aku sedang belajar untuk jadi pemimpin yang baik..pembelajaran itu ternyata bukan hanya diisi dengan pelbagai masalah yang aku harus fikirkan sendiri jalan penyelesaiannya tetapi aku harus sentiasa bersedia untuk dimaki dengan kata-kata yang kesat, ideaku ditolak bulat-bulat dan segala apa yang aku buat tidak langsung dianggap bermanfaat..aku disekat...darah muda ini memang tercabar...aku sentiasa sangat bersabar sebab inilah yang harus aku belajar bila mana aku ingin menjadi pemimpin yang cekal..bayangkan kadang-kadang segalanya sudah aku rancangkan tetapi hanya dengan satu sebab, aku terpaksa batalkan semuanya..terkilan, kecewa apatah lagi sesal dengan diri sendiri kerana aku tak mampu untuk jadi pemimpin yang baik...aku tak diberi kesempatan untuk melunaskan segala amanah dan kepercayaan yang diberi kepada aku dengan sebaiknya...apa daya aku??di akhirnya aku hanya mampu untuk menuruti.. maafkan aku wahai diri...aku disekat...sampai satu tahap aku rasa tiada apa lagi yang mampu aku lakukan.. cukuplah..hanya setakat ini yang mampu aku sempurnakan...aku tenangkan hati yang sedang marah dan kecewa..air mata menjadi teman paling setia membantu memulihkan segalanya...mungkin sudah tiba masanya untuk aku undurkan diri...bukan mengalah dan langsung aku tidak rasa yang aku kalah..cuma aku rasa cukuplah...mungkin akan ada pengganti yang lebih baik yang mampu memberikan yang lebih baik dari apa yang telah aku lakukan......
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Sunday, September 23, 2012
Saturday, September 22, 2012
#TanyaNajib Bajet 2013
Jom sama-sama join dan terlibat dalam pembangunan negara...
Kata Perdana Menteri:
Tinggal beberapa hari saja lagi saya akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen. Pembentangan Bajet tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya. Atas kesempatan itu, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua di atas input yang diberikan dan ini sekali gus membuktikan bajet kali ini dibuat dari rakyat untuk rakyat.
Kata Perdana Menteri:
Tinggal beberapa hari saja lagi saya akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen. Pembentangan Bajet tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya. Atas kesempatan itu, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua di atas input yang diberikan dan ini sekali gus membuktikan bajet kali ini dibuat dari rakyat untuk rakyat.
Bajet ini dijangka bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi negara, malah ia juga membawa impak yang baik kepada masyarakat. Oleh sebab itulah saya mahu terus berinteraksi dengan anda semua bagi mendapatkan maklum balas mengenai bajet tersebut selepas ia dibentangkan.
Bagi tujuan itu, saya akan menganjurkan satu lagi sesi #TanyaNajib pada 3 Oktober depan bersamaan dengan hari Rabu pukul 9 malam. Pada sesi tersebut, anda semua akan diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai Bajet yang telah diumumkan itu. Maka, saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlit, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi #TanyaNajib itu nanti.
Saya masih ingat, pada sesi #TanyaNajib sebelum ini yang diadakan pada 11 Januari tahun lalu, saya menerima reaksi memberangsangkan menerusi Twitter. Saya telah menjawab sebahagian daripada soalan anda semua itu menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara.
Menyedari hakikat bahawa Bajet kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, saya melihat penganjuran sesi #TanyaNajib kali kedua ini memberi manfaat sangat baik kepada kita semua. Untuk penganjuran sesi #TanyaNajib: Bajet 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum. Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi. Saya akan mengadakannya menerusi akaun Google+ saya - klik di sini untuk +1 saya [http://bit.ly/najibGoogle] - selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain. Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter [http://bit.ly/najibTwitter] dan Facebook [http://bit.ly/najibFacebook] untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.
Justeru itu, saya menggalakkan anda semua untuk mengambil peluang untuk menyertai perbicangan penuh bermakna ini yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sangat berharap dapat mendengar reaksi daripada anda semua!
sumber: http://1malaysia.com.my/my/blog/tanyanajib-2013-budget/
Bagi tujuan itu, saya akan menganjurkan satu lagi sesi #TanyaNajib pada 3 Oktober depan bersamaan dengan hari Rabu pukul 9 malam. Pada sesi tersebut, anda semua akan diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai Bajet yang telah diumumkan itu. Maka, saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlit, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi #TanyaNajib itu nanti.
