My Readers

Friday, April 27, 2012

Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke-4 UiTM Sarawak...


Alhamdulillah...rabu lepas aku dah selamat kembali pulang dari  Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 4 yang mana tuan rumah pada kali ini adalah UiTM Samarahan, Sarawak...syukur sangat sebab segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya aku agak risau akan beberapa perkara...penganjuran pada kalai ini ternayata memberi dimensi yang baru untuk aku...penyertaan buat kali pertama oleh UiTM Kelantan memang tidak menghampakan..cumanya aku agak kecewa apabila sahabat FSPPP UiTM Terengganu tidak menghadirkan diri pada kali ini..asasnya persidangan ini diwujudkan adalah untuk mengumpulkan barisan kepimpinan tertinggi semua persatuan di bawah FSPPP seluruh Malaysia untuk bersama berhimpun, berdiskusi, memikirkan dan menghasilkan resolusi untuk menaikkan nama FSPPP ke arah yang lebih disegani...walau apa pun, persidangan harus diteruskan kerana kita harus terus bergerak pantas memastikan segala yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya...sedikit ulasan berkenaan empat sidang pleno yang telah dijalankan...pada sidang pleno pertama merupakan ruang yang terbaik untuk Majlis Sekretariat Konvensyen (MSK) untuk membincangkan kembali segala perkembangan resolusi yang telah dipersetujui bersama ketika PMFSPPP Kali Ke 3 di UiTM Kedah tahun lepas..semua 9 resolusi telah diberikan penjelasan sebaiknya oleh ahli MSK mahu pun wakil dari setiap delegasi yang terlibat..yang menariknya, aku seakan 'blur' bila nama aku dipanggil untuk menyampaikan perkembangan resolusi terakhir berkaitan perjanjian MOU bersama universiti luar...sebabnya??haha...sebenarnya aku tak berapa dengar bila muaz panggil...keduanya, mungkin terlalu khusyuk sangat berbincang dengan azhar berkenaan resolusi sebelumnya...rasa macam pelik bila yusaleha yang merupakan wakil dari UiTM Sabah memandang aku dan semua yang ada jugak memerhatikan aku..hahaha...memang lawak betul keadaan masa tu...nasib baik aku tak terus 'blur' dan kembali fokus...hehe..secara keseluruhannya, 8 resolusi  telah berjaya dilaksanakan dan hanya satu yang terpaksa dibawa ke sidang pleno 3 untuk medapatkan penjelasan Dekan berkenaan perjanjian dengan GLCs dan agensi kerajaan untuk membantu pelajar yang akan membuat praktikal training...beralih ke sidang pleno 2 yang mana membincangkan resolusi baru dan aktiviti bersama yang memerlukan perbincangan dan mendapat konsensus bersama untuk dibawa ke hadapan Dekan untuk sidang pleno berikutnya...jujurnya resolusi-resolusi yang dibentangkan pada kali ini agak kurang menyengat berbanding persidangan sebelumnya.. banyak yang dibincangkan adalah untuk mendapatkan penjelasan dan perhatian Dekan...mungkin ada di antara delegasi yang masih kurang faham apa yang dimaksudkan dengan resolusi...banyak isu dalaman yang dibawa dan sememangnya hal tersebut tidak mempunyai mekanisme penyelesaian melainkan hanya dengan jawapan dari Dekan sendiri...apa pun syabas untuk semua perwakilan sebab berani menyuarakan idea, pendapat, komen mahupun pandangan mengenai sesuatu isu atau resolusi yang dibincangkan...akhirnya, hanya empat resolusi sahaja yang bersetuju untuk dibentangkan di hadapan Dekan dan yang selebihnya adalah untuk mendapatkan penjelasan sahaja...antaranya adalah penyertaan sekurang-kurangnya 2 orang wakil dari setiap kampus untuk menyertai Regional Conference on Art of Management and Social Science (ReCAMSS) yang dianjurkan oleh UiTM Kedah, penyeragaman tarikh dan sistem pilihanraya untuk semua persatuan di bawah FSPPP, Internship Program bagi kursus ADS 654 : Policy Analysis dan PAD 380: Current Affairs in South East Asia dan yang terakhir mewujudkan Anugerah Inspirasi FSPPP...untuk sidang pleno 3 bersama Dekan FSPPP, Prof Madya Dr Jasmine Ahmad, semua resolusi telah dibentangkan sebaiknya yang diketuai oleh Ketua Persidangan, Amir Jamaludin dan diikuti oleh Ketua Delegasi bagi setiap kampus lain...walaupun agak kelam kabut tapi syukur semuanya berjalan lancar.. dua daripada empat resolusi telah diterima oleh Dekan untuk dilaksanakan iaitu berkaitan ReCAMSS dan Anugerah Inspirasi FSPPP manakala dua lagi perlu diperhalusi atas beberapa sebab...bermakna tugas yang dipikul untuk ahli MSK yang baru tidaklah terlalu berat kan...bagi sidang pleno terakhir sebelum majlis penutupan, setiap kampus membentangkan aktiviti yang telah dilakukan untuk tujuan perkongsian maklumat dan aku rasa semuanya berjalan dengan lancar...buat pertama kalinya aku diberi peluang untuk menjadi moderator bagi sidang pleno ni...sebelum ni, mahasiswa memang tak diberikan hak untuk menjadi moderator atas faktor takut 'bias' akan berlaku tapi alhamdulillah aku rasa aku dah buat yang terbaik dan aku jugak tak 'bias' kepada mana-mana pihak..malamnya berlangsung majlis penutupan...sekali lagi aku dan rakan-rakan MSK rasa amat dihargai apabila mendapat Sijil Penghargaan oleh Dekan...insyaAllah akan terus berbakti untuk MSK dan FSPPP...masih tak percaya yang dah setahun kami pegang jawatan dalam MSK...rasanya macam baru sekejap je kami dilantik...malam tu jugak aku diheret ke atas pentas untuk sama-sama menari (memang lawak sangat aku rasa sebab aku memang tak pandai menari..haha)...memang sangat enjoy sebab dieorang semua sangat sporting termasuklah Dekan dan Timbalan Dekan...tabik spring lahhh!!! esoknya kami dibawa melawat DUN Sarawak..sempat jugak selepas tu singgah di Kek Lapis Dayang Salhah, beli ikan terubuk masin jugak dan sedikit cenderamata buat insan tersayang...malam terakhir ada BBQ di Seri Santubong Guest House tapi sebelum tu sempat lepak dekat pantai di Damai Central..memang puas hati...kesempatan yang ada aku gunakan sebaiknya untuk berkongsi cerita dengan kawan baik yang merupakan bekas presiden aku masa diploma dulu dan bekas presiden MSK jugak..hehe..yela, bukan selalu dapat jumpa kan...lepas ni masing-masing dah bawa haluan...sama jugak dengan Amir Jamaludin.. banyak la  perkara yang dapat dikongsi...sedikit sebanyak memang memberi motivasi buat aku untuk terus usaha dapatkan yang terbaik untuk segala yang aku impikan...untuk korang berdua muaz dan jugak amir, jangan lupakan aku bila dah berjaya...yang penting kawen nanti jangan lupa jemput..aku sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan sahabat2 aku...moga kita sama-sama dapat capai segala impian masing-masing kan..ada masa dan ruang aku harap kita dapat berjumpa lagi sebab banyak lagi cerita yang aku nak kongsi..hehe... pengalaman sepanjang berada di Sarawak merupakan kenangan yang sangat bermakna buat aku.. insyaAllah akan aku lipat dan simpan elok-elok untuk aku ceritakan pada generasi akan datang kelak =)

*ps: gambar -gambar tak dapat nak upload lagi..masih menunggu..huhu..nanti aku upload k =)

No comments:

Post a Comment