My Readers

Tuesday, July 31, 2012

dalam tak sedar....

dalam tak sedar aku semakin dewasa...satu-satunya guru yang mengajar aku tentang erti kedewasaan adalah pengalaman...bak kata kawan aku "pengalaman tak pernah menipu"..memang terlalu mendalam maksudnya bagi aku..banyak maksud tersirat di sebalik kata-kata tu...benar, memang pengalaman takkan sesekali menipu diri kita kerana apa yang kita kecapi hari ni semua berdasarkan pengalaman...pahit atau manisnya pengalaman itu akan mencerminkan bagaimana bentuk diri kita pada hari ni...pengalaman yang pahit membuatkan kita sedar bahawa banyak yang masih belum kita pelajari tentang hidup..proses pembelajaran itu takkan pernah terhenti..masa bukanlah penentu segalanya...yang penting sejauh mana kita telah pergi dan sedalam mana pengalaman yang telah kita raih dalam perjalanan hidup ni...sampai hari ni sudah banyak pengalaman pahit yang aku lalui...kadang-kadang diri ni rasa kecewa, marah, sedih dan hampir-hampir juga ingin putus asa lantaran hebatnya tamparan pengalaman yang diberikan....itu adalah perkara biasa aku rasa..bukan hanya aku tapi semua orang akan mengalami perasaan yang sama....ada kalanya air mata menjadi kemuncak rasa itu tanda aku benar-benar diuji...kata orang "belajar dari pengalaman"...aku belajar sebaiknya untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari...aku tak mahu menyesal lagi dengan pahitnya pengalaman yang telah aku lalui...sekurang-kurangnya aku tidak lagi mengulangi perkara yang sama...sesetengahnya hadir bukan atas kesilapan yang telah aku lakukan...ianya adalah ujian dari Dia untuk aku..melihat sejauh manakah aku mampu bersabar dan redha dengan setiap dugaan yang diberi...dalam tak sedar, aku sebenarnya lemah untuk melalui semua itu...aku hanya mampu untuk sabar sebab aku yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...dalam tak sedar, Dia memperlihatkan kepadaku betapa kasih dan sayang-Nya Dia buat setiap hambaNya yang sabar...aku tunduk sujud mensyukuri setiap manisnya pengalaman yang telah Dia kurniakan...indahnya pengalaman itu membuat aku tersenyum setiap kali mengingatinya...akan kekal dalam memori transkrip hidup aku sampai bila-bila...akan menjadi bahan untuk aku ceritakan buat anak cucu aku nanti insyaAllah...dalam tak sedar, aku hampir menuju kedewasaan itu..

Monday, July 30, 2012

mimpikan abah....

alhamdulillah..dah hari ke 10 ramadhan...sekejap je rasa...praktikal aku pun dah masuk minggu ke tiga...sepanjang 10 hari ramadhan ni 2 hari aku pening kepala yang teruk...tak demam tapi pening kepala je...memang sakit sangat rasa..dah la dekat office..tahan jela...hari sabtu lepas pun aku kurang sihat...lepas sahur tu aku tido kejap dekat sofa...time tu la mimpikan abah...abah lari dari kami semua...puas aku cari abah tapi tak jumpa...last aku pergi rumah sorang kawan abah ni...dari jauh aku tengok abah lengkap berkain pelikat berbaju melayu dan berkopiah baru balik dari surau...aku meluru pergi dekat abah....abah lari..akhirnya aku dapat jugak peluk abah..aku peluk erat-erat...aku menangis sepuas-puasnya sebab rindukan abah...aku cium pipi abah..aku genggam tangan abah seeratnya...masih terasa kasarnya tangan abah...aku berjalan seiringan dengan abah...aku mintak maaf dengan abah...apa maknanya aku pun tak tahu...apa yang aku rasa syukur sangat sebab dapat jumpa abah, peluk dan cium pipi dia...walaupun hanya mimpi tapi cukup untuk aku menghilangkan rasa rindu dekat abah...ramadhan pertama tanpa abah...juga ramadhan pertama aku bergelar anak yatim piatu...aku masih tak percaya yang aku dah tak punya abah dan mak...ya Allah...hiba rasa hati bila menanggung kerinduan kepada mereka...rindu yang takkan pernah padam buat selama-lamanya.....rindu yang hanya mampu aku pendam...begini hebat dugaan yang Kau berikan padaku Ya Allah....

Tuesday, July 24, 2012

kerja kena enjoy!!!

pagi ni hujan lebat..syoq je dok kat ofis ..hehe...sekarang ni sepatutnya aku belajar berkenaan system kursus staff dekat Penang Development Corporation (PDC)...tapi....semua staff tengah meeting untuk raya..meeting sempena nak buat rumah terbuka raya...aku tak terlibat..sementara nak tunggu dieorang habis meeting aku update la blog kejap..hehe...aku belajar banyak menda sepanjang seminggu dah aku praktikal kat sini...antaranya adalah jangan terlalu serius dalam bekerja sehingga abaikan kegembiraan dalam bekerja...kawan-kawan aku tahu yang aku ni memang jenis yang serius dalam bekerja..aku tak pandai nak main-main...bagi aku setiap minit aku bekerja sangat berharga..aku kena buat yang terbaik untuk pastikan kualiti kerja aku jugak terbaik...sampai ada yang takut nak tegur aku sebab aku terlampau serius..tapi lain keadaannya dekat sini..management services division ni walaupun ramai staff tapi sangat sempoi semuanya terutama dekat bahagian aku...mana taknya...dieorang tension tengok aku serius sangat bekerja dari pagi sampai ke petang...tak bercakap pun...fokus pada kerja yang dibagi je..bro herman la yang paling bising..dia kata kerja ni meang tak pernah habis man..jangan fokus sangat...bersembang la sekejap..gelak-gelak dulu sebab keja kita ni memang tension tapi kita kena pastikan yang kita enjoy...ada betulnya apa yang dia cakapkan tu...kena ambik masa sekejap untuk regangkan badan...bersembang dengan kawan-kawan satu office..bina hubungan baik dengan dieorang...aku rasa aku tak perlu ambik masa yang lama untuk mesra dengan dieorang sebab dieorang ni semua memang sporting...tak sempat aku tegur, dieorang akan tegur aku dulu..hehe...best kan keadaan macam ni...yup, aku semakin suka dengan tempat kerja aku...bila hati senang semua akan jadi bahagia.. ecece..haha...betol ape..nak pergi keja hari-hari pun rasa semangat...tadi bersembang dengan pengurus aku, cik noraini...lagi la sporting...hehe...kat department aku dah pasang dengan lampu kelip-kelip...meriah kan??ceria gituuu =)

Sunday, July 22, 2012

kehilangan sahabat lama...


kejadian ni berlaku beberapa hari lepas...aku pun masih terkejut dan rasa tak percaya tapi itulah hakikat yang perlu aku terima...kawan seperjuangan aku masa dekat sekolah teknik dulu terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia..last aku jumpa dia masa awal 2010...kami keluar ramai-ramai dekat teluk chempedak then pergi taman teruntum...arwah memang seorang yang sangat kelakar...selalu buat lawak...selalu mengusik kawan-kawan...memang semua akan gelak pecah perut la dengan lawak dia... kami memang baik...cuma bila berlainan universiti ni memang susah sangat la nak jumpa...program tautan kasih tahun lepas pun aku tak pergi...so memang tak dapat jumpa dia...apa yang aku harapkan adalah allahyarham akan tenang dan damai di sana...mungkin ini saatnya dia dijemput Ilahi...tiada siapa mampu melawan takdir kan...al fatihah untuk arwah faiz nor...

faiz nor dalam kenangan...barisan depan sebelah kanan sekali..yang sedang menongkat dagu...



berada di depan aku dalam gambar ni...

Thursday, July 19, 2012

hari kedua praktikal...



