My Readers

Saturday, December 31, 2011

Doa untuk kedua ibu bapa...

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Friday, December 30, 2011

doakan yang terbaik buat aku...



insyaAllah...aku akan usaha yang terbaik untuk final exam minggu depan...alhamdulillah semangat itu dah kembali...cuma satu aku pinta buat sahabat-sahabat aku..tolong doakan aku supaya terus kuat dan bersemangat agar aku dapat lalui semuanya dengan baik...KeranaMu Ya Allah, aku akan lakukan sebaik mungkin yang aku mampu...untuk arwah abah dan mak, man tahu yang abah ngan mak sentiasa ada kat sisi man kan..dokan man mak, abah...man cuma nak jadi anak yang terbaik dan dapat berbakti buat abah dan mak walau hakikatnya abah dan mak dah tak ada lagi kat dunia ni....tunggu man berjaya satu hari nanti k...amin...

stay up??not so sebab aku memang jenis tido awal..



Thursday, December 29, 2011

Ya Allah, aku perlukan kekuatan untuk melalui semua ini..



Allahuakbar...Allah Maha Besar...aku hanya hambamu yang lemah lagi hina Ya Allah...hanya dengan kudrat dan iradatMu maka aku masih terus berada di atas muka bumi ini...Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku lalui semua dugaan ini..aku tak mampu Ya Allah...bantulah hambaMu ini agar aku dapat tersenyum kembali...peperiksaan akhir sangat hampir..aku takut Ya Allah kalau-kalau aku tersungkur...hanya satu yang aku harapkan...dapat menunaikan hasrat arwah mak dan abah untuk lihat aku berjaya..aku ingin tunaikannya Ya Allah..bantulah aku Ya Allah..hanya Engkau tempat aku berharap dan meminta pertolongan...permudahkanlah segalanya buat aku...berikanlah aku kefahaman sebagaimana yang telah Engkau telah kurniakan kepada para nabi dan rasul..aku tak punya semangat seutuh itu Ya Allah...bantulah aku Ya Allah....

Pemergian abah,,,

Ya Allah, dalam banyak dugaan yang kau hadirkan padaku, dugaan inilah yang aku anggap paling derita buat aku,,,setelah mak pergi meninggalkan aku 2 tahun yang dulu, aku redha Ya Allah...aku sedar bahawa dia bukan milikku..walau besar mana kami menyayanginya ternyata Engkau lebih menyayangi dia Ya Allah...aku tak sangka  dalam aku masih meratap merindukan Mak yang telah abadi di sana, Engkau menjemput abah...Abah pergi dengan keadaan yang sangat baik...sehingga kami adik beradik pun langsung tidak menjangka abah akan pergi secepat ini...aku antara anak yang paling rapat dengan abah,,,terkedu..terduduk aku bila adik bagitau yang abah telah pergi mengikut mak...Ya Allah, sekali lagi Engkau mengujiku dengan mengambil mereka daripadaku...belum sempat aku tunaikan hasrat mak dengan membahagiakan abah, kini abah sudah tiada lagi...kepada siapa lagi harus aku mengadu???tatkala aku kecewa dengan hidup, sedih dengan segala dugaan, mereka adalah penawar buat aku...tapi kali ini??Ya Allah...sekali lagi aku redha dengan segala apa yang telah engkau takdirkan...mana mungkin aku dapat putarkan kembali waktu untuk aku terus berada di sisi abah ketika saat-saat akhirnya...terima kasih Ya Allah kerana Kau berikan peluang kepada aku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir...dapat melihat wajahnya yang sangat tenang dan sentiasa tersenyum sebelum dikebumikan sudah cukup memberi kelegaan buat hati aku...aku terima Ya Allah..jika ini yang terbaik buat aku..Aku mohon Kau berikanlah kebahagiaan buat kedua-dua  mak dan abah  di sana...lepaskanlah mereka dari siksaan kubur..lapangkanlah kubur mereka...berikanlah limpahan syurga al-jannah Mu kepada mereka...masukkanlah mereka ke dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Mu...Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang...30 Jun 2009, mak pergi menghadap Ilahi disusuli 24 Disember 2011, abah dijemput Allah...Al Fatihah buat ibu bapaku Abdul Latip Bin Abdullah dan Faridah Binti Yusof....