Saya masih ingat, pada sesi #TanyaNajib sebelum ini yang diadakan pada 11 Januari tahun lalu, saya menerima reaksi memberangsangkan menerusi Twitter. Saya telah menjawab sebahagian daripada soalan anda semua itu menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara.
Menyedari hakikat bahawa Bajet kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, saya melihat penganjuran sesi #TanyaNajib kali kedua ini memberi manfaat sangat baik kepada kita semua. Untuk penganjuran sesi #TanyaNajib: Bajet 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum. Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi. Saya akan mengadakannya menerusi akaun Google+ saya - klik di sini untuk +1 saya [http://bit.ly/najibGoogle] - selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain. Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter [http://bit.ly/najibTwitter] dan Facebook [http://bit.ly/najibFacebook] untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.
Justeru itu, saya menggalakkan anda semua untuk mengambil peluang untuk menyertai perbicangan penuh bermakna ini yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya sangat berharap dapat mendengar reaksi daripada anda semua!
sumber: http://1malaysia.com.my/my/blog/tanyanajib-2013-budget/
Friday, September 21, 2012
pengsan...

nak bagitau yang aku rasa macam pengsan semalam..jap-jap..pengsan boleh rasa ke??haha...cerita sebenarnya adalah aku tidur macam orang pengsan semalam...malam sebelum tu memang dah tak cukup tido sebab aku kena siapkan practical report..then, pagi tu pulak ada kelas...habis je kelas, aku pi makan jap..lepas zohor terus jumpa research partner aku untuk siapkan research pulak sebab kedua-duanya nak kena hantar semalam jugak..sampai pukul 4 lebih jugak la aku bertapa dekat library(jangka masa yang paling sekejap setakat ni untuksiapkan research)..dah hantar kedua-dua tu aku pun balik rumah..badan dah memang penat..otak jangan cakap la...dah la beberapa hari ni aku diuji dengan macam-macam...bila aku dah tak tahan, air mata jela yang jadi penawar..untuk sesetengah perkara aku memang sensitif...tetiba teringat mak dan abah...rindu sangat-sangat dengan dieorang...terus doakan moga dieorang sentiasa tenang dan bahagia dekat sana...dalam pukul 6 lebih tu aku memang niat nak rehat kejap la kan...tengok-tengok tak sedar langsung...tau sampai pukul brape??5 pagi habaq hang!!!huhu..memang teruk sungguh aku penat semalam kan...bangun je terus buat solat isyak yang masih berbaki beberapa minit je lagi...alhamdulillah, terasa sangat segar dan bersemangat pagi ni...aku dah set dalam minda yang hari ni adalah hari untuk aku berehat..esok baru nak sambung buat kerja...aku kemas bilik,kemas dapur,basuh pinggan mangkuk, masak untuk tengahari (menu sup ayam dan ikan goreng je then buat sambal belacan sikit), beli barang rumah sikit dan tengok movie...hehe...memang terasa sangat produktif hari ni tau...lega sebab dapat buat banyak kerja lain selain fokus untuk akademik...esok ada program dengan orang Kampung Bujang, Merbok...memang sibuk lah...harap-harap tak"pengsan" lagi la =)
2 minggu yang menyesakkan....
assalamualaikum....dah lama rasanya tak update...nak kata sibuk sangat tak lagi la sebab baru 2 minggu pertama kan mendaftar balik dekat UiTM Merbok tercinta ni...dengan persatuan pun baru habis satu program..minggu depan insyaAllah ada Annual General Meeting (AGM) sebelum bubar...belajar?baru habis chapter 1..otak pun masih dalam masa untuk menyesuaikan diri balik walaupun aku dah lama tunggu nak masuk belajar semula...assignment pun dah ada..minggu depan aku ada 2 presentation yang harus dilangsaikan...research??haha..baru nak mula hangat...aku harap sangat diri aku dapat sangat bersabar untuk menyiapkan research semester ni..nak buat sungguh-sungguh..awal-awal ni nak tukar banyak benda pun tukarlah.."buat sampai buleh" (bak kata orang kedah kan)..yup..yang pasti aku benci kau wahai cik putus asa..jangan sekali-kali kau datang dekat aku..ada faham???hehe..tetapi dua minggu sangat menyesakkan bagi aku...ramainya pelajar dekat kampus..aku rasa hampir 6 ribu orang...kalau dulu parking motor tak payah nak risau tetapi sekarang semua nak kena berebut...macam hape je lagi...angin jugak la aku dengan perangai segelintir adik-adik junior diploma ni kan...kurang adab sungguh...nanti aku cerita lebih lanjut apa yang kurangnya...sabar jela...tak ape...minggu ni je pun nak sesak...sebab bermula minggu depan pelajar diploma dah mula study week..so memang tak sesak sangat la berbanding dua minggu ni...nak parking pun senyum je...yela, pelajar degree tak ramai kat sini..dalam seribu lebih je...memang akan tenang dekat semua tempat dalam kampus..hehe...bagus jugak la sistem kemasukan dah bertukar..lega hati sikit nak belajar kan =)
Saturday, September 15, 2012
akuarium dah meriah....
yeayyyy!!!memang tengah gumbira sebab akuarium aku dah meriah balik...dah banyak ikan...aku dah tak boleh kira berapa banyak ikan yang aku bela setakat ni dah mati..haha...nak buat macam mana...bukan aku yang biarkan dieorang semua terseksa tapi dieorang yang suka nak bunuh diri sendiri...cuba duduk diam-diam je kat dalam akuarium tu...tak dela korang mati kan...haha...semalam kawan aku dah belikan aku lagi sepuluh ekor ikan..kebetulan masa balik beraya dari rumah sensei, aku singgah kedai ikan..beli lagi sepuluh ekor ikan..yang dah sedia ada lima ekor..so aku ada 25 ekor ikan...banyak tu...aku harapkan hayat ikan ni akan lama la bersama aku...terima kasih wahai semua ikan-ikan sebab menjadi kekasih aku =)
Tuesday, September 11, 2012
semangat nak pergi kuliah...
korang ada tak perasaan macam tu??hahaha...entah kenapa semangat aku untuk semester ni lebih sikit dari biasa...mungkin sebab dah semester terakhir kot...sampaikan kakak aku cakap aku gila..haha...bagus apa kalau kita semangat nak pergi kelas...nak belajar sungguh-sungguh..tak mau main-main dah dan berazam untuk memberikan sepenuh perhatian ketika di dalam kelas...tak bagus gitu??haha...apa orang nak cakap pun cakaplah janji aku memang sangat suka pergi kelas...tambah-tambah lagi semester akhir ni kelas tak banyak..so kena la hargai setiap kelas yang ada kan...jam dah menunjukkan pukul 9.28 minit pagi..waktu untuk bersiap ke kelas...jom!!! =)
Sunday, September 9, 2012
bahagian khidmat pengurusan PDC
sedikit gambar kenangan aku sepanjang berpraktikal selama 5 minggu di Penang Development Corporation
kepala gila-gila jugak dieorang berdua ni..kak hanida dan herman..hehe
try jap pakai topi koboi ni...sehari sebelum perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri pulau pinang
macam kakak rapatnya kami...kak azmah..
rakan sekerja...kak siti husina, kak siti fatimah, kak ita dan azlina =)
ni kat luar.level tiga PDC..
ini la supervisor aku...agak strict tapi baik hati.. Puan Wong Foong Yee
bergambar dengan boss bahagian procurement, Encik Samad
ni la tempat aku...amacam ada gaya jadi pekerja cemerlang tak??hehe
dengan Puan Wendy...boss bahagian personnel
bersama kak nala yang expert tentang prestasi pekerja dan puan janet berkenaan tender
ni bestfriend aku kat PDC...herman
Saturday, September 8, 2012
timetable untuk semester terakhir....
