My Readers

Monday, March 28, 2011

Ranking SBP dan MRSM bagi Keputusan SPM 2010


SBP SPM 2010

Ranking SBP seluruh Malaysia dalam keputusan SPM 2010 yang lepas...

  1. SM SAINS TUANKU MUNAWIR (0.8931)
  2. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.1425)
  3. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.1450)
  4. SM SAINS ALAM SHAH (1.2403)
  5. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.2837)
  6. SBP INTEGRASI RAWANG (1.3408)
  7. SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.3638)
  8. SM SAINS SERI PUTERI (1.4223)
  9. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.4415)
  10. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.5026)
  11. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.5322)
  12. SM SAINS MUAR (1.5361)
  13. SBP INTEGRASI JEMPOL (1.5429)
  14. SM SAINS KUALA SELANGOR (1.5612)
  15. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.6081)
  16. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR – MCKK (1.6257)
  17. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.6884)
  18. SM SAINS HULU SELANGOR (1.6907)
  19. SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.7073)
  20. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.7079)
  21. SM SAINS JOHOR (1.7483)
  22. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.7595)
  23. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.7656)
  24. SM SAINS SELANGOR (1.8433)
  25. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.8439)
  26. SEKOLAH SERI PUTERI (1.8475)
  27. SM SAINS KUCHING (1.8585)
  28. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.8662)
  29. SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.8702)
  30. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.881)
  31. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.9021)
  32. SBP INTEGRASI GOPENG (1.9412)
  33. SM SAINS KOTA TINGGI (1.9496)
  34. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.9625)
  35. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (2.0082)
  36. SM SULTAN ABDUL HALIM (2.0381)
  37. SM SAINS DUNGUN (2.1042)
  38. SM SAINS BAGAN DATOH (2.1256)
  39. SBP INTEGRASI KUANTAN (2.1612)
  40. SM SAINS SABAH (2.1704)
  41. SM SAINS KEPALA BATAS (2.1892)
  42. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.2107)
  43. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (2.213)
  44. SM SAINS TUANKU JA`AFAR (2.231)
  45. SM SAINS TELUK INTAN (2.249)
  46. SM SAINS SULTAN MAHMUD (2.2513)
  47. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (2.254)
  48. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (2.291)
  49. SM SAINS POKOK SENA (2.3001)
  50. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.3114)
  51. SM SAINS LABUAN (2.3266)
  52. SM SAINS MIRI (2.3266)
  53. SM SAINS MACHANG (2.3315)
  54. SM SAINS KUBANG PASU (2.4137)
  55. SM SAINS LAHAD DATU (2.4497)
         56.  SM SAINS PASIR PUTEH (2.4997)



logo MRSM


Ranking MRSM seluruh Malaysia berdasarkan keputusan SPM 2010 yang lepas...

  1. Pengkala Chepa (0.83)
  2. Tun Ghafar Baba
  3. Taiping
  4. Langkawi
  5. Kuala Kubu Bharu
  6. Kubang Pasu
  7. Kuala Berang
  8. Alor Gajah
  9. Kuala Terengganu
  10. Serting
  11. Pengkalan Hulu
  12. Tawau
  13. Kuching
  14. Kepala Batas
  15. Muadzam Shah
  16. Merbok
  17. Kota Putra
  18. Pasir Salak
  19. Pontian
  20. Kuala Lipis
  21. Terendak
  22. Kota kinabalu
  23. PDRM Kulim
  24. Kuantan
  25. Lenggong
  26. Batu Pahat
  27. Besut
  28. Gemencheh
  29. Jeli
  30. Beseri
  31. Bentong
  32. Balik Pulau
  33. Pendang
  34. Mersing
  35. Muar
  36. Kuala krai
  37. Betong
  38. Transkrian




sumber: beliamuda {dot} com


Saturday, March 26, 2011

pantai membuatkan aku sangat tenang...

