My Readers

Thursday, September 27, 2012

Annual General Meeting BASiC 2012

semalam telah diadakan AGM BASiC buat kali pertama untuk tahun ni dan memang akan jadi yang terakhir jugak buat aku sebab bulan depan aku bakal turun..sedih habaq hang...dijangkakan Pilihanraya BASiC 2012/2013 akan diadakan pada 15 Oktober ini...seminggu sebelum tu iaitu 8 Oktober, secara rasminya semua MT Exco BASiC sesi 2011/2012 akan dibubarkan..sekali lagi aku sedih... sedih sebab nak tinggalkan BASiC..kalau tanya aku apa pengalaman yang aku dapat sepanjang aku menerajui BASiC setahun lepas, memang terlalu banyak yang aku pelajari...terutama dalam menerajui sebuah persatuan yang besar dan mempunyai pelbagai "demand" dari pelajarnya...AGM semalam memang sangat berjaya..aku tak sangka Dewan Sarjana 2 "full house"..yela..dengan hujan lebat tak henti memang buat aku risau berapa ramai je yang akan datang...tengok-tengok memang penuh sesak..ada yang duduk atas tangga...ada yang datang dalam keadaan basah kena hujan..fuhh, memang tabik lahh..tayangan video aktiviti semester lepas jugak buat aku sedih...rupanya dah banyak program yang kami lakukan... rasa sekejap je setahun tu berlalu... banyak jugak yang aku cakapkan semalam...antaranya aku ucapkan selamat datang kepada semua warga baru BASiC...memang dieorang ni sangat bagus..mana taknya, aku suruh dieorang berdiri untuk perkenalkan diri 5 saat je tapi dieorang tetap tegak berdiri sampailah aku cakap dah boleh duduk baru dieorang duduk...bagus betol...sangat mendengar arahan...hehe...komitmen yang dieorang bagi pun aku cukup hargai...berada sebagai pemimpin Bachelor of Administrative Science Club memang mematangkan aku..terima kasih semua...teruskan menyokong BASiC dan segala program yang akan dilaksanakan =)



full house

penasihat 1 kami, Mr Nashril..sangat sporting orangnya =)


tengah bagi ucapan sikit

semasa tayangan video diadakan

burger dan air untuk semua =)

2 comments: