tiba-tiba semangat tu hilang..melayang entah kemana..serius aku kena kembalikannya secepat mungkin sebab masa semakin suntuk...kurang dari 2 minggu je lagi untuk aku tamatkan cerita ni..aku harapkan ianya dapat tamat dengan sempurna..tak mahu lagi ada episod tertangguh..sebab aku tahu jika episod bertambah, maka makin panjanglah ceritanya..cukuplah dengan apa yang aku dah tempuh selama lebih sebelas bulan aku dekat sini..kini sikit je lagi yang perlu aku lunaskan.. tolonglah, aku butuhkan semangat agar aku terus dapat berikan yang terbaik, yang terdaya aku mampu..tika ni, terbayang jelas wajah mak abah, senyuman mereka..Ya Allah, izinkan aku untuk peluk cium mereka...jika hanya dalam mimpi sekalipun cukuplah Ya Allah...mak, abah...man rindukan kalian..man perlukan kalian...man nak sangat mak abah ada dengan man sekarang..usap kepala man..tepuk bahu man..genggam erat tangan man, katakan dekat man yang man mampu lakukan semua ni..yakinkan man yang man kena bangkit.. Allahurabbi..mohon kuatkan hati hambaMu..
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Saturday, August 23, 2014
Monday, August 11, 2014
raya di perantauan...
Buat pertama kalinya dalam hidup, aku berpuasa dan beraya di perantauan.. kalaulah dalam Malaysia, aku gagahkan jugak cari jalan supaya dapat balik beraya di kampung tapi apakan daya kali ni memang jauh sungguh..bukan sejam tapi lebih 13 jam perjalanan naik kapal terbang..tak ada yang mampu aku buat selain gembirakan hati beraya dengan keluarga di sini.. syukur sangat-sangat ada kawan-kawan yang sekali beraya di London..macam di Malaysia, kami jugak buat persiapan menjelang raya..kami serumah bergotong-royong masak beberapa juadah..kuih raya pun ada jugak..pertama kalinya aku buat dendeng daging dan lega sebab menjadi..haha..kawan serumah buat rendang ayam, ada nasi impit..pagi syawal tu, kami ramai-ramai pergi Malaysian High Commission untuk sembahyang raya..ingatkan tak ramai macam raya haji tahun lepas tapi rupa-rupanya ramai giler orang..penuh!! kami sampai agak awal jadinya tak adalah nak berhimpit sangat.. habis je sembahyang dan khutbah raya, macam biasa la ada jamuan hari raya.. seronok dapat jumpa ramai kawan-kawan yang sama-sama tak balik Malaysia, makan-makan, bergambar (acara wajib) dan bersembang..macam-macam lah cerita yang keluar..haha..lepas makan kiteorang gerak ke St James Park..borak-borak, bergambar (lagi) dan main wolf..korang tau tak main wolf tu macam mana? kalau tak tau buat-buat tau jela ek..malas nak terang panjang lebar..haha..yang pasti aku memang asyik kalah..tak pandai menipu la katakan.. petang sikit baru kiteorang semua gerak pergi open house.. memang acara makan-makan berlangsung dengan jayanya untuk sepanjang beberapa hari raya..tapi apa yang lagi penting aku tak lah keseorangan dekat sini..sedih memang sedih tapi syawal mesti tetap diraikan dengan sebaik mungkin...Alhamdulillah syukur Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik.. jadinya, raya dekat London awesome jugak lah!! hehe..
bersama dengan Housemates..
sembahyang raya di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London..
dengan bestfriend aku dan gadis-gadis cantik london =)
kami tiga sekawan.. ala-ala bujang lapok..
bukan senang nak bergambar dengan dieorang ni..semua hebat-hebat belaka!!
cantik-cantik dan segak-segak belaka semuanya..
Salam Perantauan dari kami pelajar-pelajar Malaysia di London =)
raya kedua..yang ni bergambar raya dekat Tower Bridge..peace yo!!
Jangan lupakan kami yang jauH di perantauan ni!!
'lima kali kami snap picture ni' kata Masirah..haha
ada gaya macam model Jakel tak?? hahaha
dalam tube station pun sempat...snap snap snap!!
kalau nak tahu dua orang mamat sebelah aku ni jejaka idaman London..semua orang kenal..player yang hebat!! =)
Bigben, London
kita berzapin dulu..ewahhh!! btw mereka ni teman rapat aku dekat sini...nanti aku cerita panjang lebar pasal dieorang ni..hehe
Thursday, August 7, 2014
biarkan...
biarkan segalanya begitu,
kerana bagi aku,
ia dan segalanya layaknya begitu..
biarkan segalanya kaku,
agar aku dan dirimu tidak bersatu,
kerana aku tahu,
kita takkan mungkin bersatu..
biarkan aku membatu,
lidahku diam kelu,
agar kau tahu,
aku dan dirimu,
jauh isi dari kuku...
biarkan ia terus berlaku,
biar semua orang tahu,
aku tetap dengan caraku,
dan kamu bebas menjadi diri kamu...