Pantai Tanjung Asam..




so cool...


alhamdulillah syukur kepada Allah sebab aku sampai jugak balik ke Penang walaupun niat asalnya aku tak mahu balik...thanx jugak buat kawan-kawan yang sentiasa menyokong...bad,kayla dan jugak aki..aku memang sangat serabut fikirkan apa yang akan berlaku pada minggu hadapan..banyak sangat perkara yang perlu aku lakukan..nak kena setelkan cek untuk abg raja..nak buat pejumpaan dengan mt exco yang terlibat untk menjayakan Program Khas Kecemerlangan Akademik..perlu prepare untuk dua test dan dua presentation...uruskan hal berkaitan ptptn...adoiyaiii..aku harap semuanya akan berjalan dengan baik..pape pun petang tadi aku sempat pergi ke Pantai Tanjung Asam..dekat je ngan umah kakak aku kat Teluk Kumbar ni...memang sangat cantik..tenang je rasa...sejam gak la aku lepak tepi pantai...memerhati lautan luas ciptaan Allah yang amat indah...melihat gelagat burung yang mencari makanan..menyaksikan nelayan yang tersenyum girang membawa hasil tangkapan..bermain dengan pepasir yang putih..alangkah bahagianya kalau kesedihan yang aku alami dapat dipadamkan seperti ombak yang menghilangkan kesan tapak kaki ketika menghempas pantai...beginilah kehidupan...suka atau tidak kita mesti teruskan...sesukar atau sesedih mana pun kita tetap kena hadapi dengan senyuman walaupun hakikatnya senyuman itu palsu semata-mata...berada di pantai membuatkan aku terlupa sekejap segala kekusutan dan masalah yang ada...sesungguhnya pantai adalah tempat yang amat mendamaikan jiwa..erm...sepanjang esok aku hanya nak bersama keluarga..abah dan adik beradik aku dalam perjalanan ke Penang..moga perjalanan mereka semuanya baik-baik saja.sangat rindukan abah...

Thursday, March 24, 2011

maaf,man tak dapat balik..

erm..aku memang sedih sangat sekarang...petang ni sepatutnya aku balik Penang...esok abah dan semua adik beradik aku akan datang Penang sebab ada kenduri rumah mak saudara aku...memang abah mengharapkan sangat yang aku akan balik Penang..maklumlah..dekat je kan...tapi aku tak dapat balik...ahad ni ada TEST BEL..selasa pulak ada TEST LAW..macam tak guna je kalau aku balik pon sebab abah sampai hari sabtu dan sabtu aku dah kena balik ke UiTM semula..arghhhhhhhhhh...aku memang tak suka dengan keadaan ni..kenapa semuanya dirancang tatkala aku dah hepi nak balik Penang?memang tak adil buat aku..tapi hanya buat aku la..aku memang dah rancang elok je...siap mintak skip kat sensei untuk kelas ganti Japan esok tapi at last aku tak dapt balik jugak...huhu..benarlah,tak semua yang kita rancang akan dapat kita penuhi..sebaik-baik perancangan manusia,perancangan Allah adalah yang terbaik..abah,man mintak maaf sangat-sangat tak dapat nak jumpa abah walaupun abah dah datang jauh sebegini..man nak sangat cium pipi abah dan peluk abah...man teringin nak tengok senyuman abah lepas keluar dari hospital..tapi man tetap tak dapat abah..=(...
aku takut sebenarnya dengan semester ni..semester pertama dgree buat aku..test2 sebelum ni pon aku tak berapa nak skor..so aku bertul2 nak tumpukan untuk yang seterusnya ni...aku tak nak hampakan abah bila result aku terok nanti..erm....aku yakin semua ni pasti ada hikmahnya..aku harap sangat pengorbanan aku ni akan membuahkan hasil yang baik buat aku nanti..amin..

motivasi diri sendiri: sabar dengan setiap dugaan yang datang..semuanya nak melatih kita untuk menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti...

