My Readers

Thursday, March 31, 2011

ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-74 UiTM...


jadual konvokesyen dah pun keluar...ingatkan akan berkonvo di kedah tapi di shah alam rupanya..sebabnya?dewan perdana UiTM Kedah mengalami masalah dan perlu dibaiki...pelajar semester 6 yang akan habis semester ni akan bermula konvo di kedah..apa perasaan ek bila nak konvo ni?bagi aku memanglah sangat teruja...aku rasa semua graduan menunggu hari yang bersejarah dan penuh makna ni..yela..3 tahun belajar untuk dapatkan segulung diploma...hari penganugerahannya tentulah ketika konvokesyen nanti..sapa yang tak hepi beb...aku pun sangat bersyukur sebab dapat habiskan diploma dengan baik..walaupun tidak secemerlang hasanah dan amini yang bakal mendapat anugerah naib canselor, tapi aku rasa sangat bersyukur...pada dua semester awal result aku biasa-biasa je tapi mula semester 3 dah mula meningkat...dah mula mendapat rentak dan akhirnya kekal sampai semester akhir...tak sangka..rupanya dah 3 tahun aku belajar..ni tahun keempat buat aku..tadi kol abah,abg mie,abg hadi,kak ana dan kak ayu..bagitau diorang pasal konvo aku...sangat hepi sebab dieorang nak datang nanti...kecuali kak ida n abg mie..kak ida sebab dah tak ada cuti dan abg mie plak sebab ada trip ke Sabah.huhu..susah la macam ni..sape nak jadi jurukamera aku?amek gambar aku pakai jubah?masa amek diploma?erm...nak buat camane kan..redha jela...lagipun tiket flight semua dah booking.. yang penting abah ada dah cukup buat aku...tak sabar nak peluk cium dia nak bagi dia diploma aku..aku nak banggakan abah..nak bahagiakan abah..moga segalanya dipermudahkan untuk aku berbakti buat abah...14 Mei merupakan detik yang amat aku tunggu...jam 12.30 tengahari bermula dan merupakan sidang keempat...Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya...


ayahanda pemimpin nombor 1 UiTM..UiTM DI HATIKU...




3 perkara yang cukup buat aku sedih hari ni...

marah,bengang,kecewa...semua ada..huhu..dan aku terasa amat stress dan sedih bila pikirkan perkara ni...
marah betoi aku!!!

aku marah sebab aku tak suka dengan kerenah birokrasi yang terlampau..sebelum ni aku sabar lagi tapi kali ni memang aku dah letih dengan semua kerenah ni..bukan apa..kebiasaannya program yang aku buat sebelum ni memang tak ada masalah tapi kali ni tetiba je bermasalah..aku just nak dapatkan cek je macam sebelum-sebelum ni aku buat..alasan untuk tidak luluskan cek aku nak hari ni memang aku tak boleh terima..aku pun berterus terang jela..kenapa tak maklumkan awal dekat aku tentang hal ni?no.telefon aku kan ada...kalau tak nak kol pun mesej jela..aku tak kisah pown..dengan gembiranya aku naik ke pejabat bendahari untuk ambik cek tapi tak boleh dapat...katanya mungkin lepas program tamat...aku pun cakap kalau macam tue pihak bendahari perlu uruskan pembayaran honorarium tue..aku tak nak tanggung...dia pun cakap ok...lepas je aku protes aku pun keluar..malas nak pikir dah...tetiba petang tadi dapat panggilan suruh aku ambik cek..katanya dia sempat buat hari ni..pulak dah...berkejar la aku naik motor masuk ke uitm smula...lega pun ada sebab protes aku membuahkan hasil..hehe...