Rahman Latip
06082014
230756
*sajak ringkas terhasil dengan tiba-tiba saat fikiran bingung fikirkan hal itu..
Friday, July 25, 2014
hampir hilang sahabat..
aku tak punya ramai sahabat..hanya mereka yang betul-betul rapat dengan aku, yang aku selalu kongsi kisah hidup aku, yang sentiasa akan ada saat aku susah dan senang dan yang paling penting ikhlas dalam bersahabat..believe me, mereka-mereka ni aku anggap macam adik beradik aku sendiri.. aku takkan pernah berkira dengan sahabat aku.apa yang aku mampu tolong akan aku tolong..dalam hidup aku sehari-harian aku cuba untuk jadi sahabat yang baik..walaupun jauh aku takkan pernah lupa sahabat aku.. ada masa aku teringat korang, aku akan mesej atau call..apa sahaja yang boleh gembirakan sahabat aku, aku akan buat.. aku bersyukur sangat sebab Allah hadirkan sahabat yang sangat baik dan dapat bantu aku waktu susah dan senang.. selalu kita akan cakap kawan senang mudah dicari tapi kawan susah memang susah nak dapat.. itu sebabnya bagi aku kawan yang ada time aku susah itulah yang aku namakan sahabat..hari ni sebenarnya aku hampir hilang seorang sahabat yang memang baik, yang dah banyak bantu aku, yang akan sentiasa support aku saat aku down, yang tak pernah jemu nasihatkan aku kalau aku ada masalah..mungkin Allah nak tengok sejauh mana aku faham akan maksud persahabatan..sedikit salah faham yang buatkan aku rasakan yang aku dah hilang kawan...kadang-kadang kita nak kawan faham kita macam mana kita faham dia, lakukan perkara yang sama apa yang kita dah buat dekat dia tapi disinilah aku belajar erti ikhlas.. kalau dah niat kita untuk gembirakan orang lain, jangan sesekali harapkan balasan sebab selayaknya yang kita boleh harapkan hanyalah dari Dia, Rabb Maha Pencipta..serius, setiap kali aku lakukan kebaikan tambah-tambah dekat kawan baik, aku sangatlah gembira..dapat tengok kawan aku senyum bahagia, cukup untuk buat aku rasa tenang..itu sebab aku sangat takut kalau hilang sahabat...ibarat macam hilang satu nikmat kurniakan Allah yang sangat berharga...tanpa sahabat, aku tak rasa aku mampu berdiri teguh macam sekarang, sebab dieorang lah yang bagi aku keyakinan saat aku dah tak percaya dengan diri sendiri..Alhamdulillah segalanya kembali baik seperti dulu..terima kasih sahabat!!!
Tuesday, July 15, 2014
lupakan hasrat tu!!
ya...puas aku fikir pasal ni dan mungkin aku akan terus memikirkan hal yang sama hari-hari..mungkin akan sampai satu masa Allah dapat bagi petunjuk apa yang terbaik buat diri aku..serius aku kalau boleh tak nak fikirkan pasal ni sebab aku tahu di akhirnya aku akan jadi serabut..aku tahu yang aku takkan mungkin dapat buat seperti mana yang aku nak..cuba lagi? mungkin akan terus mencuba tapi jawapannya setakat ni masih tetap sama..konklusinya mudah..lupakan saja hasrat tu buat masa ni..jangan fikir langsung..tumpukan pada apa yang patut..sempurnakan tanggungjawab yang ada sebaiknya..bunuh rasa tu..doa ketat-ketat dengan Allah, mengadu dengan Dia yang menciptakan hati dan rasa ni..apa sekalipun jangan pernah berhenti yakin dengan kekuasaan dan keajaiban Dia mengatur apa yang terbaik untuk diri ni..cekalkan hati..moga Allah redha..
