My Readers

Monday, January 20, 2014

4 bulan berlalu...


5.55 petang waktu London..masih lagi membaca untuk mencari idea sebelum proposal dissertation harus dihantar 15 hari lagi..sedar tak sedar rupanya dah 4 bulan lebih aku merantau kat London ni...macam tak sangka aku dah habis satu pertiga dari temph pengajian..kalau dikira-kira, tak sampai 8 bulan je lagi untuk aku tamatkan pengajian...cepatnya masa berlalu..banyak sudah yang aku pelajari..bukan hanya melibatkan ilmu di dalam kelas tetapi yang lebih bermakna pengalaman menempuh segala masalah dan ujian..dalam pada tu, banyak jugak kisah menariknya...cuma apa yang nak aku kongsikan tentunya sesuatu yang memberi aku pengajaran yang amat bermakna.. bermula bab kawan, aku tak berapa rapat sangat dengan kawan-kawan sekelas.. kami macam biasa jumpa kalau ada kelas wajib dan aku lebih senang berdamping dengan rakan-rakan dari China..mungkin sebab dieorang pun macam aku jugak..kena struggle gila-gila untuk catch-up dengan semua benda dekat sini...masih rapat dengan Umit tetapi tidak lagi Aiko..satu yang sangat mengajar aku adalah berkaitan assignment...kalau peringkat Master ni memang tak ada harapan la korang nak buat kerja secara berkumpulan kan..semuanya secara individu..minggu lepas aku baru hantar satu assignment yang aku rasa paling mencabar buat aku sebab aku memang tak minat subjek ni tetapi kalau namanya dah wajib jadinya aku memang tak ada pilihan...Alhamdulillah aku dapat siapkan jugak walaupun sepanjang malam aku berjaga untuk memahami dan menganalisis data-data tu..nasib baik ada Umit yang sudi nak tolong ajarkan macam mana untuk aku nak analisis semua tu...sempat lagi dia pesan dengan aku supaya jangan buat kerja saat-saat akhir..katanya kat sini kalau bab assignment susah orang nak bantu kita.. semuanya kita kena buat sendiri..dieorang akan tegur kau, senyum dengan kau tapi bila bab assignment jangan harap la kau nak dibantu...semuanya lebih pentingkan diri sendiri berbanding fikirkan untuk tolong orang lain.. itu yang terjadi dengan aku..bukan aku sengaja nak lewat-lewatkan buat assignment tu tapi aku memang tak tahu macam mana nak buat..kalau tak, memang aku tak kelam kabut macam ni...pukul 10 pagi perlu hantar, 9 pagi aku upload asignment dekat Turnitin..yang paling best 2 hardcopy aku hantar tepat jam 9.59 pagi..seminit je lagi sebelum masa tamat.. kat sini memang sangat strict..lebih pukul 10 pagi walaupun seminit, kita takkan dibenarkan untuk hantar assignment...alamatnya kosong la markah kan..kesian jugak aku tengok ada sorang kawan aku budak China terpkasa merayu untuk dibenarkan menghantar assignment sebab terlewat beberapa minit je..ops lupa pulak nak bagitau yang aku dah masuk semester 2.. ada 4 modules yang aku ambil semester ni.. kelas tamat hujung bulan March..lepas tu cuti sebulan lebih dan final exam akan start pada awal Mei...habis je exam, aku akan terus fokus untuk dissertation sampai la awal September...lepas tu tunggu result dan kalau semua lulus, tamatlah cerita aku dekat sini...harap-harap semuanya dipermudahkan olehNya...kelas aku semester ni makin bertambah...isnin, khamis dan jumaat.. walaupun makin sibuk tapi aku tak rasa terbeban sangat berbanding semester lepas..memang tak boleh nak main-main dah...kena sentiasa fokus!! semangat ni...hahaha... kebetulan hari ni ahad dan cuaca sangatlah santik jadi aku pun lepak la dekat London Bridge & Tower Bridge... bila pandang sungai je, terus rasa tenang..moga hati aku jugak akan terus tenang hadapi semuanya....








cantik kan!!

4 comments:

  1. Salam encik...boleh tak hanya gunakan sijil MUET utk sambung master kat overseas..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam. Untuk makluman,sijil MUET tidak diterima kerana sijil tersebut setara untuk digunakan bagi kemasukan peringkat ijazah di Malaysia sahaja.

      Delete
  2. Salam encik....Klau nak sambung blajar kat luar negara, result spm BI perlu kredit ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam. Jika nak sambung bagi peringkat Ijazah, anda perlu ambil IELTS test dan semestinya mempunyai penguasaan terhadap Bahasa Inggeris yang baik.

      Delete