macam biasa la bila final exam dah habis kan...semuanya sibuk nak balik ke rumah masing-masing... aku rasa aku la yang balik paling awal..hehe...sebabnya?ada urusan penting yang perlu diselesaikan sebelum aku kembali semula ke merbok hari ni...giler ke ape dah balik rumah balik universiti semula kan?haha..tak gila lah sebab masih ada beberapa urusan yang perlu aku selesaikan...tanggungjawab dan amanah yang diberi harus aku pikul sebaiknya sebab di situlah letaknya kejujuran dan kepercayaan orang terhadap kita..betul tak?balik je merbok ni beberapa orang kawan aku dah balik...tinggal la bertiga lagi..so petang tadi adalah sesi menghabiskan semua makanan yang ada..sambil sembang-sembang ..buat nasi goreng...pastu goreng keropok..ada plak roti..buat sandwich telur dengan mayonis..ada milo panas bersama ketulan ais..maka lengkaplah hidangan petang kami..hehe...aku rasa memang ni aktiviti wajib setiap kali hujung semester kan?tak tau korang camane kan... ops, terlupa nak cerita tentang sahabat baik aku yang dah pulang semula ke Sydney sabtu lepas... beberapa hari sebelum tu sempat la keluar minum-minum ngan dia kan..nak ajak makan nasi goreng ni dia bukan nak.; maklumlah orang Aussie la katakan..hehe..kami lepak skali ngan geng-geng serumah masa diploma dulu la...walaupun sekejap tapi cukup lah kan...ada masa dan kesempatan kita jumpa lagi...tahun depan lah kowt baru nak dapat jumpa dia lagi..pape pun cuti sudah bermula..bagi yang bekerja, selamat bekerja kawan-kawan...yang tak ada kerja, jangan duduk saje kat rumah tu..tolonglah mana yang patut kan..hargai masa terluang untuk rapatkan kasih sayang antara keluarga...jadual aku pun dah penuh rasanya untuk cuti ni...macam-macam menda nak buat...lagipun ada 6 minggu je.. aku aku gunakan sepenuhnya waktu cuti yang ada..hehe..hingga ketemu lagi sahabat! =)
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Tuesday, January 24, 2012
Friday, January 20, 2012
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Dengan Kepujian..apa tu???
ramai yang dok tanya aku apa sebenarnya yang tengah aku belajar sekarang...memang bermacam jawapan yang aku bagi tapi ada sesetengahnya masih tak paham so baca ni ek yang aku amek dari laman web UiTM..baca dan pahamkan k..=)
Programme Information
The Bachelor of Asministrative Science (Honours), acronym BAS (Hons), is a 3 year programme which prepares graduates for employment in the public and private sectors. The programme is a creative and unique blend of the knowledge and skills needed to thrive in these sectors. Strategic management, people management and technology management underpin the programme. With a multidiciplinary focus, administration bias and a global orientation, the programme provides the students with a healty mix of knowledge base that is a sine qua non for employment in the new millennium. The students can further deepen their knowledge and hone their skills by choosing from a range of elective to match their own preference and career plans.
The programme is offered in the Shah Alam, Sarawak, Sabah, Melaka and Kedah.
Entry Requirements
STPM with a minimum of 3 principals passes including in General Paper. Preference will be given to candidates who have attained the said requirement on one sitting AND credits in English and Methematics or Economics or Principles of Accounting in SPM / SPMV.
OR
A Diploma from UiTM in Public Administration, Business Studies, Accounting and Banking with a CGPA of at least 2.50 or equivalent (exemption mat be granted for the 1st year of the programme).
OR
A Diploma from any local public university or from any accredited private colleges in Public Administration, Business Studies, Law, Accounting and Banking with CGPA of 3.00 or better.
uitm sentiasa si hatiku =)
Wednesday, January 18, 2012
ada apa dengan CINTA???
