Seramai 9,239 orang calon sekolah-sekolah di bawah KPM mendapat keputusan semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud hari ini.Mengumumkan keputusan tersebut, Datuk Abd Ghafar menyifatkan peningkatan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat semua A adalah seramai 1,252 orang (0.29%) berbanding dengan tahun 2009, seramai 7,897 calon.
Beliau turut berbangga dengan pencapaian calon sekolah KPM dalam SPM 2010.Menurut Datuk Ghafar, "seramai 368,559 orang calon (91.2%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 364,046 orang (90.8%) pada tahun 2009."Ini bermakna, bilangan calon yang mendapat sijil meningkat seramai 4,513 orang (0.4%) dan Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2010 meningkat kepada 5.19 berbanding 5.34 pada tahun 2009," tambah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Peningkatan GPN ini menurut Datuk Abd Ghafar ialah "penumpuan yang calon dapat berikan terhadap mata pelajaran yang diambil setelah Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam SPM mula dilaksanakan pada tahun 2010."Bilangan calon yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran turut meningkat seramai 7,970 kepada 68,114 calon berbanding pada tahun 2009 seramai 60,144 calon. Bilangan calon yang gagal telah menunjukkan penurunan iaitu dari 2,877 pada tahun 2009 kepada 2,773 orang calon, iaitu penurunan seramai 104 orang (0.03%).Prestasi calon bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan berdasarkan nilai Gred Purata Nasional, iaitu 0.04 peratus bagi bandar dan 0.22 peratus di luar bandar menjadikan masing-masing 4.89 dan 5.52 berbanding tahun sebelumnya 4.93 dan 5.74.
*sumber: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment