My Readers

Monday, December 6, 2010

berakhirnya 1431 hijrah...

berakhir sudah hari yang terakhir di bulan yang terkhir dalam kalendar islam..alhamdulillah bersyukur kepada Tuan Empunya alam ini kerana masih memberikan aku kesempatan untuk aku terus bernafas dan menghirup udara dia atas muka bumi ini...banyak perkara yang aku lalui sepanjang tahun ni...pelajar tahun akhir diploma  pentadbiran awam amat mencabar diri ini untuk terus memberikan yang terbaik demi menjamin hidup yang lebih cemerlang pada masa hadapan...sebagai seorang insan biasa dan hamba Allah yang mudah alpa dan lalai dengan keindahan,kenikmatan dunia yang dianggap segala galanya buat kita...kadang-kadang kesibukan dunia membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita bukan hanye sebagai pelajar dan anak malahan yang lebih penting sebagai hamba Allah yang hanya selayaknya mengabdikan diri kepada-Nya...aku akui kadang-kadang kesibukan aku dengan pelbagai perkara membuatkan aku lalai..bila hati resah,gelisah dan kosong barulah kita akan kembali ingat Tuhan...rasa berdosanya diri ini dengan Yang Maha Pencipta...sempena tahun baru dan di bulan yang baru ini jugak aku berazam untuk terus memperbaiki segala kelemahan diri..memang kita tak sempurna tapi seharusnya ada usaha untuk merubah diri kita kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya..aku tak mahu lagi ulangi kesilapan yang bodoh yang pernah aku lakukan..biarlah tahun yang akan aku hadapi ini menjadi sebuah tahun yang lebih bermakna dari sebelumnya terutamanya menjadi hamba yang lebih taat dan setia kepada Tuannya, insan yang lebih matang, pelajar yang sentiasa akan lebih berusaha untuk cemerlang dalam belajar, sahabat yang lebih dan sentiasa menghargai sahabatnya walaupun jarang dihargai, anak yang sentiasa memahami dan menyayangi abah dan keluarga walau apa pun terjadi dan mula melangkah menjadi seorang yang dewasa pemikirannya dan memperkukuhkan jati diri agar mampu menjadi seorang yang berguna kepada keluarga,bangsa,agama dan negara..InsyaAllah...

2 comments:

  1. salam maal hijrah 1432 H...
    moga mnjadi yg lebih baik! (^-^)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..moga kita sama2 menjadi insan dan ummah yang lebih cemerlang:)

    ReplyDelete