waaa...terbaikkkk..itu je yang aku boleh cakap tentang timetable aku untuk semester yang terakhir ni...buat pertama kalinya hari ahad aku cuti...hehe..best kan??tak berapa nak padat dan ini membolehkan aku untuk tumpukan lebih kepada research dah jugak practical report...aku hanya ada 3 paper masa final exam nanti..apa yang aku harapkan untuk semester ni adalah dapat buat yang sehabis baik macam yang sebelumnya dan kalau boleh nak dapatkan result yang paling cemerlang...agak-agak boleh tak?? mesti boleh!!! kan Malaysia Boleh..hehe..yela...ada kawan aku yang semester lepas dia dapat 3.90 untuk semester terakhir...aku pun nak jugak...apa yang penting sekarang ni aku betul-betul semangat nak masuk kelas..nak belajar sungguh-sungguh dan tutup buku untuk Ijazah Sarjana Muda aku dengan hadiahkan kepada mak dan abah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan Anugerah Naib Cancelor mungkin?insyaAllah...
Monday, September 3, 2012
coretan raya 2012...
macam yang bagitau sebelum ni yang tahun ni memang tahun yang amat sedih untuk kami adik beradik sebab beraya tanpa mak dan abah...semuanya serba tak kena...walau apa pun raya tetap harus diraikan...
bakar lemang di malam raya
di pusara mak...
di pusara abah...
speechless....masa ni raya ke 3 rasanya...tengok anak sedara main bunga api aku pun join la...seronok jugak jadi budak kecik jap =)
Wednesday, August 29, 2012
awak nampak matang la...
itu la perkara pertama yang ramai orang akan cakap dengan aku bila nak berkawan dengan aku...ramai yang terkejut bila aku cakap aku masih muda sedangkan muka dah nampak matang macam orang dah bertahun bekerja yang tunggu masa nak kahwin je...haha...ada jugak yang ingat aku ni dah kahwin dan ada anak dah pun...gila ke apa..hehe...untuk pengetahuan awak semua, saya masih muda la...masih jauh perjalanan yang harus ditempuh..masih banyak tanggungjawab yang harus disempurnakan...kalau kamu inginkan saya cepat-cepat pinang kamu maaf sangat-sangat...saya tak dapat nak sempurnakan walaupun saya sayangkan kamu... carilah mereka yang dah bersedia untuk pinang kamu...eh, apa aku dah melalut ni haaaa....haha...ok kita balik semula kepada perbincangan asal...matang tu apa ek?jap nak google dalam kamus dewan..mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, maksud matang dalam konteks apa yang ingin aku bincangkan adalah
mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran... bagi aku matang ni mempunyai maksud yang sangat subjektif...adakah matang itu dinilai berdasarkan usianya??raut wajahnya?? atau dari perlakuannya??setiap orang ada tanggapan sendiri macam mana dia nak klasifikasikan seseorang itu sebagai matang...jujur aku memang sangat suka berkawan dengan orang yang matang...senang untuk dibawa berbincang sebab masing-masing dah tahu apa yang terbaik untuk dilakukan...tak payah nak bertekak dulu baru boleh faham apa kehendak sesuatu perkara tu... bab perempuan pun sama...hehe...aku suka yang matang pemikirannya...faham dan terima aku seadanya...actually aku suka jugak yang suka bermanja cuma mesti kena pada tempatnya la kan...hehe..dah2..sekali lagi aku mengarut apa ni...kita kembali fokus ek..macam mana nak jadi seorang yang matang??pada pandangan aku nak capai tahap matang tak bergantung kepada usia semata-mata...sebanyak mana pengalaman hidup yang dah pernah seseorang tu raih terutamnya jika duji dengan pelbagai dugaan dan kesusahan, dia akan lebih cepat matang...kata orang pengalaman hidup akan mematangkan seseorang..aku setuju dengan penyataan tu...kalau umur kau dah 30 tahun pun tapi dari kecil dibesarkan dalam kehidupan yang serba kaya dan sentiasa bersenang lenang, tak perlu fikir pasal hidup sebab harta mak bapak memang dah bertimbun, segala apa yang diinginkan akan dipenuhi serta merta dan sekali pun tak pernah merasa erti kesusahan, aku tak rasa kau akan jadi seorang yang matang...nak dapat kematangan hidup, kita kena keluar dari zon selesa yang mana kita kena rasa sendiri bagaimana susahnya bekerja, dapatkan duit dengan hasil usaha sendiri, dan barulah kita akan menghargai betapa susahnya untuk memenuhi keperluan hidup...nanti pun aku nak pastikan anak-anak aku tetap merasa kesusahan tapi dalam versi yang berbeza la yang mana aku akan aturkan untuk mereka..of course la segala keperluan akan aku sediakan cumanya aku tak nak dieorang menjadi terlalu manja sampai semua yang nak kena ada depan mata..kena ajar dieorang untuk berusaha kuat kalau nak dapatkan sesuatu..betol tak?aku bersyukur dengan setiap apa yang dah ditempuhi selama aku hidup sampai ke hari ni..sesungguhnya pengalaman tu takkan dapat dibeli dimana-mana...moga dengan pengalaman yang serba sedikit mematangkan aku ni dapat memandu aku untuk terus berjaya pada masa hadapan..
