My Readers

Sunday, August 7, 2011

Prestasi Baik NKRA-LIH Selepas Setahun...



KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Melalui Program Transfomasi Kerajaan, satu daripada teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan taraf hidup golongan rakyat yang mempunyai isi rumah berpendapatan rendah (LIH).
Selepas setahun pelaksanaannya, ia berjaya mencapai prestasi memberangsangkan.
Tanggungjawab menjayakan NKRA-LIH diletakkan di bawah bidang tugas unit Pejabat Pengurusan Pelaksana NKRA-LIH, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Matlamat utama NKRA-LIH ialah untuk membasmi kemiskinan tegar yang dialami sejumlah 44,643 ketua isi rumah selain menurunkan kadar kemiskinan negara daripada 3.6 peratus kepada 2.8 peratus menjelang Disember 2010.
Bagi mencapai matlamat itu, kementerian menjalankan proses saringan untuk memadankan golongan yang berdaftar dalam sistem e-Kasih dengan program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) secara berperingkat di seluruh negara.
Menurut Pegawai Unit Pejabat Pengurusan Pelaksana NKRA-LIH, Ahmad Najib Aris, data terkini menunjukkan jumlah keseluruhan ketua isi rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih ialah 253,862 orang yang merangkumi 11,382 keluarga miskin tegar, 98,800 keluarga miskin dan 143,680 keluarga mudah miskin.
“Hampir semua ketua is rumah yang pernah berada di dalam kategori miskin tegar berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing sekaligus membolehkan mereka terkeluar daripada kelompok itu,” jelas beliau.
Data sehingga 31 Dis 2010 menunjukkan kementerian ini berjaya mengurangkan jumlah ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih sebanyak 99.8 peratus atau 44,535 keluarga.
Selain itu, sebanyak 26 peratus daripada jumlah ketua isi rumah miskin juga berjaya dikeluarkan daripada kategori itu.
Golongan miskin tegar ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM440 sebulan di Semenanjung Malaysia, atau RM540 sebulan di Sabah atau RM520 sebulan di Sarawak.
Golongan miskin pula ditakrifkan sebagai berpendapatan kurang RM750 sebulan jika di Semenanjung Malaysia, atau RM960 sebulan untuk penduduk Sabah atau RM830 sebulan di Sarawak.
Semua keluarga yang mempunyai pendapatan bawah RM2,000 sebulan di kategori sebagai mudah miskin.
AKHIRI ZAMAN MISKIN
Pencapaian penting NKRA-LIH ialah menyediakan golongan miskin dengan kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, iaitu melalui program 1AZAM yang memberi peluang menambah pendapatan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
Data kementerian sehingga tarikh 28 Feb 2011 menunjukkan sebanyak 7,401 ketua isi rumah golongan miskin dan miskin tegar sedang dilatih melalui enam bidang program yang diuruskan oleh agensi pelaksana yang dilantik.
Enam bidang itu ialah AZAM Tani yang melibatkan 1,074 ketua isi rumah yang diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat yang diuruskan Amanah Ikhtiar Malaysia, masing-masing mengendalikan 718 ketua isi rumah dan 100 ketua isi rumah. AZAM Kerja pula melibatkan 684 ketua isi rumah yang diuruskan Kementerian Sumber Manusia, manakala AZAM Sabah dan AZAM Sarawak yang masing-masing melibatkan 1,959 dan 2,866 ketua isi rumah yang diuruskan kerajaan negeri masing-masing.
ANJUNG SINGGAH
Lagi pencapaian terkini ialah inisiatif menyediakan kediaman sementara yang dikenali sebagai Anjung Singgah kepada mereka yang tidak mempunyai rumah atau hidup gelandangan.
Rumah itu akan menjadi pusat sehenti dengan perkhidmatan menyeluruh kepada golongan miskin dan gelandangan termasuk menjadi tempat mengadu dan mendapatkan nasihat tentang peluang kerja, kemudahan perumahan dan bantuan kebajikan.
Kemudahan baru ini dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 23 Mac.
Tempat itu menyediakan kemudahan bilik kaunseling, dan bilik penginapan berasingan yang boleh menempatkan 76 orang lelaki dan wanita yang memerlukan.
PADANAN e-KASIH
Sehingga tarikh artikel ini ditulis, kementerian berjaya mengesan dan mendaftarkan lebih suku juta keluarga yang menepati definisi miskin tegar, miskin dan mudah miskin ke dalam sistem e-Kasih.
e-Kasih ialah pangkalan data untuk keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem yang diwujudkan sejak 2007 itu, menyimpan data keluarga untuk ketua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar atau RM1,500 dari kawasan bandar.
Meskipun keluarga yang tersenarai di dalam daftar e-Kasih tidak semestinya layak menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dijalankan kementerian dan agensi berkaitan, data itu memainkan peranan penting di dalam usaha membangunkan rakyat miskin.
Data yang disediakan dianggap tepat kerana ia dibekalkan kepada pegawai daerah oleh ketua kampung, yang mempunyai hubungan rapat serta mengenali masyarakat setempat.
Setiap kes yang didaftarkan di dalam e-Kasih akan disahkan melalui bancian oleh Jabatan Statistik Negara secara berterusan untuk memastikan agar tiada rakyat Malaysia yang tergolong di bawah kategori miskin tegar tertinggal daripada menerima bantuan kerajaan.
Individu berkenaan juga boleh terus mendaftar menerusi laman web www.ekasih.gov.my.
LAHIR USAHAWAN WANITA
Selain itu, sasaran bagi melahirkan seramai 2,000 usahawan wanita yang mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500 ke atas, selama tiga bulan berturut-turut, juga dicapai.
Daripada jumlah itu, seramai 800 usahawan wanita yang menamatkan latihan di bawah program NKRA-LIH turut berjaya mencapai pendapatan bulanan melebihi RM5,000.
Kini, seramai 3,387 lagi usahawan wanita masih dilatih melalui kursus yang disediakan oleh agensi pelaksana, Amanah Ikhtiar Malaysia manakala 3,433 lagi usahawan wanita sedang dibangunkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita.
BANTUAN PERUMAHAN
Sasaran di bawah matlamat sub-bidang perumahan NKRA-LIH iaitu untuk meningkatkan pemilikan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) juga berjaya dilaksanakan.
Setakat ini, sebanyak 79 peratus daripada sejumlah 44,146 unit rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu 35,095 unit, ditawar untuk dijual kepada penghuni rumah berkenaan.
Kementerian juga memperuntuk sebanyak RM5 juta kepada DBKL bagi mengurangkan beban penyenggaraan kediaman kepada lebih 11,000 golongan miskin dan miskin tegar.
PENCAPAIAN LAIN NKRA-LIH
Selain memberi tumpuan kepada golongan miskin, kementerian turut menyediakan peruntukan sebanyak RM2.318 juta kepada Majlis AIDS Malaysia untuk membantu golongan terpinggir dengan membaik pulih dan mempertingkat perkhidmatan 15 buah rumah perlindungan Anjung Damai di seluruh negara.
Anjung Damai menyediakan perlindungan kepada golongan terpinggir yang meliputi wanita, kanak-kanak dan juga lelaki dewasa yang disisihkan keluarga dan masyarakat contohnya seperti pesakit HIV, bekas banduan, bekas penagih dadah, remaja nakal dan bekas pekerja seks.
Kebanyakan pencapaian tambahan NKRA-LIH setakat ini melibatkan pendidikan, termasuk Program Bakul Nutrisi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 35,000 kanak-kanak.
Kementerian juga membantu membaiki dan menaiktaraf 490 sekolah dan asrama daif seluruh Malaysia serta menderma set uniform sekolah kepada lebih 48,000 murid yang didaftarkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Sumber : Bernama

sepi...

korang selalu tak sepi??paham tak ape tu sepi?atau kata lainnya sunyi,keseorangan atau bersendirian...yup..tu yang aku rasa sekarang..entahlah...kebelakangan ni asyik teringatkan arwah mak..rindukan dia...juga ingatkan camane keadaan abah dekat kampung..nasib baik ada adek temankan dia bersahur dan berbuka...rasa sangat sepi tanpa adek bradek dan keluarga..cepatlah tiba hari raya sebab saat tu aku takkan sepi lagi...semua adek beradek berkumpul bersama-sama...kenapa ramadhan kali ni aku rasa macam ni??mungkin sebab tak ada sape kowt kat umah..dan bermakna juga beberapa hari dah sebenarnya aku berbuka sorang-sorang..suzairi setiap hari akan berbuka kat masjid...aku bukannya tak nak follow tapi.....erm...bila dok sorang-sorang ni la buat aku banyak berfikir...macam-macam menda yang aku fikirkan...serius, benci keadaan ni...tapi aku yakin, Allah sentiasa ada untuk aku walau apa pun...

Wednesday, August 3, 2011

Khairul Fahmi dan Elia Putus Tunang...



KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu. “Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu. Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia. Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan. Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini. Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi pesiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini

Entahla..terdiam sekejap aku bila baca isu ni...memang tak besar pun dan langsung tak ada kena mengena dengan aku tapi aku sebagai pengikut setia blog elia rasa sedih jugak la kan...sebenarnya aku suka baca kisah dieorang sebelum-sebelum ni...tak sangka pulak jadi macam ni kan..pape pun itulah dikatakan jodoh.kalau dia dah tertulis bukan milik kita maka dia tetap bukan milik kita walaupun dah bertunang dan nak langsungkan perkahwinan...sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah adalah yang terbaik!!!

Tuesday, August 2, 2011

Sebab Mengapa Anda Gagal Mendapat Tempat di Universiti!!!

Berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh UPU bagi Sesi Akademik 2011/2012, sejumlah 4,436 (8.3%) dari 53,216 pemohon dari Lepasan STPM/Setaraf yang layak telah menyatakan ‘TIDAK SETUJU” menerima tawaran di luar lapan (8) pilihan program pengajian yang telah dimohon.
“Sehubungan itu, semua calon ini tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan pemohon,” - KHALID NORDIN

Sunday, July 31, 2011

azam ramadhan...



alhamdulillah..aku baru je balik menunaikan solat tarawih dekat surau kawasan taman lembah bujang indah ni...memang penuh surau..ramai jugak anak-anak muda yang sertai...seronok tengok keadaan macam ni...ramadhan yang tiba buat aku jadi seronok...dari siang tadi lagi sebenarnya aku tak sabar-sabar nak tunggu pengumuman puasa...berbeza dengan tahun sebelum-sebelum ni, kali ni aku berpuasa dalam keadaan yang sangat lapang...maksud aku kalau tahun-tahun lepas waktu puasa je mesti ada klas,test,dan macam-macam program lah...tapi tahun ni dalam waktu aku masih lagi bercuti...cuma siang hari bekerja la kan...siang tadi aku ngan suzairi(kawan serumah) pergi makan kenduri kawen dekat Penang...best tau..dah lama tak makan nasi minyak..hehe...kami pi makan kenduri kawan kawen..shaiful(member sekelas n serumah)..bukan main segak lagi dia bersamping kan...hehe(sebenarnya abang dia yang kawen tapi pakaian dia dah macam pengantin)..berbalik kepada entri aku kali ni, azam ramadhan aku adalah untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya solat tarawih dekat surau sebab tahun-tahun lepas aku banyak tinggal tarawih...aku jugak nak gunakan peluang yang diberikan sebaiknya untuk melakukan amal ibadat seperti solat sunat,zikir dan tadarus Al-Quran..sebabnya???bulan ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa...bulan yang terbaik di antara seribu bulan...bulan di mana di dalamnya terdapat satu malam yang tak terdapat pada bulan-bulan yang lain iaitu malam lailatul qadar...bulan di mana amalan-amalan sunat dilipatgandakan pahala  seperti melakukan amalan wajib...bulan yang Allah tutupkan pintu neraka dan buka seluas-luasnya pintu syurga,...bulan keampunan...syukur kerana aku masih dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan...aku harap dapat lalui bulan ni dengan sebaiknya sebelum tibanya syawal..jom kita usaha untuk dapatkan ganjaran-ganjaran hebat dari Allah pada bulan ni!!!