Friday, July 11, 2014
2 bulan terakhir...
hari ni dah 11 Julai, bermakna dah masuk ramadhan yang ke-12.. pengalaman berpuasa dekat sini ternyata sangatlah berbeza dengan Malaysia..hampir 19 jam waktu berpuasa memang buatkan aku melepek kalau cuaca panas (walaupun hanya 20-25 degrees suhunya).. tapi syukur jugak sebab kebelakangan ni cuaca asyik mendung dan hujan..kat sini sejuknya memang boleh menusuk ke tulang..macam hari ni..11.25 waktu London dan sekarang aku sedang bertapa dekat Postgrad Room King's College London..nasib baik dalam ni agak panas..kat luar suhu sekarang 15 darjah celcius..sejuk tuuuu...ditambah lagi dengan hujan memang seronok la kalau duduk bawah duvet kan..mengenangkan yang kerja masih banyak yang tak selesai gagahkan jugak redah semua cobaan ni..selalu pujuk hati supaya jangan malas-malas..masa dah semakin suntuk..aku ada kurang 2 bulan je lagi untuk aku siapkan dissertation dan hantar final report on 5th September..moga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang...bila dah tinggal 2 bulan ni rasa makin berdebar-debar la pulak..haishhh..macam tak percaya dah hampir 10 bulan aku dekat sini..apa pun aku bersyukur atas setiap dugaan,cabaran,halangan mahupun kesusahan yang aku alami sepanjang aku dekat sini.. semua pengalaman tu banyak mengajar aku untuk jadi lebih kuat, matang dalam membuat keputusan, yakin dengan setiap apa yang Allah berikan, percaya dengan diri sendiri, dan yang paling penting semua tu dapat memperbaiki diri aku untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya...terima kasih Ya Allah.. insyaAllah akan aku berikan yang terbaik yang aku mampu..tak putus-putus aku mintak mak angkat aku, adik beradik aku, sahabat-sahabat aku dan tentunya kalian semua untuk doakan agar aku dapat habiskan pengajian peringkat Master aku dengan baik insyaAllah...mohon doanya ya..
Monday, June 23, 2014
Ahlan wa sahlan ya ramadhan...
Macam biasalah..bila je nak mula proses menulis dissertation, aku pasti nak kena menulis yang ni dulu..ambil mood orang kata..hehe..Beberapa hari je lagi semua umat islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah, bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang semestinya menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda, tentunya bulan ramadhan al-mubarak..Allahu, cepat sangat masa berlalu..masih tekenangkan 2 minggu kepulangan aku ke tanah air tercinta beberapa minggu lepas..bahagianya dapat luangkan masa dengan orang-orang yang kita sayang...rasa terubat sikit lelah ni..apa pun tahun ni semuanya berbeza buat aku..nak tan nak, suka atau tidak aku tetap kena tempuh.. pengalaman yang tak pernah aku bayangkan sepanjang hidup aku iaitu berpuasa dan beraya di negara orang..bukan setakat tu je, pengalaman kali ni amatlah berbeza bila kami yang di London ni akan melalui puasa yang amat panjang iaitu hampir 19 jam...kalau ikut London Central Mosque & Islamic Culture Centre, kami yang berada di sekitar United Kingdom akan mula berpuasa sehari awal berbanding Malaysia.. 1 Ramadhan jatuh pada 28 Jun (Sabtu)..Subuh pada hari tersebut adalah 2.48 pagi..yang lagi best, kami akan berbuka puasa pada 9.25 malam..isyak pula pukul 11.03 malam..maka, solat terawikh jugak pukul 11 lebih dan paling awal pun habis 12 tengah malam..selesai je witir semua, ada 2 jam je waktu sahur sebelum ready untuk solat fardhu subuh...walawehhh...memang kami yang disini amat mujahadah untuk melalui 30 hari puasa..satu hal lagi, sekarang musim panas..average suhu sekitar 20-25 degrees..mudah-mudahan kami yang disini dapat melalui ramadhan al-mubarak dengan penuh sabar..doa aku moga sama-sama kita ambil fadhilat bulan ramadhan ni untuk gandakan amalan dan memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik InsyaAllah...Selamat Berpuasa semua dan selamat menunaikan ibadah puasa =)
Wednesday, June 18, 2014
bernafas kembali...
