Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Saturday, October 30, 2010
selamat tinggal current affair..sayang kamu sangat2...
rasa lega sangat bila dah habis jawab paper current affair tadi..empat soalan je yang aku tau dari 8 soalan tu..nasib baik la kena jawab 4 soalan je..kalau kena jawab lebih dari 4 soalan memang masak la aku...huhu.. alahamdulillah..setinggi tinggi syukur buat Yang Maha Pencipta kerana aku dapat jawab soalan tadi dengan baik...lega sangat2...ni la paper yang paling buat aku stress sepanjang 3 tahun aku kat sini dan akhirnya dah lepas pown..macam tak percaya je aku leh jawab tadi.hehehe..yang buatkan aku termenung bukannya sebab pikirkan apa point tapi pikirkan apa nak merapu dalam pendahuluan..tak ada idea maaaa.....pape pun terima kasih banyak2 buat miss irwana nooridayu binti muhamad hakimi atas nasihat dan tunjuk ajar anda..juga untuk en.adnan aminuddin..terima kasih atas tunjuk ajar tuan...seminggu lagi baru ada paper seterusnya..so jom kluaq main bowling!!!!!hehehe...
Wednesday, October 27, 2010
sahabat...
sahabat....
dia adalah orang yang selalu ada untuk kita saat seluruh dunia menjauhi kita,
sahabat...
adalah orang yang selalu membuka pintunya untuk kita walau hari telah malam,
sahabat...
adalah orang yang selalu memaafkan kita sebelum kita menyedari kesalahan kita,
sahabat..
adalah orang yang mengerti apa yang ada difikiran kita sebelum kita mengutarakannya..
sahabat...
adalah buah yang hadir disetiap musim,
hadiah yang selalu dapat kita buka setiap saat....
sahabat...
adalah orang yang ketika susah kita menjadi air matanya dan senang kita menjadi tawanya...
habis satu paper...
alhmadulillah...dah habis paper law..setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana dapat menjawab dengan baik... kebanyakan soalan yang aku spot naik..so pilih la yang terbaik tadi..aku harap boleh skor untuk paper business law tadi...satu perkara yang buat aku seronok sangat sebelum nak amek exam tadi bila dapat mesej dari kakak2 aku yang ucapkan semoga aku berjaya..begitu jugak dengan adek, kawan2,dia dan abang raja...sangat bersemangat dan aku rasa macam ada satu suntikan agar aku dapat buat yang terbaik...tapi sebenarnya aku tertunggu tunggu mesej ucap selamat berjaya dari seseorang...orang yang sentiasa aku sanjungi sampai bila-bila iaitu abang aku sendiri...mungkin dia sibuk kot...maklumlah kerjanya yang sebegitu memang susah nak ada masa free kan tapi aku masih bersyukur punyai adek bradik yang sentiasa menyokong aku dari belakang...abah yang sentiasa mahukan aku berjaya capai apa yang aku nak,sahabat2 yang tak putus-putus memberi kata semnagat..bagi aku, perkara ini lah antara perkara yang memotivasikan aku dan membuat aku bersemangat untuk terus melangkah dengan yakin...aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan dalam menempuh hidup ni kerana mereka yang aku sebutkan sentiasa ada di sisi aku...aku harapkan aku dapat capai apa yang aku impikan dengan secepatnya yang mungkin sebab aku tak sabar nak berbakti dan balas segala jasa jasa mereka.. terdetik jugak di hati ni yang aku ni hanya menyusahkan orang kan..tak habis-habis nak mintak tolong orang..erm...entahla...sabarlah wahai hati kerana Allah sentiasa mendengar rintihanmu...sentiasalah berdoa moga dibuang segala kedukaan yang ada dan diganti dengan kebahagiaan...kuatkan semangat man!!!
