My Readers

Monday, September 19, 2011

open house raya...


hollaaa...masih dalam mood raya kan..kan orang cakap raya sebulan so selagi berkesempatan kita sambut la kan...tahun ni lain sikit dari tahun lepas...biasanya hidup sebagai student kita yang akan pergi ke rumah terbuka kan tapi aku dan geng2 297A plak yang buat jamuan rumah terbuka...tak la buat besar-besar pun..sikit-sikit je.aku memang dah niat nak wat makan2 sikit tapi dah alang2 raya ni buat terus la rumah terbuka kan...jemputan pun kawan-kawan rapat je..kawan2 yang dah lama tak jumpa...jiran2 rumah yang memang jarang bersembang .kawan2 satu batch...tujuannya nak meraptkan silaturrahim sambil tanya khabar masing2 kan...bukan slalu nak dapat jumpa dan sembang2...ni la cara yang aku rasa dapat rapatkan hubungan dengan kawan2 aku...tapi aku nak mintak maaf jugak la kalau ada kenalan yang aku tak jemput...sesetengahnya adek2 diploma yang memang aku tau dalam mood final exam..so memang tak nak ganggu...insyaAllah ada kesempatan memang nak buat lagi =)..jom kita tengok gambar2 persiapan dan semasa rumah terbuka 297 A ni diadakan...hehe

 yang ni masa dok pulun masak bihun goreng...pukui 3 petag dah mula tau...al maklumlah kuali kecik so kena la masak banyak kali kan...

 yang ni keroll...pembantu terbaik aku...hehe..dia la yang tolong potong2 sayur bagai kan..
\
 yang ni plak ayam bakar yang siap diperap..tinggal nak bakar je...nampak sedapp kan??
\
 jagung yang siap untuk dibakar =)

 ni la hasilnya...satu tray bihun siap untuk dihidangkan =)

 ayam sedang dibakar,,,meleleh ayaq liuq tau kata orang kedah..hehe

 bebola dan sosej pun ada jugak =)

syafik tengah goreng french fries...

 komander suzairi bersama anak2 beliau..haha

 kawan baik aku...idahm dan syahir...kredit untuk dieorang sebab tolong bakar ayam ,sosej,bebola dan jagung sampai pukul 8 lebih...hasilnya memang terbaekkkkkkkk!!!

 menggiurkan tengok jagung ni kan??hehe

 ayam bakar yang rasanya memang walahhhhhhhh!!!

 terbaeekkkkkk

sedapnyerrrrr

 hakim tolong cek kualiti makanan..hehe

 sama jugak ngan syafik..hehe

 antara kengkawan yang datang

 antara tetamu yang hadir

 habis semuanya dalam pukul 10.30 malam...kalau nak tau memang kami2 lelaki bujang 297A yang masak dan siapkan semua ni...ingat kami tak reti masak ke?hehehe..padahal main redah je kan...asal jadi sudah...tapi alhamdulillah semuanya kata sedap kan...siap mintak resepi bagai lagi...untuk kawan2 yang hadir terima kasih banyak2 skali lagi...mintak maaf kalau tak dapat nak sembang panjang kan..al maklumlah ramai orang...moga ukhuwah yang terbina akan terus kukuh sampai bila-bila..insyaAllah...










Friday, September 16, 2011

gud luck untuk adik-adikku...


rasanya minggu depan bakal bermula final exam untuk pelajar diploma...aku baru je seminggu belajar dieorang dah start final exam...pape pun aku nak ucapkan selmat berjaya la buat kowang semua..lakukan yang terbaik k..cuba hayati video kat bawah..aku jumpa kat u tube teringat nak share ngan kowang semua...gud luck!!!


