My Readers

Sunday, June 5, 2011

Belajarlah dari sebatang pensil...




 Pensil itu hanya sekejap sahaja disimpan oleh pembuatnya sebelum dimasukkan ke dalam kotak...Ada lima perkara yang perlu kita ketahui..katanya pada pensil, "sebelum kau ku kirimkan ke seluruh dunia, haruslah kau ingat ini selalu..jangan sesekali kau lupa walaupun kau menjadi sebatang pensil yang hebat nanti"


PERTAMA...
Kau akan melakukan banyak perkara yang hebat , tetapi hanya bila kau mahu membiarkan dirimu dipegang di tangan seseorang...

KEDUA...
Kau akan menderita setiap kali diasah, tetapi kau perlukannya agar kau dapat menjadi pensil yang lebih baik...

KETIGA...
Kau boleh memperbetulkan setiap  kesalahan yang telah kau lakukan...

KEEMPAT...
ngga akhir hayat kita...

Bahagian terpenting kamu adalah apa yang ada dalam dirimu...

KELIMA...
Pada setiap kali kau digunakan, tinggalkanlah jejakmu...Apa pun yang terjadi, kau tetap harus menulis...

Pensil itu memahami dan berjanji akan mengingatinya dan memasuki kotak dengan penuh azam...Belajarlah dari pensil itu..ingatlah setiap apa yang dinasihati dan pasti kita akan menjadi orang yang hebat dan terbaik!!!

PERTAMA...
Kita akan dapat melakukan bayak perkara yang hebat dalam hidup, tetapi hanya apabila kita sentiasa memastikan diri kita dipegang dalam tanganNya..dan membenarkan orang lain memanfaatkan bakat yang kita ada...

KEDUA...
Kita akan menderita tatkala diuji dengan pelbagai masalah tetapi kita memerlukannya untuk menjadikan kita seorang manusia yang lebih tabah dan kuat...

KETIGA...
Kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki setiap kesilapan yang kita lakukan sehiKEEMPAT...
Bahagian yang paling penting yang ada pada diri kita adalah hati..jagalah ia sebaiknya agar hati kita sentiasa bersih dan terhindar dari titik-titik hitam yang mampu merosakkannya...

KELIMA...
Dalam kita melewati setiap lembaran hidup, kita harus meninggalkan jejak yang baik...Membuat perkara yang bermanfat untuk diri kita dan orang lain...Tidak kira dalam apa pun situasi, suka atau tidak, pedih atau dukanya apa yang kita rasa..hidup perlu diteruskan..tanggungjawab harus dijalankan...setiap amanah yang ditinggalkan harus ditunaikan...



Dengan mengerti, menghayati dan mengingatinya, bersamalah kita teruskan hidup di atas muka bumi ini berbekalkan sebuah tekad yang penuh suci di dalam hati kita...InsyaAllah... 




ucapan takziah buat sahabatku Azaroll yang mana umi beliau telah kembali ke rahmatullah semalam..al fatihah buat allahyarhamah dan juga buat nak yang hapir dua tahun meninggalkan aku...moga mereka sentiasa tenang dia sana dan mendapat kemuliaan di sisiNya..amin...

Saturday, June 4, 2011

aku permata

aku tak layan pun mentor sbenarnya..tapi semua dok cakap yang Salma Mentor 5 best kan soa aku nak tau jugak la apa yang bestnya...satu video je yang aku tengok..masa final yang dia nyanyi lagu baru tajuk dia AKU PERMATA...memang sangat superb!!!suara dia memang memukau...vokal dia tak yah nak cakap la kan...lagu satu mungkin sebab lagu ni melodi dan lirik dia sangat indah...Taja Meet Uncle Hussein yang buat kan..memang aku tak nafikan la Taja punya bakat..lagu Pokok pun dia jugak yang buat..jom layan!!!aku lebih suka dengar dia nyanyi live berbanding rakaman...walaupun ada sedikit kekurangan tapi masih lagi superb!!!

AKU PERMATA-SALMA MENTOR 5






Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar-


Friday, June 3, 2011

tanya sama pokok...



Lirik Lagu Meet Uncle Hussain feat Hazama AF9 – Pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok






Wednesday, June 1, 2011

stress!!!



entahla..rasa stress..tension yang amat sangat skarang..nak kena keluar jap dari sini...tapi nak pergi mana???huhuhu..serius..rasa dah macam tepu otak ni...mungkin sebab terlalu banyak menda yang nak kena pikir dan selesaikan...mungkin jugak letih dengan kerenah manusia yang kadang-kadang sangat menguji kesabaran aku...satu demi satu masalah timbul...habis satu selesai, satu lagi datang..langsung tak ada ruang nak bernafas..aku perlu keluar.lari kejap dari semua ni...nak kena buat sesuatu yang dapat menenangkan jiwa...nak balik penang...nak lepak kat pantai yang selalu aku lepak kalau aku serabut tapi macam tak boleh balik penang je minggu ni..so mana aku nak pergi??entahla...yang aku tahu aku nak keluar kejap dari sini..mendaki gunung jerai mungkin?erm..

csc...