bengang giler bila aku pergi hep tadi...aku tanya la berkenaan ptptn kelompok ketiga bila nak boleh diadakan  Sesi Serahan Surat Tawaran & Dokumen Perjanjian PTPTN..dah tiga minggu kowt..nak tunggu sampai bila?sampai habis final exam ka baru nak buat sesi tue?aduh...bengang betol aku...tolonglah faham dengan situasi kami ni..aku cuma harap perkara ni dapat dibuat secepat mungkin..kalau nak tanggung makan minum dan perbelanjaan aku tak pela jugak ..memang aku tak kisah la bila nak serah kan...dah 31 mac kowt..aku jangkakan sabtu ni tapi tak ada pape berita jugak...shah alam dari minggu lepas lagi dah setel..erm..entahla apa aku nak cakap lagi..hanya menunggu dan terus menunggu jela jawabnya...

kecewanya...


rasa kecewa ni dari semalam lagi sebenarnya...aku ada test petang smalam..pagi tu aku ada program dekat Dewan Perdana UITM bersama VC UiTM...aku dapat tau yang ada test tue pagi semalam..so memang menggelabah la aku...test pukul 2 sedangkan apa pun aku tak baca dan macam mana la aku nak jawab..program plak habis pukul 12 lebih...sempat ke?so aku mesej la kat sorang kawan aku nak mintak tolong dia supaya bagitau format solan test yang akan masuk nanti macam mana sebab dia dah ambik..aku balik Penang ahad lepas masa test tu diadakan..sampai ke sudah dia tak balas mesej aku...aku memang kecewa..kawan yang aku harapkan dapat bantu aku langsung tak balas mesej aku..mungkin dia sibuk kowt(masih positif)..ish..tak taula kenapa aku ni tak suka nak pikir buruk tentang kawan aku..sebabnya?aku sangat hargai dia sebagai kawan aku..aku tak nak kehilangan kawan yang dah mula aku anggap sebagai sahabat..erm..ingatkan mungkin la dia ada rasa bersalah bila tak balas mesej aku atau tak dapat nak bantu aku  tapi sangkaan aku memang meleset..dia langsung tak pikirkan tentang tue...aduh kawan..tolongla jangan macam ni...aku tau ko bukan macam ni..takkanla sebab dia persahabatan kita harus renggang??tolonglah sedar kawan..kecewa sangat aku bila ko langsung tak ada rasa sikit pun nak tau camane keadaan aku smalam...tak apelah..aku terima apa pun..aku telan apa pun yang kawan aku buat..hati aku tetap cakap kawan adalah yang terbaik bagi aku..erm...kuatkan semangat man...

Wednesday, March 30, 2011

family gathering...