Saturday, July 30, 2011

hari yang bahagia...



entahla...rasa sangat bahagia hari ni..jiwa sangat tenang...mood pun sangat gembira..sebabnya???tak adalah sebab yang buat aku hepi sangat kan..tapi ada dua perkara yang aku rasa sangat melegakan aku...pertamanya tentang result intersesi exam...aku amek dua paper dan alhamdulillah dua-duanya A..sujud syukur kepada Allah...ini bermakna aku kena la belanja member-member serumah aku sem depan..aku niat kalau aku aku dapat result yang baik aku nak bawak dieorang makan kat Restoran Bawal..ala..restoran yang pernah aku ceritakan sebelum ni...yang pasti dieorang pun dapat result yang baik jugak..perkara kedua yang melegakan aku adalah sebab tadi dah selesai bengkel pemantapan pengurusan program..aku diminta untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang membuat proposal dan penghasilan report..ada jugak tentang penulisan surat rasmidan proses pelarasan/tuntutan...rasa lepas beban bila dah habis tadi...aku harap apa yang aku kongsikan dengan semua majlis tertinggi,exco dan adhoc dipac dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapat bantu dieorang semua untuk menguruskan sesebuah program dengan lebih baik...ya, aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang...cukup bersyukur kerana sentiasa diberikan rasa ini..moga rasa ini akan kekal hingga ke akhirnya...insyaAllah...

Friday, July 29, 2011

uniknya kuantan...


hallooo...skarang ni ada dekat Nashmir Nasi Kandar..buat apa?makan abc dan ber'online'..hehe..minggu lepas kan aku balik kuantan yang dah lama aku tak balik...huhu...ada la beberapa perubahan yang aku nampak..semakin maju la...Terminal Bus Makmur pun dah cantik...Kuantan merupakan ibu negeri Pahang...Kuantan sememangnya tempat aku untuk keluar lepak-lepak ngan member,jalan-jalan beli barang,tengok wayang dan macam-macam lagi la sebab kuantan kan bandar..so mesti la menjadi tumpuan kan..berbanding bandar Pekan, aku lagi suka lepak Kuantan...sebabnya??Kuantan ada Teluk Chempedak...Kuantan jugak ada Pantai Balok..Kuantan ada sekolah lama aku...Kuantan ada tempat yang dipanggil 'Benteng"...Dulu tempat ni jadi Perhentian Bus Kuantan tapi sekarang dah ditukar ke Jalan Pasar Besar..katanya nak buat hotel kat situ..aku memang tak setuju sebab dah tak boleh lepak tepi laut sambil nak tunggu bus balik Chini Timur kan...tapi ada satu perkara yang aku nak kongsi dengan korang tentang betapa uniknya kuantan yang memang tak ada kat tempat lain...tentang pengangkutan awam iaitu bus..apa kena dengan bus??tempat lain pun ada bus jugak kan..haa...nak bagitau yang bus dekat bandar kuantan sangat unik..bukan bentuk tapi nama bus..kat kuantan ada beberapa nama bus yang sangat unik...contohnya?? ada bus yang bernama MIRA,SIHAT,BEE HUAT dan RAHMAT ALAM...unik kan?ramai kawan-kawan yang datang lepak kat kuantan mesti tak boleh lupakan nama bus-bus ni...dulu masa aku sekolah Teknik Kuantan, bus yang aku slalu naik kalau nak balik sekolah adalah bus Mira atau pun Sihat...kalau nak balik Chini Timur, satu bus je ada iaitu bas MARA...nama bas yang lain ada la jugak macam Koop Bukit Kuantan dan Seri Jengka..unik kan kuantan???so aku sarankan kalau nak pergi melancong datanglah Kuantan sebab ada banyak tempat yang menarik selain yang aku sebut kat atas macam Pantai Cherating dan Bukit Gambang Waterpark(40 minit je dari umah aku tau.)

ni la bus Sihat yang tak berapa nak sihat =)




Tuesday, July 26, 2011

cerita di kampung...

