My Readers

Thursday, March 29, 2012

bila dah terlampau stress....

yup..hari ni aku sangat stress...dan aku memang dah tak tahan...rasa letih sangat buat sesuatu yang tak ada kesudahan...tubuh aku boleh je ikut segala kata akal tapi jiwa aku sangat tertekan...hanya sabar je yang mampu   menjadi ubat tahan sakit...nak je aku hentikan semua ni tapi aku masih rasional..idea yang aku mulakan harus aku sempurnakan dengan sebaiknya...pemimpin harus tak mudah mengalah dengan dugaan dan cabaran yang mendatang kan...biar ditekan dan terus ditekan kita harus telan dengan senyuman...aku terima seadanya..mungkin dari diri aku sendiri memang terdapat banyak kelemahan kan...lepas maghrib tadi terus keluar dengan senior untuk tengok wayang..THE HUNGER GAME..memang berbaloi..2 jam 23 minit menonton filem ni memang dapat menghilangkan stress aku..rasa lega sangat..cerita ni pun berkenaan survival kan..memang sesuai sangat lah dengan apa yang sedang aku lalui...rasa dah lapang dan boleh mulakan kerja yang sedia bertimbun dengan sebaiknya...jom tido..hehehe

Saturday, March 24, 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM..UiTM di hatiku

dipetik sepenuhnya dari e-putra.com
Ekspo Selangkah ke UiTM ini merupakan antara acara tahunan bagi UiTM bagi mempromosikan kemasukan calon-calon ke Universiti Teknologi MARA bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM serta calon dari Matrikulasi.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada calon-calon lepasanSPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi.
Ekspo Selangkah Ke UiTM
Selain itu, program ini juga dapat memberi ruang kepada bakal calon UiTM dalam mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang program ini berlangsung, pensyarah dan kakitangan yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.

Lokasi Ekspo

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 ini akan diadakan seperti berikut:
  • Tarikh : 24 – 25 Mac 2012
  • Masa : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
  • Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
Ekspo Selangkah ke UiTM ini juga diadakan diluar Lembah Klang seperti berikut;
Lokasi Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012
Bakal calon dinasihati agar membawa salinan keputusan peperiksaan, kad pengenalan dan sijil berkaitan agar dapat membantu memudahkan proses pemilihan program ke UiTM. Juga amat digalakkan agar dapat datang ke tempat berlangsungnya program lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Semak Syarat Kelayakan

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 ini, masih boleh membuat semakan kursus atau program pengajian yang sesuai dengan keputusan peperiksaan SPM, STPM atau Matrikulasi masing-masing.
Semakan boleh dibuat di portal Selangkah Ke UiTM.

Uji Minat Kerjaya

Di samping menyemak program pengajian yang sesuai, para calon juga boleh membuat ujian Profil Minat Kerjaya TAJMA.
Profil Minat Kerjaya TAJMA merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising) dan Konvensional. Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya ini, purata masa yang digunakan untuk mengambil alat ukur ini ialah di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Semua soalan yang dikemukakan mestilah dijawab dengan jujur dan ikhlas memandangkan tiada jawapan yang “BETUL atau “SALAH". Sebaiknya memberikan jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran. Terdapat empat kategori dalam soalan profil minat kerjaya ini iaitu; Kesukaan, Kecekapan, Pekerjaan dan Penilaian Kendiri.
Ujian ini juga boleh diambil di portal Selangkah Ke UiTM.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 ini sila hubungi talian 03 5544 3164 / 3165 / 3166 / 3175 / 3174.
Manakala pertanyaan lain yang berkaitan UiTM sila hubungi 03 5544 2000.

Wednesday, March 14, 2012

lepas bunga, ikan pulak =)

hahaha..macam-macam la idea yang keluar semester ni...beberapa hari lepas pi cari pokok bunga dah dapat pokok bunga matahari...tetiba sekarang teringin pulak nak bela ikan...akuarium dah ada( kebas yang member je)..so apa lagi kena la masukkan dengan ikan kan...ikan apa yang aku nak bela ek?? serius aku tak pernah bela ikan dalam akuarium..ni pertama kali tau..harap-harap ikan tu tak kiok awal la sebab aku kan..hehe.. ada cadangan ikan apa??tolong la k..baru la meriah hidup ni =)

 
Blue Base Golden Crossback AROWANA ..tak mampu den

 
ke ikan emas ni?mesti mahal jugak...

 
teringin nak bela ikan flowerhorn ni..hehe

 
tak pun ikan kaloi..boleh nyanyi lagu mak iloi-iloi =)

 
wowww..cantiknya ikan ni...

 
tak pun bela jela ikan laga atau ada orang panggil ikan gapi ni..cantik pun cantik..hehe

Monday, March 12, 2012

Perlawanan Akhir All England..syabas Chong Wei!!!


aku baru je habis tonton perlawanan badminton akhir all England..rasanya semua pun dah tahu yang Chong Wei terpaksa menarik diri atas kecederaan di bahu yang dialaminya dari semalam lagi..set pertama Chong Wei kalah dengan 21-19...memang dah nampak dia menanggung kesakitan yang teramat tadi..mungkin kelebihan buat Lin Dan yang memang tahu Chong Wei mengalami kecederaan kan..memang banyak bola tangkis dituju ke arah backhand Chong Wei...adat la strategi perlawanan kan..sape tak nak menang..tapi Chong Wei tetap memberikan yang terbaik...sekali lagi aku masih berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh Chong Wei..aku suka sangat tengok bila dua orang sahabat ni berlawan...dalam gelanggang memang dieorang musuh tapi kat luar tetap kawan baik..sebelum ni aku tak suka dengan Lin Dan sebab aku anggap dia sombong... lepas perlawanan tadi terus mengubah persepsi aku...dua sahabat ni siap bertukar jersi masing-masing... Lin Dan ternyata amat menghormati Chong Wei dan meminta untuk memberikan tepukan yang gemuruh untuk Chong Wei..terbaik lahhh!! syabas Lin Dan atas kemenangan di Final All England..syabas juga buat Chong Wei yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami semua peminat anda!!!
















my sunshine =)

my sunshine =)



cantik kan??

excited sebenarnya ni...petang tadi pergi kedai nak cari pokok bunga..nampak pokok bunga matahari ni terus aku berkenan...apa lagi terus capai la..ni first time aku beli pokok bunga sepanjang 4 tahun lebih aku belajar kat kedah ni...aku beli pokok bunga matahari ni sebab warnanya sangat ceria...kalau pandang bunga dia memang sentiasa nak tersenyum la kan...dapat jugak mengubat hati yang tengah sedih ni kan...nak jaga pokok ni elok-elok..nasib baik ada kawan aku, sezairi yang memang dah pakar tentang penjagaan pokok-pokok bunga ni kan...kalau nak tau kat rumah sewa aku ni dah ada macam-macam jenis pokok..dari serai,salad,cili dan kangkung yang bolah guna untuk masak, pokok bunga jangan kata la kan..pokok bunga ros, bunga raya, dan bermacam lagi lah yang mana aku tak tau namanya..haha..aku pun suka sebenarnya...teringat kat arwah abah yang memang sangat suka tanam pokok..cuma anak dia ni je yang malas sikit...huhu...dah ramai jugak orang datang umah melawat pokok-pokok bunga...tak lama lagi dah boleh bukak nursery  la kan..cewahhh...pape pun akan ku siram dan bajakan ia menjadi tanaman yang sentiasa segar..setiap pagi sebelum pergi kelas mesti nak kena tengok bunga matahari ni...baru boleh dapat mood gembira dan semnagat nak belajar..kan?? =)

Friday, March 9, 2012

Thursday, March 8, 2012

aku dikejutkan...

rasa terkejut pagi ni..tepat jam 5.23 pagi tadi aku dikejutkan oleh seseorang...mata masih terpejam...badan rasa menggeletar...nak kata kawan-kawan serumah aku kejutkan memang tak la sebab pagi sangat kot.. aku cuba nak bukak mata tapi tak boleh..hanya mampu merasai badan aku dikejutkan...memang terbayang muka arwah abah sebab abah memang sentiasa kejutkan aku pada awal pagi...aku cuba nak pandang ke sisi badan aku tapi aku tak mampu..eku tak tahu kenapa...beberapa detik kemudian aku capai handphone dan tengok jam..Ya Allah, mungkinkah aku terlalu rindukan abah?? moga dia sentiasa tenang dan bahagia di sana....


Monday, March 5, 2012

untuk kali yang kedua aku mimpikan kau...

aku nak tujukan entry ni khas buat sahabat baik aku yang dah lama aku tak jumpa...sihat doe? aku harap kau baik-baik saja sebab semalam aku mimpikan kau lagi...kau datang jumpa aku kat rumah aku...makan durian sama-sama...sembang dan gelak sama-sama..kita keluar lepak-lepak sambil tengok wayang...serius, aku tak tahu kenapa aku mimpikan kau sampai macam ni sekali...mungkin sebab dah lama sangat kita tak jumpa kot..aku memang tergamam bila tersedar dari mimpi semalam sebab aku ingatkan memang betul-betul kita dapat jumpa dan lepak sama-sama kan...rasa sedih pun ada sebab itu cuma mimpi.. sepanjang hidup aku, tak pernah aku mimpi sampai macam ni sekali tau..kalau dah lama tak jumpa sekali pun tak da plak sampai termimpi kan.. aku masih mencari apa maksud di sebalik mimpi aku semalam...pape pun, aku tahu kau bahagia dengan jalan yang kau pilih sekarang kan?? aku sentiasa doakan kebahagiaan kau..walau apa pun aku nak kau tahu aku takkan pernah lupakan kau sebagai sahabat aku sampai bila-bila,,,aku janji doe!!