banyak sangat sebenarnya yang nak di update tapi masih tak berkesempatan..sangat sibuk..huhu..untuk kali ni aku curi jap masa belajar aku..boleh ke?ala..bolehla..nanti aku ganti balik k masa yang aku dah curi sebab berblogging ni..=)..aku ada cakap sebelum ni yang aku tak dapt balik Penang sebab ada test hari ahad lepas tapi akhirnya aku balik jugak..sebabnya??aku tak nak lepaskan peluang untuk bersama dengan abah dan adek bradik aku yang lain..penyelesaiannya, aku maklumkan dengan lecturer2 aku yang aku tak dapat hadir untuk kelas hari ahad tue..alhamdulillah..dieorang pun ok je..jumaat petang aku sampai Penang..esoknya dalam pukul 5 pagi family aku yang bertolak dari Pahang selamat sampai...sangat seronok rasanya..dapat jumpa abah,abg mie,kak ana n abg awie,kak ida n suami serta anak2 dan jugak dek cah..sorang je yang tak dapt join iaitu abg hadi..katanya tak dapt cuti..tak pela..nak buat camane kan..hari sabtu tu kami sekeluarga pergi Balik Pulau iaitu kampung abah...dah hampir empat tahun rasanya abah tak balik Penang...gembira tak terkata la dia..rumah pertama yang kami tuju adalah rumah Tok Chik Timah dan Tok Chik Bidin..umur sudah lebih 76 tahun tapi masih sihat dan kuat..menangis abah dapat jumpa tok chik..kata tok chik abah sangat suka makan gulai ikan yang tok chik buat..masa kecik2 dulu sanggup dia tak makan kat rumah semata-mata nak makan kat rumah tok chik sebab dia sangat suka gulai tok chik buat..macam2 la kisah yang dibualkan..ada yang sedih dan ada yang gembira...next kami tala pi rumah arwah tok su som untuk jenguk tok su mud..alhamdulillah masih sihat dia..aku sangat terkilan sebenarnya sebab tak dapat jumpa toksu som sebelum dia meninggal akibat kencing manis tahun lepas..orangnya sangat baik..dia pernah mintak aku ajarkan buat mee kuah yang arwah mak selalu masak..aku tanya la kenapa nak buat mee kuah dan dia cakap "dah man cakap sedap toksu nak kena masak la"..aku senyum je tapi tu cerita 7 tahun lepas masa aku datang ke Penang..itulah kali pertama aku jumpa dia itulah jugak kali terakhir aku bersua dengan dia...habis je minum, kami terus gerak ke rumah pak su..adik arwah mak..dieorang ada buat makan-makan sikit..memang seronok la sebab dapat jumpa tok kiah(tok sebelah arwah mak)..sebak dia dapat tengok abah...sampai pukul 9 malam jugak la stay kat sana..pastu balik semula ke Teluk Kumbar(rumah kak ayu)..hari ahad, pagi tu kak ayu dok sibuk siapkan kek 3 tingkat untuk kenduri Jun(sepupu aku merangkap anak Mak Lang aku)..dalam tengahari tu kami gerak ke Dewan Balik Pulau untuk hadiri kenduri kahwin dia..sangat meriah sampaikan baru pukul 3 petang lauk dan nasi dah habis...terpaksa tambah lagi...dalam pukul 4 kami gerak ke kampung perlis..sebabnya??nak pergi Laksa Janggus la..


aku pun first time datang..memang ramai orang..macam2 ada jual tapi yang utamanya mestila laksa janggus kan...order pisang gorang jugak yang sangat laku..memang benar kata pepatah bagai pisang goreng panas...letak je habis..haha..terpaksa beratur panjang nak beli tau...


ni la rupanya laksa janggus tue..

lepas habis je makan, kami ke Batu Ferringgi(betul ke ejaan aku ni)...tapi tak berenti pown..just lalu jela..tau kami berhenti kat mana??tempat yang best jugak iaitu Miami Beach..hehe..syok la..lepak tepi pantai sambil layan anak sedara aku yang comel2 tu main air kan..
cantik kan pantai ni..

habis je main2 air plus sembang2 di tepi pantai,kami pun gerak menuju ke Jetty..huhu..ni nak start part sedih da...sebabnya nak hantar aku balik ke Sungai Petani...memang sedih sangat..bukan selalu dapat macam ni kan...yang penting aku bawak dieorang makan2 kat Jeti Semeling dulu sebelum hantar aku balik rumah..
ni la jeti semeling..lau nak p pantai merdeka dari sini pun boleh...

time tu aku cerita kat abg mie camane keadaan aku yang sebenar..aku terus terang semuanya kat dia..yes, dia memang seorang abang yang sangat baik...aku tau dia dah banyak sangat berkorban untuk kami sekeluarga...aku pun memang tak sabar sangat nak ambil alih tugas dia...tanpa dia aku rasa memang kami tak dapat berkumpul macam ni...aku nampak dia cuma nak abah gembira..tu je..memang sepanjang kami bersama,aku tengok abah memang sangat gembira...balik ke kampung tercinta..jumpa kawan2 dan sahabat handai yang dah lama terpisah...baru aku tau yang ayah aku ni sebenarnya seorang polis wilayah dulu dan jugak memang terkenal sebagai kapten bola sepak..tapi aku??memang kaki bangku..huhu..pape pun, family gathering kali ni amat bermakna buat aku..dah lama kami tak bersama macam ni..kalau lah arwah mak masih ada, tentu dia gembira kan...erm..aku hanya mampu berdoa semoga mak sentiasa bahagia di sana...amin..