ada gaya macam YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tak??hehe
Friday, August 24, 2012
berhenti kerja...

ni sebenarnya adalah post untuk minggu lepas tapi disebabkan aku balik kampung tak dapat la nak cerita kan...dengan rasminya aku umumkan yang aku dah berhenti kerja...sedih sangat rasa hati ni...sayu je bila nak kemas balik meja kerja aku...hiba bila tengok kawan-kawan sekerja aku..salam dengan dieorang...dapat ucapan selamat berjaya dari dieorang semua...yang paling sedih bila kena pulangkan balik kad staff...apa la nasib aku kan...nak buat macam mana..dah rezeki aku lima minggu je dapat menjadi sebahagian bahagian khidmat pengurusan dekat PDC tu...nak merayu pun dah tak boleh... dengan berat hati aku melangkah keluar dari pejabat tu...turun lif dan punch out buat kali yang terakhir...aku tak sangka sampai sebegini sekali nasib aku..sob sob...kalaulah praktikal aku dilanjutkan ke 3 bulan kan seronok..huhu...sedih kan??nak buat macam mana..keperluan untuk kursus yang aku ambil ni cuma lima minggu...kalau lama sikit mesti lagi menarik kan..kalau tu akan tetap jadi kalau dan takkan mungkin dapat diubah...ape pun aku bersyukur dengan kesempatan yang diberi...sekarang aku lebih nampak apa yang aku ingin tuju dan capai dalam masa akan datang...takkan aku sia-siakan pengalaman yang aku dapat untuk terus memperbaiki diri aku menjadi seorang yang lebih baik...betul tak??tak sabar nak tunggu 30 hb ni ada majlis sikit...hehe...terima kasih sekali lagi untuk Penang Development Corporation!!!
Thursday, August 23, 2012
raya tanpa mak abah....
alhamdulillah...beberapa hari aidilfitri telah berlalu...sekarang pun aku kira ramai yang dah mula balik untuk kembali menjalankan tugas masing-masing...aku pun begitu...tiap-tiap kali raya mesti tak lekang post berkenaan hebatnya raya bersama mereka yang tersayang...beruntunglah buat korang yang masih punya mak dan ayah untuk meraikan syawal..berbahagialah mereka yang dapat bergambar lengkap satu keluarga sambil tersenyum riang memeluk erat tubuh ibu dan bapa...dan memang itulah salah satu tujuan untuk aidilfitri diraikan...satu keluarga dapat berkumpul, bersama-sama menziarahi jiran dan sanak saudara...bagi kami adik beradik memang ternyata sukar buat kami untuk menyambut raya pada tahun ni sebab buat pertama kalinya beraya tanpa mak dan abah yang telah pergi menghadap-Nya buat selama-lamanya...macam yang aku kata sebelum ni, persiapan tetap aku lakukan...kakak ada buat kuih serba sedikit...pada malam raya kami buat pertama kalinya juga membakar lemang, rendang dan juga menu wajib untuk raya pertama mee kuah jugak disediakan...entah kenapa semuanya seakan tak menjadi untuk tahun ni...tak pernah hasil masakan aku menjadi begitu teruk...aku sendiri kecewa sebab mee kuah yang aku masak kali ni tak menjadi...kebanyakan menu yang selalu kami akan hidangkan setiap kali berkumpul seakan hilang rasanya...rendang jugak macam ada yang kurang....cucur bawang dan kuah kacang jugak tak berapa nak menjadi...sate pun sama...laksa seakan ada yang kurang...sampaikan gambar keluarga pun kami tak ambil sedangkan kami tujuh beradik lengkap berkumpul bersama keluarga masing-masing...entahla...serba serbi tak kena...ternyata man masih perlukan mak abah untuk man dan adik beradik terus jalani kehidupan ni dengan bahagia...mak abah...man rindukan kalian...
