Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi pengambilan sesi November 2011 / Februari 2012 atauSemestar 2 2011/2012 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat.
Pengambilan IPTA sesi November 2011 / Februari 2012ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.
Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari 2012 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Cara Memohon
Pengambilan ke IPTA bagi sesi Jun/Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 Sesi 2011/2012 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.
Pengambilan November 2011 / Februari 2012
Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI
Program Pengajian UPSI
- Sesi November 2011
- Diploma Sains
- Diploma Muzik
- Diploma Bahasa Inggeris
- Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Sesi Februari 2012
- Ijazah Sarjana Muda
Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Permohonan UPSI
- Sesi November 2011
- Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 12 September 2011.
- Sesi Februari 2012
- Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2011.
- Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
- Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.
Tarikh Tutup UPSI
- Sesi November 2011
- Permohonan akan ditutup pada 26 September 2011.
- Sesi Februari 2012
- ~ akan dimaklumkan ~
Keputusan Permohonan UPSI
- Keputusan permohonan kemasukan UPSI boleh disemak di Permohonan Atas Talian UPSI
Maklumat UPSI
- Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM
Program Pengajian UiTM
- Sesi November 2011
- Asasi Undang-Undang
- Diploma
- Profesional
- Sesi Februari 2012
- Ijazah Sarjana Muda
Permohonan UiTM
- Sesi November 2011
- Sila rujuk Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011.
- Sesi Februari 2012
- Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan Oktober 2011.
- Sila rujuk laman web Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM dan Permohonan Atas Talian UiTM.
- Semua permohonan adalah percuma tanpa perlu perlu membeli nombor PIN dari mana-mana bank.
Tarikh Tutup UiTM
- Sesi November 2011
- Permohonan telah ditutup pada 14 Ogos 2011 lalu kecuali program Profesional dilanjutkan sehingga 30 September 2011.
- Sesi Februari 2012
- ~ akan dimaklumkan ~
Keputusan Permohonan UiTM
- Sila semak di Keputusan Dan Rayuan Permohonan UiTM
Maklumat UiTM
Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA –UIAM
Program Pengajian UIAM Sesi Februari
- Ijazah Sarjana Muda
Permohonan UIAM
- Sila rujuk laman web UIAM Admisions and Records Division.
Tarikh Tutup UIAM
- Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2011.
Keputusan Permohonan UIAM
- Sila semak di Keputusan Permohonana Kemasukan UIAM.
Maklumat UIAM
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emeladmissions@iiu.edu.my.
Maklumat
- Maklumat berkenaan pengambilan universiti sesi November 2011 dan Februari 2012 di atas diperolehi daripada laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra,
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 dan Disember 2010 / Januari 2011 untuk mendapatkan lebih maklumat.
- Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
- Jika anda mempunyai sebarang maklumat terbaru berkaitan permohonan ke IPTA sesi November 2011 atau Februari 2012 sila maklumkan kepada kami supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.
*sumber: eputra.com
No comments:
Post a Comment