Alhamdulillah..syukur hanya pada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang dikurniakan samada berbentuk suka atau duka..dah beberapa bulan tak update blog ni..banyak sangat cerita yang nak dikongsi..mana nak mula dulu ek? sebenarnya aku baru je habis final exam.. dah jawab pun kesemua 4 paper yang super duper mencabar.sekarang hanya berserah memohon rahmat Allah moga-moga keputusannya baik..habis je final exam, aku berkesempatan pergi ke Edinburgh, Scotland..satu tempat yang super duper cantik menarik tertawan memang tak mampu nak digambarkan keindahannya..nanti aku share gambar-gambar aku dekat sana..sebelum terlupa, tengah bulan April lepas aku sempat melawat negara-negara Baltic..apa tu??haha.aku tau semua mesti tak tau kan negara apa yang aku maksudkan tu..4 negara yang boleh aku simpulkan sebagai negara yang punya banyak bangunan tinggalan sejarah..struktur binaan yang superb dan masih dijaga baik sampai ke hari ni..nanti aku cerita lagi pasal trip ke Finland, Estonia, Latvia dan Luthania ni..sebenarnya kan, aku masih jetlag lagi ni..al maklumlah baru balik dari Malaysia terchinta..yela, aku balik kahwin kejap..ehh, silap-silap..aku balik hadiri kenduri kahwin..hehe..tak lama pun..2 minggu je..Alhamdulillah, walaupun 2 minggu je tapi tempoh tu amat bermakna buat aku.. dapat jumpa keluarga, sahabat handai dan bekas pensyarah yang sentiasa menjadi kekuatan buat aku untuk terus berjuang dekat sini...buat masa ni, aku hanya ada kurang dari 3 bulan untuk siapkan dissertation dan tamatkan riwayat sebagai pelajar Master..perjuangan yang aku rasa amat mencabar mental dan fizikal.. perjuangan yang menuntut aku untuk terus cekal menjadi seorang fighter yang tak mudah putus asa.. apa pun ini jalannya yang aku dah pilih dan aku perlu sudahkan sebaiknya..mohon doa kalian moga Allah berikan aku kekuatan untuk aku tempuh segala ujianNya sebab aku yakin inilah proses yang aku perlu lalui untuk menjadi seorang yang hebat satu hari nanti insyaAllah..
Saturday, March 22, 2014
minggu terakhir semester 2...
diam tak diam dah lebih 6 bulan rupanya aku dekat sini..separuh jalan telah diredah..tinggal separuh je lagi yang mana setiap langkah aku atur berhati-hati..risau kalau terjelepok jatuh..tak berani nak berlari macam mereka yang lain sebab aku tak seyakin itu...cukuplah jika aku berjalan dan terus berjalan..ada kalanya terasa kaki ni semacam berat untuk melangkah tapi tetap aku gagahkan..terbayang wajah arwah mak dan abah.. teringat lambaian abang, kakak dan adik aku yang begitu mengharapkan aku dapat lakukan yang terbaik..ya, apa pun aku akan teruskan..minggu depan merupakan minggu terakhir bagi semester ni..minggu terakhir juga untuk aku hadir ke kelas..lepas ni tak ada lagi kelas sebab aku hanya fokus untuk dissertation..minggu terakhir ni la juga aku perlu hantar dua assignments dan ada satu presentation..minggu yang ternyata menguji aku banyak benda.. semuanya aku kena siapkan sebaiknya.. mudah-mudahan akan ada khabar gembira nanti..mata masih lagi berjaga walaupun dah pukul 6.42 pagi... mungkin akan terus segar untuk sepanjang hari ni..hari ni dan esok nampak gayanya terpaksa aku korbankan untuk terus berada depan laptop...moga Allah redha dan harapnya semangat tu akan kekal sampai ke akhirnya insyaAllah =)
Wednesday, March 12, 2014
everything is gonna be alright...
sekarang baru aku faham apa ertinya bila kita kena paksa diri kita untuk dapatkan yang terbaik dan semestinya berjaya...aku faham tekanan untuk tidak sesekali memperoleh keputusan GAGAL..setiap hari, semestinya akan resah memikirkan apa agaknya yang bakal berlaku..apakah aku sudah melakukan yang terbaik? betulkah segala yang terbaik yang aku berikan akan menghasilkan keputusan yang terbaik juga? mungkinkah baik kata aku tetapi teruk kata mereka? segalanya masih menjadi tanda tanya.. mana mungkin aku mahu keputusan yang teruk tetapi aku juga harus terima jika ini yang telah Dia tetapkan untuk aku... yang aku pasti Dia mahukan aku untuk berusaha bersungguh-sungguh terlebih dahulu.. jangan sesekali hilang asa selagi segalanya belum benar-benar terjadi..selagi punya kesempatan, berikan sebaiknya yang boleh.. kadang-kala itu hanya sisi fikiran negatif yang membelenggu aku...kawan baik aku cakap,apa yang berlaku ni normal la..tipu la kalau kita tak reseah gelisah dan takut sangat-sangat kalau gagal cuma jangan biarkan perasaan tu mengganggu usaha kita..dia yakinkan yang aku pasti boleh buat...rasa lega sikit bila ada kawan yang baik, yang selalu ambil tahu hal aku, yang sentiasa nasihatkan aku kalau aku ada masalah dan semestinya kawan yang baik tu sukar untuk aku jumpa..apa pun terima kasih untuk sahabat baik aku...aku amat hargai semua tu..aku doakan moga perjuangan kita sama-sama dipermudahkan dan kita berjaya genggam cita-cita kita insyaAllah..