alhamdulillah...semalam dah selamat sampai di kedah smula selepas 3 hari aku balik kampung..3 hari je??3 hai jela..cukup la kan daripada tak balik..sedikit kenduri tahlil arwah mak dah pun dibuat pada sabtu malam..syukur sangat sebab ramai yang datang..takut jugak kan sebab malam tu hujan..biasanya niat yang baik akan dirahmati kan...aku sampai rumah pagi jumaat..memang aku rasa tak ada masa la untuk aku rehat..macam-macam kerja nak kena buat  sampailah hari kenduri...penat??jangan cakap la kan...memang sangat penat tapi tak ape..aku gembira dapat buat semua ni...semua tujuh beradik berkumpul,bersama-sama buat kerja dan memang semua dari kami amat rindukan mak...moga dia sentiasa tenang dan bahagia di sana...agak sedih jugak la sebab tak dapat jumpa kawan-kawan...ingat nak pergi makan abc ngan era n ana hari jumaat petang tu...petang jumaat tu jugak azwad datang umah ajak pergi rumah sara...niatnya pagi sabtu nak pergi rumah sara untuk ucap selamat sebelum dia bergerak ke KL sebab flight dia balik melbourne hari isnin kan...semuanya aku tak dapat buat..huhu..bagi aku jika perlu memilih antara keluarga dan kawan, aku tetap kena utamakan tanggungjawab aku kepada keluarga..bukan berniat aku nak lupakan kawan tapi aku kena utamakan keluarga..harap sangat kawan-kawan aku tak terasa ngan aku...tapi ari ahad malam sebelum aku naik bus balik ke kedah semula, sempat aku jumpa kayla..dah lama rasanya aku tak jumpa dia..walaupun sekejap tapi amat bermakna bagi aku...insyaAllah, akan berada di merbok sampai seminggu sebelum raya...nak kena pergi amek tiket awal ni...takut habis naya je tak dapat nak balik beraya kat kempung kan =)

Thursday, July 21, 2011

balik kampung!!!


yeay!!!malam ni flight aku balik kampung...pukul 8.30 malam bersama penerbangan utama ekspress,..destinasi adalah SUNGAI PETANI - KUANTAN...dijangka tiba pada jam 7 pagi esok...pergh!!!lama tue...tapi aku dah biasa..so tak la terasa sangat kan...tapi balik untuk beberapa hari jela..ahad malam dah kena balik kedah smula...tak sabarnya nak jumpa abah,kakak n adek...dah berapa lama aku tak balik umah...bulan 3 balik pun terus lepak kat hospital pekan sebab abah masuk hospital..bulan 5 jumpa abah tapi dekat kuala lumpur masa abah datang ke majlis konvokesyen diploma aku...uish..dekat 7 bulan gak la tak balik umah kan...erm..sangat rindukan kampung.. =)

Wednesday, July 20, 2011

pengalaman membeli kain...


hahaha..macam lawak je bunyinya kan tapi hakikatnya memang ye..semalam aku pergi KAMDAR sebab nak beli kain untuk buat baju melayu..yela..raya kan dah dekat(padahal puasa pun belum lagi kan )..hehe..kakak aku suruh aku beli kain warna hijau sebab tahun ni katanya nak satu family baju raya warna hijau..aku pun follow jela..aku ni mana la reti nak membeli kain ni...sampai je kata KAMDAR Sungai Petani, aku pun dengan muka selambernye masuk la ke dalam kedai...dah la punya banyak jenis kain memang aku tak reti la kan...tiba-tiba ada sorang kakak ni datang kat aku...dengan senyuman yang manis, wajah yang ayu dan suara yang lemah lembut(cewwah) tanya aku nak beli kain apa?haha..aku dah tergaru-garu kepala kan...so aku cakap la nak beli kain untuk buat baju melayu warna hijau...dia pun tunjuk la satu persatu jenis kain yang ada..banyak wehhh..lagi la pening aku nak memilih yang mana satu kan...macam-macam jenis ada..warna hijau pun banyak jenis jugak...akhirnya aku berkenan kat satu jenis kain ni..aku rasa sesuai la kowt..lantak la..arap-arap kakak aku tak bising la nanti...dalam dia nak memotong kain tue, kami pun bersembang-sembang la merapatkan hubungan silaturrahim gitu..haha...yang paling best tue dia tanya aku ni orang mana..so aku jawab la aku orang pahang..pastu dia cakap "akak ingatkan adek orang sarawak..muka macam cina-cina sikit dengan mata sepet ni biasanya orang sarawak"...haha..aku senyum je kat akak tue dan aku jawab dengan selambernye 'bakal la kak'...hehehe..saje je nak gurau-gurau kan...tapi orang sarawak comel-cemel kan =)...jom pergi sarawak!!!

Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2011

Para pelajar yang telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama secara sepenuh masa mulai sesi 2011/2012 di institusi pengajian tinggi awam yang baru diumumkan pada 15 Julai yang lalu dipelawa untuk memohon biasiswa khas tenaga akademik IPTA 2011. Terima kasih kepada saudara Anak Rantau kerana berkongsi maklumat ini.
Biasiswa Khas Tenaga AkademikProgram biasiswa ini adalah untuk menyediakan tenaga akademik kepada IPTA pada masa akan datang khususnya dalam bidang sains tulen dan kecemerlangan IPTA.
Penerima biasiswa ini berpeluang untuk mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara jika berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada setiap semester dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara).
Di samping itu penerima biasiswa juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi jika sekiranya terpilih menjadi tenaga akademik IPTA.

