My Readers

Sunday, November 27, 2011

Dr Abdul Shukor Husin Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011

PUTRAJAYA: Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011. 

Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65, pula dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.
Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, sebentar tadi. 

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman. 

sumber: berita harian online

Saturday, November 26, 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA)bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA
  1. Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
  2. Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
  3. Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
  4. Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  5. Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
  2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
  • Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH

  • Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012 
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman webhttp://www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
  • Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.

Maklumat

  • Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA dan kategori Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.
  • Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
  • Pihak ePutra juga akan menghebahkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dan ambilan Julai/September 2012 ini dari masa ke semasa
sumber: eputra.com

Tuesday, November 22, 2011

debat presiden malam ini...


entah kenapa degupan jantung semakin laju...sangat berdebar-debar mungkin...alhamdulillah petang tadi dah selesai berkempen dengan bantuan rakan-rakan...jujur aku katakan tanpa rakan-rakan yang sentiasa ada menyokong dan membantu tak mungkin aku akan masuk bertanding bagi jawtan presiden kali ni..memang atau kalah persoalan kedua..yang penting kita sama-sama semangat dalam menyokong usaha satu sama lain... bagi aku proses berkempen tadi sangat seronok...dapat tampal poster dan mengatur pelbagai strategi bagaimana nak bagi orang kenal kita..kejap lagi pulak akan berlangsung debat presiden...saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa Bachelor in Administrative Science (BAS) bagi melihat calon presiden mereka berdebat dan mengeluarkan ideologi masing-masing terhadap sesuatu isu...cuaknya rasa...huhu...otak masih kosong dan isu yang akan diiutarakan nanti pun aku tak tahu..apa yang aku boleh cakap adalah malam ni ucapan aku adalah secara spontan dan tiada susunan atau skrip yang aku buat...doakan aku ya kawan-kawan...terima kasih =)

PILIHANRAYA JAWATANKUASA BASIC 2011

akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba bertanding jawatan presiden dalam Pilihanraya BASIC yang akan diadakan pada rabu ni...esok malam pula akan diadakan debat presiden...bersediakah??? insyaAllah aku akan buat yang termampu...harapakan sokongan dari anda semua kerana tanpa anda semua tak mungkin aku akan masuk bertanding...


Monday, November 21, 2011

sabarlah wahai srikandi hatiku...



"bersabarlah wahai srikandi hatiku...pabila tiba masanya, aku pasti akan datang mendapatkanmu...aku sedang mempersiapkan diriku, untuk menjadi seorang imam yang akan membimbingmu ke syurga ALLAH...sehingga tibanya saat lafaz sakinah itu, bersabarlah wahai sayangku...sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang sabar..."

Sunday, November 20, 2011

Go Malaysia!!!

setakat jam 8 malam semalam Malaysia berjaya mengutip 47 emas, 43 perak dan 63 gangsa melepasi sasaran yang ditetapkan oleh MSN iaitu 40-45 emas..syabas Malaysia!!! aku kira bebeapa emas lagi mampu diperoleh Malaysia dan yang paling penting dalam misi untuk mempertahankan pingat emas bola sepak sukan sea... Perlawanan semalam menunjukkan Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 da seterusnya melayakkan team Malaysia untuk ke peringkat akhir samada bertemu Indonesia atau Vietnam...apa-apa pun selamat berjaya Malaysia!!!

proud to be Malaysians!!!

Saturday, November 19, 2011

this video should be on tv..serious superb!!!

banyak menda yang kita boleh pelajari dari video ni..sebelum aku komen lebih panjang, cuba korang beri pendapat tentang video Mat Luthfi ni...


Kisah Nabi : Syurga untuk mereka yang berbakti kepada kedua ibu bapa...

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.
Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.
Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.
Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.
Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pun manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.
Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.
Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.
Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.
Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.
Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.
Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan Agama Islam via Syahirul

sesak nafas..

memang begitulah situasi hidup aku untuk dua minggu ni...sangat serabut....sangat letih....semalam dah melalui satu hari yang sangat meletihkan dengan Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar bagi semester 4..disebabkan semester lepas aku aku sambung belajar lewat maka aku terlepas untuk mengikuti modul semester 3..maka terpaksalah dan harus direlakan diri untuk menghadiri modul semester 3 yang akan dibuat pada hari ini...bermula jam 8 pagi sampailah 6.30 petang...nak pengsan aku dibuatnya dengan semua ni...ahad ada presentation csc...isnin ada dua test menanti...diikuti rabu dan khamis masing-masing ada satu test..minggu depan jugak la pilihanraya fakulti aku akan dilakukan...mana mau kejar???tetapi aku cuma fikir positif...selagi ada ruang dan masa aku study..insyaAllah ada jalannya....

Friday, November 18, 2011

kata imam syafie..


‎"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang." -Imam Syafie


segenggam tabah...






Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

Thursday, November 17, 2011

atlit teraniaya: dapat emas tetapi tak dapat naik podium...

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) harus memberi penjelasan mengenai kontroversi kuartet 4x400 meter lelaki negara yang pulang hampa tanpa menghadiri majlis penyampaian hadiah di Palembang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menghambur pujian ke atas empat jaguh negara pada ketika sama menafikan kejadian itu berpunca daripada kemelut dalaman KOM.

“Saya rasa ia disebabkan soal kelemahan pentadbiran atau terlepas pandang,” katanya di Putrajaya, semalam. 

“Tidak pasti sama ada kuartet berkenaan dianaktirikan atau pun berlaku terlepas pandang di sana. KOM harus memberi penjelasan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia tidak akan berlaku pada masa akan datang”. 

Kelmarin, kuartet 4x400m lelaki yang membuat kejutan meraih pingat emas Isnin lalu pulang tanpa menaiki podium untuk menerima pingat emas dimenangi. 

Sementara itu, Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim berkata masalah menukar tiket penerbangan adalah punca kenapa S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh tidak dapat menerima pingat masing-masing. 
“Seharusnya tidak timbul isu layanan buruk terhadap mereka kerana persatuan melayan semua atlit sama rata...selalunya acara penyampaian hadiah diadakan sejurus acara berlangsung dan bukan pada hari yang lain.” 

Dia juga menambah isu tidak puas hati dilontarkan Noraseela Khalid, semalam terhadap layanan kelas ketiga KOM tidak berasas. 

Noraseela dan atlit lain dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak lain yang sengaja menjadikan mereka senjata dalam usaha menjayakan agenda mereka menjatuhkan KOM. 


sumber: berita harian

Wednesday, November 16, 2011

tiada duka yang abadi...





tenang sangat bila dengar lagu ni....

Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini