aku masih menunggu apa yang ada untuk hari esok..hari esok dan esok-esok yang seakan kabur untuk aku tafsirkan...puas aku fikir apakah yang terhidang untuk aku hari esok..adakah masih ada ruang untuk aku capai impian hari semalam? Atau mungkin ada khabar yang membuatkan aku harus berhenti bermimpi untuk mengejar bintang yang jauh bersinar di langit? Setiap malam tidurku tak lena mencari jawapan untuk hari esok..aku cuba pejamkan mata, padamkan lampu, biarkan dunia gelap agar aku dapat segera lelap tapi ia tetap menghinggap..jujurnya aku letih dengan semua ni.. aku bertanya kepada Dia, apakah yang sedang Dia cuba tunjukkan atau ajarkan? aku menadah tangan memohon agar jika benar ini adalah cara untuk Dia menguji aku, melihat sedalam mana cintaku padaNya, menghapus dosa-dosa yang bergunung telah aku lakukan, hanya satu aku mohon.. berikan aku kekuatan dan kesabaran..aku tahu mungkin hari esok, aku tidak dapat jawapanNya tapi mungkin hari esok-esok Dia akan memberi petunjuk..susah..sungguh susah untuk kita terima hakikat bahawa sesuatu yang kita hajati itu belum tentu terbaik untuk diri kita kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu, apa yang terbaik buat diri kita..aku belajar untuk terima, jika benarlah ini yang ditakdirkan untuk aku, aku harus redha..serahkan segalanya hanya pada Dia..aku cuba untuk terus kekal positif dan berikan yang terbaik untuk hari esok..doaku Ya Pemilik sekalian alam, moga esok masih ada buat aku untuk terus berjuang!!
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Sunday, February 8, 2015
menanti hari esok..
aku masih menunggu apa yang ada untuk hari esok..hari esok dan esok-esok yang seakan kabur untuk aku tafsirkan...puas aku fikir apakah yang terhidang untuk aku hari esok..adakah masih ada ruang untuk aku capai impian hari semalam? Atau mungkin ada khabar yang membuatkan aku harus berhenti bermimpi untuk mengejar bintang yang jauh bersinar di langit? Setiap malam tidurku tak lena mencari jawapan untuk hari esok..aku cuba pejamkan mata, padamkan lampu, biarkan dunia gelap agar aku dapat segera lelap tapi ia tetap menghinggap..jujurnya aku letih dengan semua ni.. aku bertanya kepada Dia, apakah yang sedang Dia cuba tunjukkan atau ajarkan? aku menadah tangan memohon agar jika benar ini adalah cara untuk Dia menguji aku, melihat sedalam mana cintaku padaNya, menghapus dosa-dosa yang bergunung telah aku lakukan, hanya satu aku mohon.. berikan aku kekuatan dan kesabaran..aku tahu mungkin hari esok, aku tidak dapat jawapanNya tapi mungkin hari esok-esok Dia akan memberi petunjuk..susah..sungguh susah untuk kita terima hakikat bahawa sesuatu yang kita hajati itu belum tentu terbaik untuk diri kita kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu, apa yang terbaik buat diri kita..aku belajar untuk terima, jika benarlah ini yang ditakdirkan untuk aku, aku harus redha..serahkan segalanya hanya pada Dia..aku cuba untuk terus kekal positif dan berikan yang terbaik untuk hari esok..doaku Ya Pemilik sekalian alam, moga esok masih ada buat aku untuk terus berjuang!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I'm one of your silent reader.... Just put your trust on HIM and He know what is the best for you.....cheers...Smile.. :)
ReplyDeletethanks syuhada..
Deletewelcome.... salam jumaat.....
ReplyDelete