syukur...
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Monday, February 28, 2011
menyesal...
aku paling tak suka perkataan ni...aku selalu katakan pada diri sendiri yang aku seharusnya dan tidak akan pernah menyesal dengan setiap apa yang aku lakukan...tapi aku sedar yang manusia sentiasa melakukan kesilapan...takkan pernah lari dari berbuat kesilapan...ada satu kesilapan yang telah aku lakukan tatkala aku sedar yang memang aku akan menyesalinya..kenapa??sebab perasaan ego yang terlalu tinggi dan jugak mengikut kata hati..aku takkan pernah lupa perkara itu dan aku harapa aku dapat memperbetulkan kesilapan aku tu..Alhamdulillah..sangat bersyukur padaMu YaAllah yang telah membuka pintu hati ini untuk melihat segalanya...kalaulah masa dapat diputarkan kembali..erm.tapi inilah pengalaman..tanpa pengalaman ni mana mungkin aku akan dapat mempelajari semua ni...one day aku akan ceritakan segalanya apa yang aku menyesal tue k...buat masa sekarang aku hanya cuba untuk sedikit demi sedikit memperbetulkan segalanya...
Sunday, February 27, 2011
kerja dan terus bekerja...
erm...orang lain semua sedap dok tidoq tapi aku masih mengadap laptop...banyak menda yang perlu disiapkan...ni aku baru je setel buat research article...nak kena hantar hari ni jugak...nanti nak kena present dalam Regional Conference nanti...di samping tu aku jugak nak kena siapkan assignment HRM yang nak kena hantar 6 mac ni.. untuk assignment premiership dah siap cuma nak p tunjuk kat en.Mujib dulu...tadi pergi HEA untuk semak samada proposal ke Parlimen dan JPM dah lepas ke belum tapi dieorang plak tengah meeting lagi..harap2 lepas la...kelmarin dan semalam(eh bukan ari yang sama kan)..ahhh..lantaklah..semalam dan hari sebelum semalam aku sakit kepala teruk..migrain yang teramatla teruk..huhu...langsung tak leh bangun...hari ni pun aku gagahkan jugak p klas sebab banyak perkara perlu diselesaikan selain ada kUiz PRO tadi...erm...kerja dan terus bekerja k..harap2 sakit kepala ni cepatla sembuh sebab kalau tak, akan tergendala la banyak kerja aku...doakan aku ek kawan2...=)
Saturday, February 26, 2011
lima sekawan...
kembar tak seiras..hehehe
ok..yang sebelah kiri tu adalah farid..eh,kenapa nama lelaki??hahaha..sory gurau2 ja..nama sebenaq dia faridah..sama nama macam arwah mak aku...aku kenal dia masa diploma lagi..memang satu batch...cuma rapat ngan dia sejak dia rapat ngan kembar dia tue..hehehe...yang sebelah kanan tu pulak namanya hasanah...aku panggil dia ni cik penyarah sebab dia ni budak bijak..maklumlah bakal menerima anugerah naib cancelor masa konvokensyen nanti...jangan marah aa cik pensyarah..hehehe..dia ni aku kenal dari semester dua sebab masa semester satu dia dapat anugerah dekan..kenal nama jela..tak pernah besembang ngan dia..masa semester tiga barulah kenal rapat sebab kami terlibat secara langsung dalam satu program..masa tu aku ketua projek dia penolong ketua projek...dia ni memang hebat pun...pendebat terbaik la katakan...aku memang salute lah masa tengok dia kat peringkat akhir debat piala pngarah utim kedah...memang selayaknya trofi itu milik dia..hehehe..dia ni lah yang banyak support aku..bagi kata-kata semangat dekat aku masa aku tengah down...kadang2 dia ni jugak sumber rujukan aku kalau aku ada soalan yang aku tak paham..cik pensyarah la katakan..hoho...aku takkan lupa jasa baik hang sampai bila2 tau...kedua-dua gadis pingitan di atas sudah berpunya...terlepas sudah..hehehe...
barbie doll uitm kedah =)
ni plak adalah fatin hazirah..aku pun tak sangka aku boleh rapat ngan dia sebab sepanjang diploma dulu aku tak pernah berkawan ngan dia..sebab ape?hehehe..biarlah rahsia...dia ni pun kawan rapat cik pensyarah tue..aku tak pernah bersembang ngan dia so aku memang tak tau dia orang yang macam mana..tapi bila dah kenal baru la aku tau dia ni peramah..tak seperti yang aku sangkakan..hehehe...
jejaka idaman malaya...hahaha
sape mamat poyo ni?hahaha...kalau kawan yang satu batch ngan aku masa diploma dulu memang tak kenal dia ni sebab dia dulu DPA UiTM Dungun...pertama kali aku masuk klas semester ni aku tengok mamat ni rapat ngan cik pensyarah, faridah dan fatin..aku pun sangkakan dia ni pakwe si fatin tapi salah rupanya... dia pun masuk lambat gak..tapi lambat cket jela bebanding aku...nama dia marzuki...semua panggil dia aki je...yang nak tergelaknya, habis je klas aku pegi la makan ngan tiga dara pingitan di atas dan jugak akim(member sebilik aku)..tetiba aki kol aku..dia suh aku buat soalan case study nombor 2 HRM sedangkan aku tak tau pape...dalam ati aku, pehal plak dia ni tetiba suh aku buat??hahaha...rupanya aku group dia untuk HRM..lawak tol rasa time tu...dia ni seorang kawan yang baik la...aku respect dengan semangat dan niatnya untuk berubah...manusia mana yang tak pernah buat silap kan??bro,aku sentiasa support ko!!!
aku pun arapkan yang kami berlima akan terus baik sampai habis dgree kat uitm kedah ni...bukan stakat tu je, aku nak kami baik sampai bila2..aku sangat hargai kawan2 aku...tak sabar nak tunggu sapala akan naik pelamin dulu..hehehe..aku rasa mestila yang pompuan dulu sebab dieorang semuanya dah berpunya kan..kami yang laki ni lambat2 pun xpe..stay cool..hehehe...aku nak ucap terima kasi kat korang sebab sentiasa support aku...walau apa pun korang tetap terbaik..aku nak kita berlima berjaya bukan je dalam study tapi dalam hidup masing2 bila dah habis nanti..we are the best!!!!!!!
simbolik persahabatan kami berlima =)
Friday, February 25, 2011
perpisahan ini...
ini kowt liriknya yang dapat menggambarkan apa yang aku rasa buat masa sekarang..sangat sentimental sebenarnya kalau dihayati liriknya...boleh meleleh air mata dibuatnya tau...
Perpisahan Ini – 1st Edition ft Aizat Amdan
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Wednesday, February 23, 2011
tak sabar nak mengundi...
rasa besemangat la pulak nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia kan...baru -baru ni aku dah daftar sebagai pengundi...sebelumnya aku memang risau takut tak dapat mengundi sebab dengarnya tarikh daftar sebagai pengundi dah tutup bulan 12 yang lepas..sangat teruja mengisi borang dan sah untuk bergelar pengundi...hehehe...aku nak rasa sendiri pengalaman pertama sebagai pengundi pada pilihanraya umum yang akan datang...aku tak mahu terlepas untuk sama-sama memilih calon atau pemimpin yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat bagi kawasan aku walaupun sebenarnya aku dah ada pilihan kan...kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih mana-mana calon yang kita rasa layak dan ini memang dah termaktub dalam perlembagaan persekutuan...rugilah kalau kita sebagai rakyat tak jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan...
aku sebenarnya teringin jugak nak jadi wakil rakyat ni..sebabnya???aku sangat suka untuk membantu mereka yang memerlukan..memerlukan bukan sahaja dari segi duit tapi dalam pelbagai aspek yang lain seperti kebajikan, keprihatinan dan juga masalah-masalah yang mereka hadapi..ada la jugak angan-angan nak gantikan Najib untuk parlimen Pekan satu hari nanti..hahaha..tapi aku tahu itu semua hanya angan-angan...cukuplah kan..hehe..bila agaknya tarikh pilihanraya umum ek???itu semua masih menjadi teka teki dan jawapannya hanya ada pada Najib seorang...tak sabar dah ni..cepatlah pilihanraya datang...
cakap pasal pilihanraya ni, UiTM Kedah pun tak terkecuali mengadakan pilihanraya MPP bagi sesi 2011/2012... sekalung tahniah aku ucapkan buat dua calon pilihan aku iaitu Shalik dan Akmal Hijaz kerana berjaya memenagi 2 kerusi untuk fakulti FSPPP...ingat, janji sudah ditabur..amanah sudah diletakkan..maka, jangan sesekali memungkiri janji dan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang telah diberikan..walaupun korang lepas ni adalah ahli MPP tapi kebajikan FSPPP mesti diutamakan kerana koranglah harapan kami...aku rasa aku telah membuat keputusan yang tepat dan sekarang kenjadi kewajipan korang pulak untuk memperjuangkan segala hasrat,harapan dan luahan mahasiswa UiTM Kedah!!!
aku sebenarnya teringin jugak nak jadi wakil rakyat ni..sebabnya???aku sangat suka untuk membantu mereka yang memerlukan..memerlukan bukan sahaja dari segi duit tapi dalam pelbagai aspek yang lain seperti kebajikan, keprihatinan dan juga masalah-masalah yang mereka hadapi..ada la jugak angan-angan nak gantikan Najib untuk parlimen Pekan satu hari nanti..hahaha..tapi aku tahu itu semua hanya angan-angan...cukuplah kan..hehe..bila agaknya tarikh pilihanraya umum ek???itu semua masih menjadi teka teki dan jawapannya hanya ada pada Najib seorang...tak sabar dah ni..cepatlah pilihanraya datang...
aku bakal menggantikan beliau untuk parlimen Pekan..hehehe
kalau tak dengar lagi tak tau la nak cakap apa kan..hehe
buang jauh-jauh..
dalam hidup ni kita memang perlukan teman..teman yang aku maksudkan adalah pasangan...kadang-kadang dia akn menjadi semangat buat kita untuk teruskan perjuangan..dia jugak la yang membuat kita senyum macam orang gila walaupun pada hakikatnya kita jarang sekali berjumpanya..dia lah yang kita banggakan apabila kita bersembang dengan kawan-kawan kita...tapi adakah kita yakin bahawa dia adalah yang terbaik buat kita??? aku menulis dalam keadaan yang agak emosi dan marahkan dia...mungkin apa yang aku anggap tentang dia sekarang hanyalah bersandarkan kepada emosi aku yang tengah marah...yup..memang dulu aku pernah sakiti dia...buat dia menangis dan selalu abaikan dia tapi aku dah sedar kesilapan yang aku lakukan tu..aku cuba untuk memperbetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan...aku cuba menjadi yang terbaik buat dia...aku tak pernah lupakn dia dan sebelum aku tidur aku sentiasa memikirkan bagaimana keadaan dia di sana...ternyata sangkaan aku meleset belaka..betullah kata orang "sekali hati disakiti tak mudah untuk kembali menerima walaupun kata maaf telah diucap"..sekarang ni keadaannya sudah terbalik...aku sedar setiap apa yang ditulis oleh dia ditujukan buat aku...kalau dah tak nak aku ambil peduli, terus terang jela...aku tak marah pun...tak perlu nak sindir aku dengan kata-kata yang sebegitu...aku cuba untuk terus meyakinkan hati ni bahawa dia adalah jodh yang aku mahu...dan bila dah dia berkata "``dulu..xhargai..skrg mncari2" memang sah la ayat itu untuk aku..baik, aku sangat mengerti maksud dia...salah aku ek??? kalau itulah kebenarannya aku akan mula untuk membuang perasaan itu jauh-jauh...maka dengan itu juga aku nak kembali sendiri...apa pendapat kalian???dah letih sebenarnya nak layan benda-benda ni..huhuhu
Sunday, February 20, 2011
dugaan oh dugaan...
erm...serius sekarang memang tengah sangat putus asa...satu dugaan lepas,dugaan lain tiba..dugaan yang tiba tu pulak bukanlah dugaan yang kecil bagi aku...kadang-kadang orang akan cakap kalau kita tak mampu untuk menghadapi dugaan yang kecil, bagaimana mungkin ntuk kita melalui dugaan yang besar..bukan tak pernah aku diduga dengan pelbagai perkara dan aku masih berdiri menghadapinya tetapi kali ni entahla...aku pun sendiri sangat bingung bagaimana nak menghadapi segalanya...kalaulah ada sahabat-sahabat di sisi yang sentiasa bersama aku kan bagus..aku perlukan kalian wahai sahabatku...sangat jauh aku terasa dengan kalian... aku dah mula kembali letih untuk menghadapi segalanya...mahu sahaja aku tidur buat selama-lamanya kalau itulah penyelesaiannya....Ya Allah, berilah hambaMu ini petunjuk..sesungguhnya aku sudah tidak berdaya dengan segalanya...berikanlah kekuatan untuk aku menempuh segala ujianMu ini Ya Allah.......
Saturday, February 19, 2011
Friday, February 18, 2011
jangan malu untuk berubah...
hallooooooo...baru balik dari penang je sebenarnya tadi...dah habis pun interview untuk HR dan PR...agak lega la sebenarnya...tadi jugak sempat tengok moovie SANCTUM...terbaik!!!tu je boleh aku cakap..awalnya agak bosan sebab tak tau langsung yang cerita ni pasal ape tapi at last sangat puas hati...moovie ni mengingatkan aku agar jangan cepat putus asa...yakinlah dengan setiap tindakan yang diambil oleh ayah kita sebab dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita...erm...berbalik kepada tajuk post aku kali ni...kadang-kadang kita malu dengan diri sendiri..kita malu dengan setiap apa yang telah kita lakukan dahulu...yang malangnya lagi jika kita malu untuk berubah demi kebaikan dan masa depan kita...kita malu jika kita berubah, kita akan ditertawakan, diejek dan mungkin juga dimaki sebab mereka beranggapan yang kita tidak layak untuk berubah...dengar ni, jangan malu untuk berubah!!!siapa mereka nak menentukan apa yang terbaik buat kita??adakah dengan dengar cakap mereka kita kan menjadi lebih baik??langsung tidak...dalam Al Quran sendiri menyatakan bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...Surah Ar-Ra’d (ayat 11)..jika kita mempunyai niat untuk berubah, maka mulalah dengan sedikit demi sedikit..tak perlu untuk mengubah secara drastik...cukuplah jika kita tidak mengulangi lagi perbuatan yang telah kita lakukan dahulu...berazamlah untuk tidak sesekali mengulanginya lagi dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama-sama kita...jujurnya,aku sangat bangga dengan perubahan kau...teruskanlah niat yang baik tu...jangan pernah putus asa untuk berubah...kita sama-sama buktikan yang kita boleh berjaya!!!usaha lebih penting berbanding mereka yang bijak tetapi malas...
no matter what happen, never give up!!!
no matter what happen, never give up!!!
Thursday, February 17, 2011
interview....
