Pada tika ni aku sedang berada di kampong…sampai je pagi jumaat lepas,aku terus ajak fuad ke teluk chempedak..tempat di mana tercipta banyak kenangan yang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila..setiap kali aku balik kuantan,tempat inilah jugak yang akan aku pergi…sekejap pun jadilah…pagi ni aku tengok gambar-gambar kenangan ketika aku di teluk chempedak bersama sahabat-sahabat sekolah teknik dahulu..epen.sara,azarul,mida,kayla,mila dan fifi...serius,aku rindu sangat kat korang…aku tak tau samada korang rasakan perkara yang sama atau tidak tapi aku sentiasa harapkan yang kita dapat berjumpa lagi di teluk chempedak nanti…kita berlapan…aku akan sentiasa tunggu saat-saat itu akan tiba suatu hari nanti…tengok video yang fifi dan zaroll rakamkan…lagi la buat aku senyum,gelak,dan ketawa sorang-sorang…betapa tak matangnya aku ketika tu…macam tak percaya pulak yang itu adalah aku…memang malu la kalau nak tunjukkan kat orang video tue…sangat kelakar…kenangan inilah jugak yang aku akan sentiasa simpan baik-baik sampai bila-bila...kalaulah waktu boleh diputarkan,nak je aku kembali ke saat tu..nak je aku cantumkan balik persahabatan kita yang kian renggang ni…ape pun yang terjadi, aku harapkan kita semua dapat lalui kehidupan ni dengan baik...aku yakin korang adalah yang terbaik..sebagaimana aku bangkit dari kegagalan dan putus asa,aku harapkan korang juga sedemikian rupa…kejarlah setiap apa yang telah kita impikan dulu…moga suatu hari nanti, pertemuan kita akan menceritakan segala detik suka duka yang telah kita harungi…sekarang kita berlapan semuanya telah terpisah…semuanya kerana ilmu…biar di mana kalian sekalipun,doa aku sentiasa bersama kalian…sebagaimana sucinya persahabatan kita dibina, aku harap kita akan tetap bersama..aku akan tunggu dan sentiasa menunggu detik itu akan tiba…
dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi....
No comments:
Post a Comment