My Readers

Friday, May 4, 2012

memori sarawak...

inilah gambar-gambar sepanjang aku berada di Sarawak..pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna..bukan hanya bergabung untuk berdiskusi tetapi ukhuwah dan persahabatan yang terjalin membuat aku terus bersemangat untuk kejar segala yang aku inginkan..terima kasih buat semua delegasi yang menjayakan persidangan kali ni dan tentunya buat committee PMFSPPP 5 Sarawak..korang dah buat yang terbaik dan syabas atas penganjuran kali ni!!!




sebelum check in flight ke Kuching
aku dan fahmi...pelapis aku insyaAllah

sempat lagi bergambar kat tangga flight..nasib la orang belakang menunggu..hahha

sampai-sampai je terus cari mee kolok dulu..hehe

sedap gilerrrrr..hahaha


my team!!!


malam perasmian Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 4 UiTM Sarawak

ketua-ketua delegasi mengiring Timbalan Rektor masuk...

sempat berbual bersama Puan Jennifah..pernah mengajar di UiTM Kedah setahun

bergambar kenangan di majlis perasmian

hari kedua sidang pleno pertama dan kedua bermula...

delegasi kedah yang sangat komited =)

sebelum bermula sidang pleno satu...cuak seyhh

ketika berlangsung sidang pleno satu

sedang membentangkan perkembangan resolusi yang telah dipersetujui di persidangan sebelumnya di kedah

barisan perwakilan kedah dan shah alam...

perwakilan kedah sidang pleno 2

apa yang perwwkilan shah alam risaukan ni??

sama jugak dengan sarawak...risau aku..hehehe

diberi peluang menjadi moderator bersama presiden MSK =)

yang panjang tu namanya kuih selorot..sedap tau...

serius...sidang bersama Dekan FSPPP, Prof Madya Dr Jasmine Ahmad

Dekan bersama timbalan dekan...

malam penutupan..mantan naib presiden MSK bersama Naib Presiden MSK yang terkini =)

sempat berdiskusi bersama Sir Awang dari UiTM Sarawak..


bersama exco pengangkutan persidangan =)



MANTAN...naib presiden, presiden dan setiausaha MSK



upacara rebah renyai sebagai tanda menutup persidangan...

ketua delegasi..kenagan ni..

Majlis Sekretariat Konvensyen...

bergambar kenangan..semua delegasi kedah



terbaekkkkkk!!!

bersama YDP MPP dan Setiausaha MPP UiTM Kedah

bersama presiden DiPAC..pojan...


tiga sahabat...moga berkekalan hendaknya...
ketika lawatan ke DUN Sarawak

bersama penasihat BASiC..memang sporting habisss...hehe


naik river taxi...best!!!

petang terakhir lepak di Damai Beach, Santubong..memang cantik tempat ni..

ayam seketul kongsi 3 orang..haha..tapi ni la kenangan...selamat berjaya sahabat!!!

Saturday, April 28, 2012

kembali senyum...

seperti yang aku update sebelum ni, April merupakan bulan yang sangat-sangat sibuk bagi aku...tapi sekarang aku dah boleh kembali senyum...kenapa?sedangkan hari ni masih berada di bulan april??ishh...memangla hari ni hari sabtu..28 april 2012...aku pun tak nyanyuk lagi tapi sekurang-kurangnya april dah nak habis dan Mei menanti..hehe...hati aku sangat lapang sekarang...lega sangat..Ketua Projek untuk Lawatan Ke MOF dan Jabatan Akauntan Negara dah aku tunaikan sebaiknya...begitu jugak Ketua Delegasi untuk Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia di UiTM Sarawak aku dah sempurnakan sebaiknya...alhamdulillah..syukur sangat buat Mu Ya Allah kerana melancarkan segalanya...rasa macam dah lepas beberapa perkara yang sangat besar dan membuat aku rasa gila sekejap untuk bulan ni...cumanya Bulan Mei yang lebih mencabar menanti...rasanya ada satu program lagi yang akan aku ketuai dan aku mesti buat dengan sehabis baik.. The First Colloquium of Social Sciences, FSPPP UiTM Kedah 2012...aku cuba untuk meletakkan imej FSPPP ke arah satu tahap yang  lebih baik dengan semua bantuan committee aku yang aku kira sangat superb komitmen dieorang...terima kasih sangat-sangat dan aku harap kita akan terus dapat bekerjasama sehingga berakhirnya perjalanan program ni pada 19 Mei nanti...aku yakin dengan bantuan mereka semua aku mampu untuk berikan yang terbaik...saat ni aku rasa aku dah betulkan kembali niat aku apabila aku mula-mula melangkah masuk ke UiTM dulu...sesibuk mana pun aku dengan pelbagai program persatuan, akademik harus aku utamakan.. aku mahu cemerang dalam kedua-dua bidang ni dan InsyaAllah aku sedang berusaha sangat kuat untuk mengimbangkan kedua-duanya...moga dipermudahkan segalanya...amin...



