nak bagitau yang aku rasa macam pengsan semalam..jap-jap..pengsan boleh rasa ke??haha...cerita sebenarnya adalah aku tidur macam orang pengsan semalam...malam sebelum tu memang dah tak cukup tido sebab aku kena siapkan practical report..then, pagi tu pulak ada kelas...habis je kelas, aku pi makan jap..lepas zohor terus jumpa research partner aku untuk siapkan research pulak sebab kedua-duanya nak kena hantar semalam jugak..sampai pukul 4 lebih jugak la aku bertapa dekat library(jangka masa yang paling sekejap setakat ni untuksiapkan research)..dah hantar kedua-dua tu aku pun balik rumah..badan dah memang penat..otak jangan cakap la...dah la beberapa hari ni aku diuji dengan macam-macam...bila aku dah tak tahan, air mata jela yang jadi penawar..untuk sesetengah perkara aku memang sensitif...tetiba teringat mak dan abah...rindu sangat-sangat dengan dieorang...terus doakan moga dieorang sentiasa tenang dan bahagia dekat sana...dalam pukul 6 lebih tu aku memang niat nak rehat kejap la kan...tengok-tengok tak sedar langsung...tau sampai pukul brape??5 pagi habaq hang!!!huhu..memang teruk sungguh aku penat semalam kan...bangun je terus buat solat isyak yang masih berbaki beberapa minit je lagi...alhamdulillah, terasa sangat segar dan bersemangat pagi ni...aku dah set dalam minda yang hari ni adalah hari untuk aku berehat..esok baru nak sambung buat kerja...aku kemas bilik,kemas dapur,basuh pinggan mangkuk, masak untuk tengahari (menu sup ayam dan ikan goreng je then buat sambal belacan sikit), beli barang rumah sikit dan tengok movie...hehe...memang terasa sangat produktif hari ni tau...lega sebab dapat buat banyak kerja lain selain fokus untuk akademik...esok ada program dengan orang Kampung Bujang, Merbok...memang sibuk lah...harap-harap tak"pengsan" lagi la =)
No comments:
Post a Comment