Untuk hari kedua ni aku perlu buat kerja-kerja berkaitan filing…kalau ikutkan memang aku dah biasa buat tapi sistem filing untuk persatuan tak sama dengan syarikat… kalau ikutkan nak buat filing ni memang kena banyak bersabar..sebabnya???kita nak kena buat satu persatu…maksud aku bukan boleh main taram je susun…ada tekniknya…macam yang aku belajar kena susun ikut ID staff sebab file ni berkaitan surat-surat makluman training untuk staff dan segala macam salinan sijil yang akan disimpan..sijil tu staff kena bagi salinan lepas balik training…tu untuk pastikan yang staff betul-betul pergi training..aku tengok memang banyak sungguh training untuk staff PDC ni…kursus bahasa pun ada…memang terbaik lah..aku ingatkan dekat universiti je ada rupanya masa dah kerja pun ada jugak...korang bayangkan aku nak kena susun dokumen yang bulan Februari sampai Julai…memang banyak…nak kena trace ID staff satu-satu dan baru boleh masukkan dalam fail..dalam fail tu kena pulak selak satu persatu sebab mesti ikut susunan…dari PO100 sampai la P999…nasib baik aku ni seorang yang sangat pemyabar..kalau tak memang berterabur habis lah…hahaha…satu hari suntuk aku buat menda alah ni tak siap-siap lagi…hadoiiiii..tapi aku tekad pagi esok kena siapkan jugak…nak tahu cerita pasal officemates aku?hehe… btw, aku lah yang paling muda kat sini…sebelah aku nama dia herman..memang sempoi…ikut suka hati dia je..haha…time tension memang banyak la ayat-ayat kurang manis yang keluar...so far kami dah sekepala..hehe..depan aku encik Kesavan…dah 20 tahun lebih bekerja kat sini….sebelah dia kak hanida pun dah 20 tahun berkhidmat…memang terbaekkkk….banyak yang aku nak kena belajar ngan dieorang,…supervisor aku Puan Wong Foong Yee…dia lagi la..dah 35 tahun berkhidmat dekat PDC ni..hari ni aku berpeluang sembang dengan dia..mula-mula memang cuak la..bila dah sembang lain plak rasa…sangat ramah…siap tanya aku lagi apa aku punya expectation..dia akan cuba sebaiknya untuk membantu aku dalam 5 minggu ni…dia mungkin akan rotate kerja aku untuk setisp minggu supaya aku dapat belajar banyak menda..aku pun memang setuju sangat la kan…hehe…pape pun hari kedua aku memang sangat sibuk..balik memang melepek aku atas sofa…huhu

Tuesday, July 17, 2012

hari pertama praktikal...