Virus Adeno ragut mangsa ketiga

Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia pada jam 11.30 malam semalam selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno.

Mohamed Siman, 23, merupakan pelatih ketiga yang meninggal dunia.

Pelatih konstabel yang berasal dari Bagan Datoh, Perak itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mangsa dikatakan dimasukkan ke (ICU) HKL sejak 3 Mac lalu meninggal akibat kegagalan organ dalamannya.

sumber: malaysiakini.com

Monday, March 28, 2011

jadual final exam UiTM dah kluar...


THURSDAY 28-Apr-11
9:00am-11:00am, Wk 2, 28-Apr-11
Modules: AM228
Groups: CTU553

SUNDAY 01-May-11
9:00am-12:00pm, Wk 2, 01-May-11
Modules: AM228
Groups: ACC280

TUESDAY 03-May-11
2:15pm-5:15pm, Wk 3, 03-May-11
Modules: AM228
Groups: ADS509

WEDNESDAY 04-May-11
2:15pm-5:15pm, Wk 3, 04-May-11
Modules: AM228
Groups: ADM551

FRIDAY 06-May-11
8:30am-11:30am, Wk 3, 06-May-11
Modules: AM228
Groups: LAW503

SUNDAY 08-May-11
2:15pm-5:15pm, Wk 3, 08-May-11
Modules: AM228
Groups: PRO458

Ranking SBP dan MRSM bagi Keputusan SPM 2010


SBP SPM 2010

Ranking SBP seluruh Malaysia dalam keputusan SPM 2010 yang lepas...

  1. SM SAINS TUANKU MUNAWIR (0.8931)
  2. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.1425)
  3. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.1450)
  4. SM SAINS ALAM SHAH (1.2403)
  5. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.2837)
  6. SBP INTEGRASI RAWANG (1.3408)
  7. SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.3638)
  8. SM SAINS SERI PUTERI (1.4223)
  9. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.4415)
  10. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.5026)
  11. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.5322)
  12. SM SAINS MUAR (1.5361)
  13. SBP INTEGRASI JEMPOL (1.5429)
  14. SM SAINS KUALA SELANGOR (1.5612)
  15. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.6081)
  16. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR – MCKK (1.6257)
  17. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.6884)
  18. SM SAINS HULU SELANGOR (1.6907)
  19. SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.7073)
  20. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.7079)
  21. SM SAINS JOHOR (1.7483)
  22. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.7595)
  23. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.7656)
  24. SM SAINS SELANGOR (1.8433)
  25. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.8439)
  26. SEKOLAH SERI PUTERI (1.8475)
  27. SM SAINS KUCHING (1.8585)
  28. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.8662)
  29. SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.8702)
  30. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.881)
  31. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.9021)
  32. SBP INTEGRASI GOPENG (1.9412)
  33. SM SAINS KOTA TINGGI (1.9496)
  34. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.9625)
  35. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (2.0082)
  36. SM SULTAN ABDUL HALIM (2.0381)
  37. SM SAINS DUNGUN (2.1042)
  38. SM SAINS BAGAN DATOH (2.1256)
  39. SBP INTEGRASI KUANTAN (2.1612)
  40. SM SAINS SABAH (2.1704)
  41. SM SAINS KEPALA BATAS (2.1892)
  42. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.2107)
  43. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (2.213)
  44. SM SAINS TUANKU JA`AFAR (2.231)
  45. SM SAINS TELUK INTAN (2.249)
  46. SM SAINS SULTAN MAHMUD (2.2513)
  47. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (2.254)
  48. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (2.291)
  49. SM SAINS POKOK SENA (2.3001)
  50. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.3114)
  51. SM SAINS LABUAN (2.3266)
  52. SM SAINS MIRI (2.3266)
  53. SM SAINS MACHANG (2.3315)
  54. SM SAINS KUBANG PASU (2.4137)
  55. SM SAINS LAHAD DATU (2.4497)
         56.  SM SAINS PASIR PUTEH (2.4997)



logo MRSM


Ranking MRSM seluruh Malaysia berdasarkan keputusan SPM 2010 yang lepas...