Tuesday, October 26, 2010
perjuangan bakal bermula!!!
alhamdulillah..baru je lepas study business law dan buat sedikit analisa berkenaan soqlan2 semester lepas... rehat jap..tu yang menulis blog ni...esok bermulalah perjuangan aku untuk semester yang terakhir bagi diploma pentadbiran awam..first paper adalah LAW 379 iaitu Business Law...agak mencabar berbanding Admin Law dan Malaysian Legal System..aku harap sangat aku dapat tempuhi first paper esok dengan baik...sekejap je rasa kan..tak sangka dah nak habis pun diploma..lepas ni aku akan melalui satu peringkat lagi iaitu ijazah...rasa berdebar debar la plak sementara nak tunggu esok..smalam pun cuba nak tido pukul 12..baring je atas katil rasa macam tak leh tido la plak..bermacam menda yang pikir termasuklah exam esok...persediaan aku esok dah 80%.. hari ni nak tumpukan dekat bahagian A dan jawab semua soalan2 semester yang lepas..aku tak nak terlebih yakin sebab takut aku akan tersungkur..apa yang penting aku akan usaha yang terbaik sebab aku yakin setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dan beri yang terbaik InsyaAllah kita juga akan mendapat hasil yang terbaik...Allah Maha Adil,Dia Maha Bijaksana dan Dia jugalah Yang Maha Berkuasa dan Mengasihani setiap makhluknya...kita sebagai makhluknya hanya perlu berusaha dan selebihnya adalah urusan-Nya...di saat2 macam ni aku harap sangat tiada dugaan besar yang datang kepada aku..aku berdoa moga segalanya baik buat aku..aku memohon agar aku diberi ketenangan jiwa, fikiran yang bersih dan dipermudahkan untuk aku menjawab setiap soalan nanti...ingat, mulakan dangan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah..sentiasa ada wuduk sebab ia akan menghindarkan syaitan dari mengganggu dan masuk dewan dengan langkah kanan..jangan sesekali serabutkan fikiran dengan perkara yang lain..fokus ketika menjawab setiap soalan..baca soalan sekurang kurangnya dua kali dan highlight kehendak soalan dan setiap jawapan yang diberikan(untuk essay question)..kalau tak ingat,tenangkan diri sekejap..pejamkan mata dan berdoa moga Allah membantu mengingat semula point tu..ingat man!!! aku harap aku jugak tak lupa untuk amalkan semua ni ketika menjawab setiap paper nanti..amin....
Sunday, October 24, 2010
thanx abang raja!!!
sekalai lagi aku harus berasa gembira sebab dapat jumpa dengan abg raja..esok dia ada program dekat mrsm merbok so malam ni aku keluar la ngan dia p makan kat jeti...sangat best!!!tak puas rasanya 2 jam bersembang dengan dia...lau boleh nak sembang berjam-jam lagi ngan dia..banyak pengetahuan yang aku dapat...dia sangat mengagumkan...banyak pengalaman yang aku dapat ambil dari dia terutamanya dalam aspek kepimpinan..dia seorang bekas pemimpin pelajar yang sangat berani dalam menyuarakan pendapat...dia bijak dan hebat!!! semuanya kurniaan Allah buat insan yang hebat yang dilahirkan cacat sebelah kaki...banyak perkara yang diceritakannya telah membuka mata dan minda aku...aku semakin yakin untuk melangkah dan mencipta kejayaan..InsyaAllah,aku akan usaha yang terbaik!!!
sabar itu kan sebahagian dari iman..