Thursday, December 22, 2011

bang,sabarlah dengan dugaan kali ni...

rasanya dah beberapa hari perkara ni berlaku dan sekarang baru aku berkesempatan untuk update...entri kali ni aku tulis khas buat abang sulung aku...aku tak pasti samada dia pernah baca blog aku tak...aku rasa dugaan kali ni sangat berat untk dia hadapi...baru-baru ni rumah dia kena masuk perompak..semua barang-barang kerja dia hilang..barang kerja dia...dia merupakan seorang photographer bebas yang dekat 10 tahun dah aku rasa terlibat dalam bidang ni..tentunya kamera dia yang aku rasa memang sangat mahal dan lain-lain seperti macbook dia yang mana jumlahnya lebih dari RM 35 K..aku sebenarnya tak rapat sangat ngan dia sebagaimana aku rapat dengan adik beradik aku yang lain...dia ni memang baran sikit...kena marah tu dah memang selalu la kan...tapi aku tau yang dia sangat sayangkan adik-adik dia..dia tak pernah tunjuk..yela abang sulung memang macam tu kan...dia adalah tempat aku bergantung harap..kalau aku sesak je mesti dia yang aku tuju untuk mintak bantuan...pendapatan dia semua bergantung kepasa barang-barang dia yang hilang tu...aku memang teramat sedih bila baca status dia kat facebook yang mana rumah dia habis dimasuk perompak...aku memang tak komen pape...sebabnya???aku tak berani...sedih..hiba sangat dengan apa yang terjadi kat dia..aku paham bagaimana seorang yang bergantung kepada semua barang tu untuk dia cari rezeki..tetiba hilang semuanya...dan juga bermakna dia harus bermula dari bawah semula untuk dapatkan semua barang tu yang mana hampir sepuluh tahun dia nak kumpul semua tu...Ya Allah, memang aku tak terkata...aku jugak tak mampu nak buat apa-apa..hanya mampu berdoa moga Allah bukakan jalan penyelesaian untuk segala dugaan ni...moga abang sentiasa tabah dan sabar..



Wednesday, December 21, 2011

WANG KERTAS SIRI BARU

memang menarik kan tengok duit kertas siri baru yang dijangka akan digunakan mulai 2012...teruja aku tengok..cantik dengan macam-macam warna...yang penting duit RM 20 dah ada balik...seingat aku dulu duit RM 20 warna coklat...skarang warna kuning...tak sabar nak kumpul duit-duit yang bermacam-macam colour ni =)



Friday, December 16, 2011

Selamat Datang PM ke UiTM Kedah...

banner_najib


esok merupakan hari yang bersejarah dan memang ditunggu-tunggu oleh semua warga UiTM Kedah bila mana Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan berkunjung ke sini untuk tujuan Majlis Pelancaran MyAgrosis Peringkat Kebangsaan...bulan 10 lepas pun dah dibuat pelancaran yang dirasmikan oleh Datuk Seri Noh Omar...teruja?? tak ada la sangat sebab PM kita ni pun memang ahli parlimen kampung aku so memang dah terbiasa dengan dia la...pape pun Selamat Datang PM!!!

p/s:: sempenan kedatangan beliau banyak pembaharuan yang telah dibuat termasuk pagar dan Padang Kawad...memang cantik dan indah lah UiTM Kedah..hehe

Thursday, December 15, 2011

Salah Jawab Soalan...




tadi aku baru je habis test ethics...camane???memang susah dan macam jawab soalan final exam dah..huhu...so far boleh la jawab semua pastu bila balik sembang ngan housemate tentang satu soalan ni...memang sah sku dah salah jawab...actually memang silap aku pun...ada tambahan notes sikit tentang satu topik ni..aku pun ada salin tapi aku terlupa nak baca sebab notes tu aku letak berasingan..memang sadis kan...sedih betol aku..rasanya ni kali pertama sejak 2 tahun lepas aku salah jawab satu soalan masa test...harap sangat madam azlyn dapat pertimbangkan jawapan yang aku bagi...kalau tak memang habislah aku...hancurlah harapan nak skor untuk paper ni...erm...pape pun menda dah lepas kan..so moral of the story kepilkanlah sekali notes tambahan tu dengan notes yang sedia ada..baru lah lengkap semuanya...=(

Wednesday, December 14, 2011

Jadual Final Exam...