semakin meningkat minggu,semakin sibuk aku..maklumlah..dgree ni kan susah orang cakap tapi aku kan usaha sebaik mungkin...esok pagi aku ada interview..company yang aku pilih adalah Penang International Airport...aku cuba gabungkan sekali untuk interview tentang Human Resource dan juga Public Relation...aku harap segalanya akan berjalan lancar..sebenarnya, aku sedikit rasa putus asa sekarang...sebabnya? minggu lepas aku mintak pendapat En Samsudin untuk buat interview berkenaan Public Relation dekat Penang International Airport... dia kata ok je...aku bagitau la yang Penang International Airport tak ada department yang betol-betol uruskan tentang Public Relation dan kebiasaannya diletakkan di bawah bahagian operasi...dia kata ok jew...tapi bila tadi aku tanyakan sekali lagi dia kata yang kemungkinan aku tak akan dapat banyak maklumat dan suruh aku cari company lain seperti Hotel Eqtrial..appointment dah pun dibuat pastu dia cakap macam tu pulak..takkan la aku nak batalkan..memalukan lagi ada la..so aku buat keputusan untuk teruskan je interview ni..kalau rasa tak cukup maklumat aku akan cuba untuk berhubung dengan HQ iaitu Malaysian Airport Holding Berhad...aku bukan tak boleh nak interview company lain tapi kena la pikirkan tentang ahli kumpulan aku jugak kan..setuju ke dieorang??aku cuma nak berikan yang terbaik je untuk paper ni...erm...serabut plak rasanya...hadapi jela dulu..pape hal nanti pikir lain la kan....ops,sebelum aku lupa, nak ucapkan tahniah buat junior aku student Diploma Pentadbiran Awam semester 3, Akmal Hijaz yang menjadi salah seorang calon Pilihanraya MPP yang akan berlangsung minggu hadapan...selmat berjaya bro..yakin dengan kemampuan diri sendiri k!!!juga buat calon-calon lain seperti Amirul dan Nazifah...tak lupa jugak calon tunggal BASIC, Shaliq, selamat berjaya semuanya!!!
Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidur Rasul...
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W di hari yang amat berbahagia ini...betapa rindunya kepada Rasulullah S.A.W...terima kasih Ya Allah berikan rasa kerinduan ini...aku rasa sebak sangat sekarang ni... sambil mengalunkan puji-pujian kepada Allah dan kekasihNya, tiba-tiba aku jadi terlalu rindu kepada Rasulullah...alangkah bertuah jika dapat berjumpa walaupun dalam mimpi...Ya Allah, sesungguhNya baginda adalah kekasih teragungMu...Nabi terakhir yang teramat sayang dan kasihkan umat baginda...Akhlak dan peribadi baginda adalah yang terbaik..Role Model bagi seluruh umat islam sehingga akhir zaman...Aku rindu kepadanya Ya Allah...jika dulu ketika di sekolah rendah dan sekolah menengah aku sering terlibat dengan perarakan ketika sambutan maulidur rasul..aku juga terlibat dengan pertandingan syarahan agama sempena maulidur rasul tanpa aku hayati dan mendalami sepenuhnya segenap tujuan dan maksud menyambutnya...tapi kini aku sedar bahawa aku sangat rindukan baginda...betapa baginda telah menunjukkan akhlak yang paling terpuji.. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk aku mengikuti segala sunnah baginda agar aku juga dapat mencintai baginda sebagaimana Engkau kasih dan sayang padanya...Sesungguhnya kasihMu kepada baginda mendahului kemurkaanMu terhadap umat baginda..jangan Engkau biarkan hati ini untuk terus leka dengan segala tipu helah dunia...Ya Rasulullah, umatmu ini amat merindukanmu.....
Monday, February 14, 2011
selamat ulang tahun sayang...
nanti saya bagi kek ni kat awak =)
Saturday, February 12, 2011
terima kasih SMF..