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah kepada 9,239 calon dapat Semua A dalam SPM

Seramai 9,239 orang calon sekolah-sekolah di bawah KPM mendapat keputusan semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud hari ini.Mengumumkan keputusan tersebut, Datuk Abd Ghafar menyifatkan peningkatan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat semua A adalah seramai 1,252 orang (0.29%)  berbanding dengan tahun 2009, seramai 7,897 calon.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian calon sekolah KPM dalam SPM 2010.Menurut Datuk Ghafar, "seramai 368,559 orang calon (91.2%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 364,046 orang (90.8%) pada tahun 2009."Ini bermakna, bilangan calon yang mendapat sijil meningkat seramai 4,513 orang (0.4%) dan Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2010 meningkat kepada 5.19 berbanding 5.34 pada tahun 2009," tambah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Peningkatan GPN ini menurut Datuk Abd Ghafar ialah "penumpuan yang calon dapat berikan terhadap mata pelajaran yang diambil setelah Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam SPM mula dilaksanakan pada tahun 2010."Bilangan calon yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran turut meningkat seramai 7,970 kepada 68,114 calon berbanding pada tahun 2009 seramai 60,144 calon. Bilangan calon yang gagal telah menunjukkan penurunan iaitu dari 2,877 pada tahun 2009 kepada 2,773 orang calon, iaitu penurunan seramai 104 orang (0.03%).Prestasi calon bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan berdasarkan nilai Gred Purata Nasional, iaitu 0.04 peratus bagi bandar dan 0.22 peratus di luar bandar menjadikan masing-masing 4.89 dan 5.52 berbanding tahun sebelumnya 4.93 dan 5.74.

*sumber: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

pesanan khas buat si dia..tolong sampaikan k..


tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya...
tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cintaNya...
tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa dan leka...

tolong nasihati si dia , jangan menyintaiku lebih dari dia mncintai Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapanya...

tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga...
tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...

tolong ingatkan si dia , aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
tolong ingatkan si dia , aku kasihnya kerana sikapnya...

tolong tegur si dia ,  bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia ,  bila dia tengelam dalam angan-angannya...
tolong tegur si dia ,  andai nafsu mengawal fikirannya...

tolong sedarkan si dia , aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga...
tolong sedarkan si dia , tangungjawabnya besar kepada keluarganya...

tolong sebarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
tolong sebarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sebarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dirinya...
tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian serta cita-citanya...
tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku...

tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Pencipta...
tolong sampaikan pada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

tolong sampaikan kepada si dia Ya Allah..hanya Engkau yang mengetahui siapa si dia..moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya bertemu mawar berduri yang terjaga dan dijaga rapi oleh tuannya...

Tuesday, March 22, 2011

Education UK Exhibitions



hari ni berlangsungnya Education UK Exhibitions yang mana telah diadakan di Gurney Hotel...aku sebenarnya tak rancang pun nak pergi exhibition ni tapi lepas habis kelas law tadi, pensyarah aku ajak pergi Penang..aku pun follow jel...kebetulan jugak UiTM Kedah sediakan dua buah bas untuk pelajar datang melawat pameran ni...pameran ni memang best..banyak universiti di sekitar UK yang terlibat...sungguh teruja melihat ramai pelajar dan ibu bapa yang hadir untuk mengintai peluang bagi anak-anak mereka belajar di universiti bertaraf dunia...dua orang pensyarah aku ni memang dalam perancangan untuk sambung PHD dieorang di UK..so memang ni peluang terbaik la kan untuk memilih universiti terbaik..tengok dieorang sangat excited untuk pilih universiti yang sesuai dengan proposal PHD dieorang tue..aku pulak yang jeles bila tak dapat nak pergi UK macam dieorang..tak pe, ada peluang dan rezeki InsyaAllah aku akan sampai jugak ke sana...amin...yang agak menyedihkan bila aku tengok tak ada pun anak Melayu yang datang untuk mengintai peluang belajar ke UK..yang ada hanya pelajar UiTM dan jugak pelajar sekolah...kagum tengok ramai ibu bapa bangsa cina bawak anak dieorang datang dan bersungguh-sungguh bertanyakan tentang universiti di UK..pape pun aku berkenan dengan Brunel University..nak sambung International Relation kat sana boley??hehe..sempat lengkapkan survey dan dapat beg UK Education...kesian kat pensyarah aku ni yang nak beg tu tapi tak dapat..yang dapat vaucer Starbucks..ok la tue kan..hehe



semua mesti impikan nak belajar kat UK kan?