Sunday, March 4, 2012

timetable for this semester...

kalau ikut timetable ni tak ada terlalu padat jadual aku semester ni kan...aku harap aku dapat disiplin dengan jadual belajar dan sentiasa dapat menguruskan masa dengan baik..pape pun pelajaran tetap nombor satu kan... memetik kata abang Raja Shamri 

"SUCCESS IS NOT ALL ABOUT TECHNIQUES BUT SUCCESS IS ALL ABOUT WAY OF LIFE"

kelas pertama di hari pertama semester lima...

excited sebenarnya nak masuk kelas Dr Zauyah tadi...kena la datang awal kan..kalau tak memang cari nahas la jawabnya..tadi pun ada beberapa orang yang masuk lewat..dia tak hangin la sebab kelas pertama kot..tapi dia memang dah ingatkan tadi yang dia tak suka pelajar lewat..bagi aku mana-mana lecturer pun tak suka kan pelajar lewat sebab dikira mengganggu proses pembelajaran..yela..sorang masuk nak kena berhenti bersyarah...pastu nak sambung balik ada lagi yang baru nak masuk..aku pun sakit hati kan...hehe..aku rasa tu termasuk dalam salah satu adab untuk menuntut ilmu kan(ok panjang plak aku bersyarah)... sambung balik citer pasal kelas pagi tadi..aku ingatkan Dr Zauyah ni jenis yang sangat serius sampaikan semua orang takut nak bersuara...rupanya-rupanya tak la macam tu pun..sangat baik orangnya..sangat lembut berbicara..cewaahhh..hehe..dia boleh menerima jawapan pelajar walaupun salah (aku la tu orangnya)... dengar dia bagi syarahan sampai terlupa masa sah nak habis..terbaik kan??hehe...pape pun aku suka kelas research tadi..sekarang tengah fikir tajuk atau bidang apa yang nak dibuat kajian...any idea??let me know ok =)

Friday, March 2, 2012

aku dah bersedia!!!


bersedia apa ni man oiii??hadoiii...buat gempak je kan...ye, aku dah bersedia nak mulakan semester baru..dengan semangat yang lebih berkobar-kobar...tapi.................. macam takut pun ada bila tengok jadual yang mana kelas pertama adalah pada hari ahad pukul 8.00 pagi adalah kelas research methodology and data analysis bersama Dr Zauyah..cuak seyh..memang cuak..mana tak nya kebanyakan senior cakap memang nahas la jawabnya kalau kelas dia...tapi................ni jugak buat aku tak sabar nak timba ilmu dengan beliau...yela...lecturer yang paling berpengalaman dekat UiTM Kedah ni...mengajar pun style Dr la kan...aku rasa mungkin ini bagus untuk mengajar aku lebih banyak perkara..yang penting fikiran kena sentiasa positif..jangan mudah menyerah sebelum mencuba...mana tau tetiba boleh jadi suka sangat dengan cara pengajaran beliau kan...yang penting jangan lihat dengan siapa kita menuntut ilmu tetapi lihat kepada apa ilmu yang diajarkan..betoi tak?niat kena sentiasa betol..menuntut ilmu dengan ikhlas kerana Allah S.W.T...yeah!! sekali lagi nak cakap yang aku dah bersedia!!! =)

basah kuyup...

mowning semua...time aku tengah update entry ni aku memang tengah selesema...semuanya dek kerana basah kuyup semalam..ceritanya macam ni....petang semalam aku keluar kejap..balik umah pun dah dalam 7.30 malam...member serumah aku pun tegur la"man, tak pi malam restu ilmu dan solat hajat untuk budak diploma ka?"yeahhh..memang aku dah terlupa...pastu cepat-cepat la aku bersiap...tapi kat luaq dah gelap sangat-sangat nak hujan...tapi sebab niat nak pi jugak aku cepat-cepat la bersiap...sampai je dekat gate belakang UiTM hujan bukan main lebat beserta ribut dan angin kuat..gempak kan??haha...dah la gate belakang tak bukak..nasib la bila bawak kereta tak berbumbung ni kan...habis basah lencun aku dibuatnya...pikir-pikir balik, kalau nak masuk UiTM jugak memang aku bersolat dalam kebasahan la..so patah la balik umah...ingat nak tukar baju dan pergi semula tapi awan pulak tak berhenti menangis...lepas tu main kuat plak dia menangis siap tersedu sedan lagi...apa lagi boleh buat??duduk diam-diam jela kat umah...pape pun untuk presiden DiPAC, mr pojan aku mintak maaf sangat sebab tak dapat join...ingat nak berkenalan dengan MT Exco DiPAC sebeblum korang start bercuti untuk study week kan tapi tak ada rezeki...mungkin sebelum korang habis final exam mungkin dapat buat perjumpaan sekejap kan...aku doakan yang terbaik untuk final exam adik-adik diploma...buat yang terbaik k!!!