aku selalu katakan pada diri sendiri..'man,sentiasa sabar dengan segala kejahatan yang orang lakukan pada kita..doakan moga dia diberi hidayah untuk berubah'..aku bukan seorang yang sukakan pergaduhan..aku bencikan pergaduhan..aku tak suka bila terlibat dalam pergaduhan..bagi aku, semuanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik..aku akui yang aku masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu..aku sentiasa berdoa moga Allah hindarkan aku dari segala kejahatan,buruk sangka orang,hasad dengki dan rasa tidak puas hati orang kepada aku..abah sentiasa ingatkan aku agar jangan sesekali cari pasal dengan orang lain..biarlah orang buat jahat ngan kita tapi jangan sesekali kita balasnya dengan kejahatan juga..aku sentiasa bersabar dalam engharungi setiap apa yang berlaku dalam hidup ni...termasuk jugak belajar..bila aku rasa malas, aku bersabar dan pujuk hati ni agar teruskan belajar agar aku dapat bahagiakan orang-orang yang aku sayang dan telah banyak berkorban buat aku selama ini..kalau aku perlu lakukan sesuatu yang aku tak suka walhal ianya tugas aku.aku sentiasa bersabar dan cuba lakukan tugasan itu sebaiknya..kalau aku perlu menghadap seseorang yang aku tak suka,aku juga berdoa moga segalanya baik dan tidak ada perselisihan faham yang berlaku antara aku dan dia..kerja tetap kerja so aku perlu profesional dalam bekerja walaupun aku tak suka..aku takkan biarkan hanya kerana rasa tidak suka menjejaskan sesebuah organisasi..apa pun yang berlaku,komitmen perlu dipenuhi dengan sebaiknya agar semuanya berjalan dengan lancar..kalau bab belajar, aku rasa aku memang sangat bersabar..stress,tension,kecewa dan sedih sebab tak paham apa lecturer ajar,dapat result yang teruk,tak dapat buat yang terbaik dalam assignment mahupun exam atau malasnya nak menghadap buku adalah antara perkara yang memerlukan aku sabar sangat-sangat...kadang-kadang ada paper yang aku tak suka dan aku tahu kalau aku teruskan rasa tak suka tu,aku memang akan fail..so aku sangat bersabar,pujuk hati ni agar sukakan subjek tu sebab kalau aku fail aku akan lagi stress dan tension..macam jugak nak dapatkan kejayaan..mana ada kejayaan kalau kita malas.. malas nak bukak buku,malas solat, malas buat tutorial,malas pegi kelas, dan pelbagai malas lagi la..kalau nak berjaya aku kena sabar dalam tunaikan setiap kehendak untuk menjadi seorang yang berjaya..sabar habiskan baca buku buku,sabar tunaikan solat pada awal waktu walaupun aku tau kadang-kadang aku leka dan juga sabar mengawal nafsu yang smemangnya tak mahukan aku belajar dan leka ngan menda lain..aku harapkan aku sentiasa sabar...tetiba teringat cerita IP MAN(sangat best!!!!)
Saturday, October 23, 2010
nak enpon tu!!!!!
macam lawak pun ada..orang dok sibuk study tapi aku dok pilih mana satu enpon nak beli...terok btol kan... tapi yang penting aku dah habis study 3 chapter...dah ok la tu buat hari ni kan...aku semenanya nak beli enpon baru tapi tak tau la bila nak beli..aku berkenan kat enpon nokia X6..aku ni memang kurang arif sangat bab bab enpon ni..lau rasa cantik,function pun best n harga pun ok aku nak beli jela...tengokla camane nanti...habisan study dulu..nak sambung sejam lagi..pastu dah boleh tutup buku untuk ari ni...go!!!!!!!!!!!
ni la nokia x6 yang aku maksudkan..ok x???
study man!!!!!!!!!!!!1
man!!!!p study!!!!!!!!
entahla..
ari ni rasa free sangat..
takpe..
lepas zohor satgi start k..
perut dah berbunyi...
lapaq..jom p makan dulu!!!!
Friday, October 22, 2010
saya nak berjaya!!!
macam ni la perasaannya ketika nak final exam...aku cuba memotivasikan diri sebaiknya untuk terus berusaha walaupun perasaan malas sangat beraja dalam hati..aku nak berjaya sebagaimana mereka yang lain yang aku kagumi telah berjaya...aku yakin yang aku mampu untuk menjadi seorang yang berjaya dan lupakan segala kegagalan aku sebelum ni...ini semester terakhir aku..aku akan cuba sebaiknya untuk naikkan pointer dan habiskan diploma ni dengan senyuman...aku takkan biarkan segala masalah yang datang sebagai bebanan buat aku dan mengganggu aku untuk dapatkan keputusan yang terbaik..aku akan hadapi dan selesaikannya sebaik yang mungkin kerana masalah itulah sebenarnya menguji kematangan diri aku dan mengajar aku untuk terus melangkah ke hadapan...aku bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah berikan..aku akan usaha sebaik mungkin sebab itu adalah pegangan aku...aku yakin Allah sentiasa mengasihani hamba-Nya..aku masih ingat kata seorang kawan sebelum tibanya final exam..DO YOUR BEST,GET THE BEST AND BE THE BEST!!!