blogger pilihan aku...

semenanya aku baru je balik dari listening test untuk Japan Language..ok la..dapat 6 dari 10 markah kan(memujuk hati sebab dapat rendah..huhu)...dah lama sebenarnya nak tulis pasal blogger pilihan aku ni tapi tak sempat-sempat...so sekarang dah free sikit aku tulis la kan..siap blogger yang sentiasa aku akan bukak hari-hari untuk baca hasil tulisan dia?sebenarnya aku jenis yang tak kisah nak baca mana-mana blog asalkan apa yang ditulis menarik dan memberi manfaat buat aku..aku rankingkan kepada satu,dua,tiga dan empat..

ahadiatakashahmerepeklagi

jangan ambik hati sangat dengan repekan aku ni, ek! cuma, aku pesan kalau nak-nak sangat dengar repekan ni, pakai helmet! pakai helmet bro?! ak ah... helmet! tapi, bukan helmet kepala tu, bukan! pakai helmet hati semoga hati korang ada perlindungan keselamatan yang tak mudah terpedaya dengan repekan ngeri aku ni, hi hi hi...

blog pertama yang sangat menarik perhatian aku adalah blog AHADIAT AKASHAH(betol tak aku eja nama dia ni ek?halal jela..hehe)..masa mula-mula aku ada blog, blog beliau lah yang sangat menarik perhatian aku..apa yang aku dapat komen tentang hasil tulisan dia adalah dia ni seorang yang selamber..sangat selamber menggunakan ayat yang dia rasa sesuai walaupun kasar..bagi aku tulisan dia sangat memberi pengajaran..dalam lawak ada sinisnya..yang penting dia selalu mengingatkan aku tentang tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ni..banyak nasihat tentang kematian dan membuatkan aku sedar betapa kerdilnya kita sebagai manusia dia atas muka bumi Allah ni...cuma kebelakangan ni dia dah jarang menulis..aku pun tak pasti kenapa..mungkin sibuk nak siapkan novel terbarunya kan...aku sentiasa menunggu post terbaru dari dia...



Zahiril Adzim

blog kedua yang aku suka baca adalah blog ZAHIRIL ADZIM..kenal kan sapa dia ni?ala yang bersama ana raffali dalam persembahan lagu Tolong Ingatkan Aku masa Juara Lagu lepas...hehe..aku suka baca dia bukan sebab dia ni seorang pelakon tapi aku suka dengan setiap pengalaman yang dia tulis..bagaimana rasa sakit dan pedihnya dalam mengharungi kehidupan dalam mencapai apa yang dicitakan...penulisan dia sangat jujur..aku suka bila dia langsung tak gunakan bahasa-bahasa singkatan...setiap apa yang ditulis sangat hidup dan memang buat kita rasa apa yang dia rasa...dia ni suka jugak berfalsafah dan ayat-ayat dia memang boleh pakai...yang paling aku suka adalah kata-kata dekat blog dia ""Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupa"..terbaik kan???

JANTAN CELAKA
HANYA YANG SIAL MAMPU MENJADI CELAKA TERBITAN JANTAN CELAKA SDN BHD

Blog ketiga yang memang aku obses untuk baca adalah blog JANTAN CELAKA...macam kasar je bunyinya tapi kalau tengok penulisan dia sangat bagus..blogger ni jenis yang sangat bebas memberikan sebarang idea,pendapat atau komen dia tentang sesuatu isu...dia memang jenis yang tak bermuka-muka atau nak cover apa yang dia nak tulis...apa yang dia rasa betul dan rasional bagi dia maka dia akan tulis..banyak entri dia yang sangat berilmiah..dia bukan menulis secara melulu...aku percaya dia memang buat research dulu dan menulis menggunakan otak..aku ni jenis yang suka baca pengalaman orang dan menjadikan pengalaman itu sebagai panduan untuk aku lakukan yang terbaik untuk aku dan orang sekeliling yang aku sayang...