CSC 134..satu kod kursus yang pernah aku ambik time diploma dulu...masa aku semester satu..sangat tak suka...sebab?tak reti dan tak nak belajar...teruk kan?tapi tu la hakikatnya...dulu masa aku semester satu, aku selalu ponteng klas ni dan test memang aku adalah antara yang tercorot markahnya...tak percaya??? tolonglah percaya sebab aku memang sangat bermasalah dengan subjek ni..masa tu carry mark aku cuma 21 ja..antara yang terendah dalam klas aku..sebab takut fail punya pasal, aku struggle giler untuk final exam..tapi aga terlambat la kan...dapat B je..





untuk intersesi kali ni, sekali lagi aku kena amek subjek ni..huhu..csc 413...untuk info, csc adalah satu subjek computer science yang mana kena belajar macam-macam berkenaan multimedia.. belajar tentang text, graphic, sound, animation dan jugak video...kena edit gambar, buat video, remix lagu dan macam-macam la berkaitan multimedia..memang menarik tapi aku je yang tak dapat nak catch up..bukan lambat sikit tapi lambat banyak tau..huhu...semalam test memang hancus la..soalan subjektif plak banyak kan..untuk paper csc kali ni pun aku akan cuba sehabis baik yang aku boleh..harapan tak tinggi cuma  B+ je...kawan kawan aku confirm kebanyakannya akan target A paper ni..aku tengok dieorang senang je wat menda ni semua...erm..tak boleh benci tapi kena lebihkan kasih sayang kat paper ni...sayang CSC...=) 

Tuesday, May 31, 2011

erti persahabatan..

aku terbaca coretan ni kat facebook..rasa menarik n aku nak share ngan korang semua =)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. 
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. 
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? 
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Sekian...

credit toAizatul Fadzilah 

Friday, May 27, 2011

asmara...





asmara...

comeyl kan zalia?=)

asmara atau asrama?hehe..aku baru je lepas layan citer asmara 2 yang sedang diatayangkan kat tv3..nak tengok live tak ada masa so download jela kan...btw, tak sabar nak tengok episod 12...aku tertarik dengan cerita ni sebab aku suka ngan watak zalia...juga karakter asmara...cinta yang suci..cinta yang sangat setia...bukan senang nak menerima hakikat yang orang yang kita cintai telah pergi buat selama lamanya...lagi terkilan bila di saat-saat pemergiannya kita tak ada di sisinya...walau macam mane pun hidup perlu diteruskan..tanggungjawab mesti dilaksanakan...amanah harus ditunaikan dengan sebaiknya kerana sebagai manusia kita harus berpegang pada janji...tambah-tambah lagi janji tu hadir dari orang yang kita amat sayang...walaupun dah lama dia pergi, kenangan bersama dia takkan pernah kita lupakan...untuk seketika atau sampai bila-bila...rasa untuk berkorban demi melihat orang yang kita sayang bahagia juga buat aku sedar kadang-kadang cinta tak semestinya harus memiliki...cerita bahawa dia pernah membahagiakan kita adalah kenangan yang sentiasa segar dalam ingatan..realitinya, walau apa pun yang terjadi kita harus menerima segala takdir yang tersurat dengan redha..barulah hati kita akan tenang...diri kita akan sentiasa bahagia kerana kita kena percaya yang kebahagiaan itu tak semestinya akan menjadi milik kita walaupun kita dapat bersama dia...baik tak aku mengulas???hehe..pape pun ini la yang aku rasa...apa yang aku cakapkan kat atas ni tak semestinya cinta antara kekasih tapi lebih kepada mereka yang kita sayang..terpulang untuk korang tafsirkan "mereka" itu siapa...=)

Wednesday, May 25, 2011

result...

assalam....hari ni hari rabu...ape kena mengena hari ni dengan aku?hehe...sebelum aku cerita lebih lanjut, nak bagitau yang tengahari tadi aku p makan kat restoran bawal..korang tau tak kat mana?ala..jalan menuju ke tikam batu kalau dari Giant Sungai Petani tu...apa yang istimewanya restoran ni?ha..mestilah makanan dia yang superb sedapnya...kami makan ikan bawal goreng, sambal udang, ayam goreng kampung, kerabu mangga, sotong goreng tepung,ikan pekasam goreng bawang, ulam ulaman dan aku minum jus honey dew..walahhhh kan!!!hehehe..memang puas hati sangat makanan kat restoran tu tau..lain kali boleh datang lagi.. =)...