Tuesday, March 4, 2014
Hello March!!
dalam tak sedar rupanya dah bulan Mac..bagi sesetengah orang mungkin tak bermakna apa-apa tapi bagi aku Mac membawa banyak perkhabaran yang mungkin akan buatkan aku gembira, teruja atau mungkin sedih, kecewa...bulan ni merupakan bulan terakhir bagi semester ni..class ada 3 minggu je lagi...jadual final exam akan keluar tengah bulan ni..ada dua essei yang aku kena hantar hujung bulan ni beserta satu presentation..result untuk essei sebelum ni? masih berdebar menunggu bila akan keluar..semua ni jugak bermaksud masa untuk aku tamatkan belajar semakin suntuk... 6 bulan je lagi aku perlu hantar dissertation... bila bersembang dengan kawan baik aku tadi, masing-masing tarik nafas panjang.. aku kena aturkan masa sebaiknya untuk study 4 modules bagi exam Mei ni..dalam pada tu, akan ada presentation untuk dissertation proposal tepat 1 Mei.. ohoiiii..jalan semakin berliku...yang pasti aku kena tempuh sebaiknya..aku tak nak rebah di tengah jalan sebab aku tahu destinasi yang aku nak tuju tu tak jauh dah...kena banyakkan bersabar dan teruskan melangkah..insyaAllah dengan adanya semangat arwah mak dan abah yang sentiasa di dalam hati aku, adik beradik dan sahabat-sahabat baik aku, tiada apa yang perlu aku risau..bila aku pejam mata, terbayang senyuman mereka maka aku juga turut tersenyum..moga Allah redha perjalanan ini...
Thursday, February 27, 2014
jangan Kau hilangkan senyumannya...
sedang aku menaip, dapat aku lihat tangannya menggeletar..sejuk barangkali..mungkin juga kerana cuaca yang sejuk di kota London ni..semalam aku lihat dia sangat gembira..menghargai setiap detik yang ada membuat apa yang dia rasa akan membuatkan hidupnya bahagia..bukan main meriah tengok tangannya penuh dengan barang-barang yang dibeli...katanya untuk memasak..yang dapat aku perhatikan juga, dia memang suka memasak..ada sahaja waktu terluang pasti dia akan masak apa yang dia mahukan...jika hari ini dia rindukan sambal ikan bilis beserta tempe, pastinya esok makanan itu akan tersedia di atas meja makan...dia punya impian yang besar..juga cita-citanya untuk membanggakan keluarganya...dalam seronok dia memasak untuk hidangan makan malam, dia mendapat satu panggilan telefon..hari sebelumnya dia memang ada berjumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan berkenaan keadaan kesihatannya berikutan dia selalu pening dan cepat letih.. sampel air kencing diambil.. juga darahnya untuk diuji...bagi dia, itu adalah prosedur yang biasa dan dia fikir keadaannya baik-baik sahaja...dia pernah bercerita yang dia bencikan hospital kerana di situlah punca segala kesedihan.. hatta orang kesayangannya juga menghembuskan nafas yang terakhir di katil hospital..katanya ketika berbicara dengan doktor, dia datang untuk lakukan pemeriksaan kerana dia tak mahu sakit..banyak perkara yang akan tertangguh jika dia sakit..sebab itulah dia bersungguh untuk menjaga kesihatannya...dia masih punya banyak impian yang ingin dia laksanakan...doktor minta dia datang lembali minggu hadapan untuk melihat hasil keputusan ujian darah dan air kencing..tiba-tiba, tak sampai 2 hari, pihak hospital menelefon..dari riak wajahnya memang aku dapat lihat dia sangat resah.. kata misi, doktor ingin berjumpa dia secepatnya berkaitan keputusan ujian darah..dia jadi pelik...jantungnya berdegup kencang..apakah sakitnya kronik? adakah dia akan ditahan di hospital? apa sebenarnya sakit yang dia hadapi sekarang? bermacam-macam perkara bermain di benak fikirannya...dia buntu.. lama dia termenung.. resahnya dia menunggu untuk berjumpa dengan doktor..aku hanya mampu berdoa moga segalanya baik buat dia.. aku juga tidak sabar menantikan khabar darinya..mohon doa kalian juga untuk dia....sesungguhnya dia sudah banyak bersedih dan aku mohon Ya Allah jangan Kau hilangkan senyumannya...
Tuesday, February 18, 2014
mana satu pilihan hati??
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah untuk segala nikmat yang telah Kau berikan...sungguh aku tak pernah menyesal dengan segala apa yang dah aku lakukan atau putuskan selama ni...setiap keputusan yang aku ambil dah aku fikirkan sedalam-dalamnya dan aku rasakan itulah yang terbaik buat aku..cuma ada kalanya Allah datangkan secebis ujian untuk melihat adakah aku mampu bertahan dengan keputusan yang telah aku buat..ya, jujur ada kalanya juga aku hampir putus asa..rasa tak mampu nak teruskan dengan apa yang selama ni aku citakan tapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...takkan dia biarkan hambaNya terus sedih dengan segala ujian kerana di sebaliknya terkandung sejuta hikmah yang jauh lebih besar nikmatnya.. seronok tengok kawan-kawan lain dah mula bekerjaya dan membina hidup berumah tangga tapi aku masih setia menelaaah meneruskan pengajian..aku pernah mempunyai tekad masa aku di sekolah rendah dulu yang aku nak belajar sampai peringkat tertinggi...semangatnya aku bagitau arwah abah masa tu yang aku nak dapatkan PHD...lepas tu abah senyum je..macam biasa dia cuma mengiyakan apa yang aku cakap dan suruh aku belajar rajin-rajin...nanti dah berjaya jangan lupakan mak abah..masih terbayang riak muka abah betapa dia bangga dengan anak-anak dia..Allahurabbi...sekarang ni aku sedang nak habiskan pengajian peringkat Master..ada kurang 7 bulan je lagi...dah mula terfikirkan samada nak balik Malaysia dan mulakan kerjaya atau kekal di sini untuk sambung satu tahap lagi iaitu PHD..dilema?ya..sekali lagi aku harus buat keputusan.. moga Dia dapat beri petunjuk terbaik buat aku...
Saturday, February 1, 2014
Cara-cara sambung belajar ke luar negara Bhgn 2
Nampaknya permohonan Skim Pasca Siawazah Luar Negara bagi tahun 2014/2015 dah diklankan di akhbar utama negara..agak terkejut sebenarnya sebab tahun ni MARA buka permohonan dalam talian awal berbanding tahun-lepas iaitu pada 6 Mac..aku rasa ada beberapa sebab permohonan bagi tahun ni dibuka seawal 3 Februari sehingga 16 Februari..berdasarkan apa yang dah berlaku tahun lepas, ada bagusnya dibuka awal bagi memberi lebih masa kepada pemohon yang berjaya untuk selesaikan hal-hal berkaitan terutamanya mendapatkan tawaran tidak bersyarat dari universiti-universiti terkemuka dunia..harapnya tahun ni prosesnya lebih lancar berbanding tahun lepas..apa pun memang kena banyak bersabar..satu lagi mungkin tahun ni juga akan ada proses yang lebih panjang.. kalau 2 tahun lepas, mereka yang memohon tak perlu jalani ujian psikometrik mahupun interview sangatlah beruntung, bagi yang tahun lepas pun aku kira masih beruntung sebab hanya perlu jalani ujian psikometrik tanpa perlu jalani interview.. jadi mungkin tahun ni akan ada interview dan tentunya proses pemilihan akan jadi lebih sengit...nampak gayanya macam tahun ni lagi ramai yang akan memohon..pihak MARA juga mengenakan syarat yang lebih ketat berbanding sebelumnya dari segi pemilihan universiti..
jadinya, untuk mengelakkan sebarang masalah, silalah mohon universiti seperti yang tertera di dalam lampiran A sahaja..untuk maklumat lanjut boleh like page Pascamara2014..sebarang makluman terkini akan diwar-warkan dekat page tu..ikut pengalaman sendiri, alhamdulillah tahun lepas aku dapat 3 offer..yang paling cepat tak sampai dua minggu adalah tawaran unconditional offer dari University of Sheffield..seminggu kemudian, aku dapat conditional offer dari King's College London... ada syarat yang aku kena penuhi iaitu lampiran transkrip rasmi untuk peringkat Ijazah dengan CGPA minimum 3.50 yang mana aku hanya boleh bagi selepas hari konvokesyen..sehari lepas konvokesyen terus aku email dan tak sampai 15 minit dapat email untuk Unconditional Offer bagi MSc in Public Services Policy and Management..satu lagi tawaran yang amatlah lambat untuk aku dapat adalah dari University of Edinburgh..aku rasa hampir 4 bulan juga baru dapat...permohonan aku dekat LSE tak lengkap sebab aku tak bayar application fees..masa aku dapat tahu yang aku terpilih untuk ke Ujian Psikometrik, aku dah dapat 2 tawaran...pihak MARA memang minta kami bawa surat tawaran tu ke ujian psikometrik yang diadakan hujung bulan April kalau tak silap.. susah ke ujian ni?? memang soalan ni la yang semua orang asyik tanya...untuk ujian ni, 100 soalan objektif yang mesti dijawab (50 Bahasa Melayu dan 50 Bahasa Inggeris) beserta satu short essay tentunya di dalam Bahasa Inggeris (50 patah kata sahaja)...semuanya mesti dijawab dalam masa 1 JAM SAHAJA..kejam kan??haha..ramai yang kata tak cukup masa dan tak sempat nak siapkan dalam masa satu jam..bagi aku, jawab soalan objektif tak perlu ambil masa yang lama untuk satu soalan..sekali fikir je terus jawab tapi kena yakin la dengan jawapan tu..memang tak akan ada masa nak semak balik jawapan...untuk persediaan bagi ujian ni, aku ada buat beberapa latihan yang aku cari dekat internet.. lebih kepada ujian attitude..untuk tips, jawab soalan Bahasa Melayu dulu..agak mudah dan tak perlu nak fikir panjang (banyak soalan berkaitan sivik dan personaliti diri)..yang Bahasa Inggeris agak mencabar sebab banyak aspek yang ditanya (berkaitan asas grammar, computer, entrepreneurship)..aku memang kantoi dekat soalan berkaitan entrepreneurship.. memang aku tak pernah tahu term yang digunapakai dalam soalan dan jawapan..jadi hentam sajalah..ada la 3 soalan yang aku hentam..bab essei jangan risau memang sangat mudah..hehe.. beberapa minggu lepas tu, keputusan pun keluar..Alhamdulillah syukur selagi lagi aku lulus dan berjaya dapat surat tawaran.. esoknya aku terus maklumkan dekat pihak Kings yang aku dapat sponsor dan secara automatik aku dah menerima tawaran dari pihak King's College London bagi kemasukan September 2013..urusan dengan pihak universiti pun dah selesai dan aku tak terima tawaran penginapan oleh pihak kolej sebab terlampau mahal..jadi, kena cari sendiri la rumah sewa..aku cari dekat Zoopla..Memang membantu..selain tu, cuba la tanya kawan-kawan atau senior yang belajar di tempat yang sama kan..selebihnya, kena penuhi apa yang pihak MARA nak..antaranya Medical Checkup, surat dari penaja sebelumnya jika selain MARA (contohnya kalau sebelum ni penaja kita PTPTN, kena minta surat penangguhan bayaran balik PTPTN atas alasan sambung belajar ke luar negara), Passport (maklumat terbaru aku dengar ada diskaun 50 % untuk pelajar..hanya bawak surat tawaran uni, surat tawaran penaja dan gambar passport 2 keping), VISA ( kos lebih kurang RM1600++), dan Tibi Test (aku buat kena RM 210)..memang kos semua RM 2000++ juga la..yang boleh tuntut dengan MARA hanyalah untuk bayaran VISA..satu lagi, kena wajib hadiri kursus BTN..hehe..cuma dalam proses dari dapat surat tawaran besyarat sampai la nak dapat surat tawaran rasmi beserta agreement, kena banyakkan bersabar...memang banyak dugaan yang nak kena tempuh.. nasib baik aku duduk area KL je jadi senang nak naik turun bangunan MARA..aku rasa berpuluh kali juga la aku pergi MARA semata-mata nak selesaikan semua hal yang berkaitan...kalau telefon, aku rasa memang harapan la nak dapat cakap dengan staff MARA sebab dieorang semua sibuk sangat...apa lagi ek? berkaitan tiket kapal terbang, aku minta pihak MARA je yang belikan tapi kalau korang nak beli sendiri pun boleh dan nanti boleh tuntut balik sekali dengan duit VISA..seminggu sebelum nak berangkat baru aku dapat tiket...biasanya MARA takkan beli untuk tarikh yang terlalu awal..contohnya kalau kena daftar 16 September, biasanya MARA akan beli tiket untuk tarikh 15 September...3 hari sebelum terbang baru aku dapat semua elaun..MARA akan bagi sekaligus untuk 6 bulan..jadi pandai-pandai la berjimat sebelum nak tunggu hujung bulan 2 pulak...mula bulan ketujuh, duit akan dimasukkan secara bulanan...aku rasa ini je kot yang dapat aku kongsi... jadi untuk yang berhasrat nak sambung belajar ke luar negara, aku ucapkan Selamat Berjaya!! insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana...yakin dengan Dia pasti semua akan baik-baik saja =)
*p/s kalau ada yang aku terlupa atau nak tanya tentang lain-lain, boleh terus PM aku dekat Facebook ek
*p/s kalau ada yang aku terlupa atau nak tanya tentang lain-lain, boleh terus PM aku dekat Facebook ek
Monday, January 20, 2014
4 bulan berlalu...