Thursday, August 16, 2012
majlis perpisahan...
petang semalam semua staf bahagian khidmat pengurusan PDC mengadakan majlis perpisahan untuk aku...nak sambut awal sikit...aku memang tak tahu yang dieorang semua nak buat majlis ni... pelik jugak la kan bila aku tengok dieorang semua berkumpul..dalam hati dah tertanya, knape dieorang kumpul ramai-ramai ni??alik-alik dieorang panggil aku berdiri kat tengah-tengah...dimulakan dengan ucapan oleh En Derani dan En K.Baskaran...memang majlis perpisahan merupakan tradisi bagi mana-mana student praktikal yang akan tamat...disebabkan bulan puasa, jamuan atau orang panggil farewell party tak dapat nak diadakan lah..semuanya sibuk al maklumlah nak dekat raya kan...tapi dieorang akan buat satu majlis untuk aku pada 30 hari bulan ni...lepas raya...so memang nak kena datang balik la dekat PDC kan...masa disuruh bagi ucapan tu aku memang agak tergamam...tak tahu nak cakap apa sebab aku tak sangka yang aku kena bagi ucapan...pape pun aku bantai jela kan.hehe...setinggi-tinggi penghargaan aku buat kesemua 36 orang staf bahagian khidmat pengurusan Penang Development Corporation...walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi dieorang semua tetap mesra macam satu keluarga...aku memang dilayan macam seorang adik...apa je yang aku tak paham akan dijelaskan dan memang tak bosan menjawab macam-macam soalan yang aku tanya...baru 5 minggu rasa dah macam 5 tahun...huhu...dapat sedikit cenderahati yang disampaikan oleh Encik K.Baskaran...dapat jugak kad raya PDC yang memang cantik...tak lupa jugak duit raya...hehe...pape pun terima kasih buat semua..takkan aku lupa kenangan bersama kalian semua dan jasa baik kalian terhadap aku sepanjang aku berpraktikal di PDC...sedihnya bila dah tak dapat pergi keja dan dengar lagu PDC setiap jam 8 pagi...huhu
menda pertama yang aku dapat masa hari pertama berpraktikal....
pelajar praktikal di PDC
staff card
dapat banyak koleksi sampul raya...cimb,rhb,public bank,hsbc dan maybank pun ada..hehe
dapat sedikit cenderahati, kad raya dan duit raya =)
cantik kan tai ni??aku suka sangat =)
Wednesday, August 15, 2012
persediaan awal...
hari ni kat office tak da keja sangat...semuanya dok mood nak raya...hehehe...dalam kesibukan nak raya ni, aku rasa semuanya dah ok..semalam dah amek baju melayu yang tempah dekat Bukit Jambul...t-shirt pun dah beli sehelai..cukupla kan...aku bukan lagi anak kecil yang mahukan segalanya baru...kalau dulu ye la kan..mesti nak kena ada seluar jeans baru, t-shirt baru, baju melayu dengan kasut raya baru setiap kali raya...umur dah meningkat dewasa ni kena la jadi macam orang dewasa sikit kan..cewwahh...hehe...hari ni aku tak pikir dah pasal persediaan raya walaupun rakan sekerja kat sini semua dok sibuk shopping biskut raya dan baju raya...apa yang aku pikir hari ni adalah persediaan untuk masuk semester baru...tak sabar rasanya nak masuk semester terakhir untuk degree...kak siti yang merupakan salah sorang officemate aku ada bagi planner..memang sangat bagus..siap dengan tarikh-tarikh penting lagi..so ni la kesempatan aku untuk merancang baki 4 bulan aku untuk tahun ni bermula september sampai la disember...aku nak pastikan setiap apa yang aku rancang ditulis dan takde la nak kelam kabut kan...biar semuanya mengikut seperti apa yang dah dirancang...akan memudahkan aku dalam membahagikan masa sebaiknya antara aktiviti persatuan dan akademik...dah la dengan semester depan kena betul-betul fokus untuk research sebab aku memang nak skor..kalau research masa diploma aku boleh dapatkan A, aku kena buktikan peringkat ijazah jugak aku boleh dapatkan A..kalau tak memang aku akan rasa bersalah dengan diri sendiri...buku-buku untuk semester depan pun dah ada..lepas raya ni ingat nak balik ke kedah awal sikit untuk kemaskini apa yang perlu... insyaAllah harap semuanya akan baik-baik sahaja...