siang tadi baru je habis meeting khas sempena Persidangan Mahasiswa FSPPP bersama Sekreteriat Mahasiswa Fakulti UiTM Shah Alam...alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...moga segalanya akan berjalan lancar hendaknya..kami di kedah sangat menghargai jasa baik rakan-rakan SMF di UiTM Shah Alam kerana sudi datang ke UiTM Kedah untuk berkongsi idea,pendapat dan juga membantu dalam menghasilkan tentatif yang mana akan memberi manfaat buat kami dalam menganjurkan persidangan tu nanti...diharapkan segala penat lelah kita akan berbaloi dengan mencapai objektif untuk menaikkan imej FSPPP agar menjadi sebuah fakulti yang disegani kelak bukan sahaja di peringkat UiTM malah di peringkat universiti seluruh Malaysia...tadi jugak baru berakhir Program Tutor Tutee Siri 1..buat mereka yang hadir sebagai tutee aku tadi diharapkan dapat manfaatnya untuk menghadapi test 1 yang akan datang...aku rasa komitmen aku untuk minggu ni dah selesai..so, sekarang suka atau tak,nak atau tak nak aku kena tumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran..test makin hampir..banyak yang masih aku tak faham..jawapannya?bukaklah buku dan buatlah latihan kan..aku rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam diri ni...rasa ada yang hilang..apa tu???mungkin semangat kot...datanglah kembali wahai semangat.janganlah hilang dan pergi jauh dari aku sebab tanpamu aku hilang arah..hilang tujuan..hanyut..leka dengan permainan dunia..kembalilah wahai semangatku..........
Friday, February 11, 2011
tugasan hari ini...
mowning!!!aku baru je lepas mandi..dari petang sampai malam smalam aku dok buat giler depan laptop layan cerita ONLY YOU..memang best ceritanya walaupun cerita lama kan...lagi pun aku memang minat heroinnya =)..pagi ni rasa pening sangat..mungkin sebab semalam dah melalui hari yang penat...yang penting urusan di HEP,HEA dan Pejabat Kolej aku dah selesaikan...lepas rasanya kerja yang menghantui aku untuk sepanjang minggu ni..hari ni pulak aa satu program yang memang aku suka sangat iaitu Tutor Tutee Siri 1..walaupun aku dah menjadi pelajar BAS tapi aku tetap join program DiPAC yang satu ni..sebabnya??aku suka sangat bekongsi ilmu dengan adik-adik semester 1...bagi aku. tujuan asal program ini iaitu untuk membantu mereka agar lebih memahami dan mendalami subjek PAD 120 agar dieorang dapat skor untuk paper ni sangat perlu disokong...aku pun tidaklah dapat keputusan yang begitu cemerlang untuk subjek ni semasa di semester satu diploma dahulu tapi aku yakin dengan ilmu yang sedikit ini yang aku ada beserta niat yang ikhlas untuk melihat mereka dapat menjawab soalan final exam bagi subjek ni dengan baik membuatkan aku begitu semangat nak join program ni..malam ni jugak tetamu dari Shah Alam akan sampai...aku harap perjalanan mereka baik-baik sahaja dan moga selamat sampai di UiTM Kedah...esok ada meeting khas sempena Persidangan Mahasiswa FSPPP Kali Ke-3 yang mana UiTM Kedah menjadi tuan rumah...aku yang aturkan meeting ni dan aku harapkan sangat semuanya berjalan lancar...hari ni jugak aku kena wat latihan COSTING iaitu salah satu subjek yang aku amek semester ni sebab kemungkinan minggu depan ada TEST..risaunya...huhu...LAW pun nak kena wat nota jugak sebab rabu depan TEST..lagi satu,berkenaan dengan interview bagi paper Human Resource Management dan Public Relation, aku kena jugak daptkan tarikh appointment hari ni...boleh ke aku setelkan semuanya hari ni???erm.....
mood: fenin oh fenin...
tetiba rindukan tempat ni...=(
Thursday, February 10, 2011
sangat letih...
jam dah menunjukkan pukul 0118 tapi aku masih belum tidur...kebiasaannya waktu tidur aku yang paling lewat adalah jam 11 malam tapi sejak aku sambung dgree ni memang aku asyik tidu lewat..sebabnya? aku sangat sibuk menyiapkan pelbagai tugasan berkaitan akademik mahupun bukan akademik...aku baru je lepas hantar email case study yang dah aku siapkan kepada aki nakata...setiap hari di sini adalah hari yang penat buat aku...memang terasa lainnya berbanding diploma dahulu..dengan jadual kelas yang langsung tak efektif..huhu..pernah ditegur oleh pensyarah apabila merungut berkenaan tugasan yang diberikan tapi jawapan yang aku terima adalah"raman,kamu dah pelajar dgree.so, padanlah dengan level kamu sekarang"..aku hanya mampu tersenyum dan mengharapkan yang aku dapat berikan yang terbaik untuk semester ini...cuma satu je yang aku harapkan...moga Allah kurniakan kepada aku kesihatan yang baik,kemudahan untuk memahami apa yang diajarkan oleh pensyarah, kesabarab dalam menempuh sabarang dugaan yang mendatang dan menghindarkan aku dari kelekaan dalam melaksanakan tenggungjawab sebgai hamba,anak,pelajar,sahabat dan juga saudara sesama islam...amin...