CINTA...adakah ianya hanya sebuah nama?frasa?rasa? dan apa kita faham tentang cinta? bagi aku cinta terlalu banyak pengertiaannya..terpulang kepada diri kita sendiri untuk melihatnya...cinta merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai..Dia bagi kita rasa kasih dan sayang itu untuk kita sedar bahawa Allah Maha Menyayangi... dengan cinta, kita dapat mengenal Sang Penciptanya...adanya cinta, lahirlah kita atas dunia ini melihat dunia merasa untuk dikasihi dan disayangi dan hidup sebagai seorang yang amat pengasih...tanpa cinta, mana mungkin kita mampu untuk bercita-cita menggapai impian yang indah hanya untuk mereka yang kita cinta...ramai yang tidak mempercayai cinta...salah siapa??mungkin ada di antara kita yang meletakkan cinta di suatu tempat yang kotor lagi hina sedangkan cinta itu harus dijaga kesuciannya dan sentiasa dijulang agar tidak tercalar harganya... tak salah untuk kamu bercinta kerna memang itu fitrah manusia...nikmatilah ia dengan cara yang betul sebab asalnya ia sebuah yang sangat indah, bersih dan amat tulus pengertiannya...ada orang kata cinta ni boleh dibeli..ya, aku tidak menafikan bahawa sekarang cinta memang boleh dibeli..hakikatnya, kalau kau ada harta dan duit yang banyak semua orang akan suka untuk dekat dengan kau...tapi harus diingat bahawa cinta boleh dibeli tetapi kebahagiaan bukan sesuatu yang boleh dibeli.. harta, pangkat dan kecantikan yang ada pada diri akan hilang satu hari nanti..tetapi sebuah rasa cinta yang ikhlas walaupun dihina dan dimaki akan terus tetap mekar menikmati hari-hari yang indah sampai bila-bila.. jika dengan Dia, ekspresikanlah cinta itu dengan taat dengan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya...bila dengan keluarga, jangan pernah ada rasa curiga kerna cinta mereka adalah cinta yang sesungguhnya buat kita...ssat kita marah, sedih dan kecewa dengan mereka ingatlah bahawa hanya mereka yang tetap ada di sisi dalam setiap ketika dan keadaan...buat sahabat, cinta akan persahabatan kita takkan mungkin akan dilupakan malah aku harapkan moga ia terus ketat diikat dengan ikatan 'simpul mati' kerna aku tak mampu untuk hidup berseorangan tanpa sahabat...buat kamu yang aku cinta, harapnya cinta kita akan kekal dan jika memang kamu yang telah dituliskan untukku, maka aku harapkan perhubungan kita akan diakhiri dengan pernikahan... kena ingat bahawa ajal, maut,jodoh dan pertemuan semuanya takdir Allah...sebaik baik perancangan kita, perancangan Allah jua adalah yang terbaik...aku harapkan kasihku kepadaMu tidak melebihi kasihku kepadaNya...insyaAllah...
Sunday, January 15, 2012
anwar sokong SUDOMI???
terkejut sangat bila tengok video ni..nilaikanlah sendiri ek...nak kena study coz lusa exam nanti sembang lain pasal ni =)
Dia ingin mengajar aku sesuatu...
ya..baru aku tersedar di sebalik segala kesedihan yang menyelubungi aku, Dia ingin mengajar aku sesuatu..sesuatu yang tak mungkin aku dapat jika aku tidak benar-benar pasrah dan redha...Benar, Dia takkan menguji sesuatu ke atas hambaNya jika Dia rasa hambaNya itu tak mampu untuk memikulnya...aku hanya perlu terima segalanya dengan sabar...mungkin ini yang terbaik buat aku...sesungguhnya pelajaran ini amat bermakna buat aku...yang berlalu tak pernah akan kembali..sedalam mana pun hasrat kita untuk cuba kembali ke masa lalu, ianya takkan pernah berlaku...pahit dan manis apa yang telah kita alami hanya akan menjadi cebisan kenangan untuk kita himpun dan bukukan...teruskan optimis dengan apa yang bakal kita lalui..jangan kerana masa lalu, kita harus hancurkan masa hadapan...Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...menangis, meratap dan berharaplah hanya pada Dia...ya, aku akan terus menerima pelajaran ini lagi dan lagi...
Sunday, January 8, 2012
Saturday, January 7, 2012
Ya Allah, aku rindukan abah...