Hari ni merupakan hari pertama aku praktikal di Penang Development Corporation (PDC). Sebuah agensi yang besar dan amat penting di Penang. Malam semalam aku punya la gelisah pikirkan tentang hari ni…kejap-kejap terjaga…sebenarnya aku risau untuk lapor diri di PDC. Al maklumlah kita tak tau macam mana suasana dekat sana…pukul 7.20 pagi aku dah keluar..padahal perjalanan ke sana cuma amek masa 15 minit .risau kalau jalan sesak je…nanti karang lambat sampai naya aku sebab aku dikehendaki melapor diri tepat jam 8 pagi…kebetulan plak hari ni ramai cuti sebab sabtu lepas kan hari gabenor..jalan raya memang lengang jugak la..pertama kali aku rasa bahagia lalu dekat Bayan Lepas tu sebab tak sesak…sampai pun awal jugak la kan…haha...orang cakap biar awal sampai jangan lambat…memang awal sungguh aku sampai…masuk je kat lobi aku pergi la kat kaunter pertanyaan..aku bagitau la yang aku nak jumpa Puan Wong.. boleh pulak dia ingat aku datang nak bermesyuarat..hadoiii… aku datang nak berpraktikal la bang…haha…tunggu kawan aku yang sorang lagi kejap pastu kami sama-sama naik ke aras 3..Bahagian Khidmat Pengurusan… sepatutnya jumpa Puan Wong tapi dia tak de…dengarnya cuti sebab dia dapat pingat dari kerajaan Penang…hebat tue…esok baru aku dapat jumpa dia…Puan Siti yang aku biasakan panggil kak Siti je yang uruskan kami…isi beberapa borang yang berkenaan dan dibawa jumpa bos a.k.a Pengurus Kanan, Encik K.Baskaran.. memang cuak giler,…takut-takut la kalau dia tanya banyak soalan yang tak mampu aku nak jawab kan…bila dah bersembang baru aku tau yang dia ni sangat mesra orangnya…peramah…memang professional.. dia terangkan beberapa perkara termasuklah pasal elaun…aku bakal dapat elaun…hehe.. dia jugak titikberatkan pasal kehadiran dan jugak etika berpakaian..aku dengan pakai jaket bagai..dia kata bagus dan nak aku kekal berpakaian kemas macam tu..hehe.. waktu kerja macam  biasa lah.. bermula jam 8 pagi dan balik pukul 5 petang… lupa nak bagitau.. aku ditempatkan di bahagian khidmat pengurusan dan kawan aku yang sorang lagi di aras 4. bahagian guaman..hari ni ramai pekerja yang tak ada..so tak dapat la aku kenal dengan ramai pekerja masa sesi perkenalan tadi…aku diberi meja sendiri lengkap dengan PC.. Aku jugak diberi peralatan bekerja seperti fail,pen dan lain-lain dari pihak PDC… kad kakitangan pun akan diberi…memang sangat selesa dan aku suka dengan persekitaran PDC ni… ada café dan surau…kira tak ada masalah la nak solat dan makan..untuk sesi pagi, aku tak diberi apa-apa tugas yang spesifik lagi…Cuma perlu membaca laporan tahunan syarikat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang operasi syarikat, segala aktiviti dan program yang telah dilakukan beserta laporan kewangan… membaca je kerja aku untuk hari pertama sambil berkenalan dengan kawan-kawan satu office..hehe..ada Chinese,Indian dan of course la melayu ada kan…sangat ramah semuanya..dah rasa macam kenal lama la pulak…haha…nanti aku update kesibukan aku di hari kedua ok =)

Wednesday, July 11, 2012

test failed =(



memang aku tengah sedih ni..kecewa pun ada...untuk last paper esok iaitu Project Management tadi baru kertas test aku dipulangkan...tengok-tengok gagal...memang dah agak sebab aku banyak lakukan kesilapan di bahagian kira-kira masa test hari tu...aku risau sangat kalau tak dapat skor untuk paper esok..so far aku dah habis study dan buat latihan tapi malam ni nak review balik dan buat sikit lagi latihan...nak kena pastikan yang aku betul-betul bersedia untuk esok...aku ada tanya lecturer aku ada tak harapan untuk aku dapat A...dia kata memang boleh je nak dapat A...test cuma 10 % je...erm...lega la jugak bila dengar macam tu kan tapi aku tetap risau...takpelah...yang penting esok...kalau aku cemerlang esok bermakna akan baiklah semuanya..doakan aku k..

Tuesday, July 10, 2012

tekanan!!!

tekanan??stress??tension??serabut??erm...semuanya aku rasa sekarang..first time rasa macam ni..biasanya masa final exam ni rasa tenang je...aku akui ada beberapa perkara yang perlu aku uruskan dan jugak mengganggu fikiran aku tapi aku yakin bukan itu punca aku tertekan sekarang..apakah?aku masih mencari mengapa mood aku hilang..rasa sunyi sangat....rindu sangat dekat abah dan mak...kenapa perasaan ni datang sekarang??lusa dah final exam untuk paper terakhir...janganlah tekanan ni berterusan...mungkin aku letih...mungkin...letih dengan ramai orang...letih untuk aku mengulangi apa yang aku dah katakan dengan jelas sebelum ni...padahal sebelum ni aku ok je kalau terpaksa ingatkan berulang-ulang kali... tapi kali ini mengapakah??aduhhh...tolonglah..aku benci perasaan ni...tolonglah hilang dan pergi cepat..aku perlu segera kembali kepada sedia kala...banyak yang harus aku selesaikan...langsaikan...Ya Allah, tenangkan jiwa hambaMu ini...aku mohon....