Friday, April 27, 2012

jangan risau, kamu tetap jodohku...



jangan risau wahai pemilik tulang rusukku...walau kita berjauhan kamu tetap jodohku..berdoalah moga kita dipertemukan dalam keadaan yang cukup indah buat kita...siapakah dirimu aku  tidak pasti..bagaimana rupa parasmu juga aku tak ketahui...adakah kita pernah bejumpa?aku pun tidak dapat mengiyakan atau menidakkannya..apa yang pasti aku sentiasa menunggu hari itu...Aku tahu Allah dah aturkan yang terbaik buat kita...setiap hari aku sentiasa memohon kepadaNya agar dapat pertemukan aku dengan dirimu...jaga diri kamu baik-baik wahai sang pemilik hatiku...aku berjanji untuk mempersiapkan diri aku sebaiknya sebelum kita bersua...aku harap kamu dapat menerima diri ini seadanya sebagaimana aku dengan hati yang terbuka menerima kamu insyaAllah...Ya Allah, aku bahagia dengan kehidupan yang Kau telah berikan ini...aku bahagia punyai mereka yang sentiasa sayangkan aku,menyokong aku, mendoakan aku, percaya dan yakin dengan aku malah sentiasa seiring dengan aku tatkala aku senang atau susah..tiada yang perlu aku gusarkan lagi Ya Allah...jika dulu aku sibuk untuk mencari cinta manusia biarlah kini aku serahkan cinta itu hanya padaMu Ya Allah kerna Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini...Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini..sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu...jangan biarkan aku terus hanyut memikirkan perkara yang belum pasti menjadi milikku...berikan aku kekuatan untuk aku langsaikan sebaiknya tugasku di atas dunia ini...cukuplah Engkau bagiku Ya Allah...duhai sahabat, aku akan bersatu dengan jodohku tapi bila dan dengan siapa itu soalan yang tak mampu aku jawab kerana ianya masih menjadi rahsia Allah... sampai masa dan tikanya, dengan lafaz bismillah aku akan khabarkan kepada semua..itu pasti =)


saya suka sarawak =)

tak habis lagi ke cerita pasal sarawak??aku jawab tak!!hahaha...sebabnya tadi aku cerita sepanjang persidangan berlangsung kat sana tapi kali ni aku nak cerita tentang apa yang aku rasa tentang sarawak...sebenarnya aku dah lama suka dengan sarawak...teringin nak pergi sarawak cumanya aku ingat mungkin akan tercapai lambat lagi rupa-rupanya sebelum habis belajar lagi aku dah dapat pergi...hehehe..bagi aku sarawak ni sangat indah dengan budaya dan bahasanya yang unik...memang tergamam la bila tengok tarian yang sungguh lemah gemalai semasa malam perasmian...penuh dengan lemah lembut...bila bersembang pulak dengan orang sarawak memang semuanya sangat lemah lembut..kalau boleh dieorang cuba untuk keluarkan perkataan yang takkan buat kita tersinggung...penuh adab..makanan dia pun sama..sekali aku makan terus suka...umai, ayam pansoh, mee kolok, laksa sarawak, kuih selorot...sekali lagi saya suka sarawak dan orangnya..hehe.. kedatangan aku kali ni pun atas urusan kerja so memang tak dapatlah nak melancong lebih-lebih kan.. tapi insyaAllah satu hari nanti aku akan kembali ke sarawak khas untuk melancong..sape nak ikut?? =)


kaya dengan pelbagai budaya

yang ni tak sempat nak pergi lagi 

DUN Sarawak..memang sangat cantik!!!

laksa sarawak =)

pelbagai pilihan kek lapis sarawak...

mee kolok yang walahhh

yang ni pun sedap..umai ikan =)



Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke-4 UiTM Sarawak...