Sunday, February 6, 2011
graduan versatile???
bukan semua orang dilahirkan bijak...beruntunglah buat mereka yang di mana sejak kecil lagi sudah bijak dan sesetengah orang gelarkannya 'genius'..kadang-kadang aku juga cemburu dengan mereka ini kerana mereka tidak perlu berusaha kuat untuk capai keputusan yang cemerlang...sekali belajar je mereka dah pandai...aku akui yang aku bukanlah seorang yang bijak...semenjak sekolah sekali pun aku mendapat keputusan yang sederhana sahaja...yang aku tahu, jika nak berjaya dan dapat keputusan yang baik, aku sangat-sangat perlu berusaha kuat..kadang kala aku paksa diri sendiri untuk rajin sebab aku sedar jika aku tak usaha maka aku akan ketinggalan...aku akan usaha selagi terdaya...kalau diberi pilihan nak je aku terus bekerja tanpa memikirkan soal kelayakan tapi hakikatnya hari ini pencapaian akademik menjadi keutamaan...bayangkan jka kita nak mintak sesuatu kerja yang mana jawatannya adalah tinggi,perkara pertama yang akan dilihat adalah pencapaian akademik dan bukannya kemahiran yang ada pada diri kita...nak kata kita mempunyai pengalaman bekerja sememangnya graduan yang baru menghabiskan pengajian tidak mempunyainya...apabila dipersoalkan bahawa graduan hari ini tidak mempunyai pengalaman bekerja dan menjadi salah satu sebab yang menghalang majikan untuk mengambilnya bekerja, maka aku hanya tersenyum...macam mana la nak ada pengalaman sedangkan mereka adalah graduan yang baru tamat belajar..jadi segalanya terletak kepada individu itu sendiri..biarlah pencapaian akademik itu diiringi dengan pelbagai 'skill' yang lain agar kita keluar sebagai graduan yang versatile.. penglibatan dalam aktviti persatuan amat membantu dalam membentuk personaliti yang cemerlang...aku bukanlah seorang yang 'perfect' yang mana mempunyai segala ciri-ciri yang dikendaki oleh industri tetapi perkara itu boleh dibentuk..so, usaha selagi boleh dalam mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan tidak lama lagi..2 tahun je lagi!!!cepatlah masa berlalu......
Saturday, February 5, 2011
indahnya ayat-ayat Allah...
dalam kehidupan yang sementara ni, kita sebagai manusia biasa sering lalai dalam melaksanakan tugas kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini...kadang kala terleka dengan permainan dunia membuatkan kita hanyut sementara dan bila tersentak barulah kita sedar bahawasanya kita telah melakukan dosa...syukurlah kepada Allah kerana setiap kali kita tersedar kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan bertaubat dari segala kejahatan yang telah kita lakukan namun alangkah malang dan hinanya kita jika tidak menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya sehinggalah bila roh telah bercerai dari jasad barulah kita ingin meraung,meratap dan menangis untuk kembali semula ke alam nyata...aku teringat satu perkara bahawasanya Rasulullah telah berpesan kepada umatnya bahawa tiada harta emas atau perak yang ditinggalkan sebagai pusaka tetapi hanya Al-Quran dan As Sunnah yang menjadi panduan untuk hidup kita sampai akhir hayat..jika kita berpegang kepada dua perkara ini nescaya hidup kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat.. alngkah indahnya bila kita melagu dan membacakan ayat-ayat Allah ini...bagi aku, walaupun kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia, tapi bila sekali dapat membaca dan menghayati ayat-ayat Allah ini, hatiku menjadi sangat tenang..segala kerisauan dan kekusutan akan lenyap malah hati ini menjadi semakin rindu untuk sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa...sesungguhnya Dia telah sediakan ubat yang paling mujarab buat hati ini...syukur Ya Allah kerana memberi rasa ini...segala puji bagi Mu yang masih memberiku ruang dan peluang..moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan amalkan..InsyaAllah...
CATATAN 30 JANUARI 2011 0928..
Pada tika ni aku sedang berada di kampong…sampai je pagi jumaat lepas,aku terus ajak fuad ke teluk chempedak..tempat di mana tercipta banyak kenangan yang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila..setiap kali aku balik kuantan,tempat inilah jugak yang akan aku pergi…sekejap pun jadilah…pagi ni aku tengok gambar-gambar kenangan ketika aku di teluk chempedak bersama sahabat-sahabat sekolah teknik dahulu..epen.sara,azarul,mida,kayla,mila dan fifi...serius,aku rindu sangat kat korang…aku tak tau samada korang rasakan perkara yang sama atau tidak tapi aku sentiasa harapkan yang kita dapat berjumpa lagi di teluk chempedak nanti…kita berlapan…aku akan sentiasa tunggu saat-saat itu akan tiba suatu hari nanti…tengok video yang fifi dan zaroll rakamkan…lagi la buat aku senyum,gelak,dan ketawa sorang-sorang…betapa tak matangnya aku ketika tu…macam tak percaya pulak yang itu adalah aku…memang malu la kalau nak tunjukkan kat orang video tue…sangat kelakar…kenangan inilah jugak yang aku akan sentiasa simpan baik-baik sampai bila-bila...kalaulah waktu boleh diputarkan,nak je aku kembali ke saat tu..nak je aku cantumkan balik persahabatan kita yang kian renggang ni…ape pun yang terjadi, aku harapkan kita semua dapat lalui kehidupan ni dengan baik...aku yakin korang adalah yang terbaik..sebagaimana aku bangkit dari kegagalan dan putus asa,aku harapkan korang juga sedemikian rupa…kejarlah setiap apa yang telah kita impikan dulu…moga suatu hari nanti, pertemuan kita akan menceritakan segala detik suka duka yang telah kita harungi…sekarang kita berlapan semuanya telah terpisah…semuanya kerana ilmu…biar di mana kalian sekalipun,doa aku sentiasa bersama kalian…sebagaimana sucinya persahabatan kita dibina, aku harap kita akan tetap bersama..aku akan tunggu dan sentiasa menunggu detik itu akan tiba…
dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi....
Thursday, February 3, 2011
selamat jalan sahabat...
aku nak ucapkan selamat jalan dan selamat berjaya buat sahabat aku, bashah...rasa agak terkilan sebenarnya sebab tak dapat nak jumpa dia kat KLIA...serius, aku memang nak pergi jumpa dia tadi tapi disebabkan kerja aku habis lewat dan dengan cuaca yang hujan kat KL ni, aku tak dapat nak buat apa-apa...bad, gud luck bro...aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab jadi sahabat aku..terima kaseh atas segala pertolongan dan jasa kau kat aku..aku takkan pernah lupa semua tu..bila lagi ko nak balik Malaysia??? dah stay kat Sydney tu jangan lupa aku kat sini...belajar rajin-rajin..moga kita sama-sama dapat capai apa setiap apa yang kita impikan...sekarang pun kau mesti dah ada dalam kapal terbang kan...doakan moga aku jugak dapat terbang ke sana..hehehe..hidup mesti kena ada angan-angan kan...jangan risau, aku akan selalu update kat kau setiap perkembangan kat sini...rasa sedih la pulak kan..hahaha...so,sekali lagi selamat jalan sahabat..selamat menjadi warga Australia!!!
*p/s : jangan lupa souvenir lau balik Malaysia nanti..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)