Thursday, September 15, 2011

PIKOM PC FAIR 2011 SIRI III




 Floor plans as of 14 September 2011

  Date   Location & Venue
  14 - 16 October 2011
MUAR (MU)
Dewan Jubli Intan
  27 - 29 October 2011KOTA BHARU (KB)
KB Mall
  28 - 30 October 2011PENANG (PG)
Penang International Sports Arena (PISA)
TAWAU (TW)
 Dewan Masyarakat
SEREMBAN (SBN)
Terminal One Shopping Centre
  3 - 5 November 2011KUALA TERENGGANU (KT)
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  4 - 6 November 2011JOHOR BAHRU (JB)
Persada Johor International Convention Centre
IPOH (IP)
Stadium Indera Mulia
SANDAKAN (SDK)
Dewan Masyarakat
MENTAKAB (MKB)
Dewan Sri Mentakab
  11 - 13 November 2011MELAKA (MK)
Melaka International Trade Centre (MITC)








  2 - 4 December 2011
KUALA LUMPUR (KL)
Kuala Lumpur Convention Centre
KOTA KINABALU (KK)
LG Car Park Exhibition Hall, 1Borneo
BATU PAHAT (BP)
Batu Pahat Mall
SUNGAI PETANI (SP)
Village Mall


apa pasai la yang sungai petani tu adalah destinasi terakhir??huhu..time tu duit pun mesti dah kering...macam ni kena lari p penang la jawabnyer...

Wednesday, September 14, 2011

100 pasangan Malaysia nikah di Siam sebulan???

NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami. 

Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.
Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami.
“Pasangan Malaysia berkahwin di sini membabitkan kahwin dengan perempuan negara sendiri (Malaysia) atau berkahwin dengan wanita Thailand serta Indonesia. Apa yang peliknya, ada warga Arab yang kahwin di sini kerana mahu mengelak kos tinggi berkahwin di negara mereka,” katanya. 
Ishak juga mengesahkan tiada sindiket nikah palsu dilakukan ahli jawatankuasa MAIN dan kegiatan seperti itu dikesan melalui orang tengah yang mengambil kesempatan terhadap pasangan yang terlalu ingin berkahwin dengan cara mudah
cuba jadi macam filem ni...kan aman hidup =)

terkejut aku baca paper hari ni tau...kenapa ramai yang buat macam ni ek?alasan utama adalah kerana berpoligami..kenapa takut nak kawen dekat malaysia??takkan sebab kos mahal kot?atau takutkan isteri sendiri?erm..entahla...bagi aku tak salah nak berpoligami tapi biarlah dengan cara yang betul...tak perlu sampai nak pergi menikah dekat siam kot...kalau betul-betul nak, terangkan dekat isteri elok2...apa terjadi kesudahannya kena la tanggung kan sebab korang yang nak sangat bermadu..betoi dak???

Tuesday, September 13, 2011

Permohonan IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi pengambilan sesi November 2011 / Februari 2012 atauSemestar 2 2011/2012 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat.
Ijazah IPTA
Pengambilan IPTA sesi November 2011 / Februari 2012ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.
Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari 2012 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi Jun/Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 Sesi 2011/2012 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2011 / Februari 2012

Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.  

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian UPSI

  • Sesi November 2011
    • Diploma Sains
    • Diploma Muzik
    • Diploma Bahasa Inggeris
    • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sesi Februari 2012
    • Ijazah Sarjana Muda
Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI

  • Sesi November 2011
    • Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 12 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2011.
  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup UPSI

  • Sesi November 2011
    • Permohonan akan ditutup pada 26 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • ~ akan dimaklumkan ~

Keputusan Permohonan UPSI

Maklumat UPSI

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian UiTM

  • Sesi November 2011
    • Asasi Undang-Undang
    • Diploma
    • Profesional
  • Sesi Februari 2012
    • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UiTM

Tarikh Tutup UiTM

  • Sesi November 2011
    • Permohonan telah ditutup pada 14 Ogos 2011 lalu kecuali program Profesional dilanjutkan sehingga 30 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • ~ akan dimaklumkan ~

Keputusan Permohonan UiTM

Maklumat UiTM

Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA –UIAM

Program Pengajian UIAM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UIAM

Tarikh Tutup UIAM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2011.

Keputusan Permohonan UIAM

Maklumat UIAM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emeladmissions@iiu.edu.my.