Alhamdulillah...rabu lepas aku dah selamat kembali pulang dari  Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 4 yang mana tuan rumah pada kali ini adalah UiTM Samarahan, Sarawak...syukur sangat sebab segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya aku agak risau akan beberapa perkara...penganjuran pada kalai ini ternayata memberi dimensi yang baru untuk aku...penyertaan buat kali pertama oleh UiTM Kelantan memang tidak menghampakan..cumanya aku agak kecewa apabila sahabat FSPPP UiTM Terengganu tidak menghadirkan diri pada kali ini..asasnya persidangan ini diwujudkan adalah untuk mengumpulkan barisan kepimpinan tertinggi semua persatuan di bawah FSPPP seluruh Malaysia untuk bersama berhimpun, berdiskusi, memikirkan dan menghasilkan resolusi untuk menaikkan nama FSPPP ke arah yang lebih disegani...walau apa pun, persidangan harus diteruskan kerana kita harus terus bergerak pantas memastikan segala yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya...sedikit ulasan berkenaan empat sidang pleno yang telah dijalankan...pada sidang pleno pertama merupakan ruang yang terbaik untuk Majlis Sekretariat Konvensyen (MSK) untuk membincangkan kembali segala perkembangan resolusi yang telah dipersetujui bersama ketika PMFSPPP Kali Ke 3 di UiTM Kedah tahun lepas..semua 9 resolusi telah diberikan penjelasan sebaiknya oleh ahli MSK mahu pun wakil dari setiap delegasi yang terlibat..yang menariknya, aku seakan 'blur' bila nama aku dipanggil untuk menyampaikan perkembangan resolusi terakhir berkaitan perjanjian MOU bersama universiti luar...sebabnya??haha...sebenarnya aku tak berapa dengar bila muaz panggil...keduanya, mungkin terlalu khusyuk sangat berbincang dengan azhar berkenaan resolusi sebelumnya...rasa macam pelik bila yusaleha yang merupakan wakil dari UiTM Sabah memandang aku dan semua yang ada jugak memerhatikan aku..hahaha...memang lawak betul keadaan masa tu...nasib baik aku tak terus 'blur' dan kembali fokus...hehe..secara keseluruhannya, 8 resolusi  telah berjaya dilaksanakan dan hanya satu yang terpaksa dibawa ke sidang pleno 3 untuk medapatkan penjelasan Dekan berkenaan perjanjian dengan GLCs dan agensi kerajaan untuk membantu pelajar yang akan membuat praktikal training...beralih ke sidang pleno 2 yang mana membincangkan resolusi baru dan aktiviti bersama yang memerlukan perbincangan dan mendapat konsensus bersama untuk dibawa ke hadapan Dekan untuk sidang pleno berikutnya...jujurnya resolusi-resolusi yang dibentangkan pada kali ini agak kurang menyengat berbanding persidangan sebelumnya.. banyak yang dibincangkan adalah untuk mendapatkan penjelasan dan perhatian Dekan...mungkin ada di antara delegasi yang masih kurang faham apa yang dimaksudkan dengan resolusi...banyak isu dalaman yang dibawa dan sememangnya hal tersebut tidak mempunyai mekanisme penyelesaian melainkan hanya dengan jawapan dari Dekan sendiri...apa pun syabas untuk semua perwakilan sebab berani menyuarakan idea, pendapat, komen mahupun pandangan mengenai sesuatu isu atau resolusi yang dibincangkan...akhirnya, hanya empat resolusi sahaja yang bersetuju untuk dibentangkan di hadapan Dekan dan yang selebihnya adalah untuk mendapatkan penjelasan sahaja...antaranya adalah penyertaan sekurang-kurangnya 2 orang wakil dari setiap kampus untuk menyertai Regional Conference on Art of Management and Social Science (ReCAMSS) yang dianjurkan oleh UiTM Kedah, penyeragaman tarikh dan sistem pilihanraya untuk semua persatuan di bawah FSPPP, Internship Program bagi kursus ADS 654 : Policy Analysis dan PAD 380: Current Affairs in South East Asia dan yang terakhir mewujudkan Anugerah Inspirasi FSPPP...untuk sidang pleno 3 bersama Dekan FSPPP, Prof Madya Dr Jasmine Ahmad, semua resolusi telah dibentangkan sebaiknya yang diketuai oleh Ketua Persidangan, Amir Jamaludin dan diikuti oleh Ketua Delegasi bagi setiap kampus lain...walaupun agak kelam kabut tapi syukur semuanya berjalan lancar.. dua daripada empat resolusi telah diterima oleh Dekan untuk dilaksanakan iaitu berkaitan ReCAMSS dan Anugerah Inspirasi FSPPP manakala dua lagi perlu diperhalusi atas beberapa sebab...bermakna tugas yang dipikul untuk ahli MSK yang baru tidaklah terlalu berat kan...bagi sidang pleno terakhir sebelum majlis penutupan, setiap kampus membentangkan aktiviti yang telah dilakukan untuk tujuan perkongsian maklumat dan aku rasa semuanya berjalan dengan lancar...buat pertama kalinya aku diberi peluang untuk menjadi moderator bagi sidang pleno ni...sebelum ni, mahasiswa memang tak diberikan hak untuk menjadi moderator atas faktor takut 'bias' akan berlaku tapi alhamdulillah aku rasa aku dah buat yang terbaik dan aku jugak tak 'bias' kepada mana-mana pihak..malamnya berlangsung majlis penutupan...sekali lagi aku dan rakan-rakan MSK rasa amat dihargai apabila mendapat Sijil Penghargaan oleh Dekan...insyaAllah akan terus berbakti untuk MSK dan FSPPP...masih tak percaya yang dah setahun kami pegang jawatan dalam MSK...rasanya macam baru sekejap je kami dilantik...malam tu jugak aku diheret ke atas pentas untuk sama-sama menari (memang lawak sangat aku rasa sebab aku memang tak pandai menari..haha)...memang sangat enjoy sebab dieorang semua sangat sporting termasuklah Dekan dan Timbalan Dekan...tabik spring lahhh!!! esoknya kami dibawa melawat DUN Sarawak..sempat jugak selepas tu singgah di Kek Lapis Dayang Salhah, beli ikan terubuk masin jugak dan sedikit cenderamata buat insan tersayang...malam terakhir ada BBQ di Seri Santubong Guest House tapi sebelum tu sempat lepak dekat pantai di Damai Central..memang puas hati...kesempatan yang ada aku gunakan sebaiknya untuk berkongsi cerita dengan kawan baik yang merupakan bekas presiden aku masa diploma dulu dan bekas presiden MSK jugak..hehe..yela, bukan selalu dapat jumpa kan...lepas ni masing-masing dah bawa haluan...sama jugak dengan Amir Jamaludin.. banyak la  perkara yang dapat dikongsi...sedikit sebanyak memang memberi motivasi buat aku untuk terus usaha dapatkan yang terbaik untuk segala yang aku impikan...untuk korang berdua muaz dan jugak amir, jangan lupakan aku bila dah berjaya...yang penting kawen nanti jangan lupa jemput..aku sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan sahabat2 aku...moga kita sama-sama dapat capai segala impian masing-masing kan..ada masa dan ruang aku harap kita dapat berjumpa lagi sebab banyak lagi cerita yang aku nak kongsi..hehe... pengalaman sepanjang berada di Sarawak merupakan kenangan yang sangat bermakna buat aku.. insyaAllah akan aku lipat dan simpan elok-elok untuk aku ceritakan pada generasi akan datang kelak =)

*ps: gambar -gambar tak dapat nak upload lagi..masih menunggu..huhu..nanti aku upload k =)

Monday, April 9, 2012

siapkan assignment!!!


ni yang aku nak marah...makan sudah (siap maggi goreng mamak lagi), bagi makan ikan sudah, susu segelas dah minum, articles semua dah ada..asal malas sangat nak siapkan assignment ni???hadoiii...mau lingkup kalau kau tak disiplin dengan jadual harian..nak tunggu mood datang? tak perlu sebab aku tau sampai ke sudah pun mood tu takkan datang...semangat tak ade la..tak ada? niat tu kena betulkan dulu..apa tujuan ko masuk universiti?nak bersuka ria habiskan masa yang terluang?atau pun ko  saje nak menunjuk kat orang yang ko jugak mampu masuk universiti...tolonglah!!tolong buang perasaan tu sekarang kalau ko ada niat macam tu... ko kena ingat yang ko bukan orang senang..terlalu banyak harapan dan amanah yang tergantung dekat bahu ko untuk ko pikul...dulu ko dah gagal takkan kali ni pun ko nak gagal lagi?lawan sikap malas ko tu.. rasa malas je ingat wajah orang-orang yang sangat sayangkan ko..walaupun diorang tak ada lagi atas dunia ni, dieorang sentiasa perhatikan ko...nak ke ko buat dieorang menangis dengan sekali lagi kegagalan akibat kebodohan diri ko sendiri?tak nak kan?apa tunggu lagi, pi la siapkan assignment dan segala kerja yang ko WAJIB siapkan... ko anak yang baik kan..

Sunday, April 8, 2012

review 7 petala cinta...



actually aku baru lepas tengok 7 petala cinta..sebuah filem berunsur cinta islamik yang mana digarap dengan penuh emosi..cewahhhh..haha...yup, secara keseluruhannya aku sukakan filem ni..rasanya filem cinta islamik kedua yang aku sangat suka selepas ayat-ayat cinta...juga yang pertama filem cintak berunsur islamik di  Malaysia yang aku boleh puji kerana penceritaannya yang sangat menarik..aku pun tak dapat nak duga sebenarnya apa yang terjadi di akhirnya...berlatarbelakangkan perkampungan yang sangat indah, bahasa yang sangat puitis, pelakon yang memainkan watak dengan cukup baik dan jalan ceritanya yang tidak meleret aku sarankan untuk korang tonton filem ni...apa yang aku boleh simpulkan jodoh adalah milik Allah...walau sedalam mana kita cintakan seseorang, jika dia bukan ditakdirkan untuk kita, mana mungkin kita akan memilikinya...semua yang berlaku adalah mainan takdir...kita adalah pelakonnya...layakkah kita untuk berasa lebih arif tentang cinta daripada Allah yang telah menitipkan cinta di antara dua insan...di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta =)

memang suka dengan lakonan dia dalam filem ni...