My Readers

Wednesday, October 5, 2011

masih wujudkah sahabat sejati???


mowning!!!tetiba rasa nak menulis pagi ni sebab dapat tau kelas csc jap lagi cancel..hehe...tapi soalan LG tak jawab lagi...jap lagi buatla ek..keh2..beberapa hari lepas masa dalam kelas ethics madam azlyn ada sembang sikit pasal sahabat..dia cakap sahabat ni sebenarnya tak kekal pun..masa kita kat universiti, serumah, pegi kelas sama-sama, makan pun sama-sama tapi setakat universiti jela...lepas masing-masing dah habis belajar semuanya habis..tak ada lagi dah perkataan bff @ best friend forever tu kan...kalau ikutkan, ada betulnya..yela...bila dah habis belajar, kita dah tak jumpa..masing-masing dengan cara hidup masing-masing..sejauh mana sangat lah kita dapat membantu kalau dia ada masalah...kadang-kadang sampai sepuluh tahun tak jumpa kan...tambah-tambah bila dia da kawen..dah ada anak..lagi la susah nak jumpa..nak lepak..sebab dia dah ada tanggungjawab lagi besar kan...so aku memang tak suka kawan baik atau yang aku anggap sahabat kawen awal...sebenarnya betul..sahabat aku sebaya ngan aku.dah kawen...memang dah tak rapat macam dulu...sebabnya?yela..pergi mana-mana pun kena bawak bini kan...nak sembang cara orang bujang pun susah kan...hehe...erm, pape pun ukhuwwah yang telah terbina tak akan mudah untuk diputuskan...walaupun hakikatnya aku memang dah kehilangan hampir kesemua sahabat aku...bila teringat dieorang, aku mesej atau aku call...tak pun bertegur kat FB kan...sebab aku tau aku bukan jenis yang melupakan sahabat macam tu je...walau macam mana renggangnya kita, aku takkan pernah lupa korang sebab korang la yang pernah membuat aku tersenyum...takkan aku lupa sampai bila bila insyaAllah...

tetiba teringat yang aku pernah ada 'lima bersahabat' tapi semua tu dah tinggal kenangan..hanya mampu tersenyum sebab rindukan saat tu..

Monday, October 3, 2011

research lagi...


skarang ni aku tengah membaca artikel untuk research bagi satu paper yang aku ambil semester ni..aku sebenarnya agak terkejut bila semester ni aku kena buat research lagi padahal semester 6 nanti aku kena buat research yang mana lebih spesifik lagi berbanding research yang aku buat masa diploma dulu...bila fikir secara positif, ada bagusnya aku kena buat research semester ni...nak tau subjek ape? subjek BEL 422 : Report Writing...Research yang aku kena buat semester ni tak la perlu spesifik sangat sebab just nak tengok skills on writing a report...so aku harap sangat aku dapat buat sehabis baik untuk report writing ni...macam biasalah bila dah setahun tak buat research ni jadi agak blur sikit...yang penting kena banyak artikel untuk fahamkan apa sebenarnya masalah yang ingin diselesaikan...berguna jugak la pengalaman aku buat spss untuk survey bagi Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia beberapa bulan lepas...so tak ada masalah sangat la untuk chapter 4 kan...yang oenting kena enjoy membaca dan menyiapkan chapter 1,2 dan 3...esok pagi dah boleh tunjuk kat madam rasanya =)

Saturday, October 1, 2011

aku tahu rasanya bila kecewa....


kecewa???satu perkataan yang aku memang tak suka...bila kecewa ia akan membuat kita sedih...semua orang tak mau sedih2 kan?kawan, aku paham perasaanmu ketika ni...jangan sesekali bersedih dengan kekecewaan ni...aku cukup paham .aku turut terasa tempiasnya bila kau menangis...tapi jika direnung kembali kekecewaan ini sebenarnya mengajar kau banyak perkara...ambillah ia sebagai satu yang positif...jadikannya sebagai satu kekuatan untuk kau terus melangkah menuju kejayaan...jangan terus membuat kesimpulan bahawa ia tidak adil untuk kau...sesungguhNya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya...aku yakin kau mampu bangkit dan kejar apa yang kau impikan...buktikan yang kau mampu atasi dugaan yang datang ini kerna ia hanya cebisan kecil dari lembaran yang menghalang perjalanan kau untk berjaya...jika kau terus pasrah dan berserah dengan takdir, bermakna kau memilih untuk kalah..pilihlah untuk jadi seorang pemenang yang takkan menyerah dan sentiasa berfikir 'walau apa pun yang terjadi aku tetap akan berjaya!!!'

Siti Nurhaliza - Falling in love (Bryan B remix)

aku lagi suka version ni dari version asal lagu inggeris terbaru siti nurhaliza..layannnn


Friday, September 30, 2011

lepaskan tension!!!

hollaa...hari ni cuti..apa mau buat?erm..so far dok umah je sebab masih kepenatan dek semalam kluar sampai lewat malam...smalam aku ada bagitau kan yang aku betol-betol rasa serabut...tetiba plak kawan aku ajak kluar pegi penang petang smalam..so aku pu apa lagi ikut jela skali kan...destinasi??Sunway Carnivall Seberang Jaya...aktiviti??sudah semestinya tengok wayang...kiteorang tengok citer Bini-biniku Gengster...

 ni masa sebelum tengok wayang..makan kat subway

 the smurf yang comeiii =)

ni aku ngan member aku, azmir..nampak kurus kan aku?haha

style citer ni..kelakar habis.!!!

memang best sebab citer ni klakar dan aku sangat suka watak Shaheizy Sam dan Yana Samsudin..sangat secocok dan memang gandingan yang bagus...yana sangat cute tau dalam filem ni...ulasan untuk filem ni plak entahla..aku tak tahu nak cakap ape sebab bila habis je tengok terus terdiam...selalunya ada rasa tak puas hati atau sangat puas hati untuk berikan ulasan tapi untuk filam ni aku tak tau nak cakap apa..cuma yang boleh aku komen tentang watak yana dalam filem ni memang terbaik..sanggup korbankan diri, sangat taat pada suami dan yang paling penting sangat penyayang...puas hati?memang puas hati la sebab nak pecah perut gelak kan...memang boleh melepaskan tension yang ada...hehe..habis tu gerak plak ke Auto City...korang tau tak ada apa kat sana??ada fun fair tau...hehe...

 game kereta..maen langgar2..hehe

 tengah gayat semenanya ni...hehe

 control2..haha

ni masa lepaking kat kedai mamak =)


dah macam dak kecik lah plak kan...tapi, ada aku kisah?dak kecik pun dak kecik lah janji aku happy..dalam beberapa permainan, yang paling mencuakkan aku adalah naik sotong..haha..yela...awalnya best je kan dia pusing2 tapi bila sekali dia makin laju dan laju, melibas sana sini, mau terpelantingnya aku...macam nak luruh jantung tau bila dia hayun ke atas dan ke bawah dengan rakusnya tanpa memikirkan perasaan aku yang sangatlah cuak ketika tu..ish3..memang teruk perangai si sotong Paul tu...huhu...tapi kan tang paling best adalah game kereta... ko naik je dan tekan je pedal...pastu ko langgar la kereta lain...syok giler bila aku bepeluang untuk melanggar kereta2 yang ada...nak buat betoi2 atas jalan raya boleh tak??hehe...bila dah penat main game ni jadi lapar dan dahaga lah pulak kan...so kiteorang lepak la kedai mamak sembang-sembang isu negara..hehe..yang aku tau smalam aku sangat happy...tension pun dah takde...dah bersemangat balik untuk teruskan perjuangan...dan kau rasa ni satu cara untuk kita reward diri sendiri kan sebab otak pun perlu rehat buat seketika..takkan asyik nak terperap blajar je kan..ye dok? =)

Wednesday, September 28, 2011

makin serabut...


betol la senior bagitau yang semester 4 ni sangat la mencabar dan menguji kesabaran...assignment yang sangat banyak..presentation lagi...belum kira lagi tutorial yang mana diberi hari ni dan esok nak kena hantar...pelbagai program pulak yang ada...sesak nafas jugak la dengan semua ni...harap-harap dapat tempuhi semuanya dengan baik..hari ni nak hantar proposal untuk trip akademik bagi subjek Local Government...mintak2 lulus la kan...

Monday, September 26, 2011

beraninya wanita ini =)




JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini. 

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.
Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum lelaki berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.
"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh. 

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda. 

Cindy yang cedera pada tangan kiri dan kanan serta kakinya berkata itu kali kedua beliau diragut, di mana kali pertama dia diragut di Taman Megah Ria, Seri Alam pada 2005. 
"Peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan," katanya. - BERNAMA 

Kelas BEL...

Skang aku kat dalam klas BEL..BEL ni satu paper berkaitan English Language yang mana masa diploma 4 semster aku ada paper ni..time dgree ni plak ada 3 semester aku kena amek...best ke??? sebenarnya banyak menda yang sama diajar...so dia jadi agak bosan..huhu..sama la macam klas hari ni..memang rasa mengantok...ape aku nak buat ni??