  1. Pengkala Chepa (0.83)
  2. Tun Ghafar Baba
  3. Taiping
  4. Langkawi
  5. Kuala Kubu Bharu
  6. Kubang Pasu
  7. Kuala Berang
  8. Alor Gajah
  9. Kuala Terengganu
  10. Serting
  11. Pengkalan Hulu
  12. Tawau
  13. Kuching
  14. Kepala Batas
  15. Muadzam Shah
  16. Merbok
  17. Kota Putra
  18. Pasir Salak
  19. Pontian
  20. Kuala Lipis
  21. Terendak
  22. Kota kinabalu
  23. PDRM Kulim
  24. Kuantan
  25. Lenggong
  26. Batu Pahat
  27. Besut
  28. Gemencheh
  29. Jeli
  30. Beseri
  31. Bentong
  32. Balik Pulau
  33. Pendang
  34. Mersing
  35. Muar
  36. Kuala krai
  37. Betong
  38. Transkrian




sumber: beliamuda {dot} com


Saturday, March 26, 2011

pantai membuatkan aku sangat tenang...

Pantai Tanjung Asam..




so cool...


alhamdulillah syukur kepada Allah sebab aku sampai jugak balik ke Penang walaupun niat asalnya aku tak mahu balik...thanx jugak buat kawan-kawan yang sentiasa menyokong...bad,kayla dan jugak aki..aku memang sangat serabut fikirkan apa yang akan berlaku pada minggu hadapan..banyak sangat perkara yang perlu aku lakukan..nak kena setelkan cek untuk abg raja..nak buat pejumpaan dengan mt exco yang terlibat untk menjayakan Program Khas Kecemerlangan Akademik..perlu prepare untuk dua test dan dua presentation...uruskan hal berkaitan ptptn...adoiyaiii..aku harap semuanya akan berjalan dengan baik..pape pun petang tadi aku sempat pergi ke Pantai Tanjung Asam..dekat je ngan umah kakak aku kat Teluk Kumbar ni...memang sangat cantik..tenang je rasa...sejam gak la aku lepak tepi pantai...memerhati lautan luas ciptaan Allah yang amat indah...melihat gelagat burung yang mencari makanan..menyaksikan nelayan yang tersenyum girang membawa hasil tangkapan..bermain dengan pepasir yang putih..alangkah bahagianya kalau kesedihan yang aku alami dapat dipadamkan seperti ombak yang menghilangkan kesan tapak kaki ketika menghempas pantai...beginilah kehidupan...suka atau tidak kita mesti teruskan...sesukar atau sesedih mana pun kita tetap kena hadapi dengan senyuman walaupun hakikatnya senyuman itu palsu semata-mata...berada di pantai membuatkan aku terlupa sekejap segala kekusutan dan masalah yang ada...sesungguhnya pantai adalah tempat yang amat mendamaikan jiwa..erm...sepanjang esok aku hanya nak bersama keluarga..abah dan adik beradik aku dalam perjalanan ke Penang..moga perjalanan mereka semuanya baik-baik saja.sangat rindukan abah...

