My Readers

Wednesday, March 30, 2011

family gathering...

banyak sangat sebenarnya yang nak di update tapi masih tak berkesempatan..sangat sibuk..huhu..untuk kali ni aku curi jap masa belajar aku..boleh ke?ala..bolehla..nanti aku ganti balik k masa yang aku dah curi sebab berblogging ni..=)..aku ada cakap sebelum ni yang aku tak dapt balik Penang sebab ada test hari ahad lepas tapi akhirnya aku balik jugak..sebabnya??aku tak nak lepaskan peluang untuk bersama dengan abah dan adek bradik aku yang lain..penyelesaiannya, aku maklumkan dengan lecturer2 aku yang aku tak dapat hadir untuk kelas hari ahad tue..alhamdulillah..dieorang pun ok je..jumaat petang aku sampai Penang..esoknya dalam pukul 5 pagi family aku yang bertolak dari Pahang selamat sampai...sangat seronok rasanya..dapat jumpa abah,abg mie,kak ana n abg awie,kak ida n suami serta anak2 dan jugak dek cah..sorang je yang tak dapt join iaitu abg hadi..katanya tak dapt cuti..tak pela..nak buat camane kan..hari sabtu tu kami sekeluarga pergi Balik Pulau iaitu kampung abah...dah hampir empat tahun rasanya abah tak balik Penang...gembira tak terkata la dia..rumah pertama yang kami tuju adalah rumah Tok Chik Timah dan Tok Chik Bidin..umur sudah lebih 76 tahun tapi masih sihat dan kuat..menangis abah dapat jumpa tok chik..kata tok chik abah sangat suka makan gulai ikan yang tok chik buat..masa kecik2 dulu sanggup dia tak makan kat rumah semata-mata nak makan kat rumah tok chik sebab dia sangat suka gulai tok chik buat..macam2 la kisah yang dibualkan..ada yang sedih dan ada yang gembira...next kami tala pi rumah arwah tok su som untuk jenguk tok su mud..alhamdulillah masih sihat dia..aku sangat terkilan sebenarnya sebab tak dapat jumpa toksu som sebelum dia meninggal akibat kencing manis tahun lepas..orangnya sangat baik..dia pernah mintak aku ajarkan buat mee kuah yang arwah mak selalu masak..aku tanya la kenapa nak buat mee kuah dan dia cakap "dah man cakap sedap toksu nak kena masak la"..aku senyum je tapi tu cerita 7 tahun lepas masa aku datang ke Penang..itulah kali pertama aku jumpa dia itulah jugak kali terakhir aku bersua dengan dia...habis je minum, kami terus gerak ke rumah pak su..adik arwah mak..dieorang ada buat makan-makan sikit..memang seronok la sebab dapat jumpa tok kiah(tok sebelah arwah mak)..sebak dia dapat tengok abah...sampai pukul 9 malam jugak la stay kat sana..pastu balik semula ke Teluk Kumbar(rumah kak ayu)..hari ahad, pagi tu kak ayu dok sibuk siapkan kek 3 tingkat untuk kenduri Jun(sepupu aku merangkap anak Mak Lang aku)..dalam tengahari tu kami gerak ke Dewan Balik Pulau untuk hadiri kenduri kahwin dia..sangat meriah sampaikan baru pukul 3 petang lauk dan nasi dah habis...terpaksa tambah lagi...dalam pukul 4 kami gerak ke kampung perlis..sebabnya??nak pergi Laksa Janggus la..


aku pun first time datang..memang ramai orang..macam2 ada jual tapi yang utamanya mestila laksa janggus kan...order pisang gorang jugak yang sangat laku..memang benar kata pepatah bagai pisang goreng panas...letak je habis..haha..terpaksa beratur panjang nak beli tau...


ni la rupanya laksa janggus tue..

lepas habis je makan, kami ke Batu Ferringgi(betul ke ejaan aku ni)...tapi tak berenti pown..just lalu jela..tau kami berhenti kat mana??tempat yang best jugak iaitu Miami Beach..hehe..syok la..lepak tepi pantai sambil layan anak sedara aku yang comel2 tu main air kan..
cantik kan pantai ni..

habis je main2 air plus sembang2 di tepi pantai,kami pun gerak menuju ke Jetty..huhu..ni nak start part sedih da...sebabnya nak hantar aku balik ke Sungai Petani...memang sedih sangat..bukan selalu dapat macam ni kan...yang penting aku bawak dieorang makan2 kat Jeti Semeling dulu sebelum hantar aku balik rumah..
ni la jeti semeling..lau nak p pantai merdeka dari sini pun boleh...

time tu aku cerita kat abg mie camane keadaan aku yang sebenar..aku terus terang semuanya kat dia..yes, dia memang seorang abang yang sangat baik...aku tau dia dah banyak sangat berkorban untuk kami sekeluarga...aku pun memang tak sabar sangat nak ambil alih tugas dia...tanpa dia aku rasa memang kami tak dapat berkumpul macam ni...aku nampak dia cuma nak abah gembira..tu je..memang sepanjang kami bersama,aku tengok abah memang sangat gembira...balik ke kampung tercinta..jumpa kawan2 dan sahabat handai yang dah lama terpisah...baru aku tau yang ayah aku ni sebenarnya seorang polis wilayah dulu dan jugak memang terkenal sebagai kapten bola sepak..tapi aku??memang kaki bangku..huhu..pape pun, family gathering kali ni amat bermakna buat aku..dah lama kami tak bersama macam ni..kalau lah arwah mak masih ada, tentu dia gembira kan...erm..aku hanya mampu berdoa semoga mak sentiasa bahagia di sana...amin..

5 comments: