My Readers

Friday, December 2, 2011

pernahkan engkau berhenti bertanya?

aku tertarik dengan kata-kata akhir daripada Khairi Jamaluddin ketika mengakhiri ucapan beliau dalam perhimpunan agong UMNO yang sedang berlangsung ketika ini di PWTC...aku just ubah perkataan pemuda kepada anak muda sahaja..jom kita hayati bersama...


Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Rahsia silam bumi yang engkau pijak,
Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,
Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,
Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,
Pernahkah engkau berhenti bertanya,
Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa
Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,
Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,
Engkau tidak lagi perlu bertanya,
Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,
Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,
Kita akan sama-sama teguh berdiri!

Ayuh anak muda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,
Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,
Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,
Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

Ayuh anak muda, Mari kita sama-sama berdiri!
Berdiri kerana aku anak muda yang tidak gentar semua,
Berdiri kerana aku anak muda penerus perjuangan bangsa!
Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

No comments:

Post a Comment