tak habis lagi ke cerita pasal sarawak??aku jawab tak!!hahaha...sebabnya tadi aku cerita sepanjang persidangan berlangsung kat sana tapi kali ni aku nak cerita tentang apa yang aku rasa tentang sarawak...sebenarnya aku dah lama suka dengan sarawak...teringin nak pergi sarawak cumanya aku ingat mungkin akan tercapai lambat lagi rupa-rupanya sebelum habis belajar lagi aku dah dapat pergi...hehehe..bagi aku sarawak ni sangat indah dengan budaya dan bahasanya yang unik...memang tergamam la bila tengok tarian yang sungguh lemah gemalai semasa malam perasmian...penuh dengan lemah lembut...bila bersembang pulak dengan orang sarawak memang semuanya sangat lemah lembut..kalau boleh dieorang cuba untuk keluarkan perkataan yang takkan buat kita tersinggung...penuh adab..makanan dia pun sama..sekali aku makan terus suka...umai, ayam pansoh, mee kolok, laksa sarawak, kuih selorot...sekali lagi saya suka sarawak dan orangnya..hehe.. kedatangan aku kali ni pun atas urusan kerja so memang tak dapatlah nak melancong lebih-lebih kan.. tapi insyaAllah satu hari nanti aku akan kembali ke sarawak khas untuk melancong..sape nak ikut?? =)
kaya dengan pelbagai budaya
yang ni tak sempat nak pergi lagi
DUN Sarawak..memang sangat cantik!!!
laksa sarawak =)
pelbagai pilihan kek lapis sarawak...
mee kolok yang walahhh
yang ni pun sedap..umai ikan =)
No comments:
Post a Comment