Thursday, March 24, 2011

maaf,man tak dapat balik..

erm..aku memang sedih sangat sekarang...petang ni sepatutnya aku balik Penang...esok abah dan semua adik beradik aku akan datang Penang sebab ada kenduri rumah mak saudara aku...memang abah mengharapkan sangat yang aku akan balik Penang..maklumlah..dekat je kan...tapi aku tak dapat balik...ahad ni ada TEST BEL..selasa pulak ada TEST LAW..macam tak guna je kalau aku balik pon sebab abah sampai hari sabtu dan sabtu aku dah kena balik ke UiTM semula..arghhhhhhhhhh...aku memang tak suka dengan keadaan ni..kenapa semuanya dirancang tatkala aku dah hepi nak balik Penang?memang tak adil buat aku..tapi hanya buat aku la..aku memang dah rancang elok je...siap mintak skip kat sensei untuk kelas ganti Japan esok tapi at last aku tak dapt balik jugak...huhu..benarlah,tak semua yang kita rancang akan dapat kita penuhi..sebaik-baik perancangan manusia,perancangan Allah adalah yang terbaik..abah,man mintak maaf sangat-sangat tak dapat nak jumpa abah walaupun abah dah datang jauh sebegini..man nak sangat cium pipi abah dan peluk abah...man teringin nak tengok senyuman abah lepas keluar dari hospital..tapi man tetap tak dapat abah..=(...
aku takut sebenarnya dengan semester ni..semester pertama dgree buat aku..test2 sebelum ni pon aku tak berapa nak skor..so aku bertul2 nak tumpukan untuk yang seterusnya ni...aku tak nak hampakan abah bila result aku terok nanti..erm....aku yakin semua ni pasti ada hikmahnya..aku harap sangat pengorbanan aku ni akan membuahkan hasil yang baik buat aku nanti..amin..

motivasi diri sendiri: sabar dengan setiap dugaan yang datang..semuanya nak melatih kita untuk menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti...

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah kepada 9,239 calon dapat Semua A dalam SPM

Seramai 9,239 orang calon sekolah-sekolah di bawah KPM mendapat keputusan semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud hari ini.Mengumumkan keputusan tersebut, Datuk Abd Ghafar menyifatkan peningkatan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat semua A adalah seramai 1,252 orang (0.29%)  berbanding dengan tahun 2009, seramai 7,897 calon.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian calon sekolah KPM dalam SPM 2010.Menurut Datuk Ghafar, "seramai 368,559 orang calon (91.2%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 364,046 orang (90.8%) pada tahun 2009."Ini bermakna, bilangan calon yang mendapat sijil meningkat seramai 4,513 orang (0.4%) dan Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2010 meningkat kepada 5.19 berbanding 5.34 pada tahun 2009," tambah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Peningkatan GPN ini menurut Datuk Abd Ghafar ialah "penumpuan yang calon dapat berikan terhadap mata pelajaran yang diambil setelah Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan dalam SPM mula dilaksanakan pada tahun 2010."Bilangan calon yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran turut meningkat seramai 7,970 kepada 68,114 calon berbanding pada tahun 2009 seramai 60,144 calon. Bilangan calon yang gagal telah menunjukkan penurunan iaitu dari 2,877 pada tahun 2009 kepada 2,773 orang calon, iaitu penurunan seramai 104 orang (0.03%).Prestasi calon bandar dan luar bandar turut menunjukkan peningkatan berdasarkan nilai Gred Purata Nasional, iaitu 0.04 peratus bagi bandar dan 0.22 peratus di luar bandar menjadikan masing-masing 4.89 dan 5.52 berbanding tahun sebelumnya 4.93 dan 5.74.

*sumber: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

pesanan khas buat si dia..tolong sampaikan k..


tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya...
tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cintaNya...
tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa dan leka...

tolong nasihati si dia , jangan menyintaiku lebih dari dia mncintai Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapanya...

tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga...
tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...

tolong ingatkan si dia , aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
tolong ingatkan si dia , aku kasihnya kerana sikapnya...

tolong tegur si dia ,  bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia ,  bila dia tengelam dalam angan-angannya...
tolong tegur si dia ,  andai nafsu mengawal fikirannya...

tolong sedarkan si dia , aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga...
tolong sedarkan si dia , tangungjawabnya besar kepada keluarganya...

tolong sebarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
tolong sebarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sebarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dirinya...
tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian serta cita-citanya...
tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku...

tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Pencipta...
tolong sampaikan pada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

tolong sampaikan kepada si dia Ya Allah..hanya Engkau yang mengetahui siapa si dia..moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya bertemu mawar berduri yang terjaga dan dijaga rapi oleh tuannya...