tak tertanggung rasanya derita ini...Ya Allah, aku rindukan abah...aku nak sangat bercakap dengan dia...nak bagitau dia yang aku sedang ambil final exam...setiap final exam, aku akan telefon abah..."abah, buat ape?dah makan ubat?hari ni makan lauk ape?abah, minggu depan man nak final exam dah..man harap abah dapat doakan man berjaya ye..man mohon restu abah.." dan biasanya abah akan jawab "man, abah sentiasa doakan yang terbaik buat anak abah..berusahalah bersunguh-sunguh..kita bukan orang senang man..abah cuma harap man dapat capai segala impian man..jangan risaukan abah..abah sihat ja"..bila abah cakap macam ni, aku terus semangat untuk buat yang terbaik demi membahagiakan abah...sebab cuma abah yang aku ada..masa mak pergi dulu, aku berjanji dengan diri aku sendiri untuk pastikan yang aku takkan mengecewakan abah..aku nak dapatkan kejayaan dan buat abah bahagia...ye, aku masih pegang menda tu sampai sekarang...aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya abah dapat datang masa aku konvo diploma dulu...masa tu ada satu video tentang pengorbanan mak ayah..dalam dewan tu, aku menangis..aku teringat mak...aku fikirkan alangkah indahnya kalau mak ada sekali masa aku konvo tapi aku redha..adik mesej bagitau abah menangis tengok video tu...menangis yang sesungguhnya...aku tau yang abah sangat rindukan mak...mana mungkin 32 tahun mereka hidup bersama...saat tu lah aku tekad untuk tak nak buat abah menangis lagi..cukuplah penderitaan yang dia alami..yang aku tahu, aku nak belajar sungguh-sungguh demi abah..demi mak yang telah pergi dahulu...kini sekali lagi aku diuji..abah pergi menuruti mak...man tahu abah teramat rindukan mak kan...sekali lagi Ya Allah, belum aku sempat untuk menjadikan dia ayah paling bahagia di dunia, Kau telah ambil kembali apa yang telah Kau pinjamkan selama ini...aku redha Ya Allah...aku redha...cuma Ya Allah..hambaMu ini teramat rindukan dia yang telah pergi...Kau berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan segala yang menjadi harapan dia buat aku...aku insan yang lemah lagi hina Ya Allah...bantulah aku Ya Allah untuk khabarkan kepada mak abah yang aku sangat rindukan mereka...moga mereka sentiasa sejahtera di sana...
raya tahun lepas dengan abah...raya terakhir...raya yang akan menjadi kenangan buat aku...
tak ada lagi ucapan selamat berjaya dari abah buat aku setiap kali tibanya final exam...
kami 4 beranak...anak-anak teruna abah...
rindu untuk genggam tangan abah..
Baucer buku 1 Malaysia mula diedar..
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.
2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.
6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.
sumber: www.mohe.gov.my
Sunday, January 1, 2012
penghibur tika sedih...
beberapa hari ni memang emosi aku tak berapa nak stabil...so video ni lah penghibur aku..nak maklumkan budak dalam video tu adalah aku..hehe...tak percaya??terok betol la korang kan...huhu..sebenarnya tu anak sedara aku..nama dia anas haikal...sangatlah comel..suka bila dia panggil cikman..hehe..umur dia setahun enam bulan...dia tak berapa nak suka bila aku nak dukung dia sebab aku suka 'gomoi' dia..tau tak gomoi tu ape? gomoi tu macam suka cium-cium pipi dia..mana taknya..tengok lah memang sangat comel dah macam anak korea dah..hehe..
berdoalah...
Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba, Allah mendengar doa seorang ibu, Allah mendengar doa seorang anak, Allah mendengar doa seorang suami., Allah mendengar doa seorang isteri, mala Allah mendengar doa segala setiap mahkluk yang melata di bumi Allah.. Allah maha Adil.!! Bayangkan, bagaimana Allah mampu melayan pelbagai doa daripada berbillon billion manusia, daripada doa seorang pengemis yang merayu untuk mendapakan sesuap nasi, sehinggalah kepadad doa seorang Soleh yang memohon dipermudahkan urusan Pengabdian kepadaNYA, namun Allah tetap sudi mendengar, Oleh kerana itu Allah bukanlah sahaja mendengar tetapi Dia Maha Mendengar!
Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam soal mendengar ini. Iya, jika orang yang bercakap-cakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku mendengar..tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin yang mendengar sambil cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya. Kalau si kaya bercakap, semua pihak menelinga dan tunduk akur. Tetapi apabila si miskin yang mengadu, ramai yang pura-pura tidak mendengar. Mengapa begitu sikap kita? Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mana mendengar? Mengapa kita berbangga dengan apa yang kita miliki? Bukan kah itu semua milik Allah?
mala lebih malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNYA. Mengapa? Adakah kita merasa Allah tidak mendengar, ataupun kita malas hendak berdoa?
petikan seorang rakan facebook,Jehanz Azizan
Saturday, December 31, 2011
Doa untuk kedua ibu bapa...
Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.
Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.
Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.
Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.
Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.
Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.
Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.
Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.
Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.
Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.
Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.
Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.
Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.
Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.
Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,
Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.
Friday, December 30, 2011
doakan yang terbaik buat aku...
insyaAllah...aku akan usaha yang terbaik untuk final exam minggu depan...alhamdulillah semangat itu dah kembali...cuma satu aku pinta buat sahabat-sahabat aku..tolong doakan aku supaya terus kuat dan bersemangat agar aku dapat lalui semuanya dengan baik...KeranaMu Ya Allah, aku akan lakukan sebaik mungkin yang aku mampu...untuk arwah abah dan mak, man tahu yang abah ngan mak sentiasa ada kat sisi man kan..dokan man mak, abah...man cuma nak jadi anak yang terbaik dan dapat berbakti buat abah dan mak walau hakikatnya abah dan mak dah tak ada lagi kat dunia ni....tunggu man berjaya satu hari nanti k...amin...
stay up??not so sebab aku memang jenis tido awal..
Thursday, December 29, 2011
Ya Allah, aku perlukan kekuatan untuk melalui semua ini..
Allahuakbar...Allah Maha Besar...aku hanya hambamu yang lemah lagi hina Ya Allah...hanya dengan kudrat dan iradatMu maka aku masih terus berada di atas muka bumi ini...Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku lalui semua dugaan ini..aku tak mampu Ya Allah...bantulah hambaMu ini agar aku dapat tersenyum kembali...peperiksaan akhir sangat hampir..aku takut Ya Allah kalau-kalau aku tersungkur...hanya satu yang aku harapkan...dapat menunaikan hasrat arwah mak dan abah untuk lihat aku berjaya..aku ingin tunaikannya Ya Allah..bantulah aku Ya Allah..hanya Engkau tempat aku berharap dan meminta pertolongan...permudahkanlah segalanya buat aku...berikanlah aku kefahaman sebagaimana yang telah Engkau telah kurniakan kepada para nabi dan rasul..aku tak punya semangat seutuh itu Ya Allah...bantulah aku Ya Allah....
Pemergian abah,,,
Ya Allah, dalam banyak dugaan yang kau hadirkan padaku, dugaan inilah yang aku anggap paling derita buat aku,,,setelah mak pergi meninggalkan aku 2 tahun yang dulu, aku redha Ya Allah...aku sedar bahawa dia bukan milikku..walau besar mana kami menyayanginya ternyata Engkau lebih menyayangi dia Ya Allah...aku tak sangka dalam aku masih meratap merindukan Mak yang telah abadi di sana, Engkau menjemput abah...Abah pergi dengan keadaan yang sangat baik...sehingga kami adik beradik pun langsung tidak menjangka abah akan pergi secepat ini...aku antara anak yang paling rapat dengan abah,,,terkedu..terduduk aku bila adik bagitau yang abah telah pergi mengikut mak...Ya Allah, sekali lagi Engkau mengujiku dengan mengambil mereka daripadaku...belum sempat aku tunaikan hasrat mak dengan membahagiakan abah, kini abah sudah tiada lagi...kepada siapa lagi harus aku mengadu???tatkala aku kecewa dengan hidup, sedih dengan segala dugaan, mereka adalah penawar buat aku...tapi kali ini??Ya Allah...sekali lagi aku redha dengan segala apa yang telah engkau takdirkan...mana mungkin aku dapat putarkan kembali waktu untuk aku terus berada di sisi abah ketika saat-saat akhirnya...terima kasih Ya Allah kerana Kau berikan peluang kepada aku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir...dapat melihat wajahnya yang sangat tenang dan sentiasa tersenyum sebelum dikebumikan sudah cukup memberi kelegaan buat hati aku...aku terima Ya Allah..jika ini yang terbaik buat aku..Aku mohon Kau berikanlah kebahagiaan buat kedua-dua mak dan abah di sana...lepaskanlah mereka dari siksaan kubur..lapangkanlah kubur mereka...berikanlah limpahan syurga al-jannah Mu kepada mereka...masukkanlah mereka ke dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Mu...Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang...30 Jun 2009, mak pergi menghadap Ilahi disusuli 24 Disember 2011, abah dijemput Allah...Al Fatihah buat ibu bapaku Abdul Latip Bin Abdullah dan Faridah Binti Yusof....
Subscribe to:
Posts (Atom)