Jadual dah keluar beberapa hari lepas...so ambil masa sikit la nak edit semua balik kan supaya lebih kemas... apa yang aku boleh cakap jadual kali ni ok...memberi masa yang cukup untuk aku study semua paper... dan harap-harapnya boleh skor la kan...doakan aku k =)

p/s: tak boleh nak update panjang-panjang sebab esok ada 2 test..nak kena study..huhu



Sunday, December 11, 2011

Isu Ekspresi Remaja...


aku rasa minggu ni dok kecoh dengan isu ni kan..ramai yang post dekat wall VC melenting dan mengutuk tentang Program Ekspresi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah Kelab Persatuan dia UiTM Shah Alam... tanpa ususl periksa samada gambat tersebut benar atau tidak tetapi terus dikutuk...aku agak bengang jugak la ngan sikap sesetengah manusia ni kan...btw korang baca la ulasan dari bro ni tentang isu ni...

saling berbagi...


entah betol ke tak perkataan aku kata atas tu..gasak lahh...janji aku paham cukup lah...hehehe...saling berbagi?maksudnya bagi aku adalah kita saling memberi antara satu sama lain...best example macam dalam kerja berkumpulan la..kena tolak ansur..saling berbagi...kalau kita tau yang kawan kita tu memang bermasalah nak siapkan bahagian dia, kita sebagai ahli kumpulan perlu berbagi iaitu membantu dia dalam menyiapkan tugasan dia...membantu bukan buatkan untuk dia tapi guide la dia...ajar dia camane patut dia selesaikan menda tu.. kalau ada yang tak puas hati better cakap dengan cara berhikmah dan come out dengan solution...jangan pendam kalau kita seorang yang berkira...sebabnya nanti emosi kita akan jadi tak menentu, nak marah, buat perangai, maki hamun dan macam-macam lagi lah...aku sebenarnya kurang suka dengan sikap ni...walaupun orang tu bodoh macam mana sekali pun kalau kita ajar, guide dia, aku rasa tak ada masalah untuk dia dapat buat kerja dia malah jangan terkejut kalau hasilnya lebih baik dari apa yang kita lakukan...janganlah terkalu berkira sangat..melainkanlah kalau memang dia tu jenis yang pemalas nak mampus kan wajarlah kalau kita nak emo bagai...sebagai satu group, kena sentiasa berbagi antara satu sama lain...and for sure kita akan berjaya!!!

Thursday, December 8, 2011

bukan senang nak jadi ahli akademik...

yup..hari ni membuat aku sangat sedar bahawa bukan mudah sebenarnya nak jadi ahli akademik...walaupun aku bukan pensyarah, tetapi sebagai mahasiswa, proses untuk menghasilkan bahan akademik bukannya mudah...masa diploma dulu aku masih tak terasa sangat susahnya tapi bila dah masuk tahap ijazah ni semuanya harus dititikberatkan...sebabnya??? kita harus fikirkan bagaimana prosesnya satu-satu bahan akademik itu dapat dihasilkan..memakan masa, tenaga dan kesabaran yang amat tinggi...maka sebagai mereka yang baru setahun jagung dalam menghasilkan bahan akademik ni haruslah menghormati setiap karya yang dihasilkan...teguran oleh seorang pensyarah aku hari ini membuat aku terus untuk menghargai setiap karya yang telah dihasilkan...aku juga  membuat kesilapan dalam hal ini dan aku tekad untuk memperbaiki kesilapan tersebut...ikutkan hati dan rasa yang amat serabut ni mahu je aku biarkan ia kekal begitu tetapi apa yang aku dapat???biarlah silap sekarang kerana kesilapan itu adalah pengajaran yang terbaik...aku terima kesilapan itu sebagai satu hal yang dapat mengubah diri aku ke arah yang lebih baik..ya...aku masih belajar dan akan terus belajar untuk menjadi yang terbaik satu hari nanti...