Elia : Short & Sweet

ni blog keempat dan blog terbaru yang paling aku suka baca...blog JEJARIRUNCING...perlu ke aku perkenalkan sape gadis ini?tak payah la kan..semestinya semua dah tau yang dia ni adalah awek kepada Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan penjaga gol kebangsaan..rupa-rupanya umur si khairul fahmi ni sama dengan aku je...apa yang bestnya blog cik jejariruncing ni?aku mula baca blog dia lepas bukak fan page khairul fahmi..aku sebenarnya tak kenal pun sape khairul fahmi ni..jujurnya ak memang tak minat bola sepak..kalu badminton,bowling atau squasy aku layan la...so memang tak ada kaitannya aku baca blog dia sebab aku nak tau pasal khairul fahmi tapi aku nak tau pasal dia..hehe...aku suka blog dia sebab dia ni sangat memahami kehendak pembaca blog..ringkas dan ayat yang dia gunakan mudah difahami..dia langsung tak malu untuk berkongsi kisah percintaan dia..ayat yang paling aku suka bila dia kata dia nak apa yang dia tulis akan dibaca oleh anak cucu nanti..betol jugak kan?aku rasa inilah diari terbaik untuk mereka tahu kisah kita...aku senyum je bila tengok dia dikutuk sebab dikatakan suka menulis tentang incik apex dia bila incik apex dia dah famous..bagi pembaca setia blog dia memang akan tau kisah sebenar la kan...aku rasa aku dah baca dan belek setiap entri dia sejak 2009 lagi..boleh jadi keja satu hari aku habiskan untuk baca kisah dia kan..haha..pape pun aku doakan yang terbaik buat dia dan khairul fahmi..moga hubungan korang berkekalan sampai bila-bila..teruskan kejujuran anda dalam menulis k...hari tu dia ada buat contest tapi aku tak berani nak join kan...sape la aku ni kan..hehehe...

Monday, March 21, 2011

Lawatan ke Kompleks Seri Perdana,Parlimen Malaysia dan Memorial Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn Siri 1

Pada 9,10 dan 11 Mac yang lepas, pelajar semester 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran UiTM Kedah yang mengmabil kursus Malaysian Premiership Studies telah mengadakan lawatan ke Kompleks Seri Perdana, Parlimen Malaysia dan Memorial Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn(ayat dalam report..haha)...ok,nak habaq mai ni...kami geng-geng yang belajar tentang keperdanamenterian Malaysia ni p trip ke KL minggu lepas..kami gerak dalam pukul 9 malam dan sampai di UiTM Puncak Alam pada pukul 2 pagi...sampai je kat gate UiTM Puncak Alam tue, semua dah macam jakon..hahaha..maklumla ada sesetengahnya tak pernah sampai ke situ kan...lagi la jakon melihat Kolej Angsana dan Rafflesia terletak betul-betul di puncak..dah nama pun puncak alam kan..haha...sampai je kat depan Kolej Rafflesia, aku pun turun sebab nak tolong aki (member baik aku a.k.a ajk penginapan) pergi amek cadar dan kunci bilik...muka koya semacam je dia time tue..almaklumlah baru terjaga dari lena..haha..

 hepi je walaupun tengah bawak cadar yang berat tue..hehe

 Pagi tue sepatutnya pukul 7 dah gerak ke Kompleks Seri Perdana tapi akhirnya pukul 8 pagi baru gerak..sebabnya?ayam tak berkokok..so terlajak la tido.hahaha...kami sampai dekat sana dekat-dekat 10.30 pagi..lambat giler..disebabkan abang driver salah faham..kami dah terangkan yang kami akan ke Seri Perdana di Putrajaya tapi dia ingat kami nak ke Galeri Seri Perdana..so terpaksa la berpatah balik dari tengah-tengah bandar KL tue ke Putrajaya...sampai-sampai je pihak Seri Perdan dah sedia menunggu..kami diberi sedikit taklimat sebelum masuk oleh encik Safwan...Seri Perdana ni memang dikawal ketat oleh petugas keselamatan..yela..kediaman rasmi Perdana Menteri kan..nak cari nahas kalau tak kawal rapi?hehe...kami tak dibenarkan mengambil sebarang gambar masa dalam tue..Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ni mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.(fakta ni tau..hehe)..jom kita ushar apa gambar yang dapat..hehe



Kompleks Seri Perdana
Kompleks Seri Perdana yang tersergam indah...