Tuesday, August 14, 2012
praktikal dah nak habis...
macam yang aku ceritakan sebelum ni, minggu ni merupakan minggu terakhir aku berpraktikal... waaaaa...sedih la pulak rasa...baru lima minggu kat sini dah rasa macam bertahun dah aku keja kat sini... lepas ni aku bakal merindui semua rakan-rakan sekerja yang sangat sporting dan sangat memahami.. baik lelaki mahupun perempuan...aku langsung tak rasa bosan malah sentiasa sibuk..dalam sibuk menyiapkan segala tugasan yang diberi, sempat jugak aku mengarut dan merepek bersama rakan-rakan sekerja...haha... bukan senang nak dapat peluang macam ni kan...kerja tetap kerja..di akhirnya kerja tetap siap pada waktu yang telah ditetapkan...pada pandangan peribadi aku, aku memang tak kisah sangat kalau nak merepek ke ape ke yang penting tak jejaskan kualiti kerja seperti yang diharapkan...sebab bila kualiti kerja terjejas, merepek tu lah akan jadi perkara pertama yang akan dipersalahkan...betol tak??jap..apa yang aku tengah merepek ni??hahaha...berbalik kepada praktikal, nak je aku sambung kerja kat sini..memang banyak menda yang aku tak habis belajar lagi...5 minggu memang waktu yang amat singkat...ditambah lagi berpraktikal dalam bulan puasa kan...tak sempat nak berjimba dengan officemate kan...tapi takpe..dah janji ngan dieorang lepas raya ni nak lepak sekali...walaupun hanya 5 minggu, tapi aku dah dapat ramai kawan kat sini tau..hehe..aku harap tali silaturrahim ni akan kekal buat selama-lamanya......
Sunday, August 12, 2012
minggu depan....
banyak cerita yang akan berlaku pada minggu depan...pertamanya, minggu depan merupakan minggu terakhir aku praktikal....perasaan?? memang sedih la kan...aku dah rasa macam lama je aku kerja dekat Penang Development Corporation...memang sangat rapat dengan semua rakan-rakan sekerja..banyak perkara yang dah aku pelajari...suasana kerja yang sangat kondusif dan work culture yang begitu memotivasikan aku untuk terus bekerja dekat sini menjadikan setiap hari kerja aku sangat berharga... contoh terbaik untuk menggambarkan bagaimana mereka yang berbangsa melayu, india dan cina bekerja sebumbung di bawah satu pentadbiran tetapi mempunyai sikap toleransi yang sangat tinggi antara satu sama lain...saling menghormati antara satu sama lain dan meraikan kepelbagaian dengan penuh keceriaan... kan aidilfitri dah nak menjelma...yang berbangsa india sibuk memasang lampu ketupat di dalam office...yang berbangsa cina pulak sibuk membantu untuk tukar duit raya dekat bank...meriah kan??sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberi...keduanya, minggu depan jugak dah raya...dijangkakan hari ahad, 19 ogos...tak sabar rasanya nak balik kampung...berkumpul adik beradik,masak ramai-ramai, cat rumah, ziarah pusara abah mak, beraya bersalam memohon ampun antara satu sama lain..semua itu adalah saat-saat yang amat berharga untuk dilalui...menjelangnya raya bermakna berakhirnya ramadhan...moga aku dipertemukan lagi dengan ramadhan untuk tahun hadapan...minggu depan merupakan minggu yang amat nostalgia buat aku...moga minggu depan akan menjadi yang terbaik buat aku...insyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