Maklumat

  • Maklumat berkenaan pengambilan universiti sesi November 2011 dan Februari 2012 di atas diperolehi daripada laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra,
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 dan Disember 2010 / Januari 2011 untuk mendapatkan lebih maklumat.
  • Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
  • Jika anda mempunyai sebarang maklumat terbaru berkaitan permohonan ke IPTA sesi November 2011 atau Februari 2012 sila maklumkan kepada kami supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.
*sumber: eputra.com

Monday, September 12, 2011

masakan pertama di rumah sewa...

assalam...amacam klas korang hari ni?ok?kalau tanya aku hari ni ok la...klas pertama untuk subjek Policy Analysis yang sangat mencuakkan...hehe..mana tak nya bila otak berada dalam keadaan yang masih blur ditanya soalan bertubi-tubi tentang polisi..mau tak tingtong aku dibuatnya...huhu...ok tak nak citer panjang pasal tu skang tapi nak citer pasal masakan pertama aku di rumah sewa...jeng3...dah hampir 4 bulan aku duduk rumah sewa tapi tak pernah masak..sebabnya??tak da dapur camne la nak masak kan...huhu...skarang dah lengkap semuanya..petang tadi pi beli barang-barang dapur sikit...so malam ni pun masak la...aku buat sambal ayam dan sayur sawi goreng jew..

 ni tengah goreng ayam

 ni masa sambal ayam dah nak siap

dah siap pun..jom makan!!!

cukuplah kan bagi orang bujang macam kami ni..risau aku takut dak-dak umah cakap masakan aku tak sedap...tapi alhamdulillah...respon yang positif diterima..hehe..so mulai sekarang dan esok-esoknya memang aku akan masak je kat umah kalau ada masa...baru la best kan!!!ok cukupla aku merapu..esok sambung lagi..jom study jap =)

Sunday, September 11, 2011

hari pertama semester baru...

bersemangatnya aku nak pi klas pagi tadi tau..hehe

halloooo...nak update sikit pasal hari pertama aku di semester dua...bila dah semster dua bermakna aku hanya tinggal dua semester lagi nak habis...waaa..tak sabarnya nak habis digree kan...klas pertama pagi tadi adalah Organizational Behavior(OB)...dah la masuk klas lambat..al maklumlah hujan lebat pagi tadi kan...masuk dengan muka blur dan macam tak tau ape-ape kan padahal dah ada basic sebenarnya tentang paper ni...lecturer?? lecturer dia nama Miss Ayuni...Lecturer baru tapi baik hati...hehehe...bila dia tanya paham tak semua buat muka blur kan...bkannya tak paham tapi biasalah kelas pertama ni..semua baru nak amek mood...hehe..klas kedua adalah  Management Information System...dengan Madam Hasnita..pun sangat baik...aku harap dapat skor la subjek ni kan walaupun banyak teori yang nak kena baca dan fahamkan...klas terakhir hari ni dengan Madam Azlyn untuk Ethics Administration...sebelum masuk klas lagi aku memang sangat cuak..takut pun ada..maklumlah persepsi aku dengan dia adalah dia memang seorang yang tegas dan garang...masa diploma dulu dah pernah blaja ngan dia..aku suka sebenarnya dengan sikap professional dan pendekatan yang dia gunakan...untuk klas dia hari ni banyak sebenarnya yang aku dapat blajar...walaupun hanya berkisar dengan apa itu ethics tapi dah buat aku pikir macam-macam menda...ternyata aku sangat suka klas ni dan aku harap aku dapat timba ilmu sebanyak-banyaknya dengan subjek ni untuk aku aplikasikan dalam hidup,,,macam madam azlyn cakap yang dia harap kami akan dapat sesuatu bila dah khatam subjek ni  terutamanya dalam langkah menuju profesion sebagai seorang pentadbir..insyaAllah aku pun harap aku dapat jadi seorang  pentadbir yang baik suatu hari nanti!!!