Kursus Pengajian dan IPTA

  • Sarjana Muda Sains Kimia di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM dan UMT
  • Sarjana Muda Sains Fizik di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM
  • Sarjana Muda Sains Biologi di USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UMT
  • Sarjana Muda Sains Matematik di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UIAM
  • Sarjana Muda Senibina di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UiTM

Syarat Umum

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon;
  3. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1) dalam kursus-kursus IPTA yang ditetapkan;
  4. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja, pemohon perlu menghentikan tajaan asal;
  5. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia khususnya IPTA tertakluk kepada kesesuaian dan berjaya dilantik selepas tamat pengajian.

Syarat Khas

  1. Pelajar baru di tahun pertama, semester satu;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A+) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf;
  3. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.50 di peringkat asasi IPTA/ Matrikulasi/ STPM;
  4. Penerima biaya hendaklah memperolehi prestasi akademik sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester mulai semester pertama bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara);
  5. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan;
  6. Tertakluk kepada perjanjian, jika sekiranya penerima biaya memperoleh PNGK/CGPA di bawah 2.75 pada dua semester berturut-turut atau melanggar syarat-syarat kontrak pembiayaan akan ditamatkan dan dituntut gantirugi.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan;
  2. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi;
  3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Universiti / Foundation; dan
  4. Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.

Kadar Biasiswa

Maklumat berkenaan jumlah yuran dan elaun yang akan diterima boleh dilihat diKadar Yuran/ Elaun Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA.

Permohonan

  • Permohonan adalah secara online melalui portal Kementerian Pengajian Tinggi di Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik 2011.
  • Hanya mereka yang layak sahaja digalakkan memohon.
  • Borang yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh pihak universiti (TNC Akademik/ Dekan/ Timbalan Dekan Fakulti) sebelum dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPT.
  • Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang "SIMPAN & CETAK" dan seterusnya mencetak 1 salinan borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

Tarikh Tutup

  • Permohonan online biasiswa khas tenaga akademik IPTA 2011 ini akan ditutup pada 22 Ogos 2011 pukul 12 tengahmalam.
  • Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan dan sampai ke Bahagian Biasiswa tidak lewat dari 13 September 2011.

Temuduga

  • Semakan panggilan temuduga akan dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Jangkaan tarikh semakan temuduga adalah mulai 19 September 2011 jam 2.00 petang.
  • Sesi temuduga dijangka pada 24 September 2011.

Keputusan

Semakan keputusan temuduga dijangka diumumkan pada 11 Oktober 2011 jam 12.00 tengah hari.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa khas tenaga akademik ini, sila hubungi:
  • Setiausaha Bahagian,
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pengajian Tinggi,
    Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 W.P. PUTRAJAYA.
    (u.p.: Unit IPTA)
    Tel. : 03-8870 6000
    Faks : 03-8870 6839
    E-mail : erzny@mohe.gov.my

Tuesday, July 19, 2011

tak ada mood...

hallooo..lama aku tak menulis...aku tak ada mood sebenarnya sebab kat rumah sewa tak leh nak online..huhu..modem streamyx plak wat hal kan...kebiasaannya aku akan update blog pada waktu malam..waktu siang aku memang bukan waktu yang bagus untuk berblog..hehe..tu la pasalnya nak update blog pun rasa malas sangat...skarang semua student dgree tengah bercuti sampai lepas raya baru daftar balik...best kan?semua kawan-kawan aku dah ada kat rumah bergembira,bersantai,berjimba dan bermacam ber lagi la kan...aku???masih di kedah sebenarnya...masih di merbok tercinta ni...hehe..kenape??banyak sebab la kenapa aku masih kat sini...ada beberapa urusan yang masih lagi belum selesai...lagi pun aku sayang merbok(ayat pasrah)..haha...semua kawan-kawan aku dok bising kenapa aku tak balik kampung lagi sedangkan cuti dah nak dekat sebulan kan...korang memang kejam kan?huhu,..bukannya aku tak nak balik...ikut hati nak je aku balik umah..sembang-sembang ngan abah..masak untuk abah...tolong adik buat kerja rumah...tapi..tapi...tapi...huhu..belum masanya lagi...tapi jugak hari khamis ni aku nak balik kampung...hehehe.tiket pun dah ambik...petang ni nak pergi tanjung dawai jap nak beli buah tangan sket untuk keluarga di kampung..cewwahh...aku jugak hepi sebab dapat tau satu satunya adik aku dapat sambung dgree dekat UMP...kos Kejuruteraan Kimia(Teknologi Gas)..dasyat tue..aku pun tak mampu tau...tapi apa yang aku tau kami adek bradik memang mempunyai minat dan mungkin kerjaya yang tak sama..aku bahagian admin...abang sulung aku bahgian grafik..abg kedua aku bahian memasak...kakak sulung aku bahagian kek n pastri..memang berbaza tapi kami meraikan kepelbagaian itu..hehe..apa aku merepak daaa...dah la..jom sambung kerja!!!

Monday, July 11, 2011

JPA Tawar 12 Calon Biasiswa YDPA Tahun Ini


JPA Tawar 12 Calon Biasiswa YDPA Tahun Ini
KUALA LUMPUR – Program biasiswa Yang di-Pertuan Agong tahun ini menawarkan 12 calon cemerlang mengikuti pengajian bidang sains dan teknoloji, ekonomi dan undang-undang pada peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD).
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata tawaran biasiswa itu masing-masing membabitkan enam pada peringkat sarjana dan PhD.
Dalam kenyataan di sini, JPA berkata pemohon mesti seorang warga negara dan berumur tidak lebih 30 tahun pada tahun pengajian dan memiliki ijazah sarjana muda atau sarjana yang diktiraf oleh kerajaan.
Selain itu, pemohon perlu mempunyai pencapaian Purata Mata Gred Kumulatif (CGPA) minium 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya.
Permohonan untuk biasiswa berkenaan dibuka mulai 11 hingga 18 Julai ini di mana ia boleh dibuat secara talian di portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my.
Maklumat lanjut tawaran biasiswa itu boleh diperolehi dengan melayari portal tersebut atau menghubungi hotline di talian 03-88853436/3892/3564 atau dengan mengunjungi kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan di Aras 5, JPA dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari dan dari pukul 2 petang hingga 5 petang.
Program biasiswa yang diperkenalkan pada 2006 adalah khusus kepada calon yang memiliki prestasi akademik dan bukan akademik (kokurikulum) cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD sama ada di dalam atau luar negara.
“Keutamaan adalah kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dan mempunyai keupayaan yang luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan yang istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif serta mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia,” menurut kenyataan itu.
Calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga, kata JPA.
JPA turut menyatakan penerima biasiswa berkenaan adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima tahun.
Pakej tawaran biasiswa Yang di-Pertuan Agong menawarkan kadar pembiayaan yang lebih tinggi berbanding biasiswa Persekutuan sedia ada.
Misalnya, kadar bulanan Elaun Sara Hidup (ESH) bagi biasiswa berkenaan di New Zealand bernilai NZ$2,174 (RM5,420) berbanding biasiswa persekutuan sebanyak NZ$1,449 (RM3,612) manakala di Australia biasiswa berkenaan bernilai AUD$2,070 (RM6,662) berbanding biasiswa persekutuan yang bernilai AUD$1,380 (RM4,430).
Di Malaysia, biasiswa berkenaan bernilai RM1,760 untuk sarjana dan RM2,500 untuk PhD manakala biasiswa persekutuan hanya bernilai RM900 sahaja.
Selain jumlah tajaan berkenaan, calon yang berjaya juga akan dibayar elaun-elaun lain yang berkaitan manakala yuran pengajian akan dibayar terus kepada universiti, kata JPA. – BERNAMA








Thursday, July 7, 2011

KONSERT BINGKISAN ALAM MENAMPILKAN HIJJAZ DAN AKHIL HAYY...


inilah konsert yang akan diadakan pada malam esok....so jangan lupa mana yang ada dekat area merbok ni untuk sama-sama hadir ke konsert ni...RM 10 je tiket...yang penting niat yang baik dalam menganjurkan konsert sebegini perlu disanjungi...=)



Wednesday, July 6, 2011

LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
“A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.

Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”

Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc
Naib Canselor