masih sakit..aku risau dengan keadaan dia..nasib baiklah dia tinggal bersama kakak aku sekarang..sekurang kurangnya adalah yang menemaninya...lega sikit bila dengar dia dah makin berselera makan..ikutkan hati nak je aku balik jaga dia di rumah tapi apakan daya perjuangan belum selesai kat UiTM Kedah ni..aku memang sengaja untuk tak share setiap post aku yang sedih dan risaukan keadaan abah di facebook..sebabnya?aku tak nak adik aku baca..aku tak nak dia risau..dia lagi sebulan je nak habis kat Kolej Matrikulasi Pahang..aku betul-betul nak dia fokus..

Sedih???

aku sangat sedih mengenangkan diri ni berjauhan dengan abah...aku jugak sedih sebab aku rasa makin terpinggir...aku perlukan sahabat-sahabat aku tapi aku sedar yang mereka juga ada masalah mereka sendiri..aku sebolehnya tak mahu mengganggu mereka dengan masalah yang aku hadapi tapi nak buat macam mana memang aku rasa keseorangan sangat sekarang...macam mane pun aku kena kuat untuk teruskan perjuangan...jangan terlalu berharap yang orang akan faham kita dan sentiasa bersama dengan kita di kala kita sedang bersedih..ok man??bergantung kepada diri sendiri k!!!


kecewa dengan diri sendiri

Kecewa???

aku kecewa dengan diri sendiri..prestasi aku semakin merosot...aku makin tak kenal diri sendiri..aku jadi macam orang bodoh..sangat blur dan tak tau nak hadapai semuanya sendiri...seperti yang aku cakapkan tadi, kita tak boleh nak harapkan orang sentiasa faham kita..teman yang terbaik adalah diri kita sendiri..pijak atas kaki sendiri...sedarlah yang kau bukan siapa-siapa..kembalilah bangkit sebab kalau terus begini, maka hidup kau akan hancur!!!jangan mudah mengalah man...kalau dulu kau boleh bergantung harap kepada orang lain tapi sekarang tidak lagi..situasi dan keadaan sudah berubah...biasakan diri untuk bersendiri hadapi segala liku-liku hidup ni...arghhhhhhhh!!!apa nak jadi dengan diri aku ni???tolonglah datang kembali wahai semangat yang kian hilang...



cuba untuk tidak berputus asa...

Sunday, March 13, 2011

1,000 terbunuh gempa Jepun!!!


2011/03/12

TOKYO: Lebih 1,000 mangsa dikhuatiri terbunuh dan kini pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi sehingga menyebabkan tsunami.

Sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi semalam apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun. - AFP

*sumber: berita harian online


Marilah kita mendoakan semuanya agar selamat..Bencana alam ini juga memberi pengajaran buat kita agar sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah..Jika Allah menghendaki, maka terjadilah ia...

Saturday, March 5, 2011

abah, man sayang abah..

hanya Allah yang tahu macam mana perasaanku ketika ni...aku terlalu rindukan abah..risaukan keadaannya..kesihatannya...buat pengetahuan kalian, abah dimasukkan ke hospital pagi tadi...masalah paru-paru berair dan jugak semput...nak je aku balik tapi jauh...banyak tugasan yang perlu aku selesaikan...tapi aku risaukan abah..Ya Allah, begitu besar dugaanMu buatku kali ini...detik 30 Jun 2009 masih segar dalam ingatan aku tatkala mak pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya..ketika itu, aku seakan hilang arah dan sampai ke hari ini pun aku masih tidak dapat menerimanya ..sudah satu tahun lapan bulan dan lima hari mak menghadap Ilahi tetapi bayangan mak,wajah mak dan senyuman mak masih segar dalam ingatan....abah, man tau abah sangat sakit sekarang..abah tak suka duduk kat hospital tu kan..sabarlah abah..sekejap je..doktor nak rawat abah...abah tak sihat..kalau abah dengar cakap doktor, makan ubat, InsyaAllah abah akan cepat sembuh..man mintak maaf sangat tak dapat nak balik sekarang..man serba salah sangat sebab tak dapat nak temankan abah malam ni kat hospital..man hanya mampu berdoa dari jauh je untuk kesejahteraan abah...abah,sepatlah sembuh..man tak nak tengok abah sakit..man kalau boleh nak tanggung sakit abah tue..man tak daya abah...man sayangkan sangat kat abah..sangat-sangat sayang....man tak tau camane lagi man nak hilangkan rasa gusar, bimbang, resah dan gelisah dengan keadaan abah...Ya Allah, Kau yang memberi sakit dan Kau jugalah yang Maha Menyembuhkan...aku mohon padaMu YaAllah agar Kau sembuhkanlah bapaku...berikanlah dia kesihatan yang baik...berikanlah aku peluang untuk aku terus berbakti kepadanya...aku mohon ruang kepadaMu untuk aku bahagiakan dia..kasihanilah hambaMu ini Ya Allah...hanya Kau tempat aku berlindung dan hanya Kau sahaja tempat aku memohon pertolongan...cukuplah bagiku Ya Allah ada dia dalam hidupku setelah mak pergi..aku tak sanggup lagi Ya Allah...kepada kawan2 ku,hanya satu aku mohon agar kalian dapat sama-sama mendoakan moga ayah aku cepat sembuh...amin...

ku tetap menunggu..

hahaha..jiwang habis kan??sebenarnya aku addicted dengan lagu rossa yang terbaru..nyanyian asal ella dan shah yang bertajuk ku merindu tetapi dinyanyikan dengan melodi yang sama dengan lirik yang agak nakal oleh rossa bertajuk ku menunggu...hari ni dah pekak telinga aku ni dengar lagu ni..sebabnya??ada la seorang ni yang sangat suka dengar lagu ni dan asyik dengar lagu ni je sepanjang hari..hehehe..so jom try nyanyi sama2 k =)


Lirik Lagu Rossa Ku Menunggu



ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu
cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku
reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu
datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu
repeat reff
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu



























Thursday, March 3, 2011

sangat tertekan...

aku sangat tertekan atau dalam bahasa lainnya stressss yang amat sangat..kenapa??ada beberapa perkara yang mengganggu ditambah pelbagai masalah yang ada...serius, kalaulah aku ada duit sekarang, nak je aku lari sekejap ke tempat itu..tempat yang sungguh mendamaikan itu..setiap kali aku pergi ke sana aku rasa amat tenang..hilang sekejap segala masalah yang timbul tapi mungkin ada hikmahnya segala yang terjadi...jujurnya aku perlukan seseorang sekarang untuk aku luahkan segalanya..tapi siapa???erm...tiba-tiba aku rindukan mak..rindukan dia panggil nama aku..rindu untuk bercakap dengan dia..tanya khabar dia...usik dia..buat lawak dengan dia...buat suprise untuk dia...cium pipi dia...makan masakan dia...mak,man terlalu rindukan mak...man tak sanggup nak hadapi semua ni...man tau walau banyak mana pun man menangis mak takkan dapt kembali untuk man...kenapa Allah berikan ujian ini untuk man?kenapa??mak...man rindukan mak...man nak jumpa mak..mak...mak..mak..mak..mak..tolonglh kembali buat mannn....man tak sanggup nak hadapi pemergian mak...........Ya Alah,aku rindukan dia...aku redha atas segalanya namun kuatkanlah hati ini untuk sentiasa bersemangat hadapi hidup ini....sesungguhnya ujianMu buatku ini sangatla  beratnya buat hambaMu yang tidak berdaya ini...


Ku Merintih... Aku Menangis...Ku Meratap....Aku Mengharap...