Wednesday, December 7, 2011

tempat ketiga jatuh kepada...........

sebelum ni kan aku ada bagitau pasal yang kami kena masuk pertandingan search talent sempena  mnggu KASA 2011 dan kami bawak lagu Sayonara Daisuki Nahito...hasilnya???nombor tiga beb dari tujuh pserta solo dan berkumpulan yang ambil bahagian dalam pertandingan tu tadi...puas hati???sangat puas hati sebenarnya...sebab kami hanya ada beberapa hari ja praktis...dengan test yang bertimbun dan assigment yang berselerak nak dihantar kami tetap buat yang terbaik...aku memang kagum ngan kawan-kawan aku tadi yang sama-sama menyanyi..korang memang terbaikkk!!!

ni lahh geng aku!!!hehe

Saturday, December 3, 2011

nyanyi lagu jepun..

sempena minggu bahasa yang sedang berlangsung, kami yang mengambil bahasa ketiga dikehendaki untuk memasuki pertandingan yang dianjurkan..antaranya adalah search talent yang mana apa sahaja bakat boleh ditonjolkan..biasanya menggunakan bahasa asing yang dipelajari...aku amek bahasa jepun so haruslah kena buat persembahan lagu jepun kan...practice pun baru skali..tak tau la camne..huhu...dengan test yang berlambak menunggu memang rasa macam nak gila...dah la baru dapat tau pasal ni khamis lepas..selasa depan dah kena bertanding...ape cer???yang penting buat sehabis baik jela...ok!!!

ni lagu yang bakal kami bawak...belasah jelaaa

Friday, December 2, 2011

pernahkan engkau berhenti bertanya?

aku tertarik dengan kata-kata akhir daripada Khairi Jamaluddin ketika mengakhiri ucapan beliau dalam perhimpunan agong UMNO yang sedang berlangsung ketika ini di PWTC...aku just ubah perkataan pemuda kepada anak muda sahaja..jom kita hayati bersama...


Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Rahsia silam bumi yang engkau pijak,
Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,
Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,
Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa
Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,
Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,
Engkau tidak lagi perlu bertanya,
Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,
Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,
Kita akan sama-sama teguh berdiri!

Ayuh anak muda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,
Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,
Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,
Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

Ayuh anak muda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri kerana aku anak muda yang tidak gentar semua,
Berdiri kerana aku anak muda penerus perjuangan bangsa!
Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

Misi Akademik 1 FSPPP bersama Dekan FSPPP...

alhamdulillah...semalam telah berlangsungnya MISI AKADEMIK 1 FSPPP yang mana Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Professor Madya Dr Jasmine Ahmad sendiri telah turun untuk sesi dialog dan ramah mesra bersama semua pelajar FSPPP UiTM Kedah...aku rasa amat berbangga bila berpeluang bersembang dengan beliau secara lebih dekat dan santai...ternyata dia memang seorang yang sangat ramah dan ambil berat dengan semua pelajar di bawah FSPPP...program ni sebenarnya salah satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Dekan sendiri pada Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia yang telah dianjurkan di UiTM Kedah sendiri pada bulan Mei lepas...banyak informasi yang telah diberikan kepada para pelajar...sebenarnya, aku turun lewat sikit smalam sebab ada interview dengan pihak RTM...aku rasa sejam jugak la lewat...rasa rugi sebab terlepas banyak maklumat..huhu...habis je program tu semalam, kami jawatankuasa BASIC yang baru ada buat meeting sikit sempena program pertama yang akan kami anjurkan esok..tak sangka la pulak tengah dok meeting tu Dekan datang jumpa ngan kami semua...kebetulan jugak dia dah nak balik kan...lagi la buat kami semua rasa bangga...ape pun aku harapkan dapat memberi yang terbaik buat BASIC sebagaimana yang telah aku berikan kepada DIPAC dulu...insyaAllah..keep support me k!!!


 pelajar lelaki begitu tekun mendengar ye =)

 Dekan FSPPP, Prof Madya Dr Jasmine Ahmad

 pelajar perempuan kurang tumpuan sikit..hehe

 seorang pelajar BAS, Aishah bertanyakan soalan kepada Dekan

 sis Milan yang hot ni tengah sibuk bertanya soalan =)

 kami meeting sekejap lepas habis perjumpaan bersama Dekan


sempatla berbual dengan beliau sekejap kan =)