ok, berbalik kepada topik asal..semua tahu yang hari ni result untuk student diploma uitm dah keluar kan...apa kaitannya dengan aku sebagai pelajar dgree???banyak kaitan sebenarnya...pertamanya aku nak ucapkan tahniah buat semua adek-adek yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...korang memang terbaik!!!


hari ni ada la beberapa orang tutee aku yang mesej bagitau tentang result dieorang...semuanya puas hati dengan keputusan masing-masing...yang penting memang nampak peningkatan pelajar yang dapat A untuk paper PAD 120 iaitu Introduction to Political Science...kalau korang nak tau, paper ni adalah salah satu paper yang dianggap "killer" oleh pelajar semester satu Diploma Pentadbiran Awam...aku paling hepi bila ada sorang tutee aku ni mesej bagitau yang dia sangat bersyukur sebab lulus paper ni..aku memang sangat risau tengok dia masa program tutor tutee diadakan..dia langsung tak ada nota PAD 120...buku rujukan pun tak ada...aku cuba bantu dia dengan bagi nota PAD 120 dan bagi soalan-soalan yang sangat famous untuk keluar setiap semester untuk dia buat..masa tu aku tak harapkan banyak..aku harap dia lulus untuk paper ni pun jadi la...alhamdulillah, dengan usaha dia, lulus jugak dia untuk paper ni...untuk info, tutor tutee adalah program dimana pelajar-pelajar senior yang mendapat keputusan yang cemerlang diserap untuk menjadi tutee bagi membantu pelajar semester satu untuk meningkatkan kefahaman mereka dan seterusnya membantu untuk persediaan peperiksaan akhir mereka nanti..untuk semua peserta program tutor tutee.sekali lagi, abang sangat bangga dengan korang semua.. sebagai tutor, abang hanya mampu untuk membantu korang..selebihnya semua terletak atas usaha korang sendiri...korang dah buktikan yang korang boleh dapat A untuk paper ni kan..syabas!!!terima kaseh untuk ucapan "terima kaseh" kepada abang =)

Monday, May 23, 2011

rumah sewa...

holla....baru je lepas siapkan kerja-kerja persidangan..bukan sebelum dan semasa je tau..selepas persidangan pun banyak lagi menda nak kena siapkan...habis-habis ke persidangan hari tu kelam kabut berkemas sebab skarang aku dah pindah ke rumah sewa..dah tak duduk kolej lagi...insyaAllah akan stay kat umah sewa ni sampai habis dgree...sebenarnya banyak sebab yang buat aku bertangguh untuk duduk rumah sewa tapi untuk kali ni aku tekad...dah beli la barang sikit-sikit kan..nanti ada duit aku beli lagi..yang penting barang-barang penting macam tilam dan meja study aku dah beli..meja study yang paling aku utamakan sebab aku tak boleh study kat bawah memang akan cepat mengantok..huhuhu...banyak la perubahan yang aku kena belajar semenjak tinggal rumah sewa kan...elektrik kena berjimat..sangat jimat ok...kalau  tak guna untuk 5 minit pun kena off tau..sebelum ni aku memang tak kisah sangat sebab aku tak pernah bayar bil elektrik kan...kalau kat kolej aku adalah orang yang bangun paling awal tapi kat umah sewa aku yang terakhir sekali..sebabnya?dieorang bangun lagi awal dari aku...huhu...klas kol 8 tapi 7.30 dah ada depan klas..mana aku tak tension..hehe...tapi bagusla..aku kena lebih berdisiplin...patang tadi pun dok sibuk berkemas lagi..banyak menda yang nak kena susun terutama buku-buku aku kan...rasanya aku dah mula selesa tinggal kat umah sewa..makin seronok..hehe =)

Sunday, May 22, 2011

kagum dengan orang GILA...


biar betol tajuk entri aku kali ni?kagum ngan orang gila?yup...hehe..sebelum tue nak update sikit apa yang berlaku sehari dua ni...so far sekarang ni aku memang penat..sangat penat..serius memang aku tak cukup rehat..macam-macam benda yang nak diuruskan...lepas habis je persidangan ingatkan nak reat tapi tak jugak..klas intersesi kena datang walaupun hari jumaat..6 jam pulak tu..memang mengantok tahap gaban la dalam klas kan...yang penting aku datang..komitmen tu perlu ada sebagai mahasiswa...aku jugak sibuk untuk cari penaja bagi program bersama pelajar teknik kuantan bulan 7 ni..pening kepala..macam2 betol dugaan datang...hadapi dengan sabar insyaAllah pasti akan baik-baik saja semuanya...ok jom cerita pasal orang GILA..hehe..yup..aku sebenarnya kagum dengan orang GILA KERJA,..sentiasa berikan komitmen sepenuhnya dengan kerja...kadang-kadang kepentingan diri diketepikan hanya untuk kerja...kadang-kadang akan diperli hanya sebab kerja diutamakan dari yang lain..aku juga begitu sebenarnya...sampai satu tahap aku akan marah diri sendiri jika tak dapat lakukan sesuatu dengan baik..walaupun tak tahu yang penting kita tetap kena usaha yang terbaik untuk mempelajarinya...semangat tak pernah putus asa dan sentiasa ingin belajar membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain...tiada apa yang mustahil untuk kita capai atas dunia ni jika kita berusaha...kena gila usaha jugak kan..barulah akan puas hati dengan hasilnya nanti..setakat ni aku besyukur dengan kegilaan aku ni... =)

Friday, May 20, 2011

Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 3 UiTM Kedah 2011



alhamdulillah...semalam berakhir PMFSPPP 2011..secara keseluruhannya semuanya berjalan dengan lancar..pengalaman yang amat berharga apabila dapat berjumpa,berkenalan dan seterusnya berdiskusi bersama semua perwakilan kelab di bawah FSPPP seluruh Malaysia...bukan senang nak berjumpa kan...apa yang aku dapat lihat pada persidangan kali ni, persediaan dari setiap delegasi amat memuaskan..ternyata mereka semua memang dah bersedia dengan pandangan dan idea masing-masing...tujuan persidangan ni diadakan bukanlah untuk mempersembahkan mana perwakilan yang hebat atau mana perwakilan yang lekeh..yang menjadi keutamaan adalah kematangan semua perwakilan melontarkan pendapat yang mana semuanya adalah demi mencapai satu matlamat yang sama iaitu membawa FSPPP ke arah sebuah fakulti yang disegani dan pelajarnya terdiri  daripada mereka yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam menaikkan nama fakulti...Kampus Sabah,Sarawak, Shah Alam, Melaka, Terengganu dan Kedah sama-sama mencari satu persefahaman...setiap resolusi yang dibentangkan dibincangkan bersama-sama..masing-masing memainkan peranan agar setiap resolusi yang dikeluarkan benar-benar mencerminkan kesatuan hati atau konsensus bersama agar ianya sama-sama dapat dilaksanakan demi manfaat semua..tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah...hasilnya, 10 resolusi telah dipersetujui bersama untuk dibawa ke perhatian Dekan dan amat bermakna apabila 9 daripadanya diluluskan dan hanya 1 sahaja yang ditangguhkan... kepentingan fakulti adalah diutamakan...aku jugak bersyukur dapat mengenali mereka-mereka yang hebat supaya pengalaman dan kehebatan mereka dapat aku jadikan contoh dan memperbaiki sebaiknya diri ni agar dapat menjadi seorang pemimpin yang baik kelak...pengalaman berdiskusi bersama nasfuddin dari sarawak membawa aku untuk berfikir lebih jauh dan matang kerana dia mempuanyai banyak pengalaman terutama di dalam persidangan...yazrin dari sabah memang sangat petah mengeluarkan ideanya..mulanya aku ingat dia ni seorang yag pendiam tetapi dah mesra barulah tahu yang dia seorang pendebat dan jugak idea-idea dia sangat bernas...adzlan yang  merupakan mpp shah alam memang jelas nampak auranya sebagai pemimpin...seronok bersembang dan berkongsi pengalaman dengan dia  terutamanya untuk menjadi seorang ketua yang baik... nazir dan faiz dari melaka  jugak sangat berpengalaman dalam berpesatuan..banyak jugakla aku blajar dari dieorang...bukan senang nak jumpa orang yang hebat kan...burn yang merupakan ketua delegasi terengganu pun bagus..walaupun masih pelajar diploma tapi cara dia berfikir memang bagus...aku bangga la dapat kenal dieorang semua...yang paling aku tak sangka bila aku kembali bekerjasama dengan Muaz..kalau dulu aku adalah setiausaha dia tapi sekarang dia pengerusi Majlis Sekretariat Konvensyen (MSK) dan aku adalah naib pengerusi...seorang lagi pemimpin pelajar yang amat bagus bagi aku...din,efa dan jugak sherifa yang merupakan mantan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) banyak membantu dalam merealisasikan objektif yang ingin dicapai...tahniah buat semua ahli jawatankuasa persidangan kali ni yang terdiri daripada student basic dan dipac..korang memang terbaik!!! ape  pun, tahun depan UiTM Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk PMFSPPP Kali Ke-4..memang aku harapkan Sarawak yang akan jadi tuan rumah seterusnya..hehe..memang banyak kenangan sepanjang persidangan berlangsung yang memang takkan aku lupakan... bila dah habis ni rasa sangatla lega tapi rindukan mereka =(