Tuesday, March 22, 2011

Education UK Exhibitions



hari ni berlangsungnya Education UK Exhibitions yang mana telah diadakan di Gurney Hotel...aku sebenarnya tak rancang pun nak pergi exhibition ni tapi lepas habis kelas law tadi, pensyarah aku ajak pergi Penang..aku pun follow jel...kebetulan jugak UiTM Kedah sediakan dua buah bas untuk pelajar datang melawat pameran ni...pameran ni memang best..banyak universiti di sekitar UK yang terlibat...sungguh teruja melihat ramai pelajar dan ibu bapa yang hadir untuk mengintai peluang bagi anak-anak mereka belajar di universiti bertaraf dunia...dua orang pensyarah aku ni memang dalam perancangan untuk sambung PHD dieorang di UK..so memang ni peluang terbaik la kan untuk memilih universiti terbaik..tengok dieorang sangat excited untuk pilih universiti yang sesuai dengan proposal PHD dieorang tue..aku pulak yang jeles bila tak dapat nak pergi UK macam dieorang..tak pe, ada peluang dan rezeki InsyaAllah aku akan sampai jugak ke sana...amin...yang agak menyedihkan bila aku tengok tak ada pun anak Melayu yang datang untuk mengintai peluang belajar ke UK..yang ada hanya pelajar UiTM dan jugak pelajar sekolah...kagum tengok ramai ibu bapa bangsa cina bawak anak dieorang datang dan bersungguh-sungguh bertanyakan tentang universiti di UK..pape pun aku berkenan dengan Brunel University..nak sambung International Relation kat sana boley??hehe..sempat lengkapkan survey dan dapat beg UK Education...kesian kat pensyarah aku ni yang nak beg tu tapi tak dapat..yang dapat vaucer Starbucks..ok la tue kan..hehe



semua mesti impikan nak belajar kat UK kan?

blogger pilihan aku...

semenanya aku baru je balik dari listening test untuk Japan Language..ok la..dapat 6 dari 10 markah kan(memujuk hati sebab dapat rendah..huhu)...dah lama sebenarnya nak tulis pasal blogger pilihan aku ni tapi tak sempat-sempat...so sekarang dah free sikit aku tulis la kan..siap blogger yang sentiasa aku akan bukak hari-hari untuk baca hasil tulisan dia?sebenarnya aku jenis yang tak kisah nak baca mana-mana blog asalkan apa yang ditulis menarik dan memberi manfaat buat aku..aku rankingkan kepada satu,dua,tiga dan empat..

ahadiatakashahmerepeklagi

jangan ambik hati sangat dengan repekan aku ni, ek! cuma, aku pesan kalau nak-nak sangat dengar repekan ni, pakai helmet! pakai helmet bro?! ak ah... helmet! tapi, bukan helmet kepala tu, bukan! pakai helmet hati semoga hati korang ada perlindungan keselamatan yang tak mudah terpedaya dengan repekan ngeri aku ni, hi hi hi...

blog pertama yang sangat menarik perhatian aku adalah blog AHADIAT AKASHAH(betol tak aku eja nama dia ni ek?halal jela..hehe)..masa mula-mula aku ada blog, blog beliau lah yang sangat menarik perhatian aku..apa yang aku dapat komen tentang hasil tulisan dia adalah dia ni seorang yang selamber..sangat selamber menggunakan ayat yang dia rasa sesuai walaupun kasar..bagi aku tulisan dia sangat memberi pengajaran..dalam lawak ada sinisnya..yang penting dia selalu mengingatkan aku tentang tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ni..banyak nasihat tentang kematian dan membuatkan aku sedar betapa kerdilnya kita sebagai manusia dia atas muka bumi Allah ni...cuma kebelakangan ni dia dah jarang menulis..aku pun tak pasti kenapa..mungkin sibuk nak siapkan novel terbarunya kan...aku sentiasa menunggu post terbaru dari dia...