Saturday, September 24, 2011

kembali fokus!!!



dah 2 minggu masuk semester baru...semuanya berjalan dengan baik...awal-awal ni biasa la kan...kelas batal...lecturer tak ada..mood pun masih lagi dengan pelbagai rumah terbuka hari raya...semalam aku pi dua open house dan tengahari tadi plak ada buat jamuan makan-makan dekat surau taman aku ni...aku rasa cukuplah dua minggu yang sangat relax dan 'main-main' untuk aku...esok dah mula minggu ketiga...dah minggu ketiga tuee!!!...so aku dah kena kembalikan rentak fokus..dah kena buang jauh-jauh rasa malas...kalau tak camane nak berjaya kan?kejayaan tak datang bergolek..hanya mereka yang benar-benar berusaha akan dapat merasa nikmatnya kejayaan...betoi dak?ok..jom mula study!!!

Tuesday, September 20, 2011

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah???

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. 

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit. 

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat. 

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya. 

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit. 

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya. 

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

inilah yang terjadi bila semuanya berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik...tak kisahlah dengan apa cara sekali pun asalkan prestasi sekolah dapat dijaga..tak perlu rasanya sampai nak kurung pelajar..cara terbaik didiklah mereka dengan lebih intensif..berikan perhatian dari awal kalau dah tahu yang memang 3 murid tu betul-betul lemah..kurung mereka sedangkan kawan-kawan lain menjawab peperiksaan di dalam dewan bukan satu penyelesaian yang baik...tak kesian ke dekat pelajar-pelajar tu?sedih mendengarnya....=(

Monday, September 19, 2011

open house raya...


hollaaa...masih dalam mood raya kan..kan orang cakap raya sebulan so selagi berkesempatan kita sambut la kan...tahun ni lain sikit dari tahun lepas...biasanya hidup sebagai student kita yang akan pergi ke rumah terbuka kan tapi aku dan geng2 297A plak yang buat jamuan rumah terbuka...tak la buat besar-besar pun..sikit-sikit je.aku memang dah niat nak wat makan2 sikit tapi dah alang2 raya ni buat terus la rumah terbuka kan...jemputan pun kawan-kawan rapat je..kawan2 yang dah lama tak jumpa...jiran2 rumah yang memang jarang bersembang .kawan2 satu batch...tujuannya nak meraptkan silaturrahim sambil tanya khabar masing2 kan...bukan slalu nak dapat jumpa dan sembang2...ni la cara yang aku rasa dapat rapatkan hubungan dengan kawan2 aku...tapi aku nak mintak maaf jugak la kalau ada kenalan yang aku tak jemput...sesetengahnya adek2 diploma yang memang aku tau dalam mood final exam..so memang tak nak ganggu...insyaAllah ada kesempatan memang nak buat lagi =)..jom kita tengok gambar2 persiapan dan semasa rumah terbuka 297 A ni diadakan...hehe

 yang ni masa dok pulun masak bihun goreng...pukui 3 petag dah mula tau...al maklumlah kuali kecik so kena la masak banyak kali kan...

 yang ni keroll...pembantu terbaik aku...hehe..dia la yang tolong potong2 sayur bagai kan..
\
 yang ni plak ayam bakar yang siap diperap..tinggal nak bakar je...nampak sedapp kan??
\
 jagung yang siap untuk dibakar =)

 ni la hasilnya...satu tray bihun siap untuk dihidangkan =)

 ayam sedang dibakar,,,meleleh ayaq liuq tau kata orang kedah..hehe

 bebola dan sosej pun ada jugak =)

syafik tengah goreng french fries...

 komander suzairi bersama anak2 beliau..haha

 kawan baik aku...idahm dan syahir...kredit untuk dieorang sebab tolong bakar ayam ,sosej,bebola dan jagung sampai pukul 8 lebih...hasilnya memang terbaekkkkkkkk!!!

 menggiurkan tengok jagung ni kan??hehe

 ayam bakar yang rasanya memang walahhhhhhhh!!!

 terbaeekkkkkk

sedapnyerrrrr

 hakim tolong cek kualiti makanan..hehe

 sama jugak ngan syafik..hehe

 antara kengkawan yang datang

 antara tetamu yang hadir

 habis semuanya dalam pukul 10.30 malam...kalau nak tau memang kami2 lelaki bujang 297A yang masak dan siapkan semua ni...ingat kami tak reti masak ke?hehehe..padahal main redah je kan...asal jadi sudah...tapi alhamdulillah semuanya kata sedap kan...siap mintak resepi bagai lagi...untuk kawan2 yang hadir terima kasih banyak2 skali lagi...mintak maaf kalau tak dapat nak sembang panjang kan..al maklumlah ramai orang...moga ukhuwah yang terbina akan terus kukuh sampai bila-bila..insyaAllah...










Friday, September 16, 2011

gud luck untuk adik-adikku...


rasanya minggu depan bakal bermula final exam untuk pelajar diploma...aku baru je seminggu belajar dieorang dah start final exam...pape pun aku nak ucapkan selmat berjaya la buat kowang semua..lakukan yang terbaik k..cuba hayati video kat bawah..aku jumpa kat u tube teringat nak share ngan kowang semua...gud luck!!!