Wednesday, October 13, 2010
habis pun test terakhir..
lega..akhirnya habis pun test terakhir aku...test terakhir untuk diploma...dan ini jugak la test yang aku rasa aku jawab paling teruk..aku jadi macam blank dan tak tau apa apa padahal aku dah study..erm..aku rasa aku tau kenapa aku jadi macam tu...aku macam tak pecaya je bila aku dapat kertas aku tak mampu nak tulis apa apa atas kertas tu..satu point pun aku tak ingat..memang dah tak tentu arah jadinya...aku pun tenangkan diri..tarik nafs panjang panjang dan pejamkan mata untuk seketika...lepas tu aku berdoa kepada Allah moga mengingatkan kembali apa yang telah aku baca..alhamdulillah..syukur kepada Allah dengah rahmatNya aku ingat kembali apa yang dah aku baca...satu soalan aku dapat jawab dengan baik tapi untuk satu soalan lagi aku boleh keluarkan point tapi tak dapat nak huraikan dengan baik...arghhhhhhhh!!rasa kecewanya aku...habis je test aku muhasabah diri balik kenapa aku jadi macam ni..rupa rupanya ada perkara yang Allah nak ingatkan aku... Abang Raja pernah bagitau aku jangan sesekali kutuk cikgu kita walau tak puas hati dengan dia..ya..aku akui...aku semenanya kurang bersedia untuk test terakhir ni...aku marah sebab aku rasakan test kali ni lagi susah dan dberitahu yang harus menjawab 3 daripada 4 soalan..aku seharusnya lebih bersedia..walau sesibuk mana pun dengan pelbagai perkara lain tapi belajar harus diutamakan..minggu ni sebenarnya amat mencabar sebab minggu ni la semua kalut nak siapkan research sebab due date 17 oktober ni...dengan presentation dan test yang baru lepas memang menguji aku...cikgu kita tak pernah salah...dia adalah orang yang memberi ilmu kepada kita..hormati dia di dalam apa keadaan sekalipun...jangan sesekali mengutuk atau mencaci dia kerana ini mungkin penyebab kepada kegagalan kita nanti..aku akan ingat tu!!!
Sunday, October 10, 2010
Marveloussss!!!
alhamdulillah..program khas kecemerlangan akademik:menerobos batas sempadan diri bersama abang raja berjalan dengan lancar semalam. Bersyukur sangat2 walaupun banyak cabaran dan halangan, program semalam dapat dijalankan dengan baik..terima kasih sangat2 aku ucapkan kepada semua mt exco dipac,bad,patrick(buat banner,poster dan kad jemputan) yang banyak membantu...lega rasanya bila student dpa beri respond yang baik untuk program semalam...buat abg raja,sebagaimana dulu saya mengagumi anda ketika pertama kali anda memberi motivasi di sekolah menengah teknik kuantan pada tahun 2006, 4 tahun dah berlalu kita dipertemukan sekali lagi di uitm kedah membuatkan kekaguman saya semakin bertambah...saya juga ingin menjadi seorang yang hebat macam anda...saya percaya tiada sesiapa di dunia ini inginkan hidup yang susah dan serba kekurangan tapi dengan semangat juang yang tinggi,tak pernah berputus asa dan sabar dengan setiap dugaan yang datang akhirnya membuahkan sebuah kejayaan yang hebat!!!insyaAllah jejak yang ditinggalkan akan saya turuti untuk mencapai kejayaan seperti yang anda peroleh....