Saturday, September 10, 2011

Kaji semula cukai beli prabayar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berharap syarikat telekomunikasi dapat mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu perlu dibuat bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat yang sedia terbeban dengan pelbagai kos perbelanjaan.

Katanya, dengan kenaikan harga barang terutama barang makanan, rakyat tidak seharusnya berterusan dibebani cukai perkhidmatan yang tinggi.Saya dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah dibuat oleh TELCO untuk kenakan bayaran cukai perkhidmatan adalah satu langkah yang tidak popular dan sukar diterima pengguna

Oleh itu, saya berharap pihak TELCO dapat mengkaji semula langkah ini sebab kita mesti sedar dalam keadaan hari ini, kita nak kurangkan beban pada rakyat



kesimpulannya sekarang keputusan bukannya di tangan kerajaan..pihak TELCO sendri..inisiatif dari Dato najib sendiri untuk meminta pihak TELCO menimbang semula keputusan yang dilakukan...tak perlu kot semua nak cepat melenting dan salahkan kerajaan!!!

Thursday, September 8, 2011

seminggu raya....

alhamdulillah...dah seminggu kita menyambut syawal kan...camane rayer korang tahun ni???untuk aku, rasanya tahun  ni adalah terbaik semenjak mak pergi menghadap Ilahi pada 2009...sebabnya???bagi aku syawal tahun ni memberi seribu satu makna buat keluarga aku...ternyata syawal membuka sejuta pintu kegembiraan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga...bermula dengan 29 ramadhan/ogos kami adik beradik berbuka puasa beramai-ramai...cuma kak ana je yang tak ada sebab tahun ni giliran rumah mertuanya pulak kan...tapi suasana tetap meriah...malam raya kakak-kakak sibuk menganyam ketupat dan mengisi beras pulut untuk dikukus...rendang plak ada dua jenis...satu rendang daging dan satu lagi rendang paru...kak ayu n kak ida masing-masing bawak balik berbalang-balang kuih raya..semuanya sedap-sedap tau...kerja aku melantak je la kan...hari raya pertama macam biasa kami sekeluarga akan ke kubur untuk ziarah pusara arwah mak...sayu sangat aku rasa..kalaulah dia ada, mesti lagi ceria raya tahun ni..balik umah masing-masing cari makanan sebab lapar tak makan dari pagi kan...al maklumlah ucapan dari pengurus felda tahun ni agak panjang sampai tak senang duduk dah aku...habis semayang raya n khutbah pun dekat pukul 10 pagi...raya pertama memang akan ada sesi bergambar untuk sekeluarga...yang paling tak sabar tentunya aku la..hahaha...macam2 gaya ada...jom tengok!!!

 ni la kakak kembar kesayangan aku...kak ida n kak ayu?cuba teka mana satu kakak?hehe

 aku ngan abah..sape lagi hensem???hehe...

 posing la...

 posing lagi...

 satu lagi..hehehe

 aku dan adek tersayang sangat2 ni =)

ni gambar dengan puteri gnung jerai..=)

 comel kan kami =)

 keluarga bahagia..hehe

 empat teruna???=)

inilah keluarga bahagia aku =)

yang penting semua ceria-ceria je kan...tengahari plak dok sibuk buat abc..cuaca panas2 memang sesuai sangat lah kan...hidang plak kat tetamu yang datang..lagi la walahhh!!!hehe...petang tu semua dok besiap cucuk satay sebab malam tu nak bakar satay..hampir 300 cucuk jugak la terbakar kan..hehe..memang puas hati bila dapat berkumpul sekeluarga. bakar sate sesama, bergelak ketawa mengimbau memori2 lama...memang gelak tak hingat dunia la kan...raya kedua plak pergi tasik chini...


kena naik bot baru la best =)

bunga teratai

tasik chini ni memang tempat perlancongan yang wajib dikunjungi kalau korang datang area sini...pemandangan yang sangat indah apabila mengelilingi  lebih 10 tasik yang ada dengan menaiki bot..bunga teratai yang sangat sinonom dengan tasik chini ni memang sangatlah cantik...biasanya ramai pelancong asing datang untuk memancing dan menikmati keindahan semulajadi tasik ni...balik je dari tasik chini petang tu tros perap ayam untuk buat bbq...memang tersangatlah sedap sehingga menjilat jari..hehe..nak-nak plak dimakan bersama koktel buah-buahan...perghhh!!!meleleh air liur tau...

Water Park


Water Park

Water Park

Water Park

Water Park


Water Park
terbaik kan???syok ckoppp =)
Caribbiean Bay Suites
kami stay kat sini la =)

esoknya bersamaan raya ketiga dan keempat memang tak ada kat rumah lagi...kali ni kami pergi Bukit Gambang Resort City..ada apa kat sana???haa...macam-macam ada tau...nak masuk dia kena RM 21.90 untuk dewasa dan RM 14.90 untuk kanak-kanak..bagi aku harga dia memang sangat berpatutan dengan segala permainan yang ada dekat waterpark tu...jauh berbaloi nak dibandingkan dengan Bukit Merah Lake Town Resort tau...memang sangat enjoy kat sini...malam plak pergi fun fair dan karaoke..hehe...esok tengahari tu check out...balik je rumah semua dok sibuk siapkan menu wajib keluarga aku iaitu mee kuah...sape pernah makan???kalau nak nanti aku masakkan k...hehe..sabtu plak pergi makan kenduri kawen+jamuan raya rumah jiran blakang umah..ahad plak aku sibuk dengan pendaftaran adik dekat Universiti Malaysia Pahang..dia amek kos kejuruteraan kimia(teknologi gas).. sangat susah kan???kalau aku idokla jawabnya...tapi ni sebab adik aku..dia lagi bagus dari aku dan aku yakin yang dia boleh lalui 4 tahun pengajian ijazah dia dengan baik...insyaAllah...habis je pendaftaran dia aku terus naik ke Kuala Lumpur...niatnya nak melawat mak sedara dan jumpa kawan jugak..hehe..dua tiga hari jugak la aku lepak kat KL..rabu pagi tros balik ke Sungai Petani..dah sangat rindukan Merbok tercinta..hahaha...pape pun ni la citer seminggu rayer aku..walaupun tahun ni aktiviti kunjung mengunjung kurang dan boleh dianggap kebanyakan dari hari raya kami sekeluarga pergi ber'cuti', aku tetap menganggap raya kali ni sangat bermakna...hubungan kekeluargaan, ikatan adik beradik yang ada kalanya renggang dapat dieratkan semula...  aku bersyukur dan aku bahagia dengan keluarga yang aku miliki...alhamdulillah ya Allah...

Sunday, August 21, 2011

tak sabar tunggu esok malam!!!

tak sabar rasanya nak tunggu esok malam..flight pukul 10 malam balik kuantan...rindunya dengan abah!!!harap raya tahun ni akan memberi sejuta kebahagiaan buat kami sekeluarga yang tahun ketiga beraya tanpa mak...aku yakin dengan setiap takdirNya..ok, nak update ckit pasal cerita aku yang masih ada dekat penang..semalam aku berbuka puasa dekat rumah mak angkat aku...rasa sangat bersyukur sebab dia masih sihat sejahtera dan dapat menunaikan ibadah puasa...memang seronok sangat dapat bersembang dengan dia walau hanya untuk beberapa jam...macam-macam juadah berbuka yang dia sediakan...bagi hadiah pulak tue...duet raya pun dapat..hehe..terima kasih mak...man sayang mak!!!hari ni plak berbuka puasa dekat luar dengan kakak aku...dalam pada tue, sempatlah jugak shopping baju raya cket...dapatlah sepasang baju dan seluar kan...cukuplah tue sempena nak sambut syawal yang mulia ni kan...pagi tadi sempat jugak tengok-tengok kakak buat kuih tat nenas...memang sedap!!!dia dah siapkan beberapa jenis kuih raya untuk bawak balik ke kampung...sakitlah jugak nak bawak balik satu beg saja kueh raya..hehehe...