Monday, July 9, 2012

latihan praktikal...



alhamdulillah....khamis ni akan berakhir paper terakhir dan seterusnya minggu hadapan akan terus bermula praktikal..agak kelam kabut sebenarnya...kalau tengok semester sebelum ni dieorang ada masa seminggu sebelum bermula praktikal tapi kami memang tak ada gap...sebabnya??aku rasa mungkin jugak sebab nak habiskan sebelum raya...untuk makluman, praktikal bagi kursus aku ni hanya lima minggu.. tak macam kursus-kursus lain ada yang tiga bulan dan ada yang satu semester...bersyukur seadanya...tak kira la lama atau sekejap yang penting kena manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk timba ilmu di dunia sebenar kerjaya kita nanti kan...aku bakal menjalani praktikal dekat Penang Development Corporation (PDC)...kat area bayan baru,Penang...lecturer aku cakap bagus tempat ni...ada jugak mintak pendapat kawan-kawan dan abang raja..semuanya positif dan aku jugak harap semuanya akan baik jela nanti...berdebar la pulak..yela..sementara nak tahu apa task yang akan diberikan nanti...apakah cabarannya?mampukan aku laksanakan sebaiknya?adakah aku dapat capai tahap kualiti yang diharapkan?semuanya bermain dalam fikiran...nak kata dah prepare tak la sangat sebab tak ada masa kan...14 hari bulan ni baru aku dapat balik Penang...ada sehari je lagi sebelum melapor diri pada 16 julai ni...nak kena telaah la jugak selok belok PDC ni sebaiknya agar aku tahu apa sebenarnya kerja yang bakal aku lakukan...kalau boleh aku nak timba pengalaman sebaiknya dekat sana...tahap disiplin memang kena maksimum dan semestinya kena banyak besabar terutamanya aku bakal berpraktikal sepanjang bulan puasa kan...boleh la aku selalu balik jenguk mak angkat aku kan dekat bayan baru..mesti dia seronok..yup...aku nak buat dia bahagia dan gembira sebab dia dah banyak bagi dorongan dan semangat buat aku semenjak abah dan mak pergi...moga aku diberikan peluang untuk bahagiakan dia sebaiknya...amin...pape pun aku harapkan yang terbaik untuk praktikal...semangat!!!

debaran last paper...




ni la keadaanya meja aku bila musim final exam =)

assalamualaikum...kesian kat blog aku ni..dah lama tak diconteng...bukan ape aku sibuk sebenarnya dengan final exam..al maklumlah semester ni kan sangatlah mencabar dan kena la usaha dengan sangat kuat...setakat ni aku dah habiskan tiga paper final exam...semester ni aku ambik tujuh paper tapi hanya empat ada final exam...alhamdulillah...aku dapat jawab ketiga-tiga paper dengan berusaha yang terbaik walaupun aku agak risau dengan paper yang ketiga iaitu Urban Sociology...sangat mencabar dan mengajar aku untuk berfikir secara kritikal dan analitikal...kalau ikutkan hampir kesemua soalan  berbentuk KBKK...First time rasanya aku macam tak sempat nak habis jawab semua soalan...satu, memang soalan dia mencabar..kedua,  aku nak cari jawapannya pun memerlukan masa..bayangkan untuk draf jawapan saja aku dah hilang lebih dari 15 minit...banyak tu...sedangkan untuk satu solan aku hanya ada 18 minit untuk menjawab...tulisan jangan cakap la..memang dah herot perot semuanya...haha...tapi akhirnya sempat la habiskan semua jawapan...betulnya belum tentu dan aku serahkan kepada pensyarah untuk menanda dan menilai tahap pemahaman aku...juga dengan bantuan Allah agar dipermudahkan beliau untuk memahami apa yang cuba aku sampaikan dalam skrip jawapan...aku dah tak rasa kesal dan tentunya aku terima apa sahaja keputusannya nanti sebab aku dah berusaha kan...untuk last paper ni aku memang sangat berdebar..risau...runsing...semua ada...satu lagi subjek mencabar bagi aku iaitu Project Management...harap2 aku dapat berikan sekali lagi yang terbaik untuk paper ni...semangat ni untuk last paper...doakan aku ek =)