Bilik Tetamu Utama
bilik tetamu utama


Bilik Tetamu Khas
bilik tetamu khas

Dewan Bankuet
dewan banquet

Galeri Pameran
galeri pameran


bergambar kenangan di Kompleks Seri Perdana

Kompleks Seri Perdana,Putrajaya

ada gaya tak nak jadi bakal Perdana Menteri seterusnya?hehe

sempat jugak bergambar dengan En.Mujibu (pegawai pengiring a.k.a pensyarah kami)

Habis je lawatan di Seri Perdana, kami bergegas plak ke Parlimen Malaysia..masa tue jam dah pukul 12 tengahari..kami kena sampai sana sebelum 2.30 petang..kalau lambat alamatnya duduk di luar jela kan..hehe..ada cerita menarik sebelum kami sampai di Parlimen..nanti aku update dalam Siri 2 k..yang bestnya sidang parlimen pada petang tue, kami bertembung sekali dengan students UiTM Kampus Bandaraya Melaka..memang syok la sebab dapat jumpa kawan baik aku noraizat dan qudus..tapi hampeh je..bukan dapat sembang pown..dieorang plak gerak balik awal berbanding kiteorang...huhu...isu yang dibahaskan pada petang tak la berapa menarik...cuma bila ada perbalahan antara sesama mereka tue la yang baru rasa menarik nak tengok...dalam pukul 5. petang kami keluar..hajatnya nak jalan-jalan di sekitar Parlimen dan bergambar bersama menteri-menteri..haha..nasib baikla ada encik Rashid yang cukup sporting nak bawak kami jumpa dengan ramai menteri..terima kaseh banyak-banyak encik Rashid..jom tengok apa gambar yang aku dapat masa dalam parlimen...

parlimen Malaysia..

ada gaya tak macam ahli parlimen?hehe

bersama Tok Pa..

bersama Datuk Seri Shafie Apdal yang kemudiannya blanja kami makan..hehe

bersama ahli parlimen Silam..

bersama Datuk Mukhriz Mahathir..

ni yang paling puas hati..hehe

Dah penat bergambar dengan menteri, kami pun gerak balik...aku ingatkan singgah makan di Seksyen 7 rupa-rupanya di Puncak Perdana..mintak maaf sangat buat sahabat aku, Fuad dan jugak Kayla sebab tak dapat nak jumpa kowang..huhu...pagi esoknya..kami gerak ke Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Hussein Onn..ingat nak ke Memorial Tun Abdul Razak tapi disebabkan masa sangat cemburukan kami,so tak dapatlah pergi kan...jom tengok sedikit gambar sewaktu di Memorials ni..

give me 5 Tunku..hehe

ada gaya tak?hehe

sama tak?hehe

di Memorial Tun Hussein Onn

bersama kawan2..

hahaha..tengah lapar + sedap...

semua nampak happening giler bila habis lawatan..lepas tue ada satu pengumuman dibuat yang membuatkan semua terdiam..haha..encik Mujibu cakap dia nak buat kuiz berkenaan lawatn kami dan semua terlopong...aku dah menggaru kepala..hakikatnya, memang semua dah macam blur je nak jawab 13 soalan tentang Parlimen,Seri Perdana dan juga Memorials...hahaha..so petang tue sebelum gerak balik ke Merbourke terchenta, kami pun singgah la sekejap di Mid Valley(sekejap je k....hehe)...sempat la tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa dan main bowling..aku kalah satu mata je ngan akim..cissss!!!hehe..dalam pukul 7 malam kami gerak balik..singgah sekejap di Tapah untuk makan dan solat..pukul 2 pagi sampai..leteyh beb tapi enjoyyyy!!!

bergambar di Kolej Rafflesia sebelum bergerak pagi tue...


hahaha..disebabkan happy sangat tidor pun boley senyum2 lagi..=)


p/s: tunggu siri ke 2..aku akan cerita pengalaman di sana bersama sama kawan baik aku =)