Zahiril Adzim

blog kedua yang aku suka baca adalah blog ZAHIRIL ADZIM..kenal kan sapa dia ni?ala yang bersama ana raffali dalam persembahan lagu Tolong Ingatkan Aku masa Juara Lagu lepas...hehe..aku suka baca dia bukan sebab dia ni seorang pelakon tapi aku suka dengan setiap pengalaman yang dia tulis..bagaimana rasa sakit dan pedihnya dalam mengharungi kehidupan dalam mencapai apa yang dicitakan...penulisan dia sangat jujur..aku suka bila dia langsung tak gunakan bahasa-bahasa singkatan...setiap apa yang ditulis sangat hidup dan memang buat kita rasa apa yang dia rasa...dia ni suka jugak berfalsafah dan ayat-ayat dia memang boleh pakai...yang paling aku suka adalah kata-kata dekat blog dia ""Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupa"..terbaik kan???

JANTAN CELAKA
HANYA YANG SIAL MAMPU MENJADI CELAKA TERBITAN JANTAN CELAKA SDN BHD

Blog ketiga yang memang aku obses untuk baca adalah blog JANTAN CELAKA...macam kasar je bunyinya tapi kalau tengok penulisan dia sangat bagus..blogger ni jenis yang sangat bebas memberikan sebarang idea,pendapat atau komen dia tentang sesuatu isu...dia memang jenis yang tak bermuka-muka atau nak cover apa yang dia nak tulis...apa yang dia rasa betul dan rasional bagi dia maka dia akan tulis..banyak entri dia yang sangat berilmiah..dia bukan menulis secara melulu...aku percaya dia memang buat research dulu dan menulis menggunakan otak..aku ni jenis yang suka baca pengalaman orang dan menjadikan pengalaman itu sebagai panduan untuk aku lakukan yang terbaik untuk aku dan orang sekeliling yang aku sayang...

Elia : Short & Sweet

ni blog keempat dan blog terbaru yang paling aku suka baca...blog JEJARIRUNCING...perlu ke aku perkenalkan sape gadis ini?tak payah la kan..semestinya semua dah tau yang dia ni adalah awek kepada Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan penjaga gol kebangsaan..rupa-rupanya umur si khairul fahmi ni sama dengan aku je...apa yang bestnya blog cik jejariruncing ni?aku mula baca blog dia lepas bukak fan page khairul fahmi..aku sebenarnya tak kenal pun sape khairul fahmi ni..jujurnya ak memang tak minat bola sepak..kalu badminton,bowling atau squasy aku layan la...so memang tak ada kaitannya aku baca blog dia sebab aku nak tau pasal khairul fahmi tapi aku nak tau pasal dia..hehe...aku suka blog dia sebab dia ni sangat memahami kehendak pembaca blog..ringkas dan ayat yang dia gunakan mudah difahami..dia langsung tak malu untuk berkongsi kisah percintaan dia..ayat yang paling aku suka bila dia kata dia nak apa yang dia tulis akan dibaca oleh anak cucu nanti..betol jugak kan?aku rasa inilah diari terbaik untuk mereka tahu kisah kita...aku senyum je bila tengok dia dikutuk sebab dikatakan suka menulis tentang incik apex dia bila incik apex dia dah famous..bagi pembaca setia blog dia memang akan tau kisah sebenar la kan...aku rasa aku dah baca dan belek setiap entri dia sejak 2009 lagi..boleh jadi keja satu hari aku habiskan untuk baca kisah dia kan..haha..pape pun aku doakan yang terbaik buat dia dan khairul fahmi..moga hubungan korang berkekalan sampai bila-bila..teruskan kejujuran anda dalam menulis k...hari tu dia ada buat contest tapi aku tak berani nak join kan...sape la aku ni kan..hehehe...