Friday, October 8, 2010
berdebar-debar...
yup..buat saat ni aku sedang berdebar-debar menanti kehadiran hari esok...
program khas kecemerlangan akademik..
bersama seorang yang amat aku kagumi..
memberi inspirasi kepada aku..
meyakinkan aku bahawa...
kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan..
bagaimana susah dan peritnya hidup...
dilalui dengan penuh semangat!!!
kalau 4 tahun lepas aku menghadiri
program bersama abang raja sebagai peserta..
tapi kali ni...
aku sebagai penganjur...
sangat puas hati
sebab..
impian aku akhirnya terlaksana...
aku ingat lagi..
3 semester lepas proposal aku tak diendahkan..
tapi alhamdulillah..
semester ni proposal aku diterima dan diluluskan
tanpa ada pengurangan satu sen pun bajet...
berkat kesabaran..
dan mungkin juga niat yang baik..
moga segalanya baik esok..amin...
Thursday, October 7, 2010
cabaran!!!
tengah pening sebenarnya ni...
lusa adalah program terakhir aku..
sangat banyak cabaran dan halangan yang perlu aku lalui..
pelbagai masalah yang kadangkala tak mampu aku selesaikan...
aku cuba untuk membuat yang terbaik...
terbaik yang aku mampu lakukan...
ingatkan segala masalah dah selesai rupanya..
ada lagi yang mendatang...
sabar jela...
kadangkala aku marah dengan diri sendiri..
kenapa aku tidak mampu untuk memberi yang sempurna?
walaupun aku dah buat sehabis baik yang boleh..
mungkin ada hikmahnya..
kesilapan yang hadir adalah untuk diperbetulkan...
supaya pada masa akan datang aku tak ulanginya lagi..
teruskan man!!!
segala kekusutanmu..
kesedihanmu..
keletihan dan pengorbanan..
semuanya akan diberi ganjaran yang Allah..
yang penting ikhlaskan niat..
insyaAllah dipermudahan olehNya nanti...
Tuesday, October 5, 2010
meeting lagi...
baru je balik dari meeting..
tak habis-habis dengan meeting..
banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum tibanya sabtu ni...
program terakhir aku dengan dipac..
program yang aku dah rancang sejak 3 semester yang lepas...
aku nak kongsi sesuatu yang sangat berharga...
bersama student dipac...
ini cara aku untuk berbakti kepada dipac..
aku rasa dah puas sangat..
terima kasih buat mereka yang menghargai aku..
usaha aku..
kerja yang aku buat...
aku puas dan enjoy dengan segala apa yag aku lakukan...
alhamdulillah...
aku harapkan semuanya berakhir dengan baik....
sibuk tetap sibuk tapi tanggungjawab???
aku skarang ni tengah buat assignment law...
abis je assignment ni tros nak study FA
SEBAB
esok test FA...
Sesibuk mana pun kita..
INGATLAH!!!
jangan sesekali abaikan tanggungjawab kita...
sebagai hamba..
sebagai anak...
sebagai pelajar..
dan juga sebagai sahabat....
man!!!jangan sesekali lalai...
kita boleh dapat apa yang kita nak atas dunia ni..
bila kita usaha untuk dunia...
bila kita usaha untuk dunia...
tapi...
kita jugak kena usaha untuk dapatkan akhirat..
kerna...
akhirat adalah destinasi kita yang sebenarnya...
ingat tu man!!!
Friday, October 1, 2010
letihnya....
baru je balik dari pogram tutor tutee...esok ada sehari lagi..letih sangat rasanya...lusa plak test law..dah la x baca apa lagi..isnin test DA plak..prsentation assignment CA hari tu jugak...khamis test FA dan jugak hantar assignment Law..sabtu plak sepanjang hari ada program khas akademik bersama abng raja..malam tu plak ada gathering part 6...leetihnya nak melalui seminggu ni..huhu..jadual final exam dah kuar...cepatlah final exam!!! dah tak sabar rasanya nak habiskan diploma ni...
JADUAL FINAL EXAM!!!
.WEDNESDAY 27-Oct-10
9:00am-12:00pm,
LAW379
SATURDAY 30-Oct-10
9:00am-12:00pm,
PAD380
SUNDAY 07-Nov
9:00am-12:00pm,
PAD390
SUNDAY 14-Nov-10
9:00am-12:00pm,
PAD370
Subscribe to:
Posts (Atom)