5.55 petang waktu London..masih lagi membaca untuk mencari idea sebelum proposal dissertation harus dihantar 15 hari lagi..sedar tak sedar rupanya dah 4 bulan lebih aku merantau kat London ni...macam tak sangka aku dah habis satu pertiga dari temph pengajian..kalau dikira-kira, tak sampai 8 bulan je lagi untuk aku tamatkan pengajian...cepatnya masa berlalu..banyak sudah yang aku pelajari..bukan hanya melibatkan ilmu di dalam kelas tetapi yang lebih bermakna pengalaman menempuh segala masalah dan ujian..dalam pada tu, banyak jugak kisah menariknya...cuma apa yang nak aku kongsikan tentunya sesuatu yang memberi aku pengajaran yang amat bermakna.. bermula bab kawan, aku tak berapa rapat sangat dengan kawan-kawan sekelas.. kami macam biasa jumpa kalau ada kelas wajib dan aku lebih senang berdamping dengan rakan-rakan dari China..mungkin sebab dieorang pun macam aku jugak..kena struggle gila-gila untuk catch-up dengan semua benda dekat sini...masih rapat dengan Umit tetapi tidak lagi Aiko..satu yang sangat mengajar aku adalah berkaitan assignment...kalau peringkat Master ni memang tak ada harapan la korang nak buat kerja secara berkumpulan kan..semuanya secara individu..minggu lepas aku baru hantar satu assignment yang aku rasa paling mencabar buat aku sebab aku memang tak minat subjek ni tetapi kalau namanya dah wajib jadinya aku memang tak ada pilihan...Alhamdulillah aku dapat siapkan jugak walaupun sepanjang malam aku berjaga untuk memahami dan menganalisis data-data tu..nasib baik ada Umit yang sudi nak tolong ajarkan macam mana untuk aku nak analisis semua tu...sempat lagi dia pesan dengan aku supaya jangan buat kerja saat-saat akhir..katanya kat sini kalau bab assignment susah orang nak bantu kita.. semuanya kita kena buat sendiri..dieorang akan tegur kau, senyum dengan kau tapi bila bab assignment jangan harap la kau nak dibantu...semuanya lebih pentingkan diri sendiri berbanding fikirkan untuk tolong orang lain.. itu yang terjadi dengan aku..bukan aku sengaja nak lewat-lewatkan buat assignment tu tapi aku memang tak tahu macam mana nak buat..kalau tak, memang aku tak kelam kabut macam ni...pukul 10 pagi perlu hantar, 9 pagi aku upload asignment dekat Turnitin..yang paling best 2 hardcopy aku hantar tepat jam 9.59 pagi..seminit je lagi sebelum masa tamat.. kat sini memang sangat strict..lebih pukul 10 pagi walaupun seminit, kita takkan dibenarkan untuk hantar assignment...alamatnya kosong la markah kan..kesian jugak aku tengok ada sorang kawan aku budak China terpkasa merayu untuk dibenarkan menghantar assignment sebab terlewat beberapa minit je..ops lupa pulak nak bagitau yang aku dah masuk semester 2.. ada 4 modules yang aku ambil semester ni.. kelas tamat hujung bulan March..lepas tu cuti sebulan lebih dan final exam akan start pada awal Mei...habis je exam, aku akan terus fokus untuk dissertation sampai la awal September...lepas tu tunggu result dan kalau semua lulus, tamatlah cerita aku dekat sini...harap-harap semuanya dipermudahkan olehNya...kelas aku semester ni makin bertambah...isnin, khamis dan jumaat.. walaupun makin sibuk tapi aku tak rasa terbeban sangat berbanding semester lepas..memang tak boleh nak main-main dah...kena sentiasa fokus!! semangat ni...hahaha... kebetulan hari ni ahad dan cuaca sangatlah santik jadi aku pun lepak la dekat London Bridge & Tower Bridge... bila pandang sungai je, terus rasa tenang..moga hati aku jugak akan terus tenang hadapi semuanya....
cantik kan!!
Subscribe to:
Posts (Atom)