My Readers

Saturday, February 5, 2011

indahnya ayat-ayat Allah...

dalam kehidupan yang sementara ni, kita sebagai manusia biasa sering lalai dalam melaksanakan tugas kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini...kadang kala terleka dengan permainan dunia membuatkan kita hanyut sementara dan bila tersentak barulah kita sedar bahawasanya kita telah melakukan dosa...syukurlah kepada Allah kerana setiap kali kita tersedar kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan bertaubat dari segala kejahatan yang telah kita lakukan namun alangkah malang dan hinanya kita jika tidak menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya sehinggalah bila roh telah bercerai dari jasad barulah kita ingin meraung,meratap dan menangis untuk kembali semula ke alam nyata...aku teringat satu perkara bahawasanya Rasulullah telah berpesan kepada umatnya bahawa tiada harta emas atau perak yang ditinggalkan sebagai pusaka tetapi hanya Al-Quran dan As Sunnah yang menjadi panduan untuk hidup kita sampai akhir hayat..jika kita berpegang kepada dua perkara ini nescaya hidup kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat.. alngkah indahnya bila kita melagu dan membacakan ayat-ayat Allah ini...bagi aku, walaupun kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia, tapi bila sekali dapat membaca dan menghayati ayat-ayat Allah ini, hatiku menjadi sangat tenang..segala kerisauan dan kekusutan akan lenyap malah hati ini menjadi semakin rindu untuk sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa...sesungguhnya Dia telah sediakan ubat yang paling mujarab buat hati ini...syukur Ya Allah kerana memberi rasa ini...segala puji bagi Mu yang masih memberiku ruang dan peluang..moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan amalkan..InsyaAllah...




No comments:

Post a Comment