Sunday, May 15, 2011

cerita konvokesyen....

tahniah buat semua!!!


alhamdulillah...petang semalam semua batch Diploma Pentadbiran Awam sesi Disember 2007-Disember 2010 selamat berkonvokensyen di Dewan Agong Tuanku Cancelor..aku bangga sebab dapat bawak abah masuk ke DATC untuk saksikan aku berkonvo...aku bersyukur sebab sebahagian dari adik beradik aku berkumpul bersama-sama..walaupun abah kurang sihat tapi dia masih gagahkan diri jugak untuk datang...abah menangis bila tayangan video tentang pengorbanan ibu dan ayah dipaparkan...air mata aku berlinangan tatkala menyaksikan drama pendek lakonan Wan Maimunah dan beberapa pelakon lain yang menggambarkan betapa gembiranya seorang ibu mendapat tahu anaknya dapat masuk universiti...teringat mak...rndukan mak...kalaulah mak masih ada, tentu dia dah ada dalam dewan bersama aku dan abah...keadaan semalam memang sangat sesak..sesesak nafas aku untuk menahan dari batuk apabila nak terima transkrip...entah kenapa dalam sehari dua ni batuk aku makin terok..habis je sesi keempat istiadat konvokesyen uitm ke 74 semalam, aku terus keluar cari abah...mintak maaf sangat buat kawan-kawan sebab tak sempat nak bergambar ngan korang...especially buat batch DPA C dan jugak sahabat B 146...aku sempat bergambar dengan my best fren Bashah dan jugak azmir...sebelum balik jumpa mak angkat...bergambar bersama...aku rasa dia mesti sangat bahagia atas kejayaan anak dia...aku terima dua jambak bunga..satu dari mak angkat dan satu lagi dari kakak kesayangan aku =)...sebenarnya aku jugak menantikan kehadiran seseorang..kawan...yang menghadiahkan aku tai berwarna ungu yang aku padankan bersama baju kemeja berwarna ungu jugak...aku dah janji ngan dia yang aku akan pakai tai yang dia hadiahkan tu masa aku amek konvokesyen...aku ingatkan dia datang tapi mungkin terasa hati dengan aku kowt...biarlah...jujur aku memang isaukan abah..kawan-kawan lain pun aku tak berjumpa untuk bergambar..tu sebab aku terus terang kalau nak berjumpa sekejap boleh la untuk bersembang dan bergambar tapi kalau nak keluar ngan dia lepas habis konvo semalam memang tidak la...abah lagi penting...habis je konvo semalam abang aku bawak pergi makan dekat Subang Jaya..makan besar la kan...hehehe..tapi detik bersama keluarga sepanjang mereka di sini memang tak dapat aku lupakan..bukan mudah nak berkumpul bersama..bergelak ketawa...makan bersama dan yang paling penting makin mengeratkan hubungan kami sekeluarga..aku bangga dengan mereka semua..terima kasih sebab buat aku bahagia...aku sayang keluarga aku..buat abah, man harap 2 tahun lagi abah dapat datang untuk konvokesyen ke dua man...man akan usaha yang terbaik abah..man janji!!!

p/s: sory gambar tak dapat nak upload lagi...tunggu nanti k =)

Thursday, May 12, 2011

pengalaman atau pengajaran?





erm...aku sendiri tak tahu apa yang hati aku nak...cinta..satu pengalaman yang amat indah untuk dilalui dan kadang kala menjadi satu pengajaran yang amat pahit untuk kita...kawan ada menegur yang hati aku mudah sangat berubah..langsung tak tetap..sekejap suka dan sekejap tidak...aku akuinya..bak kata dia sekali air bah sekali pantai berubah..ye..hati aku begitu..kenapa?aku tak mampu memberi jawapan sebab aku tahu tiada siapa yang akan faham apa yang hati aku nak..mungkin itu kelemahan aku yang membuatkan aku terus dibenci..teruskanlah kawan kalau itu dapat memuaskan hatimu...sekarang, aku cuba untuk buat yang terbaik..moga hati aku bisa menerima segalanya...